Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan kisah aku kali ni. Seperti biasa, aku Janna Nick. Tapi aku bukanlah pelakon tu. Cuma aku guna nickname ni untuk setiap penulisan aku. So, untuk pembaca yang nak baca kisah2 aku sebelum ni boleh je search #JannaNick. Untuk entri kali ni, aku nak ceritakan pengalaman sahabat aku semasa menaiki lift di sebuah pasar raya. “Aku” dalam cerita dekat bawah ni merujuk kepada sahabat aku. Macam ni kisahnya.
Aku ingat lagi masa aku pergi tengok wayang dengan adik beradik aku dekat sebuah mall di Melaka. Tak perlu lah aku sebut mall yang mana. Kalau korang nak tahu, aku pergi tengok wayang tu masa hari raya Aidilfitri yang pertama. Kerja gila kan? Orang pergi beraya kitorang pergi tengok wayang. Hahahaha… Masa tu plak cerita Kuntilanak baru je masuk pawagam. Memang ngam lah! Cerita tu lah yang kitorang decide untuk tengok. Sampai mall tu sekitar jam 10 lebih pagi macam tu lah. Orang pun belum berapa ramai lagi. Yelah, ditambah lagi masa tu tengah raya. Siapa je yang nak pergi mall pagi2 buta.
Aku pergi tengok wayang ni berlima (3 orang kakak & seorang abang). Panggung wayang mall tu dekat tingkat yang paling atas sekali iaitu tingkat 3. Kitorang ni pun teruslah ke lift untuk ke tingkat 3. Sampai dekat panggung wayang, kebetulan ngam2 masa untuk filem Kuntilanak. Beli tiket dan terus masuk dalam panggung. Dalam panggung tu pula cuma ada kitorang berlima je yang duk tengok cerita tu. Macam aku cakap tadi lah, mana ada orang nak pergi tengok wayang pagi2 buta ni.
So, lepas je habis cerita tu dalam jam 1 lebih tengah hari, kitorang ni nak turunlah untuk balik. Kitorang naik lif yang sama kitorang mula2 naik tadi. Masa tu cuma kita berlima je dalam lift. Tiba2 pintu lift tu macam buat hal. Pintu lift tu tutup perlahan je. Bila dah nak rapat pintu tu menendang balik terbuka. Macam ada orang yang tekan untuk masuk lift, sedangkan takde sesiapa pun kat luar lift tu. Aku dengan abang aku pun sedaya upaya tolak pintu lift bahagian kiri dan kanan untuk rapatkan pintu. Lepas struggle tolak bagai nak rak, barulah pintu tu tertutup. Akak aku yang dekat dengan butang lift terus tekan butang tingkat G. Lift pun bergerak dan tak lama lepas tu pintu terbuka.
Bila pintu lift terbuka, kitorang terkejut gila bila nampak kat luar tu gelap gelita. Abang aku yang diri betul2 depan muka pintu lif tu hampir2 nak langkah keluar. Tapi bila nampak kawasan tu gelap kitorang da macam pelik. Ruang gelap tu cuma ada 1 lampu kalimantang yang dah malap cahayanya. Mata kitorang terus tengok ke butang lift. Alangkah terkejutnya bila nampak butang tu menyala kat tingkat 4. Sedangkan masa tu akak aku tekan tingkat G. Akak aku yakin yang dia memang tekan butang tingkat G. Yang peliknya macam mana boleh naik ke tingkat 4 dan takde siapa pun yang perasan. Lagi bertambah pelik, sejak bila pula lif tu ada tingkat 4. Padahal kitorang sangat2 yakin yang kitorang memang naik lift yang sama masa mula2 datang tadi. Sebab apa aku cakap aku yakin naik lift yang sama sebab mall tu tak sebesar macam Mid Valley yang masuk pintu lain keluar pintu lain. Mall ni kecik je tak mungkin salah jalan. Akak aku cepat2 tekan untuk tutup pintu lift. Dan sekali lagi, pintu lift ni nak pedajal kitorang. Dia buat hal macam tadi. Tutup perlahan2 bila dah nak rapat dia menendang semula. Aku dan abang aku sekali lagi struggle tolak untuk rapatkan pintu lif. Dalam masa kitorang struggle tutup pintu tu, akak aku cakap lampu kalimantang tu berkelip2 beberapa kali. Bila dah rapat cepat2 tekan butang tingkat G. Nasib baik kali ni lif betul2 turun tingkat G.
Sepanjang turun ke tingkat G tu, semua senyap tak bunyi apa2 pun. Lepas dah masuk dalam kereta dan dah keluar dari mall tu barulah akak aku bersuara,
“Aku yakin aku memang tekan tingkat G dekat butang lift tu. Macam mana boleh sampai ke tingkat 4? Sedangkan mall ni cuma sampai tingkat 3 je.”
Memang menyeramkan sangat2 masa tu. Mujurlah takda apa yang “menunjukkan diri” masa kat tingkat 4 tu. Kalau tak, tak tahu lah kitorang ni jadi macam mana. Dengan pintu lift yang cuba main2kan kitorang. Sampai sekarang aku masih tertanya2 lagi betul ke pintu lift tu bermasalah atau ada “masalah” yang ikut kitorang sekali? Dan misteri tingkat 4 sehingga kini masih belum terungkai.
#JannaNick – Lift Tingkat 4
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 2.3]
Janna Nick
lif rosak pun hantu kena tuduh
Budak2 ke yang tulis ni?