TAJUK : JANJI
.
Tersenyum Amri melihat anak lelakinya Aizat,yang bercakap seorang diri sambil memegang mainan kesayangannya di ruang tamu rumah. Sejak kebelakangan ini,Aizat yang berusia 8 tahun dilihat semakin ceria. Sejak berpindah ke rumah yang baru dibeli Amri beberapa bulan yang lepas,Aizat menjadi pendiam dan jarang bercakap. Mungkin kerana masih belum punya kawan ditempat baru atau rindukan suasana di rumah lamanya. Tetapi kini Amri mampu tersenyum riang kerana anaknya sudah kembali ceria seperti dulu.
Azizah,isteri Amri menghampiri Amri dengan membawa air teh dan juga kuih,lalu duduk disamping Amri. Mereka berdua tersenyum melihat telatah anak mereka.
“Aizat main apa tu? Mari sini minum dengan mak dan abah.”
Aizat menoleh ke arah Amri dan Azizah sambil tersenyum lalu perlahan dia bangun.
“Kawan Aizat boleh minum sekali tak mak?”
Tanya Aizat sambil toleh ke sampingnya.
Berkerut kening Azizah dan Amri sambil berpandangan sesama mereka mendengar jawapan yang tak terduga anak mereka.
“Boleh,ajak lah kawan Aizat minum sekali.”
Balas Azizah pada anaknya kerana menyangka ‘kawan’ yang dimaksudkan anaknya itu adalah salah satu mainan kepunyaannya.
“Kan saya dah cakap,mak saya mesti tak marah punya. Jomlah kita pergi minum.”
Kata Aizat sambil berjalan ke arah ibu bapanya.
“Aizat bercakap dengan siapa tu?”
Tanya Amri sambil meletakkan cermin matanya di atas meja.
“Aizat bercakap dengan kawan,nama dia Pulin.”
Jawab Aizat sambil tersenyum memandang ke sebelah seperti sedang melihat seseorang.
Semenjak dari hari itu,Amri dan Azizah kerap melihat anak mereka bercakap dengan Pulin, ‘kawan’ anak mereka. Pada awalnya mereka berdua tidak terlalu memikirkannya kerana merasa mungkin anaknya hanya bosan.
Tetapi semakin lama semakin galak anaknya berbual dengan Pulin,bahkan ketika waktu hendak tidur,anaknya akan ucapkan selamat malam kepada Pulin.
Kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai anaknya itu,suatu malam sebelum tidur,Amri memarahi anaknya dan meminta supaya anaknya itu tidak berkawan lagi dengan Pulin yang dianggap Amri sebagai teman khayalan Aizat.
“Abah tak boleh buat macam tu,sekarang Pulin sangat marah dan tak boleh terima.”
Kata Aizat sambil menangis.
“Abah tak kira,kalau Aizat bercakap atau berkawan lagi dengan Pulin tak guna tu,abah akan bagi hukuman berat pada Aizat!”.
Bentak Amri
Aizat hanya mampu menangis semahunya sambil memeluk erat tubuh Azizah.
Tiba-tiba terdengar suara pinggan dan mangkuk pecah di dapur. Suasana sunyi seketika,Azizah memberi isyarat supaya Amri pergi ke dapur. Jantung Amri berdegup dengan kencang,tetapi dia tetap bangun dan perlahan berjalan ke dapur untuk memastikan apa yang terjadi di dapur.
Amri menyalakan lampu di bahagian dapur,alangkah terkejutnya dia apabila melihat kesemua pinggan dan mangkuk telah pecah dan memenuhi ruang dapur.
“ABANGGGGG!!”
Jeritan keras Azizah memanggilnya dari dalam bilik. Dengan pantas Amri bergegas berlari menuju ke biliknya. Ketika sampai di hadapan bilik,tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu yang keras. Amri yang tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh dan kepalanya terhentak ke lantai dengan sangat kuat. Amri masih mendengar jeritan isterinya,pandangannya perlahan-lahan menjadi kabur sebelum semuanya menjadi gelap gelita. Amri pengsan.
************
************
Perlahan Amri membuka matanya,perasaan aneh mula menyelubunginya kerana dia bukan berada di rumahnya. Tetapi bilik dimana dia berada sekarang seperti tidak asing baginya. Perlahan Amri bangun dan berjalan menuju ke dapur kerana terdengar suara seorang wanita sedang membebel. Amri memerhati keadaan sekeliling nya,setelah lama berfikir,Amri merasa sangat terkejut dan takut. Peluh dingin mula mengalir di dahinya.
Di dapur terlihat seorang wanita sedang sibuk menyiapkan makanan. Wanita itu kemudian berpaling dan melihat ke arah Amri. Jantung Amri seakan terhenti apabila wanita itu menatapnya,Amri jatuh ke lantai. Mulut Amri terbuka luas tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.
“Bertuah punya budak,matahari dah tinggi sejengkal kau baru nak bangun. Kau pergi mandi sekarang sebelum aku mengamuk.!”
Marah wanita itu sambil cekak pinggang.
Amri bergegas bangun dan berlari masuk ke dalam bilik. Jantungnya berdegup dengan sangat laju seakan mahu pecah. Wanita yang baru memarahinya sebentar tadi adalah ibunya.
Ibu Amri sudah meninggal 3 tahun lalu. Sambil memegang dadanya,Amri menghampiri cermin. Amri hampir pengsan apabila memandang cermin,dia melihat seorang budak lelaki.
Dia memegang wajahnya,itu adalah dirinya semasa masih kanak-kanak. Amri melihat kalendar yang tergantung di dinding,sekali lagi dia sesak nafas apabila tahun yang tertera di kalendar adalah tahun 1996. Amri jatuh terduduk,masih tidak mengerti apa yang telah berlaku pada dirinya.
“Sampai hati awak dah lupakan saya Amri.Awak janji takkan tinggalkan saya.”
Amri menoleh ke arah suara di sebelahnya.
“NILUP!!”
Nama itu terpacul dari mulut Amri.
“Kenapa awak tinggalkan saya,kenapa awak mungkir janji. Awak janji untuk tetap bermain dengan saya sampai bila-bila. Kenapa awak halang saya berkawan dengan anak awak?”.
Terbeliak mata Amri,sekarang barulah dia sedar bahawa Nilup dan Pulin adalah makhluk yang sama yang pernah menjadi sahabatnya suatu masa dahulu. Lalu Nilup menghampiri dengan senyuman yang menakutkan..
“Pergiii!!! Jangan ganggu aku!!”
Teriak Amri. Amri terasa tubuhnya digoncang dengan kuat. Ketika dia membuka mata,isteri dan anaknya berada disebelahnya dengan wajah yang pucat. Amri bangun lalu memeluk isteri dan anaknya. Dia sangat terkejut apabila melihat ada makhluk yang merangkak menghampiri mereka,rambut panjang makhluk itu menutup seluruh wajahnya.
“Jangan tinggalkan saya Amri,biarkanlah saya jadi kawan Aizat.”
Kata makhluk tersebut dengan suara sayu.
Amri bergegas bangun dan membawa anak serta isterinya keluar dari rumah.
Kereta yang dipandu Amri memecut laju membelah kesunyian malam. Seluruh tubuh Amri kebasahan dek peluh,penghawa dingin kereta tidak membantu mendinginkan tubuhnya yang ketakutan. Setelah agak lama akhirnya Amri mampu menarik nafas lega walaupun dia masih belum tahu kemana dia harus tuju,asalkan dia tidak berada di rumahnya. Anaknya Aizat sudah tertidur di pangkuan Azizah.
Tidak lama kemudian telefon Amri berdering,Amri merasa hairan melihat nama pemanggil tersebut adalah anaknya. Sambil menoleh ke arah isteri dan anaknya,Amri menjawab panggilan tersebut dengan perasaan berdebar-debar. Amri buka pembesar suara telefonnya.
“Mak dengan abah pergi mana,kenapa tinggalkan Aizat sorang-sorang dengan pintu rumah tak tutup? Aizat takut abah”
Terdengar suara tangisan Aizat dihujung talian. Tangan Amri menggeletar sehingga telefon di tangannya terjatuh. Azizah dan Amri berpandangan dengan wajah yang ketakutan.
Jika anak mereka baru sebentar tadi menelefon,siapa yang berada di pangkuan Azizah? Dengan perlahan Azizah melihat ‘Aizat’ dipangkuannya.
“Awak tak boleh tinggalkan saya Amri,awak kan dah janji untuk selamanya dengan saya.”
Kata ‘Aizat’ di pangkuan Azizah sambil tersenyum. Lalu perlahan wajah Aizat bertukar pucat dan rambutnya mula memanjang.
Amri yang sangat terkejut gagal mengawal kereta yang sedang dia pandu lalu terjatuh ke tebing jalan dan melanggar pokok sebelum terbalik.
Dengan nafas yang tercungap-cungap,Amri rasakan kesakitan yang amat sangat pada seluruh tubuhnya. Pandangan matanya juga semakin kabur dan dia dapat rasakan ada seseorang yang merangkak menghampirinya lalu berbisik lembut.
“Akhirnya awak tunaikan juga janji kita untuk selamanya tetap bersama,Amri…”
TAMAT
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Apa ko mengarut ni pak?
perghh janji dituntut sampai ke m**i..aje setan btl ar kn..
usaha lagi