Jelmaan Serupa

Hai haii…Minah nak cerita sikitlah pengalaman Minah teman kakak sepupu hantar cheesekut. Tkdela seram sangat tapi rasa nak la share.

Satu malam tu Minah dijemput kak Ed temankan dia ke satu kolej separa swasta. Situ hostel girl. Sebab nak hantar sorang nanti dia kena angkat kotak polyfom tu dari parking ke pondok guard hostel macam leceh..lg pn kak Ed ni keding je orgnya. Umur pn baru 24. Dia janji upah tealive lepas settled semua order.

Mula2 dah nak sampai tu kak Ed call la Mpp kolej tu bagitaw kami nak sampai dalam 15minit. Senang la nanti dia nak bgtaw student lain datang smbil. Mpp ni mcm ketua pelajar la kan… namanya kak Shira ( nama olok2 )

Sampai tepi pondok guard Minah tengok kak Ed call lagi kak Shira tu. Sekali dua gagal dihubungi. Muka kak Ed berkerut la apelagi! Sebab dia cuma ada senarai nama pembeli dan jenis kek yg diorg nak. Selain dari cheesekut adalah kek batik, kek pandan, coklatmoist dia jual. Tp cheesekut la yg top.

Kak Ed try wasap kak Shira. Dia hentak stering. Hamboiii,,, mcmlah tangan tu besau sangat! Pastu tiup puhpuhhh kat tangan sebab sakit. Haa,,,padan😂 Minah suruh call biasalah jangan call wasap. Letih minah tengok dia membebel mcm mak nenek!

Akhirnya dia turun dari kereta dan ajak aku pergi kat guardhouse. Pastu kak Ed tanya samada tercatat nama kak Shira keluar dari hostel?? Kiranya tu kali kelima kak Ed ke situ, jadi…guard pun dah kenal kakak sepupu minah ni taukeh jual kek kotak kecik2.

Guard bagitaw yang kak Shera baru habis program dn ada dlm hostel. Dia singgah kejap bagi kurma yg penderma sedekah kat program malam tu. Ada sorang guard perempuan cakap yg kak Shera ada pesan kalau kami datang minta tunggu kalau dia lambat. Maknanya,, kak Shera ada la kat hostel. 15minit dah terbuang. Sbb lepas serah barang kt kak Shera kami kena bergegas ke Shah Alam pulak. Ni jadi serba lambat lah jawabnya…

Guard perempuan tu cuba call..masuklah pulak! Ulang3 akak guard tu kata kami ada kat pondok guard. Muka dia senyum tapi dahi berkerut. Ah sudah!!! Kak Ed cuba la jerit pggil nama kak Shira. Pastu akak guard suruh tunggu. Kejap lg kak Shira turun. 5minit mcm tu nampak dah kelibat kak Shera menepuk dahi dari jauh. Pastu dia call siapa ntah.

Bila dah dekat…dia

peluk2 kak Ed mcm org nak menangis. Katanya masa dia nak naik lift, dia ternampak kelibat kak Ed tolak pintu tangga kecemasan. Dia teriak 3 4 kali tapi kak ed tak respon. Dia pun call la nombor kak Ed sambil kejar kak ed yg dah mula turun tangga. Owhh patutlah kak Ed tak dapat nak call dia…kak Shira berlari tu sambil call kak Ed.

Tapi pelik kenapa call dia tak masuk? Minah tanyalah salah tengok ke kak oiii??? Dia tepuk bahu Minah, kak Shira cakap sama la baju dgn tudung yg kak Ed pakai tu dgn budak perempuan yg dia kejar. Sbb sebelum jumpa dia,, kak Ed ada post kat status gambar dia dgn aku otw ke tempat kak Shira.

Pastu dia kejar lagi dua tingkat nak sampai kat bawah. Kak Shera kata seram lain machiammm….seram sejuk!! Dia tak jadi nak kejar sampai ke bawah sebab dia mula perasan tak ada bunyi tapak kaki budak tu pun!! Kalau Minah memang tak kejar..hahagaga…lantaklah kau ku kenal ke…kau ku kenang. Sebab tak logik la kak Ed boleh masuk dalam hostel tu tanpa kad pelajar!

Minah cakaplah mcmtu…tau pn dia tepuk dahi, huhuu…baru kau tau Minah ni otaknya sebijak Detektif Conan. Sebelum bertindak,,fikir2kanlah kak oii!

Barulah kak shira perasan yg sepanjang masa dia naik balik ke tingkat 6 kat tangga tu…tak ada pun bunyi pintu besi dibuka sesiapa. Tak kan lah budak perempuan tu senyap macam tu je kat tingkat bawah?? Minah tanyalah… masa kejar tu ada bunyi tapak kaki/kasut tak? Kak shira jwb tak ada. Isshhh!!! Sah2 la girl tu tak jejak lantai!!!!

Lu pikir la sendiri!!!

Esok tu kak Shira demam, hahagaga…

Sampai sini sajelah Minah taip. Kalau korang rasa best…boleh la Minah share lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 62 Average: 2.7]

1 thought on “Jelmaan Serupa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.