Janji kawan

Assalammualaikum semua..Disini saya nak kongsikan pengalaman dengan arwah kawan saya,Suhaila.

Masa tu saya belajar di politeknik di perak ambil kos kejuruteraan elektrikal pada tahun 2015.pada pertengahan semester poli kami membuat trip ke Cameron Highlands selama 4 hari untuk release tension sebelum final exam.saya yang pada mulanya excited walhal Perak dengan Cameron dekat je kalau nak pergi tapi kali ni sebab ikut trip memang menyeronokkan.seminggu sebelum trip saya mengalami demam denggi.kecewa sangat lagi2 nak rasmikan kamera Nikon yang baru dibeli.sanggup skip makan sebab nak beli kamera seperti photographer tu.aishh kacau je nyamuk ni.

“Nani betul ke kau tak boleh join kami” tanya suhaila kepada saya.saya pun menggeleng dan menjawab “tak boleh la tak larat nak berdiri.Dan malam tu saya dimasukkan di wad sebab platlet drop dimana kawan-kawan yang baru balik dari kuliah jumpa saya pengsan di rumah sewa yang kami sewa 4 orang.owh ye saya tak duduk hostel yang disediakan.yang paling sedih sekali suhaila sampaikan dia tak nak ikut trip tersebut sebab saya dengan dia seperti belangkas.tapi saya pujuk dia sampai lah dia nak dan dia ada minta nak pinjam kamera.mulanya saya keberatan akhirnya saya bagi dia pinjam.dia gembira sangat dan berjanji akan menjaga kamera tersebut elok2 melebihi nyawanya.

Pada hari yang dijanjikan,suhaila dan kawan2 sekuliah yang lain pergi trip ke Cameron Highlands.sebelum pergi suhaila melawat saya di hospital dan berjanji akan mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada saya.saya mengangguk, dia cium pipi saya dan menyuruh saya ikut apa yang doktor suruh serta makan ubat ikut time jangan skip.(sebab saya tak suka makan ubat).Masa tu terharu sangat sampaikan tak tau kenapa saya keberatan nak lepaskan dia pergi.kawan dari kecik dan rumah dia selang beberapa buah je dengan rumah saya di Terengganu.

Pada keesokkan harinya saya dibenarkan pulang.sampai je di rumah ibu saya telah memasak sup ketam dan meminta saya minum air pucuk betik.di hospital cuma doktor boleh bagi saya makan sup ketam sahaja dan 100 plus pun dilarang.suhaila masa sampai di sana banyak kali mesej saya beritahu pergi kat mana,hantar gambar dia dan kawan di bhaarat tea di whatsapp.saya pun kirim kat dia teh Cameron yang 1 set ada empat kotak perisa strawberi, lemon, blackcurrant dan orange.dan banyak lagi dia hantar gambar mereka di sana.

Malam tu saya tak sedap hati sebab tak ada mesej dari Suhaila seperti kebiasaan.call kawan2 yang lain pun tak angkat.saya bersangka baik maybe sebab busy sampaikan lupa cas handphone.saya lepas makan ubat terus tidur dan esoknya saya try lagi call tapi masih masuk voice mail.Saya call prof Lee(bkn nama sebenar) dan pensyarah2 yang ikut trip tu sekali pun tak berjawab. Puas stalk Facebook dan wechat kawan2 tapi semua tak ada jawapan.tak tau kenapa rasa ada sesuatu tak elok berlaku.Cerita dekat emak dan ayah mereka suruh jangan fikir bukan dan banyakkan berdoa supaya mereka dijauhkan dari apa2 musibah.

Hari ketiga mereka di sana pun tak ada apa2 berita.call masuk voice mail dan hari tu saya buat solat sunat hajat untuk diberikan petunjuk. Malam tu saya bermimpi saya di satu tempat di mana tempat tu dipenuhi dengan daun teh seperti ada kes kerana terdapat banyak kereta2 polis. Dari jauh saya nampak kawan2 saya seperti mencari sesuatu,ada yang menangis dan ada polis membuat rondaan dengan anjing.di satu tempat yang curam dimana bila dewasa berdiri paras tanah dengan tempat puncak berada paras leher ketinggian 157. saya ternampak suhaila memegang kakinya yang berdarah tapi langsung tak ada orang hiraukan dia menjerit dan mengaduh kesakitan.saya turun kat tempat tersebut dengan berhati2(mimpi kan boleh je pergi tempat yang tak logik) yang tak berapa tinggi sebab tinggi saya 172 dan cuba nak tolong tapi tak boleh.ibarat bila dipegang tapi bayang suhaila berkabus dan hilang lepas tu ada balik (susah nak explain,macam kita pegang asap la)Saya berlari pergi dekat pensyarah dan prof.mereka berbincang dengan polis tapi satu ape pun saya tak dengar.tiba2 saya dikejutkan dengan deringan handphone dan terjaga dari tidur.saya lihat di skrin nombor tak dikenali.saya teragak2 hendak jawab call tapi dengan lafaz bismillah saya jawab jugak.dalam talian dengar bunyi angin dan disertai dengan orang mengaduh.tak lama lepas tu dengar suara tersekat2 “Nnn aaa nnn iii,tolooooonggg suuuu,kaaaakkkkkiii ssssuuuu terrrseppppit.suuuuu tak bolllleh nnnnnaiiikkkkk” kameraaaa nannnniiii ada dengan suuuu.tolooongggg suuuu nannnniiii”.malam tu jugak saya drive pergi Cameron dari terengganu.gerak pukul 1pagi sampai sana dalam pukul 7.30pagi.

Sampai je di sana,saya try call kawan2 tapi masih masuk voice mail.saya drive tanpa hala tuju dan lalu di satu tempat ke satu tempat.Di bhaarat tea,strawberry farm dan di lain2 tempat tapi tak ada langsung banner dan petunjuk kereta polis serta sticker lintasan polis bila ada kes jenayah tu.dan akhirnya saya pergi ke tempat yang ada daun teh tapi ditutup sementara polis membuat penyiasatan.saya terus masuk dan jumpa kereta rondaan polis,anjing tengah tidur dalam Hilux di satu tempat yang lapang.masa polis nampak saya dia tegur “Eh cik tak boleh masuk kawasan ni.ni kawasan larangan sebab ada kes yang kami tengah siasat”.Saya tanya kes apa kepada pegawai polis yang bernama Salim.saya tau sebab tengok nametag. Dia pandang atas bawah dan cakap “sori cik saya tak boleh bagitahu.ni kes sulit.saya pun membuat andaian dan tanya lagi.”Encik,ni ada kaitan ke dengan pelajar politeknik yang ikut trip ke sini” pegawai polis tu nampak terkejut dan memanggil seorang pegawai berhampiran dan pegawai tersebut mengangguk dan dua2 datang hampiri saya.

Pegawai tu berkata ” Ye cik kami sedang menyiasat dan mencari seorang gadis remaja yang hilang semasa datang ke sini tapi macam mana cik tau ye”sambil memandang saya pelik. Mana taknya datang dengan berbaju tidur dengan lilit shawl je di kepala.”err boleh tak saya tau nama mangsa yang hilang tu”Dia membuka fail rekod dan “Nik Afiqah suhaila binti Nik Aziz cik kenal ke? Saya?Terduduk terus dan “Ya Allah itu kawan karib saya “dan saya menangis mengenang apa yang saya mimpi tu dan berharap sangat2 su selamat.polis tersebut mengarahkan pegawai lain memanggil proff dan pensyarah bagi memastikan betul ke saya ni pelajar mereka.dan tak lama lepas tu proff serta pensyarah datang dan terpaksa ke arah saya.proff lee dan proff Lin(bukan nama sebenar) peluk saya dan menangis.mereka cakap suhaila hilang malah diorang pelik kenapa saya boleh berada di sana walhal saya pun x sihat sangat masa tu.Salah seorang dari mereka bukak sweater dan sarungkan di badan saya.saya ceritakan balik apa yang saya mimpi dan mereka mengarahkan saya bawa ke tempat yang sama dalam mimpi tersebut.

Puas mencari akhirnya saya terjumpa di sebalik daun2 teh dan di kawasan curam.saya ternampak suhaila terkulai dan badannya tersepit di tengah2 daun teh.kakinya patah hingga ke paras bawah lutut.mukanya lebam dan kebiruan dan di dalam pelukan dia terdapat kamera Nikon yang berbungkus dengan plastik dan polis meminta nombor handphone waris mangsa untuk membuat pegecaman mayat.dan tak jauh dari suhaila ada bungkusan plastik yang terdapat 1 set perisa teh yang saya kirim dekat dia 2 hari lepas.saya menangis dan memeluk arwah semasa polis membungkus arwah dengan plastik hitam sebelum di bawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Dan awak Nik Afiqah suhaila,semoga awak di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.sesungguhnya awak sahabat saya yang terbaik sehingga akhir hayat awak,awak jaga kamera saya elok2 melebihi nyawa awak sendiri.terima kasih fs jika post kisah ni.dan saya minta maaf kepada pembaca kerana kisah ni tak seram tapi ni kisah dan pengalaman saya berkawan dengan kawan yang terbaik yang dianugerahkan Allah untuk saya di dunia dan InshaAllah di akhirat.saya asyik teringat panggilan terakhir dari dia.Terima kasih semua.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nny91

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

58 thoughts on “Janji kawan”

  1. Takziah. Cakap pasal Demam Denggi, bila kita demam denggi “platelet” kita dalam keadaan pengsan. Sup ketam cuma menambahkan Jumlah platelet, bukan bertindah mengaktifkan “platelet” (Doctor)

    Reply
  2. Innalillah… semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.
    Teringin nak tahu, kemalangan tu melibatkan semua ahli rombongan atau arwah sorang since dalam 2 hari Nani tak dapat contact n kabar berita dr diorang semua?

    Reply
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun..Al-fatihah..
    Sedih sgt crita ni..moga roh suhaila d cucuri rahmat dan tgolong dlm golongan org2 beriman

    Reply
  4. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

    Salam takziah

    Reply
  5. Sedihnya cerita kamu dik….moga kawan adik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…tak mungkin dapat dah kawan yang terbaik macam tu…bertabahlah…

    Reply
  6. sedih nye..takziah utk kwn awk nani..semoga roh dia dicucuri rahmat..mesti sbb awk sgt3 rapat dgn dia,petanda yg dia dalam kesusahan tu awk dapat melalui mimpi je..rasa nya kalau awk x dtg cameron tu mesti susah polis nk carik mayat arwah sue sbb da jatuh ke bwh bukit kn..

    Reply
  7. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Al fatihah buat roh allahyarhamah suhaila.semoga ditempatkan bersama orang yang bertaqwa Aammiinn.Menangis saya baca kisah sis nani.semoga sis nani tabah.Kawan yang baik sukar dicari.

    Reply
  8. ALLAHU . innalillahiwainnailahirajioun . semoga arwaah sahabat nani ditempatkan dikalangan org yg beriman dan diampunkan segala kesilapannya . sedih sy bce . kehilangan sahabat lg perit dr hilangnya brg kita . semoga tabah ya sis nani

    Reply
  9. sebelum2 ni ade berlaku tak kes kematian sb hal mcm arwah?

    kena do something lah pelik ladang teh lps dh berlaku kejadian mcm ni.

    takziah kpd keluarga arwah.

    Reply
  10. thanks for sharing. cerita awak mmg tetap ada misteri.

    cuma agak sedih dgn kemalangan sahabat awak. semoga arwah dlm kalangan org beriman. amin.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.