Janin Dimakan

Assalamualaikum/Selamat sejahtera . haii pembaca fiksyen shasha . Kalau cerita ni dipublishkan , Terima kasih admin . Okei ni sebab ada permintaan untuk aku menulis . Aku gagahkan jugak untuk karang cerita berdasarkan pengalaman sendiri . Mungkin ramai juga yang di luar sana mengalami perkara yang hampir sama macam aku . Jadi mari sama sama kita membaca sambil mengambil iktibar .

Ceritanya macam ni , Haha dari mana nak start ye ni ? Okeilah , Aku ni dah menikah hampir 9bulan . Tapi masih jugak belum disahkan positif hamil . Mungkin sebab masa tu suami aku kerja offshore , jadi 2bulan sekali baru jumpa . Nak dijadikan cerita penghujung tahun lepas suami aku balik cuti lama dari bulan11 sampai bulan12 .

Masa bulan12 tu , Aku disahkan positif hamil sebulan . Mungkin masin mulut nenek suami aku kot . Yelah suami aku ni dah lama tak balik kelantan . Masatu Nenek dah sakit tua , mintak juga anak cucu balik . Masa on the way balik tu , Mabuk teruk suami aku sampai muntah muntah banyak kali .
Sampai sahaja di kampung tok uban,Kelantan . Ayah mertua aku pun cerita kat sedara mara , dorang pun saja menyakat cakap ehh dah ada isi kot bini kau . Tak pernah pun mabuk naik kenderaan sebelum ni . Aku gelak gelak je . Serious aku tak rasa apa apa . Penat ke , lelah ke , mabuk ke . Normal . Punyalah cergas .

And sampailah aku lewat period , baru check ke klinik . And doktor dah sahkan , and dah set next appoinment bila . Sebab suami aku memang dah lama nak zuriat , dia punya excited lain macam , of course aku pun gembira sangat . My first pregnancy kan . Rasa teruja .

Sampailah masa bulan2 macam tu , Aku balik rumah family aku , Aku memang dah maklumkan kat family aku yang aku pregnant . And aku siap pergi travel ke terengganu and langkawi dengan family aku . Semuanya baik baik je . The baby was fine . Aku pun sihat macam biasa . Sampailah balik dari langkawi . Aku decide nak stay rumah mak aku sehari sebelum gerak balik rumah mak mertua aku kat pahang pada lusa hari .

So the day before aku balik pahang , Bekas kakak ipar aku datang melawat anak dia kat rumah mak aku , sebab anak dia mak aku yang jaga . And abang aku memang duduk rumah mak aku . Tiba tiba bekas kakak ipar aku ni dia cakap nak stay satu malam kat rumah mak aku , sebab konon nak lepas rindu kat anak dia . Mak aku iyakan jelah . bagi dia satu bilik . And bilik tu sebelah bilik yang aku tidur . Ohh rumah mak aku ni rumah kampung . Belah bawah batu , Atas kayu . Aku Tido bilik atas masatu .

********
Okeilah , apa kaitan bekas kakak ipar aku dengan kandungan aku ? Cerita dia macam ni . Bekas kakak ipar aku ni nama dia ira . Semua apa yang aku ceritakan ini adalah daripada mulut ira tu sendiri . Untuk pengetahuan . dia memang suka bukak aib dia sendiri . Konon apa benda jahat dia buat tu dikira sebagai hebat .

Tapi aku tak selalu borak dengan dia , yang selalu borak dengan ira ni , adik aku , and kakak ipar aku yang sulung .

Ira ni dia berasal dari indonesia , Mak bapak angkat dia bawak dia ke malaysia sejak dari kecik , so dia ada ic merah , and dia cakap pun macam orang malaysia . Takdelah macam orang indonesia tu . bekas pelajar sekolah budak jahat . Ehh apa nama sekolah untuk budak jahat tu . Aku lupa . Sebab aku sendiri yang jumpa sijil dia , And dia pun pernah cerita jugak .

Ira ni jugak bekas banduan . Dipenjarakan selama 2tahun . Videonya ada diviralkan di facebook dahulu . Sebab dera anak dia yang pertama dulu . Bukan anak dengan abang aku . Masa dia dengan suami pertama dia . Ohh masuk berita tv3 jugak masa tu . Yang ni macam mana kitorang tahu , sebab dia sendiri yang cerita , and mak aku jumpa videonya .

So nak dijadikan cerita , mak aku tak berapa suka dia , adalah beberapa sebab , kalau aku nyatakan , jenuh nanti . Antaranya dia pemalas , ape benda semua abang aku yang buat . Ya ampun abang aku tu lembut hati orangnya . Siapa nak kat abang aku sila lah pinang dia , Masak pandai , kemas rumah rajin . ecewah menyimpang pulak .

So bila Mak aku dah bebel bebel , yelah mak nak yang terbaik untuk anak anak kan , mak bebel mesti ada sebab . Ira ni dia sakit hati and lari dari rumah mak aku . dia bawak anak dia and abang aku pindah , pagi pagi buta tanpa bagitahu mak aku . tahu tahu esok dah hilang . ohh ni anak dia ngan abang aku . Anak dia yang first yang dia dera tu , dekat pihak kebajikan .

Tapi abang aku ada lah bawak balik anak dia ke rumah mak aku kadang kadang . So nak dijadikan cerita , dia kerja kat petronas area rumah aku , and kebetulan kawan setempat dia kerja tu , jiran belakang rumah kakak ipar aku yang pertama , ohh lupa nak cakap , kakak ipar aku yang pertama ni satu kampung dengan mak aku . Satu kampung kan , kampung kitorang ni kecik je , so mestilah kenal setiap orang dalam kampung .

Berdasarkan cerita jiran kakak ipar aku tu , si ira ni dok canang satu petronas ni , konon konon mak aku dera dia , and aku adik beradik dera dia , yang itu aku tak kisah . Lantak dia nak buat cerita .
And si ira ni dok cerita kat kawan setempat kerja dia yang dia pakai susuk , supaya nampak cantik , And dia memang ada ilmu , Aku tak tahu kesahihan ceritanya .

Tapi kalau si ira ni datang rumah , memang aku nampak muka dia macam lain macam , ehh macam mana nak cakap ye , Nampak garang and nampak kusam . Serious aku takut tengok muka dia .

So masa dia duduk rumah mak aku tu , before dia lari rumah . Kebetulan kakak aku baru keluar dari hospital sebab demam denggi , jadi kakak aku nak buat doa selamat , Mak aku panggil dalam 70orang macamtu , buat bacaan yasin and doa selamat , sepanjang bacaan yasin tu , dia kehulur kehilir , Dok bising cakap panas sangat sangat , Macam tak senang duduk . padahal sebelum bacaan yasin elok je dia berbaju kurung . Dia langsung tak join bacaan yasin , dia cakap nak masuk bilik tukar baju sebab panas sangat .

So mak aku ada pegi tanya ustaz , ustaz cakap cuma berhati hati je . Sampailah satu hari ada mamat bawak lori ni dok terpikat dengan dia , dia lari ikot mamat lori tu , Tinggalkan abang aku and anak dia , Yelah abg aku pun memang tak bagi dia bawak anak tu sebab kau tahu lah kan kisah silam dia , ohh aku lupa nak selitkan lagi .

Masa dia masuk penjara tu , doktor ada check otak dia , yelah sebab kes dera anak kan . Nak tahu jugak masalah dia apa . Dia disahkan ada gangguan emosi/mental . Which means mental tak stabil . Ohh yang ini dia yang cerita jugak .

Ohh sepanjang dia tinggal kat rumah aku pun , kelakuan dia sangat pelik . Kadang kadang dia akan gelak sorang sorang . Seram tahu tak , kau bayangkan takde apa tiba tiba gelak . So lepas beberapa bulan dia balik , konon konon menyesal . Tapi abg aku dah taknak , so anak dia abg aku yang jaga .

********
So berbalik kepada cerita dia datang melawat anak dia kat rumah mak aku tu , Walaupun aku dah travel jauh . Tapi aku pastikan yang aku cukup rehat dan baby selamat . And kesihatan aku dalam kadar yang optimum .

Jadi malam tu , Aku masuk tido lewat sikit . Masa aku dok round satu rumah sebab nak pastikan tingkap pintu dah kunci , And tutup semua plug , Aku terjumpa belalang pelesit , Tapi aku takdelah syak apa apa sebab yelah rumah kampung kan . Ohh sebelum belalang pelesit tu ,
Masa aku ngan kakak aku dok borak borak depan tv , abang aku dia bukak pintu . kitorang memang suka bukak pintu kalau melepak kat ruang tamu .

Tiba tiba terbang satu kelawar hitam terus masuk rumah . sekali cari pufff hilang macamtu tanpa dapat dikesan . Aku tak syak apa apa jugak .

Aku takdelah kecoh kecoh masa jumpa belalang tu . aku biarkan aja . After keguguran , and aku cerita kat mak aku , Mak aku cakap malam tu dia dengar bunyi pelesit . Aku tak dapat nak gambarkan macam mana bunyinya .

Tapi mak aku dia kenal bunyi pelesit . Masatu memang tak syak apa apa .
So lusanya aku balik ke pahang rumah suami aku , Malam tu aku tido , tiba tiba bangun pagi ada bleeding . Aku dah cuak dah , ajak suami pegi hospital , check check , doktor ckp bukaan rahim tak terbuka pun . and doktor ckp mungkin bleeding biasa , And after tiga hari bleeding tanpa henti , aku rasa mcm memulas sangat . Ajak pegi hospital sekali lagi .

And doktor scan cakap kantung ada cantik bulat , but baby dah takde . Aku dengar masa tu macam pelik jugak , what baby hilang ? and doktor dok seluk seluk . tengok bukaan rahim tak terbukak pun , and doktor tinggalkan aku sekejap , tiba tiba aku rasa d***h mengalir banyak sangat . aku panggil doktor , bila seluk lagi sekali kantung dah jatuh . Masa doktor tunjuk kantung tu . aku macam terkejut , bulat cantik . tapi baby kat dalam langsung tak ada .

Seingat aku sepanjang bleeding tak ada apa apa yang keluar melainkan hanya d***h . Aku ngan suami redho jelah . Ada dua orang doktor yang in charge kes aku , yang pertama perempuan , yang kedua lelaki , doktor lelaki cakap boleh balik . Tapi bila doktor perempuan tu explain yang aku tumpah d***h . Aku kene tahan wad .

And after sehari duduk hospital , aku berpantang macam biasa . Sampailah dua hari lepastu aku rasa sakit yang teramat sangat , bila aku dok urut urut sbb sakit sangat bahagian rahim tu , Aku rasa macam ada something nak keluar , And benda tu besar tapak tangan And tebal lebih kurang setengah inci , tapi kenyal kenyal warna putih kecoklatan . Ehh aku pun tak pasti tu apabenda .

After tu bleeding jangan cerita , sampai aku trauma tengok d***h . Sakitnya Allah je yang tahu . Tapi aku refuse untuk pergi hospital , sebab takut weii kene seluk seluk lagi . sakit . So alhamdulillah lepas dua minggu bleeding berhenti . Tapi HB aku lepastu memang sangat rendah . And tekanan d***h aku pun 90/50 . Oh yang ni aku check pakai mesin kat rumah . Mak aku dah nak bawak pegi hospital suruh masuk d***h . Tapi aku refuse jugak .Punyalah degil . sebab aku trauma wei ngan hospital .

So bila balik rumah mak aku after habis pantang , mak aku tanya ustaz , Rupa rupanya ada something makan baby aku . And ustaz tu bagitahu orang tu yang last datang melawat rumah masa sebelum aku keguguran . Dan orang yang datang melawat rumah satu satunya adalah bekas kalak ipar aku . Sekian cerita aku . Tak seram mana pun . Cuma sebagai iktibar . Di zaman serba moden masih ada juga manusia yang mengamalkan ilmu hitam . Jadi selalu lah beringat dan berjaga jaga .

So dari bulan dua haritu aku gugur sampailah sekarang . Aku masih belum disahkan hamil lagi . Sedih tu memang ada . Aku cemburu kalau tengok perot orang pregnant . Sebab semua yang nikah lambat dari aku pun dah timang anak wei . sob sob sadis . Doakan aku cepat hamil dalam masa terdekat ni . Terima kasih kerana membaca . .

Nor elenna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.3]

15 thoughts on “Janin Dimakan”

    • Saya bukan nak menafikan apa yang dia cakap tu.. tapi mak saya pun pernah kena benda yang sama masa pregnant kan adik saya.. pada pandangan org lain, baby hilang dari kandungan.. tapi certain people yang tahu bab2 ni memang cakap benda tu makan janin.. and lagi satu sebab terjadi nya makan janin ni adalah org yang menuntut ilmu hitam.. ?

      Reply
  1. Kalo pikir logik mmg x logik,tp tu la keje setan jin iblis..kite kene kuatkn pendinding diri n tawakkal kpdNya,kalo x caye crite2 cm ni lebih baik bace novel cinta ke..wallahualam

    Reply
  2. Apa yg jd kat awak lbih kurang sama dgn saya , buat pengetahuan awak saya hilang baby kli ke dua dan bru je blk hospital..yg pertama hilang tahun lpas..yg trbaru sekarang.. Tahun lpas sarung elok cantik x koyak and baby x der lgsung d***h ke isi apa x kluar..yg baru ni sarung ada dua confirm kembar dri doktor tp baby x der…d***h kluar cair jer..tyg punya kerja indonesia jawa madura..tp beza dia x dimkn baby tu tp dipuja dijadikan sbgai lbih kurang mcm toyol tp x sure apa org pgil..dia blh amik harta org..(curi)..saya kena kuat utk ank2 yg lain dan suami..klau ikut hati saya nk nangis kuat2… Tp sabar separuh dari iman…semoga awak tabah yer

    Reply
  3. ceritanya panjang SBB ini kisah betul. bukan penulis professional Yg pandai buat ayat n menyedapkan cerita.

    Kakak sabarla ye.bukan rezeki lagi. mudah2an akan datang Allah bagi rezeki anak lain.banyakkan bersabar ye

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.