Jengka Pahang Part 2

Assalam kepada pembaca setia FS, story kali ini adalah sambungan dari kisah di Jengka Pahang. Harap pembaca stay cool untuk kisah 3 dan kisah 4.

Kisah 3( Kawat kaki tentera Jepun)

Kisah ini diceritakan sendiri oleh pengawal keselamatan Sekolah Rendah Jengka tidak perlu perincikan Jengka berapa atas sebab tertentu. Pada suatu hari dia ditugaskan menjaga shift belah malam sebab kawanya demam so dia terpaksa menggantikan shift rakannya pada hari itu. Seperti hari2 lain, dia menjalankan tugas sebagai seorang pengawal keselamatan dengan penuh rasa tanggungjawab demi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya.

Pada suatu malam ketika sedang melakukan rondaan di perkarangan sekolah, telingannya seperti menangkap sesuatu bunyi seakan orang sedang melakukan perbarisan kawat kaki di padang sekolah. Dia cuba amati betul2 bunyi tersebut kadang dekat kadang jauh. Dalam hatinya, perasaan aku je ni, dia pon teruskan perjalanan meronda kawasan sekolah dan sekali lagi dia terdengar bunyi tapak kaki serta bunyi teriakan seakan seseorang sedang memberi arahan. Hatinya mula berdebar, dalam keadaan ingin tahu dia pon perlahan-lahan berjalan menuju ke padang sekolah untuk mengetahui apa yang sedang berlaku disana.

Sampainya dia di padang dia duduk disebalik pokok bunga dan matanya melilau kira kanan untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dalam keadaan samar2 dia ternampak segerombolan tentera jepun dahulu dengan berpakaian kemas sedang melakukan kawat kaki. Dia mendengar generalnya berkata “Tanoshinde” yang bermaksud senang diri. Hatinya berdebar-debar bercampur perasaan takut dan perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak kebelakangan untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Dalam keadaan kelam kabut, kakinya terpijak ranting pokok serta merta mengejutkan tentera jepun dan beralih pandangan tepat kearah beliau. “Sano hito to kare no atama o oikakeru” kejar orang itu dan p*****l kepanya. Dia berlari selaju mungkin meninggalkan kawasan itu dan terus mendapatkan motornya untuk pulang ke rumah. Keesokkan harinya, dia demam panas seminggu dan pihak sekolah memberikannya cuti untuk dia kembali pulih sediakala.

Kisah 4( Nenek kebayan)

Kisah ini terjadi ketika rakanku yang menuntut di sebuah Institusi kerajaan di Jengka. Mungkin ramai dah tahu nama institusi tersebut tidak perlu aku sangkalkan lagi. Dia duduk di kolej tun teja kampus jengka dalam bidang pertanian.

Suatu hari ketika hari minggu, ramai pelajar UITM Jengka keluar dari tempat persembunyian yang sangat pisang menuju ke Bandar Jengka untuk merehatkan minda mereka setelah seminggu mengikuti kuliah di Uitm tersebut. Tapi hal ini tidak bagi kawanku sebab dia lebih suka duduk di bilik bermain game. Dia duduk di aras dua kolej itu dan hanya dia seorang sahaja yang tidak keluar rakannya yang lain semua keluar sebab bosan katanya duduk di hostel.

Baik kisah bermula, sedang leka bermain game dia terasa nak terkencing jam di tanganya dilihat baru pukul 9.30 masih awal lagi katanya. Tanpa segan silu dia keluar untuk melunaskan hajat kecilnya. Ketika baru nak melangkah keluar menuju tandas, di suatu sudut dia ternampak seakan nenek tua yang sedang mundar mandir sambil memegang sebatang tongkat. Dia pon hairan la macam mana boleh ada nenek pula kat kolej ni. Nak ditegur takut benda lain, dia pon batalkan hasrat nak ke tandas masuk semula ke dalam biliknya duduk sambil memikirkan hal yang terjadi tadi.

Sedang leka berfikir alangkah terkejutnya nenek yang dilihat ketika tadi berada di luar tingkap biliknya sambil mengetuk-ngetuk cermin bilinya dengan wajah yang sangat hodoh serta kulit menggelupas. Dia panik lalu membuka pintu biliknya untuk lari keluar. Alangkah terkejutnya ketika pintu dibuka nenek tadi berada dihadapannya sambil merenung tepat kearahnya. Dia terus pengsan disitu sehingga rakannya balik lalu diangkat masuk ke biliknya. Ketika dia sedar dia memberitahu kepada rakannya apa yang dilihatnya sehingga jatuh pengsan. Rakannya hanya diam dan menyuruh mengambil wudhu sebelum tidur dan menyuruh tidak ceritakan hal ini kepada yang lain agar tidak berlaku kekecohan.

Sekian untuk kisah di Jengka Pahang, next kalau ada story lagi aku akan create untuk pembaca setia FS semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
HAFIZ

2 thoughts on “Jengka Pahang Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.