JELMAAN MEREKA

Assalamualaikum pembaca FS, dan terima kasih juga pada admin sebab sudi siarkan cerita aku ni yang tak berapa nak seram ni. Nama aku Nooora. Dah banyak kali juga tulis kat sini tapi tak lepas2. Aku ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi dengan pembaca semua. Kisah dibawah semuanya benar dan bukan rekaan. Ok jom kita mula ye….

1. BALIK KAMPUNG DAN PENUMPANG MISTERI

Masa ni malam raya tahun 2011. Jam lebih kurang pukul 3pagi, suami yang aku gelarkan awak, sedang khusyuk memandu dekat lebuhraya LPT, aku pulak duduk di belakang sebelah kiri sambil pangku anak yang berumur setahun sedang tidur dengan lena. Oh ya, lupa nak cakap anak aku ada 3 orang, yang sulung tidur baring sebelah aku, yang anak nombor 2 tidur dikerusi sebelah pemandu, aku dan suami memang selalu balik kampung tengah malam sebab lebih selesa rasanya anak pun tak banyak ragam sebab nyenyak tidur kan.

Lepas saja suami isi minyak dan kereta terus membelah lebuhraya, masa ni suami bawa kereta tak laju sangat, aku ternampak ada satu keluarga sedang melambai ke arah kami dan aku lihat ada seorang lelaki, seorang wanita dan 3 anak kecil dan salah seorang dipangku oleh wanita itu, aku spontan cakap dengan suami, “awak ada orang lambailah, berhentila jap”. Suami pun cakap “hah ye ke?”. “Iye saya nampak tadi, undurla belakang kesian ada anak kecik lagi macam anak2 kita je”. Suami tanya lagi nak tumpangkan ke? Aku masa tu tak terfikirlah mereka manusia atau bukan sebab yang aku fikir kesian kat anak2 mereka.

Suami pun undur pada mereka dan buka tingkap beri salam. Mereka cakap nak tumpang sampai ke Gambang je. Aku lihat isterinya muda lagi dan mereka berpakaian seperti manusia biasa je. Suami alihkan anak aku yang nombor 2 duduk disebelah aku. Wanita tadi duduk sebelah anak aku sambil pangku 2 anak dia dan lelaki tadi pangku lagi seorang anak mereka Masa wanita tu masuk dalam kereta dia sempat cakap “tumpang ye kak, maaf menyusahkan”. Aku jawab sambil senyum, “takpe, duduklah”. Kalau nak ikutkan logic sepatutnya kereta kami sempit dengan kehadiran mereka tapi Alhamdulillah ngam2 je kedudukan kami masa tu (kereta saga lama je).

Suami teruskan perjalanan sambil borak sikit dengan mereka, tanya dari mana, lelaki tu jawab dari Kuala Lumpur tadi naik lori tumpang kawan lepas tu kawan tinggalkan macam tula yang aku dengar sebab suami bukak tingkap jadi tak berapa dengar sangat suara dia. Aku sesekali lihat wanita tu dan setiap kali aku toleh arahnya, dia akan senyum sinis je kat aku. Adoii seriau jugak tetiba nape tiap kali aku toleh mesti masa tu pun dia pandang aku senyum sinis takpun memang mata dia tengok aku je, huhuhuu.

Ok dah sampai ke Gambang. Masa ni Gambang waterpark tu dalam pembinaan dan kat kawasan tula dia suruh berhenti. Suami terpandang ada 1 kedai runcit. Suami terus ke kedai tu dan belikan anak mereka air kotak dan sedikit makanan ringan sambil hulurkan sedikit duit raya pada anak2 mereka. Masa mereka keluar lelaki tu cakap belakang tu la rumah kami, dan aku jugak sempat toleh rumah yang dia cakap tu. Aik macam kosong je tempat tu. Adoii, buat macam biasa je. Suami teruskan berjalan sambil cakap jangan pandang belakang takut pulak dorang jadi apa2 ke. Dan barula kami bertanya sesame sendiri sapa mereka. Manusia atau bukan dan suami cakap masa bawa mereka kereta ringan sangat2 macam takde orang tumpang je dan kami juga bersyukur tak ada kejadian pelik selama menumpangkan mereka.

2. KARAK DAN KANAK-KANAK

Kejadian berlaku pada tahun 2011. Masa ni nak balik kampung juga dan jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi. Kami ikut laluan lama iaitu Karak. Aku duduk sebelah suami yang sedang memandu sambil tidur2 ayam. Entah macam mana aku rasa suami bawa kereta slow sangat dan macam nak undur kebelakang je gayanya. Aku tanya suami “napa awak?”. Suami cakap, “saya nampak budak2 la tengah bergaduh sampai terbaring atas jalan. Nak tengok jap mana tau ada yang cedera”. Suami undur dan aku tengok ada dalam 4-5 oranglah semuanya lelaki dan mungkin berumur 12 tahun ke bawah.

Suami beri salam dan tanya, “ada masalah ke?”. Dorang cakap, “takdela bang, kitaorang memang macam ni”. Suami tanya lagi, “eh, duduk mana ni dah malam sangat ni?”. Dorang jawab, “duduk sini la bang”. Aku pun tinjau tempat2 tu dan nampak satu papan tanda bertulis TANAH PERKUBURAN ISLAM KARAK. Oh sudah. Aku ajak suami aku jomla cepat, suami beri salam dan terus meninggalkan mereka. Aku cakap, “awak nampak apa yang saya nampak tak?”. Suami tanya apanya saya cakap kat situ kawasan perkuburan la. Ada tulis tadi tanah perkuburan karak. Sudahnya suami terdiam sampaila ke destinasi. Seriau la tuu…huhuhuuu

3. WANITA BERTUDUNG PUTIH

Yang ini pengalaman mak aku sewaktu kerja. Mak kerja 2 shift dan pada hari kejadian mak kerja petang, mak pergi kerja naik basikal je lalu laluan keretapi. Masa mak nak balik dalam pukul 10 malam, mak sedang menolak basikal power biru kesayangan. Oh, masa ni mak tak kayuh basikal, mak tolak je sebab laluan keretapi tu banyak batu. Tengah tolak tu mak tengok sebelah mak ada seorang wanita berbaju putih dan berselendang putih juga sedang berjalan sambil memangku bayi. Dia berjalan perlahan je seiring dengan mak, jalan pun tunduk ke bawah. Mak pun terfikir dari mana datangnya ni bawa bayi lagi, gaya macam tengah berpantang.

Belakang ni semuanya kilang mana ada rumah. “Ya ALLAH janganlah dia toleh, mau pengsan nanti”, mak ngomel dalam hati sambil baca surah2 yang terlintas. Alhamdulillah bila dah habis je laluan keretapi tu ada kawasan perumahan mak toleh ke arah wanita tadi tu dah takde. Bila sampai kawasan perumahan mak nampak ada khemah dan mak tanya orang yang duduk situ ada kenduri ke dan mereka jawab ye kenduri tahlil sebab tadi ada perempuan meninggal waktu melahirkan anak dia pun meninggal sekali. ALLAHU. Mak teringat adakah wanita berbaju putih itu jelmaan si m**i. Mak pun kayuhlah basikal power biru dia dengan selaju yang boleh. Takut oooiii, nak tau tak kat mana kawasan ni, hehehee, mak jumpa wanita tu bertempat di KTM Taman Dato’ Harun. Sekarang kawasan ni dah maju dah kan.

4. PANTANGKAN ADIK

Masih dengan kisah mak, terjadi pada bulan 8,1990. Aku ingat bulan je sebab terjadi waktu adik baru dilahirkan. Masa ni ayah kerja shift malam. Aku, abang dan kakak tidur tingkat atas. Mak ni satu hobi dia suka sangat sidai kain malam2. Dan masa dalam pantangkan adik jam menunjukkan pukul 4 pagi. Selesai je mak sidai kain baju kat luar rumah tapi dalam kawasan berpagar lagi mak pun nak rebahkan badan, tiba2 mak terdengar suara orang bagi salam dan mengetuk pintu, “assalamualaikum..assalamualaikum..”. Mak pun jawab salam dan bukak pintu. Mak tengok ada seorang wanita berpakaian baju kurung dan juga berselendang menutupi wajah dalam keadaan tunduk memangku seorang bayi yang sedang lena. Mak pun tanya, “ye, nak apa ye?”. Serta merta mak teringat macam mana dia masuk sebab pagar berkunci.

Wanita itu bertanya, “ada susu tak? Anak saya menangis nak susu”. Mak jawab, susu takda la, saya takda anak kecik”. Lantas wanita itu menoleh ke belakang dan bertanya, “itu lampin siapa”?. Mak dah tak keruan sambil membaca apa yang ingat dalam hati, mak pun kata, “kalau nak susu mari saya susukan”. Wanita itu menghulurkan anaknya dan disambut oleh mak. Lepas je anak dia dari mak, wanita itu pun hilang entah ke mana tapi anaknya masih dalam pangkuan mak. Mak lihat saja anaknya sambil membaca surah2.

Tidak lama kemudian azan subuh berkumandang, anak itu tadi terus bertukar menjadi batu nisan. Mak letakkan batu nisan itu di luar rumah. Kot2 manala tau wanita itu datang nak ambil balik anak dia kan. Tapi sampailah ayah balik kerja, dalam pukul 7 pagi batu nisan itu tetap ada di luar rumah. Mak pun cerita pada ayah lalu ayah ambil batu nisan itu letak di luar pagar rumah. Sejurus ayah letak saja, batu nisan itu hilang dengan sendirinya. Lepas dari kejadian mak demam 2 minggu sebab terkejut. Kesian mak kan..

5. NEK JAH

Kisah ni dalam 3 tahun lepas kot, masih dalam pengalaman mak. Depan rumah mak ada sorang nenek yang kitaorang panggil nekjah. Nekjah ni memang suka sangat duduk tembok luar rumah lepas subuh. Mak pulak suka buat kerja rumah lepas subuh maklumlah orang lama kan mana nak tido lepas solat subuh. Mak pun sapu luar pagar rumah dan ternampak nekjah lalu mak tegur, “dah makan ke makcik”?. Nekjah tak jawab hanya pandang mak saja. Mak pun agak mungkin nekjah tak dengar mak tanya tadi, mak pun masuk dalam rumah untuk kemas bahagian dalam pulak.

Selang sejam kemudian, mak duduk di luar rumah ternampak anak nekjah. Mak pun tegur, “mana mak kamu? Tadi pagi acik nampak dia ada duduk tembok. Dah masak ke dia?”. Anak nekjah jawab, “eh acik, mak mana ada. Dah seminggu duduk rumah abang kat Sungei Way. Minggu depan baru balik. Saya pun baru je balik kerja ni”. Mak aku pun terkedu. “Aik betul ke? Sebab memang mak kamu tadi duduk kat tembok”, kata mak. “Betul acik. Takkan saya nak tipu pulak” balas anak nekjah. “Ermm, takpelah. Kirim salam je kat mak nanti ye” jawab mak. Mak pun masuk rumah, baring sambil letak tangan atas dahi dok fikir kejadian pagi tadi.

Ini sajala cerita dari aku,kalau ada yang minat aku akan ceritakan kejadian yang lain pula,maaf kalau tak seseram mana..Terima Kasih semua.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Nora

13 thoughts on “JELMAAN MEREKA”

  1. no 4 tu kan, berani betol mak awk bukak pintu ye pukol 4pg tu..huu..klu hakak idak ler, tp hakak pon ada habit jgk sidai kaen mlm2..haha..bkn apa..senang skt xterkejar pepagi nnt..best story kamu nih, simple n straight to the point 🙂

    Reply
  2. Seb baek diorg tumpang ghase ringan,idokler sereemmm saket hati sgt kan…
    Ni idok….udohler numpang,berat plak tu…
    Sesilap leh ghosak gear box koo…
    Jadi pasei…
    Hahahaha…

    Reply
  3. nak juga baca cerita lain tu… huhu..
    tak seram?! rasa macam nak buka semua lampu ja sekarang ni…

    jalan cerita ringkas,padat,kemas..eh semuanyalah. huhu

    paling seram yg minta susu pagi2 buta dgn tolak basikal tu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.