Hai & Assalammualaikum pembaca tegar FS. Kita bersua kembali dalam Jentik Pyscho. Aku ada sedikit kekangan masa untuk menulis cerita sebab aku agak sibuk sekarang dengan kerja sambilan. Jadi kalau ada masa terluang, aku cuba untuk ceritakan ke korang semua #siscuba. Aku dah tak nak sambung cerita ni. Tapi ada yang nak aku sambung. Hmm, degil benor korang ni macam nak pulas telinga sengsorang. Heheh. Aku sebenarnya terharu sebab korang terima penulisan aku. Apa pun yang penting korang faham jalan cerita pun dah okay sebenarnya. Okay, dah cukup berdrama. Haha. Sape yang dah lama bersabar dari tahun lalu menunggu cerita Sherry ni, aku nak kasi hadiahlah gula-gula sorang satu. Sebab korang baca cerita aku dan sebab kedua sebab korang degil nak sambungan. Tak takut ke Sherry ganggu. Hehehe gurau.
Lepas habis semester 5 tu, dan kitorang pindah masuk asrama adalah berlaku perkara pelik sikit. Seperti kata ustaz hari tu, dia mungkin akan menjelma dalam bentuk lain. Seram pulak aku. Tapi waktu ni aku takdelah terjumpa Sherry secara face-to-face. Ceritanya begini, hari tu aku tengah lepak dengan kawan dari zaman sekolah rendah yang aku namakan Fatin. Tengah rancak kitorang throwback zaman dulu2 tiba2 dia cakap, “wah, mengumpat aku dekat orang”. Aku punyalah terkejut, aku tanya semula sebab takut aku salah dengar. Pastu dia nampak bingung.
Aku lambai2 la depan muka dia pastu aku ulang lagi sekali, “bila masa aku mengumpat kau beb?”. Pastu dia hairan, “eh kau ni, aku cakap pasal mandi kolam bla.. bla.. bla.. Ke situ pulak”. Aku cakap la pasal dia cakap tadi tu. Dia blur sekali lagi, “aku tak sedar aku cakap gitu pun”. Menegak bulu roma aku wehh walaupun tengah lepak kat KFC. Huhu. Automatik aku teringatkan si Sherry. Aku dah takde mood, aku cepat2 ajak dia balik. Sampai sekarang kawan aku tu marah dengan aku dan dia tuduh aku sengaja lari tak nak spend dia sebab aku dah janji nak belanja dia makan sebelum tu. Sorry kawan.
Kalau si Yam pulak, hari tu selepas masuk sem baru dia tengah baring berehat di dalam bilik sebab baru balik dari kelas. Pastu sumbat earphone di telinga dan on pulak lagu Nirmala. Sampai part yang “bagai tersentuh rasa percaya…. tika terdengarkan…. HAHAHA”, macam suara mengilai. Hah, sia-sia telefon baru sempena hadiah birthday nya hancur dibaling ke lantai. Hahaha. Pastu dia menggigil2 sambil buat tangan ala2 menyembah tu pejam mata mintak maaf dekat Sherry. “Maafkan akulah wei, janganlah ganggu aku lagi, aku dah taubat. Ampunnn”. Besok pagi dia cite kat aku, seminggu aku tak dapat move on daripada gelak. Haha. Dalam seminggu tu jugak Yam kemurungan. Tu lahh, dulu tak beringat kenakan orang. Entah-entah salah dengar je kot.
Kalau Tira pulak lebih dahsyat. Masa dia keluar dating, tak pasal-pasal boyfriend dia si Halid mencekik lehernya di tengah parking lot. Nasib baik takde orang nampak, kalau tak masuk jail pulak boyfriend dia tu ye dak? Halid pun sama kes macam kawan aku hari tu, dia macam hilang ingatan pastu tak sedar perbuatan dia. Masa Halid start kereta nak keluar parking pula, kereta tu tiba2 meragam. Angin satu badan Tira hari tuu. “Asal bawak kereta mcm kuda!”. Nak buat macam mana, Halid bukan sengaja pun kan. Lepas 5 minit baru kereta tu ok. Tak lama lepas tu, ada suara halus di bahagian tempat duduk belakang. “kah kah kah”. Entah-entah dalam bonet lagi tak. Aku tak tahu. Tapi Tira sorang je dengar. Then dia suruh Halid pecut laju2. Gelak je aku sepanjang dengar kisah dorang. Tak tau lah itu gangguan dari Sherry ke atau sekadar perasaan je.
Cerita seterusnya ni pulak, baru berlaku selepas konvo hari tu. Aku dengar desas-desus Sherry ada datang konvo. Desas-desus sangat, sebenarnya si Mail yang bagitau. Hehe. Tapi aku tak sempat jumpa dan memang tak nak jumpa sebenarnya sebab aku takut. Lagipun, sidang konvo berlainan waktu. Selepas aku up cerita Jentik Pyscho ni masa bulan December (bulan lalu), Mail asyik ajak jumpa katanya ada hal penting. Aku cakap la hal apa yang urgent sangat tu sampai takleh cakap dalam talipon.
Mail kata jangan banyak tanya boleh tak? Dia marah aku? Hish budak Mail ni. Tapi aku selalu tak dapat nak jumpa sebab busy. Ada masa pun waktu lewat petang dan malam. Lagipun bukan dekat wei, terpisah antara negeri tuu. Jadi, satu hari tu aku cuti dan setuju nak jumpa Mail. Mail datang ke tempat aku, sanggup pula dia datang jauh-jauh sebab hal penting dia tu. Kitorang pun jumpa di sebuah restoran tepi jalan sebab senang nak keluar parking dan sambil borak tu bolehlah makan ke minum ke kata Mail.
Mail pun membuka bicara, “weyhh, ko masih ingat ke pasal Sherry?”. Nak tersembur air suam yang aku minum. Terbuntang mata aku. Ni ke hal penting yang Mail nak cakap. “Dah kenapa? Kau jangan bikin aku seram Mail. Aku siku juga kepala kau ni”. Mail sambung, “kau tau tak, mak aku nak jodohkan aku dengan Sherry”. Aku gelak tak ingat dunia sebab aku fikir Mail saja melawak. Tapi Mail dengan wajah serius berserta jambang halus dia tu menampakkan lagi ‘keseriusan’ diwajahnya tu. Aku pun stop gelak kejap.
“Kenapa dengan mak kau? Ada something ke atau dia memang nak kau kawin dengan Sherry? Haha”, tanyaku sambil gelak. “Ish kau ni, mulut takde biaya betul. Berhenti gelak boleh tak? Kalau aku bagitau kau sesuatu nanti jangan berangan nak mintak kesian dengan aku ye nak teman balik rumah ke apeke”, balasnya. Aku masih tak feel apa-apa masa ni. Pastu aku tanya, “ape hal kau sebenarnya ni. Nak tunggu gelap baru nak cerita ke?”.
Mail mengeluh. “Qay, beberapa hari tu, mak aku macam tak betul. Nasib baik pakcik aku yang pandai mengubat tu kebetulan singgah di rumah kitorang. Patut pun mak aku sibuk nak jodohkan aku dengan Sherry. Pakcik aku cakap, tujuan keluarga Sherry gunakan mak aku nak jodohkan kitorang berdua sebab nak jatuhkan orang-orang yang kuat agama dekat kampung tu terutamanya ayah aku yang memang orang masjid. Ayah dia dah cuba orang lain tapi asyik gagal. Entahla, tak jelas sangat apa pakcik aku cakap sebenarnya. Kebetulan ayah aku dihospital hari tu jaga atok aku tengah kritikal. So dalam 3 hari tu, ayah aku dekat hospital. Masa tu jugak, mak aku kena. Tapi Alhamdulillah sekarang dah ok”.
Aku nak tau jugak Sherry tu masih ada dekat kampung ke pastu Mail cakap ada sekali tu je aku nampak lepas tu lesap atau Sherry duduk diam dalam rumah je. Hah! korang perasan tak Mail dah tak panggil ‘tut’ lagi dah. Hahaha. Sambil Mail bercerita tu daripada wajah serius pastu tunjuk muka sedia pula, “kau tau tak, hari tu aku nampak mak Sherry di kampung. Orang kampung pun sibuk buka mulut tentang hal tu. Mak aku cakap, mak dia masih ada dan kejadian bunuh diri dulu tu mak dia sempat diselamatkan. Entah-entah jelmaan je kot. Takkan dia nak balik rumah tu lagi. Aku pun tak tau mana sumber cerita ni mak aku dapat. Dia tak cerita banyak, dan aku pun tak berani nak tanya lagi”. Terdiam jugak aku. Dalam masa yang sama macam nak berselubung dalam selimut je sebab tangan dah menggigil.
Belum habis cerita Mail, dia sambung, “lambat laun, Sherry akan datang jumpa kau. Kot-kot kau rindu. Hehe”. Macam aku nak ketuk je kepala Mail masa tu. Haish. lepas borak panjang-panjang tu, kitorang pun balik dan aku suruh Mail hantar sampai rumah sebab dah seram sejuk. Tau pun takut. Hehe. Sepanjang hari tu, fikiran aku tak habis-habis tentang Sherry. Aku tak boleh nak buat kerja, cuci pinggan ke, lipat kain ke. Makan pun aku tak selera. Pastu, tengah khusyuk aku termenung sambil baring merenung siling, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Satu nombor tak dikenali telefon. Aku abaikan sebab aku tak nak jawab kalau tak kenal. Selepas telefon aku berhenti bordering, satu sms pula masuk. “Qay, jawablah please. Ada benda nak gitau”. Aku ingatkan Erwan budak kelas aku dulu yang berusaha nak usha aku. Tak lama lepas tu, aku jawab panggilan yg masuk. Korang fokus bahagian ni ok, sebab inilah isi yang penting dalam cerita ni.
“Hai Qay. Ingat aku lagi ke? Hee. Jangan off k aku nak berbual je”.
Aku kenal suara ni. Aku kenal sangat. Aku menggigil ketakutan tapi aku takde kekuatan nak tekan butang off. Macam sengaja aku dibiarkan telefon melekat di telinga.
“Err Sherr..Sherr..Sherry. Ma..ma..cam mana tau nombor a..aku?”. Terketar-ketar aku nak menjawab. Aku dah tukar no telefon yang lama. Macam mana pula dia tau ni. Getus aku dalam hati.
“Alah, aku tahu lah. Bukan susah nak dapat nombor kau. hehehe”. Gaya bahasa Sherry dah tak seperti dulu yang lemah lembut. Tapi aku abaikan. Aku banyak diam sepanjang perbualan tu.
“Kau apa khabar? Mak kau dah sihat ke?”. Eh macam mana dia tahu pasal mak aku nih? Mak aku sakit kaki hari tu, 2 hari tak dapat jalan.
“Aku rindukan kau. Hehe. Takde orang nak kawan dengan aku. Kau je yang baik dengan aku. Tulah aku selalu tolong kau. Hehe”. Sengih lagi.
Tiba-tiba aku rasa sayu. “Hmm, aku mintak maaf ye Sherry, aku dah buat salah dekat kau ke dalam aku tak sedar. Aku minta maaf ye”.
Sherry gelak kecil. “Takdela, kau baik. Cuma kawan kau yang dua orang tu jahat!”, suara Sherry bertukar garau. Aku dah cuak.
“Kau maafkanlah Yam dan Tira ye? Dorang dah insaf tu. Kalau ada benda yang tak betul, bukan dengan cara ni Sherry. Cara ni kan salah. Lagipun kesalahan dorang taklah teruk mana kan Sherr…Sherry?” masih ada getaran dalam suara aku.
“(suara kasar) Kau tau tak, gara-gara dorang sembunyikan kasut aku, kaki aku luka teruk sebab pijak batu-batu tajam. Aku ada sepasang kasut je. Mak aku datang melawat aku, aku terpaksa berkaki ayam pergi kawasan lawatan ibu bapa. Sebab stokin aku yang Tira gunting tu, seminggu aku demam sebab ayah aku pukul. Dia cakap tak pandai jaga harta benda. Takde duit nak beli lagi. Masa PLKN dulu, aku dengan Jerry kawan yang rapat. Aku suka dia. Tapi aku sedar aku tak cantik, Jerry hensem orangnya. Yam cemburu, sebab dia dah lama suka dengan Jerry sejak PLKN tu bermula. Yam mula buat cerita, fitnah aku sana sini. Sampai akhirnya Jerry tinggalkan aku sebab percaya bualan orang yang aku hina mak bapak Jerry. Sebab mak bapak dia dah cacat gara-gara excident. Yam dan Tira orang yang tak guna! Banyak susahkan aku! Orang kampung sisihkan keluarga aku”.
(Suara rendah) Kitorang tak jahat, tapi orang yang jahat dengan kitorang. Ayah aku selalu tolong orang kampung buat rumah, tapi ayah aku dicemuh sebab jijik dengan kami yang miskin dan tuduh ayah aku guna ilmu hitam nak mencuri. Padahal ayah aku tak pernah mencuri. Tapi takpe, orang yang buat fitnah tu dah dapat balasan. Padan muka! Tak kenang jasa lepastu berlagak! Ayah aku baik, dia tak amalkan benda ni semua. Atok aku je, tapi kerana tertekan ayah aku dan aku sekali terjebak. Mesti kau dengar cerita Mail mak aku bunuh dirikan? Mak aku tak bunuh diri, kerana mulut orang kampung semua jadi binasa. Mak aku masih ada cuma ayah aku tak bagi dia keluar rumah sebab mulut orang kampung ni tak boleh tutup”. Tut tut tuttt. Telefon mati. Habis kredit ke? Tanpa aku sedar mata aku dah bergenang air mata. Dalam masa yang sama aku bingung. Aku cuba call balik nombor tu tapi “invalid number” (berani pula aku kali ni).
Selang beberapa minit, tengah ligat otak aku berfikir 1 meses whatsapp masuk “tingg”. Laju aku baca, Mail rupanya. “Aku tak tenang wei”. Aku balas ringkas, “eleh, pegi amik wudhuk solat jgn nak ekting perempuan sangat.” Mail reply dengan emoticon ‘marah’ je tanda tak puas hati dengan jawapan aku. Ah dah la Mail. “Tingg” satu lagi meses whatsapp masuk. Aku dah nak marah sebab geram dengan Mail. Rupanya bukan Mail. Sape plak ni?? Ayat meses tu aku salin disini:
“Untuk pengetahuan kau, aku tak marahkan kau. Aku tak sempat mintak maaf sebab akibat perbuatan perempuan berdua tu kau terjebak sama. Hutang aku dah terbayar, terima kasih sebab selalu doakan aku dalam setiap sujud kau. Aku tahu kau berhati murni, oleh sebab itu aku tak teragak-agak untuk sentiasa membantu kau dalam apa pun masalah yang kau hadapi. Bukan niat aku nak menakutkan kau, tapi rupanya ayah aku tahu perbuatan aku. Dia ingin mengawal aku, tapi aku menjadi tidak terkawal. Mungkin Mail ada datang bertemu dengan kau. Sebenanya apa yang dituturkan oleh Mail tu salah. Mak dia hanya mendengar penjelasan daripada orang lain yang bermulut busuk. Aku tidak menyalahkan keluarga Mail, kerana mereka baik. Aku tahu. Cerita aku dijodohkan dengan Mail bukan untuk menjatuhkan orang islam, tapi untuk berdamai. Tapi yelah, aku sedar bodohnya cara tersebut. Siapa yang mahu menerima keluarga kami. Qay, aku pesan jangan pernah percaya sesiapa pun didunia ini apatah lagi kawan-kawan sekeliling yang pandai bermuka manis tapi busuk hati dibelakang kau. Apa pun, aku dengar kau ada tulis cerita best! (terus emoticon senyum sinis)”.
Gulppp. Telan air liur aku. Dia tahu ke? Jantung aku bukan main berdebar lagi kalau boleh tercabut aku rasa dah terpelanting di luar tingkap. Huhu. Last dia cakap, “thanks, aku dah baca komen semua. Aku tak nak cekik kau pun. Aku tahu niat kau nak sedarkan aku kan”. Eh eh, hmm speechless, menggigil, cuak, meremang, nak pitam. Semua ada dalam satu.
Oh! Pastu dia pesan, “terima kasih sudi doakan aku kembali ke pangkal jalan. Aku dah buang ‘semua’ dalam diri aku (emoticon senyum sinis). Sampaikan salam dengan Mail, Tira, Yam, semua sahabat kita. Maaflah Tira dan Yam, aku dah rosakkan telefon dan kereta korang. Hahaha. Bye”.
Aku baru nak reply, dah single tick dan macam biasa, “invalid number”. Malam tu aku nangis agak teruk, sebab aku memang sensitive orangnya. Mak aku datang marah-marah sebab aku asyik berkurung tak nak keluar bilik. Sekali serbu, mata dah bengkak. Ada ke patut mak aku suspek aku putus cinta. Haihh tak leh jadi. Lepas aku cerita dekat mak, dapat free pulasan telinga lak sebab katanya tu lah menipu mak lagi. Konon takde masalah! Hehe. Aku forward whatsapp tu dengan Mail, Tira dan Yam. Apa yang jadi? Dorang nangis lah tersedu sedan. Baru tahu nak insaf. Mail tu paling aku tak leh blah sebab call aku sambil nangis. Muka ganas tapi nangis cam budak kecik. Haha. Dia pun minta maaf juga sebab asyik percaya cakap orang. Hmm
Oklah, cerita ni habis sini. Aku dah pening sebenarnya, sebelah pihak cakap lain, yang sebelah pihak lagi lain. Masing-masing nak tutup kesahalan sendiri. Kepada yang tanya hari tu sama ada aku ada terserempak dengan Sherry, hah padahnya aku yang keno ngadap. Aku tak marah pun sebenarnya :-p at least aku dapat tahu kebenaran kan. Akan datang aku up pulak cerita baru kalau dah ada masa terluang. Semua ni adalah berkenaan dengan pengajaran. So, amik yang baik buang yang buruk. Take care you all. Thank you so much to admin yang sudi publish cerita aku. Papay.
Qayla
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ksiannya kak sherry tuu ?.. dsbbkn mlut org dia kena mcm ni.. haih moga org yg brmulut jahat tu insaf lah segera
Sedihnya aku baca….. Huhuhuhu….
kadang-kadang orang jadi jahat bukan sebab dia dilahirkan mcm tu, tapi sebab persepsi masyarakat dan tekanan pada dia.
bukan semua org ada kekuatan iman nak memaafkan orang lain, tambah-tambah sampai tahap fitnah satu kampung segala ceruk nampak kau buruk.
semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita
kirim salam dgn sherry
pokok pangkal nya, nawaitu tu kena jaga..
Sedih sgt yg part kasut ilang tapak kaki luka tu…
Pastu kena belasah bapak sbb stokin kena gunting…
Akk sgt sgt sgt sgt sgt anti buli…
Budaya raging mmg sgt sgt sgt kejam, mentally physically…
Apatah lg yg dibuli tu org susah, kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn esoknya…
Gurau ade care gurau, buat biar kena pada org+tempat+waktu+isunya…
sedih nya, cian yea sherry….. hidup nie jangan dengar sebelah pihak…..
Sian sherry. Sedih mak baca nokk! Aku faham apa yang sherry rasa tu. Kalau aku jadi dia pun aku marah, yelah org dok kata pasal mak bapak aku kot wey. Kirim salam kat sherry yeh. Semoga ada jodoh aku untuk kenal dengan sherry walaupun hanya terserempak, cukup lah aku tahu tu sherry. ?
kesian family sherry tu kene tuduh macam macam dengan orang kampung . hmmm ???
Kaaannn…
Udah gaya mcm zaman dedulu kala plaakkk…
Wujud bangsa pulau2kan org camni…
sedihh wey?? cita ni
Sedihnya baca.
Betul ckp penulis, dia share cite utk bg pengajaran. Mmg byk pengajaran.
Semoga qayla, yam, tira, mail, dan sherry dlm lindungan ALLAH.
kesian nye kak sherry ? allahu . berat dugaan dia ngn family dia ?
Allahu )’:
nii laa citer sedihh punyee???
Adei lambat sgt bahagian last keluar sampai sempat free mengata sherry tu. anyway terima kasih for this nice ending.
Qay….
Tetiba aku sebak pulak dengan penjelasan dak Sherry..
Manusia akan bertindak diluar batasan seorang manusia bila keadaan sekeliling menghimpit zahir dan batin.
Eloklah jugak Qay ada dua versi cerita, belah sana dan belah sini. Sekurang-kurangnya, takdelah berteka-teki. Especially Tira dan Yam. Moga dah tak buat bebenda yang menganiaya orang lain untuk masa hadapan. Sebab itu semua kifarah, bila ada kifarah, tak heran bila sok sok anak cucu kita pulak orang lain pedajal lagi teruk dari apa yg dah kita buat kat orang lain.
Qay……terima kasih sebab sudi share pengalaman yang seram dan ada nilai-nilai kemanusiaan. Yang mana jarang nak kita tenung jauh-jauh.
Untuk next post, aku tunggu dengan harapan menggunung.
Sherry….
Alhamdulillah jika benar kau sudah berubah…
Jangan terpedaya dengan sesuatu perkara yang boleh menghilangkan pertimbangan kita sebagai hamba Allah SWT.
Kesian sherry.aq boleh rasa kat tempat dia.
mula2 rasa mcm sherry tu, menakutkan… tiba2 pulak rasa kesian sngt kat dia… sorang2 diri menahan kepedihan hati… nasib baiklah abg sudah berpunya…
Amboi… ???
Nobody was born evil.. Their surrounding and people around them made them evil. So, never judge anyone until you know why they acted that way..
Sherry x jahat pun, dia cuma tertekan sbb selama ni terlampau baik, dia dipijak dan dianiaya yg buat dia penat jd baik. Sherry adalah insan teraniaya.
Yaallah.. kenapa nama sherry ni sama dengan nama akak yang pernah masuk badan kawan aku kat sekolah ni? Perangai dia pun lebih kurang. Fuh semoga allah sentiasa bersamanya. Amin.
Gigih aku baca kisah ni dari yang first sampai last. Dari rasa geram, lawak, seram dan akhirnya sedih. Hmmm. Semoga segalanya baik-baik saja lepas ni.
Sedihnyaaa? tulaaa sebenarnya dalam duniaa ni xde pun org nk jadi jahat sebab fitrah manusia tu sukakan kebaikan.sherry diuji tpi kitaa lagi diuji,untuk bersngka baik atau sebaliknya,untuk menolong atau atau melihat saja. May Allah ease everything !
sedih bila sherry explain everything…da la dia org susah…pastu kawan pedajal dye pulak…buat fitnah semua…sebab tu dia jadi gitu…ape2 pon best cite ni…semoga sherry da balik ke pangkal jalan