Jelmaan Nenek

Jelmaan Nenek #SiSepet

Assalamualaikum kepada para pembaca. Okay selama ni aku cuma pembaca setia FS tapi terdetik dalam hati nak kongsikan satu cerita yang boleh dijadikan renungan. Maaf kalau tak menarik sebab aku masih baru lagi dalam dunia penulisan ni. Kisah yang terjadi ni masa aku umur 11 tahun. Aku Ada sorang makcik yang bernama Za ( bukan nama sebenar) untuk pengetahuan korang makcik aku ni janda anak dua. Anak sulung dia lelaki dan kedua pulak perempuan. Aku namakan si sulung tu Az dan adik dia Anje. Makcik aku ni dia duduk dengan arwah nenek aku lepas je bercerai, so dia la yang akan uruskan semua hal rumah.

Nenek aku ni pulak memang garang dengan dua anak makcik aku tu, tiap kali aku datang melawat mesti aku akan dengar nenek membebel dekat sepupu aku tu. Ditakdirkan arwah nenek aku jatuh sakit sebab kencing manis… Selama 1 tahun dia bertarung dengan sakit dia tu, And hampir setiap hari jugak aku datang melawat, Sampai satu hari arwah nenek aku dah nazak sangat, abah aku call semua adik beradik dia yang Kt Kedah, Melaka, N9 tu suruh balik sebab dah nazak sangat. Mmg malam tu semua tak putus2 baca yaasin. Sampaikan makcik2 aku tak tido malam sebab nak jaga arwah nenek aku tu, nasib semua anak dia dah besar.

Masa aku tengah tenung arwah nenek aku tu, aku dengar dia cakap ‘makk, nak ikut makk, aku nak ikut makk. Bawak la aku sekali.’ Masa tu aku tengok dia pandang pintu depan, wow! Aku dengan sepupu yang aku dah seram sejuk beb arwah nenek cakap macam tu, sampai abah aku cakap ‘dah pergi tido, dah lewat malam’. Aku tanya sepupu aku sebab dia kan duduk serumah dengan arwah nenek aku tu, ‘nenek nak pergi la tu, dia nampak bayangan arwah mak, orang nak meninggal memang akan nampak macam2,’ aku terdiam sebab masa tu aku takut. Akhirnya lebih kurang jam dua pagi, arwah nenek aku pergi. Masa tu abah aku ajak balik sebab nak ambil barang. Sepanjang balik tu aku rasa macam ada benda yang tenung aku sebab nak balik rumah aku tu kena tempuh ladang kelapa sawit, aku nampak abah aku tengah baca sesuatu lepastu hembus Kat luar tingkap ,aku nak tanya tapi terbantut lepas je abah aku buat isyarat diam.

Sorry aku kena jump part yang lain sebab panjang sangat, aku akan cerita part nak mandikan jenazah nenek aku tu.. Masa tu semua menangis beb, ada yang tak sanggup nak mandikan jenazah nenek aku sebab terlampau sedih. Tapi yang paling sedih si Az, sebab dia selalu melawan cakap nenek aku, mintak duit, tinggikan suara. Woo, dahsyat beb dia nangis! Makcik aku menangis gelak tengok dia menangis. Yelah, buruk beno orang jantan menangis macam tu. Dah habis kebumi arwah nenek aku tu, macam2 benda berlaku.

Ada satu hari si Az tu nampak jelmaan nenek aku dekat bilik dia. Dengan muka ada kesan terbakar, rumah arwah nenek aku pulak jadi panas. Sepupu aku, si Anje, boleh nampak jelmaan arwah nenek aku dalam rumah. Sampai satu tahap, sepupu aku demam teruk. Abah aku panggillah orang yang boleh pulihkan rumah arwah nenek aku tu, sebab panas. Aku tak rasalah benda macam ni, tapi aku tahu keadaan masa tu. Sampai aku pernah mimpi arwah nenek aku datang rumah rumah tengah bancuh air untuk kenduri tahlil dia sendiri! Aku ada bercakap dengan dia, tapi tak menyahut. Aku cerita dekat abah aku, abah aku cakap sebab orang meninggal mana boleh bercakap. Aku kesian dekat sepupu aku sebab alami kejadian macam tu, tambah-tambah lagi si Az, mungkin ni dijadikan sebagai pengajaran untuk dia.

Makcik aku pulak dia rasa yang arwah nenek aku tepuk bahu dia suruh bangun subuh. Aku tak boleh nak cerita semua pengalaman sebab takkan habis punya. Setakat ni je aku mampu kongsikan. Maaf kalau kurang menarik sebab aku tulis story ni masa aku tengah study. Okay, bye. Assalamualaikum!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

70 thoughts on “Jelmaan Nenek”

  1. sekali nafas aku da khatam..
    (Maaf kalau kurang menarik sebab aku tulis story ni masa aku tengah study. Okay, bye. Assalamualaikum!)
    **Aku nampak betapa rushnya si penulis.. aku baca part ni pun laju tau..

    6/10 kipidap writer

    Reply
    • Sebut rindu tu off record sket…
      Nnt Geng Sajat jelesss…
      Heheheheheh…

      Akk ade jer dik…
      Cumenye ble x bape sehat ni, nk membaca+komen feel ke Laut China Selatan sket…
      Huhuhuhuuu…

      Reply
  2. Too short… sorry Sorfina.. Maira try nak fahamkan cerita Sorfina. Tapi ulang tiga kali baca still tak berapa clear… my bad maybe.. maaf ya.

    1) “aku akan cerita part nak mandikan jenazah nenek aku tu.. Masa tu semua menangis beb, ada yang tak sanggup nak mandikan jenazah nenek aku sebab terlampau sedih” – ada apa2 kejadian ke waktu ni?? sedih memanglah sedih tapi macam tergantung je cerita pasal ni.

    2) “Sepupu aku, si Anje, boleh nampak jelmaan arwah nenek aku dalam rumah. Sampai satu tahap, sepupu aku demam teruk. Abah aku panggillah orang yang boleh pulihkan rumah arwah nenek aku tu, sebab panas.” – Panas?? panas kenapa ye?? orang yg boleh pulihkan tu tak cakap apa-apa ke kenapa rumah rasa panas?

    Reply
  3. kak mami lom baca lagi.. tapi adakah begini rupa nenek kebayan? sorylah nek da 10tahun tak balik kg jenguk nenek lupa da muka nenek..

    Reply
    • badi mayat!! sebut pasal badi mayat ni… memang ada ea orang kena badi mayat sampai tahap dia menghitung hari kematian dia?? Maira pernah dengar dari cikgu dulu.. then pasal mandi tu memang pun, baju yg kita pakai masa melawat pun kena terus cuci.

      Reply
      • abah kak mami dulu kena badi mayat sbb ada kes suami isteri p*****l kepala masing2 kat uma.. mengigil dia balik uma padahal dia da biasa tgk mayat.. seminggu dok gigil n rasa mcm ada yg dok ngekor.. kak mami tak caya ada badi mayat.. but since abah kak mami imam kat perumahan family kak mami duduk ni n dia ckp dia pnh kena.. so kak mami caye la.. dia kena masa kak mami kecik n kak mami tak notis pon.. ada satu pakcik ni suro abah kak mami mandi air tanah kubur.. n elok pastu.. padahal before this ada mayat lagi ngeri die bedepan pon ok.. myb sbb si m**i b***h diri begilir2 tu yg setan dok mengacau kaw2

        Reply
  4. Aku bukan nak kecam, tapi sedikit kritikan.

    Kisah ko ni gaya macam nak cerita tapi malas nak menulis/menaip atau ko memang malas nak cerita tapi sekadar nak wujudkan diri sebagai penulis dalam FS ni. Spoil baca bila ko ‘jump’ part klimaks dekat ladang kepala sawit tu, ending plak sekali lagi ko buat spoil bila ko cakap ‘tak bole cerita sebab panjang’. Dehell wei. Ko penah baca kisah #detektif d9 or dammerung tak? Ko tengok kisah dorang tu panjang lagi azab dari kisah ko ni tahu tak. Kisah ko ni sebenarnya best kalo ko tak skip2 part penting dan rushing. Take time la..rilex2 dulu then ada masa free ko sambung plak. Tahu la ko sibuk belajar, tapi bukan ada due date pun utk ko sent jgk story ni kat admin FS.

    Reply
    • tak nak mencelah sebenarnya. serius tak nak. tapi baca komen Tokwan ni.. tak boleh nak tahan diri. hahaha maaf ye tokwan.. ada betulnya tokwan cakap tu… “bukan ada due date pun utk ko sent jgk story ni kat admin FS”… boleh je draf dekat word dulu.. hari by hari update then dah siap baru sent.. InsyaaAllah akan lagi best.. but then teruskan menulis.. jangan berhenti.

      Reply
          • Kak yulie sebut mastika, terus rindu zaman remaja..alahai. Time tu memang heaven baca mastika kat asrama, layan syahdu sampai takut nak masuk toilet. Paling tak tahan member pinjam mastika bila pulang balik terus hancur cover depan.

          • kan.. kaka mami start di bagi mastika umo 7-8 tahun centu ada gambo mayat bapak rogol anak.. tepegang sikit gambo tu terus tak lalu makan.. kak mami melekat je gn mak kalo kat uma.. apehal tah takut sgt.. start umo 22 da stop baca sbb da bosan artkel2 dorang

          • Atau dia bajet buat assigment last minit, so hasilnya bole refer pada story diatas. Janji adooo..hahaha

    • Betul cakap Tok Wan tu. Kalau sekadar nak terjun ke dalam arena penulisan ni ibarat melepas batuk di tangga, kamu tak akan dapat menjadi penulis yang baik. Mahu jadi penulis hati kena ikhlas, perlu korbankan masa, gaya penulisan mesti ada tarikkan agar pembaca tak jemu, gunakan bahasa yang senang difahami, cerita mesti lengkap dan jangan tergantung hingga maksudnya tak sampai kepada pembaca.

      Reply
  5. T sorfina try selitkan part yang seram ye. Mel bace mcm takde seram. Tapi kalau yang datang mengganggu kemungkinan saka( kalau membela), atau qorun.. sebab qorun tak m**i walaupun kita dah m**i.

    Apa2 pon semua tu untuk menyesatkan je. Jangan layan..

    N kalau pasal ada arwah datang tu, ada keadaan2 tertentu je yang Allah izinkan. Xde senang2 hari2 datang.. kipidap!

    Reply
  6. Dik…
    Lengkali klu nk menulis tu biorler time dh betul2 lapang dan bersedia utk menulis…
    Ini ibaratnye mcm org tgh lumba lari sambil minom teh tarik gelas besor, abis tumpah sana sni…
    Udahnye bape teguk jer yg dpt…

    Cerita ko ni patotnye bagus, best, serem…
    Tp dh ko pon mcm menaip sambil melompat kat trampolin, kelam kabut perasaan akk bace tu…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  7. Panjang panjang orang pun akan baca dik tapi yelah macam kau cakap kau taip cerita ni pun masa tengah study tapi walaupun semasa tengah study boleh je hold kejap then sambung balik biar jelas jalan penceritaan tu sebab banyak benda yang Faz tak faham dekat sini. Macam singkong kata sekali nafas je dia khatam macamtulah aku baca.

    Reply
  8. ok lah kalo nk bg tau pengalaman tp penerangan x terang, huhuhuhu. mcm makan kepok goreng. rangup,sedap tapi kalo ada sos cili thai, brtambah sedapnyer :p
    #mengarutjap

    Reply
  9. lagi detail lg best.

    elemen seramkurang ade tp tetap seriau beb… fuhhhhhh mmg demam la kalau kena jelmaan org yg dah tak de ni..

    Reply
  10. Maaf. Tak ada feel la aku baca kisah kau ni dik. Teruskan usaha ye? Maksud tak sampai. Memang tak rasa apa pun bila aku baca kisah kau ni. Baca penyata hutang bank lagi seram daaaa…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.