Jangan Sebut Namanya Di Waktu Malam

“Jangan sekali-kali sebut nama dia memalam”…

Itu antara nasihat yg kami terima dari abang2 senior bila memula jejak kaki kat sekolah ni sebagai pelajar tingkatan 1. Sekolah semua lelaki. Top 5 school in malaysia. Azab bro. Not a good idea. Whatever. Ok sambung balik. Senior2 sekolah tu semua sepakat patuh dengan pantang-larang ni. Sepanjang aku sekolah situ sampai habis SPM, memang tak pernah dengar sesapa gatal gusi sebut nama dia ni ketika malam hari. Tengah taip cerita ni memalam buta ni pun aku macam takde selera nak tulis nama dia. Jadi aku kenalkan dia dengan nama singkat, A B.

A B. Ya. Jangan sebut nama dia memalam hari. Kecuali kalau ada sesapa nak cari pasal sebab bosan or apa2 sebab lain bolehlah sebut nama dia atau sesapa yang miang takde kerja dan suka takut2 kan diri. However, ada juga yang kena tak pasal2. Suatu malam tu, Gayung (nama samaran, bukan nama sebenar), habis prep (study malam) dekat2 pukul 1 pagi. Gayung ni walau perangai macam syaitonn nirrojim, rajin study. Memang selalu balik prep lambat. Kekadang membawak ke 3 pagi. Tapi SPM memang dia score tahap gila.

Sekolah aku bila saat-saat 2-3 pagi camtu memang sesuai sangat dijadikan lokasi shooting filem angker. Tak payah tambah apa2 props. Cuma director dan kameraman kena pandai cari angle. Banyak tempat2 dan laluan yang gelap berlatar-belakangkan bangunan fesyen lama dan umur pun dah lama dengan takde maintenance, korang try bayangkan sendiri la ya? Jarak dari classroom ke bilik asrama memang agak jauh sikit dan sunyi-sepi serta gelap bila memalam. On the way ke blok2 asrama ada satu laluan straight panjang berbumbung, kiri-kanannya taman bunga. Ada pokok2 bunga kertas, bunga raya, dan bunga2 lain yang aku tak ingat pokok bunga apa menghiasi taman tu.

Bila sampai kat taman tu korang mesti akan rasa nak pecut selajunya ke blok asrama dihujung laluan tu. Bila lalu kat spot tu memang biasanya perasaan akan rasa lain macam. Tak semena-mena jantung korang akan main beat laju bila jalan kat situ memalam. Aku pernah rasa camtu bila ada sekali balik sensorang dari prep tetengah malam, sampai je kat spot tu semua helai roma kat badan dah tegak cam duri landak tengah naik minyak. Aku memang rasa jauh sangat laa nak sampai seberang sana. Nak pecut malu takut ada orang nampak. Aib aa orang tahu kita pengecut rupanya, ya tak? heh

Ok berbalik cerita si Gayung ni. Gayung jalan sambil nyanyi kecil (nak hilangkan perasaan seram pastinya). Sampai je kat taman bunga tu, dia terhidu satu bau yg dia tak tahu nak cakap camana baunya. Seperti bau asap kemenyan campur bau bunga pokok frangipani. Tapi kat taman tu takde ditanam pokok tu. Biasa pokok ni banyak tumbuh kat kubur. Pada sesapa yg kurang kenal ngan pokok ni silalah tanya pakcik Google. Takkan aku nak kena describe pokok ni plak. Nanti korang malas nak baca atau bagi komen menyakitkan hati, ya tak?

Ok sambung, sorry. Gayung dah rasa seriau. Pandang keliling, gelap dan lampu jalan yg ada pun nun jauh dekat bangunan guru yang kuning2 suam tak ikhlas cahayanya jadi sungguh tak membantu menyelamatkan suasana yg bertambah angker auranya. Tetiba Gayung dengar bunyi tapak kaki melangkah. Perlahan langkahnya dan bunyi tapak kaki tu betul2 datang dari arah belakangnya. Kuda tanpa berfikir dahulu terus toleh belakang ingat kan member ke sapa tengah berjalan. Haram takde sesapa kat belakang dia. Bunyi tapak kaki tu pun berhenti. Bau tadi semakin kuat plak aromanya dibawa angin sepoi yg tetiba lalu. Perghh

Gayung dah rasa macam berat kaki nak melangkah. macam ada orang berpaut kat kaki tak kasi jalan. Tapi dia teruskan heret kaki dia pelan2 dan bila Gayung mula melangkah beberapa tapak, bunyi tapak kaki tu terdengar semula. Peluh sejuk dah mula memercik kat tengkuk Gayung. Belengas paha sebab peluh. Bunyi tapak kaki tu terus kedengaran seperti ikut pelan2 dari belakang. Akhirnya sampai juga Gayung ke blok asramanya yang pada saat camtu mesti rasa jauh gila laa nak sampai. Sepanjang dia heret kaki menuju ke bilik kat tingkat 2 blok A (blok yg pertama dihujung laluan taman tu), bunyi tapak kaki tu terus kedengaran pada Gayung dibelakangnya sampailah dia masuk biliknya. Bilik asrama kita dulu besar dan panjang. Katil double-decker berbaris dengan almari yg diatur sepanjang dinding dihujung bilik

Bunyi tapak kaki tu pun berhenti. Bilik gelap dan sunyi-sepi. Gayung dengan termengah-mengah pandang sekeliling biliknya. Semua dah tidur. Dia pun dengan terketar-ketar ketakutan, bergerak menuju ke katilnya bila dengan tiba2 dia terdengar suara yg garau dan berat menegur, “mengapa engkau pulang lewat malam-malam begini!!”. Gayung pun terdongak pandang hala ke atas almari sebab suara tu datang dari arah sana..

Sambil duduk bersila panggung seperti gaya pahlawan, satu entiti atau makhluk bertubuh besar bermisai lebat dan berkilat melengkung ke bawah, siap dengan tanjak dan pakaian seperti dari songket mahal dengan keris tersisip di pinggang serta satu keris pendek di tangan memandangnya dengan mata hitam yg terbeliak serta wajah yg bengis. Lutut Gayung terus lembik dan dia pengsan sampai la ke pagi bila member2 sebilik kejutkan dia yg tengah tertiarap tidur tepi almari…

Monologue

itu satu kisah antara kisah2 di sekolah aku yang skala angkernya kira ranking top 3 dari sekalian sekolah2 berasrama penuh di Malaysia ni. Jika aku tak malas atau tak sibuk dan admin site ni sudi publish cerita2 aku, Inshaa Allah aku cerita lagi..

ezrin marsh

Leave a Reply

22 Comments on "Jangan Sebut Namanya Di Waktu Malam"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
mon

ya bau bunge kubur.. aku pernah terbau mse nk balik dr rumah kwn aku malam bulan puasa sepanjang jalan kiri kanan pokok getah. kt tengah2 jalan boleh bau bunge kubor pulak.mujur xde muncul pape huhuhuh

aj

bunga kemboja

lc

gayung semteg ke?

DORA

GAYUNG NI ADA SEBUT NAMA AB TU KE ?

ainieee

apasal cerita tergantung…mmg kena kecam nntiπŸ™Š

Bungaros

Best cite, tak boring. pandai buat lawak tapi tak meleret.

ezrin marsh

thanks bro. i’ll try to write better next time😊

Kris

MCKK ke??

Kak Yulie

Memule mcm nk teka Alam Syah…
Tp sebut bgnn lame mcm MCKK plak…
Soo ape kaitan kes Gayung dengan panglima locker dan AB tu…???
Serius nak tau, AB tu ape??????

Kak Yulie

Akk selalu susah tau Nk skip cerita, mesti nk bace ikot turutan fifo…
Tp tajuk citer ni buat akk skip citer lain sbb takot tersebut name pepelik memalam membuta ni…

ezrin marsh

timakasih pada yg sudi baca cerita aku😊

A B ni mmg takde kena-mengena ngan watak Gayung dlm kejadian ni cuma Gayung agak kurang bernasib-baik wrong place wrong time kena jugak gegar ngan si A B ni walaupun legend nya tak pulak sebut Gayung ada tersebut nama si A B ni ke apa

dan kisah tu pun abis kat situ sebenarnya lepas Gayung tergolek tepi almari tu sampai pagi huhu

akan aku ceritakan sapa si A B ni dalam cerita aku ( berdasarkan kisah benar yg didengar) seterusnya jika admin site ni sudi nak publish lagi Inshaa Allah

nani

sambung dik, adik dh best cuma akk curious nk tahu sejarah ab je

aj

MCKK?

Yibo

cerita la pasal A B tu nanti. best best πŸ™‚

Rozzy

Siapa panglima tu?

momot

puas aku baca balik.. si gayung mana ada sebut nama a b? abu bakar ke namanya?

Kak Yulie

Ingatkan Abang Beca…
Errrr….

trackback

[…] “Jangan sebut nama dia diwaktu malam” 2 […]

Syer

Macam cite wan peah la ni… Xleh sebut nanti muncul.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ezrin marsh

wan peah? sapa wan peah?

mcm menarik. apa citenya?

Yibo

citer wan peah yg dekat tv 3 tu kott

#Kucingkelabu fan

A B = Abg Brahim…

wpDiscuz