Jatuh Cinta Pada Dia Yang ‘Di Alam Sana’

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih pada pihak admin andai kisah ini disiarkan. Kepada para pembaca, cerita ini merupakan kisah benar yang terjadi pada aku (perempuan). Di sini aku cuma ingin mengisahkan yang indah-indah sahaja, dan pastinya penuh mistik, lebih –lebih lagi untuk akal kita yang terbatas.

Alkisahnya, aku mengenali ‘dia’ setelah satu keluarga aku disihir. Semua ahli keluarga tidak terkecuali, namun yang sadisnya sehingga sekarang kami masih belum mengetahui angkara siapakan perbuatan tersebut. Wallahualam. Yang pastinya dugaan sebegitu dalam masa sama menguji sejauh manakah iman hambaNya. Bukan sahaja satu keluarga, bahkan jiran-jiran satu kampung dan juga orang yang berada berdekatan juga sama sekali terkena tempiasnya. Sungguh begitu dasyat penangan sihir kali itu. Namun bukanlah itu yang mahu diceritakan di sini.

Setelah beberapa purnama keluarga kami menderita, kami cuba untuk jalani kehidupan seperti biasa walaupun begitu perih untuk kami lakukan. Dengan duit yang setiap hari ghaib begitu sahaja tanpa tinggal sesen pun, mana mungkin kami boleh bertahan melainkan mengharapkan ihsan jiran-jiran yang terdekat. Ada yang beri RM5, RM10, begitulah kehidupan tika kejatuhan itu.

Peristiwa pertama yang terjadi, tapi waktu itu aku belum perasan lagi. Entah macamana aku boleh tak perasan. Aku ada seorang adik perempuan, yang mana ketika itu berumur dalam sepuluh tahun. Pada waktu petang, dia ke kampung hadapan, yang cuma dalam beberapa puluh meter sahaja dari rumahku. Balik daripada membeli aiskrim katanya, dia menceritakan tentang si abang penjual aiskrim itu. Menurut katanya, ada abang yg masih muda, berusia dalam 20-an datang menjual aiskrim dengan menaiki motosikal. Padaku aiskrim itu begitu murah, aku kurang ingat tapi dalam 20sen begitulah. Yang menghairankan aku, beli aiskrim, percuma pula pembarislah, pemadamlah. Budak-budak baru masuk sekolah, biasalah macam kita-kita dulu, excitedkan kalau dapat pergi ke koperasi atau kedai stationery dan beli pemadam pembaris semua tu. Jadi mungkin cara ‘dia’ untuk menggembirakan hati adik aku, dia buat begitu. Memandangkan adik aku pergi bersendirian, jadi aku tanya juga, ada ke budak-budak lain yang beli juga, murah tu. Dan orang kampung lain tak perasan ke, katanya cuma dia je yang beli, orang lain macam tengok saja jadi aku pun tak syak apa apa lah. Aku tak tahu pulak kalau yang sebenarnya cuma adik aku sahaja yang boleh ‘nampak’ dan melalui peristiwa itu.

Adik aku nampaknya begitu happy, dapat beli aiskrim murah percuma pembaris. Katanya, besok abang tu datang lagi, diorang dah siap janji lagi, pukul lima petang abang tu akan datang lagi meniaga asikrim. Aku pun macam, ohhh, yeke, baik juga ye. Adik aku ada juga menyelitkan penampilan abang tersebut, katanya muda, orangnya berkulit putih dan begitu hensem. Tak silap aku rasanya ada dua orang, dia bersama kawannya. Yang ini aku hampir lupa, entah macamana naik motor dua orang aku lupa, maafkan aku, kerana cerita ini sudah berlaku lebih kurang 10 tahun lepas. Lagipun, cerita sebegini akan membuatkan kita semakin lupa dari sehari ke sehari, kerana ianya sejenis benda ghaib, jadi biasanya tidak akan berkekalan lama kerana mereka tak mahu kita ingat lagi, ini cuma berdasarkan pengalaman aku dan keluarga, lain orang, lain pula kisahnya.

Jadi keesokan harinya, ketika jam menghampiri pukul lima petang, adik aku ke sana lagi. Aku tidak ikut walaupun hatiku ingin sekali melihat abang yang diceritakan itu. Almaklumlah waktu tu dah besar, malu pula kalau ikut geng kanak-kanak beli aiskrim. Seraya pulang ke rumah, dia begitu teruja menceritakan padaku. Tak silap aku, dia membeli dua, dan abang tersebut bertanya padanya, untuk siapa satu lagi, lantas dia menceritakan perihal aku sebagaimana yang diajukan beberapa soalan kepada adikku, diakhiri sampaikan salam buatku dari ‘abang’ tersebut.

Setelah beberapa ketika, atas kesusahan yang dialami, duit setiap hari hilang dan pelbagai bentuk sihir lagi yang kami sekeluarga terima, bagaikan ada yang ingin berkawan dan menolong kami. Kami sering dikirim wang melalui adikku, ada ketika dia mendapat duit tersebut di dalam masjid halfway pulang dari sekolah, ceritanya ada ‘puteri cantik’ yang memberi wang tersebut dan dikirim kepada mama, buat belanja kehidupan seharian. Wang yang diberi sebanyak seratus dua, beberapa kali.

Dan cuma adik aku yang boleh melihat puteri tersebut, mungkin kerana hijabnya yang masih belum tertutup. Jika puteri tersebut ada sekeliling kami, dia akan tunjuk kepada kami walhal kami tak boleh nampak. Tapi dari lirikan matanya dan berdasarkan ceritanya, kami tahu itu benar, cuma pandangan kasar kami tidak mampu untuk melihat sepertinya. Sebagaimana yang diceritakan, puteri itu berlegar-legar di udara, memakai gaun yang cantik, memakai crown, menghadiahkan senyuman yang menawan, dan akhirnya terbang ke atas sesuai dengan dongakan kepala adikku yang menceritakan puteri itu meninggalkan kami. Aku percaya, cuma i wished i could see what she saw.

Aku nak para pembaca bayangkan, di suatu pagi yang hening, awal pagi, dalam pukul tujuh pagi begitu, hujan renyai-renyai. Hujan gerimis orang kata. Aku sedang jiwang lagu kerana kebetulan lagu favouriteku berkumandang di radio tika itu. Untuk makluman, lagu itulah juga yang mengingatkan aku pada ‘si dia’. Lagu itu terasa begitu masuk dan menusuk jiwaku apabila teringatkan tentang ‘dia’. Ya benar, ketika itu mungkin aku sudah mula merinduinya. Sungguh, aku terbuai oleh perasaan yang sukar ditafsirkan.

Jatuh cinta pada manusia, tidak akan pernah sama dengan jatuh cinta pada ‘dia yang di alam lain’. Aku cuba untuk bercerita sehabis mungkin kerana aku tak mahu kerana kekhilafan aku dulu, manusia di sini mengecam aku, sesungguhnya kita manusia biasa yang punyai dosa dan salah silap. Dan pertemuan itu aku kira sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa, dan aku pun sekadar mengingati bahawa Allah itu sekedar menguji keimananku. Ketika aku syok mendengar lagu, adikku hilang, ku kira dia ke bawah atau kemana mana saja kawasan rumah. Dia Cuma hilang sekejap, dan naik memberitahuku yang dia baru saja lepas berjumpa abang tersebut. Dititipkannya juga wang buat belanja, dan diberi beberapa nasihat yang baik-baik kukira. Patutlah aku rasa semacam, rupanya tak sangka dia berada berdekatanku pada waktu itu. Benarlah orang kata, ada yang suka menjelmakan diri tika waktu gerimis mengundang.

Pada waktu hadapan, akan ku cerita pula tentang bagaimana lagi kisah aku dengan ‘dia’, bagaimana aku boleh jatuh cinta padanya, dan bagaimana aku putus dengannya kerana kerana keduanya berasal dari alam lain yang tak memungkinkan kami bersama dan dimurkai Allah. Kerana aku rasa ini pun sudah cukup panjang, banyak pula gangguannya. Itu pun jika para pembaca mahu mendengar lagi kisahku yang tak seberapa ini, namun begitu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku, probably for the rest of my life. Maafkan aku andai ada yang tidak suka, sekadar coretan ikhlas dan secebis kisah mistik dari kisah-kisah insan lain yang lebih gempak. Sekian sahaja buat kali ini, nukilan dari #PesonaKlasik

Pesona Klasik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

20 thoughts on “Jatuh Cinta Pada Dia Yang ‘Di Alam Sana’”

    • dia suka kat si penulis laaa….adik dia tu kan macam sebagai pengantara sebab dia masih kecil dan masih belum tertutup hijabnya mungkin….cerita yg akan dtg nnt ko baca laaa dia cerita macam mana dia bole suka kat makhluk tu..

      Reply
  1. huuu….aku lak dulu jin jantan 2 ekor ikut mana aku pergi..tp aku tak nampak…cuma leh rasa aje…lepas berubat baru jin2 jantan tu pergi…dan baru jodoh dtg…jin2 jantan ni kalau dah minat kat manusia mmg jodoh tu slow la nak datang…

    Reply
    • Macam mana blh tahu ada jin jantan yang mengikut? mcm mana pula kalau kita diekori jin, tapi kita tak sedar atau tak terasa langsung kehadiran mereka?

      Reply
  2. Best..
    Tengah fefeeling focus membaca bila sampai Part Puteri Cantik Floating kat udara, pakai gaun, pakai Crown.. Kenapa tetiba imiginasi aku dengan wild nya membayangkan Dato Vida weyhh!!! Hahaha!

    Nak sambungaaaaaan

    Reply
  3. ko lenkali nak cerita tu cerita dari mula bukan amk dri klimaks ke penutup ke..xbest
    and ayat ko putar belit pening aku nak paham..

    jgn reply aku xblas.

    Reply
  4. Syoknya tpi ada ceta tu cam lompat sikit then trus pnutup…konfius kejap…hahaha

    Ok nak sambungan sbb syok jgak…peace >-<

    Reply
  5. Saya baru terjumpa tulisan sis yang ni. Tadi terjumpa entry yang penghabisan.

    Saya percaya cerita ini bukan fiksyen. Saya dah menangis dulu. 😭Mereka pun makhluk Allah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.