Jerangkung

Assalamualaikum bagi semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih admin jika menyiarkan kisah aku yang pertama ni. Let me introduce myself. Nama aku warda dan berasal dari utara.

Okay kisah yang aku ingin kongsikan dengan korang semua ni terjadi masa aku study dekat Uitm 5 tahun lepas. Uitm mana tu biarlah rahsia. Semester kedua aku di tempatkan di Kolej M dan roommate aku masa tu ialah Ira dan Awa. Ira ni dia bersifat berani ala kadar ja sama macam aku(tak berani sangat dan tak takut sangat) tapi seorang lagi roommate aku iaitu Awa mmg berani. Sebab apa aku kata dia berani? Sebab dia malam-malam pun berani lagi basuh baju dan mandi sorang-sorang, Bukan pukul 12 tengah malam yea tapi pukul 2-3 pagi. Berani kan sebab U aku nie terletak berhampiran dengan hutan.

Nak dijadikan cerita, dalam pukul 2 pagi macam tu kami masing-masing baru ja habis study so sebelum tidur, Ira ajak aku teman dia pergi ke tandas untuk melepaskan hajat kecil dan cuci muka.

Aku turutkan saja walaupun berani aku ni suam-suam kuku ja. Tak tertanya pulak kenapa dia tak ajak Awa ja. Keluar ja dari pintu bilik aku tiba-tiba terasa seram sejuk. Tandas blok kami ni ada dua dan terletak di tengah area blok. Jadi selepas laluan tengah tu ada lagi satu tandas(paham dak?). Masa masuk tandas mula-mula tu tiada apa yang jadi lagi tapi bila ja kami keluar, kami perasan ada seseorang keluar dari tandas sebelah.

Aku dengan Ira jadi serentak memandang ‘seseorang’ tu dari belakang, ’dia’ berjalan membelakangkan kami . Apa yang aku nampak ‘dia’ seperti jerangkung dengan kedua tangan yang bengkok,berambut pendek atas bahu, berbaju merah labuh paras paha berjalan dengan kaki yang sedikit bengkok.


Ira yang memandang ‘dia’ jugak terus mengcengkam lengan aku sekuat mungkin dan berjalan laju masuk bilik. Sampai bilik masing-masing tak bersuara tanda faham apa yang kami nampak tadi tu bukanlah manusia. Aku ingatkan berakhir sampai situ tapi tak. Elok ja aku pejamkan mata nak tidur, dari pandangan mata tertutup aku ni aku nampak seolah cahaya lampu bilik dipasang.

Tapi aku tak terus buka mata, sempat lagi berfikir yang aku tak dengar suis lampu bilik di tekan pun. Sekalipun aku mungkin tak dengar suis lampu di tekan,takkan bunyi orang bangun dari katil pun aku tak dengar(bunyi katil kami kuat okay, katil double decker). Aku pun pejamkan mata selagi boleh tapi lepas dari beberapa saat ja katil aku bergoyang kuat. Aku rasa nak jatuh katil time tu, nak jerit pun ada. Ira dan Awa di katil sebelah. Aku cuba baca surah-surah lazim yang boleh di ingat. Alhamdulillah gangguan di katil hilang dan aku terus terlelap.

Esoknya aku bertanya dekat Ira dan Awa tentang siapa yang bukakan lampu malam tadi tapi masing-masing cakap tak buka lampu dan katil aku yang bergoyang pun depa tak dengar. Baru aku dan Ira ceritakan hal sebenar pada Awa. Petang tu aku bacakan surah di setiap penjuru bilik dan aku dapat bayangan yang ‘benda’ tu marah dengan muka yang sangat bengis sebab dah tak dapat masuk bilik kami dan ‘benda’ tu tinggal dekat pokok besar yang ada di sebelah bilik kami. Dua malam selepas tu aku tidur share katil dengan Awa sementara untuk hilangkan rasa takut yang ada.

Okay setakat ini sahaja cerita aku. Next time aku cerita lagi cerita yang lain. Tataa..

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Warda

26 thoughts on “Jerangkung”

  1. kenapa Admin tetiba letak gambar antu in between cerita?

    terkejut giler!

    engatkan gambar iklan..rupe2 nye gambar hantu.

    tlong jgn buat mcm tu admin…klu baca malam2 ni mesti trkjut giler

    Reply
  2. Dasyattt….siap tnjuk diri tuu…aduiii..lemah betul kaki kalau terjadi kat dri sdri..nasib berdua…kalau sorg x ke gelabah….

    Reply
  3. hishhh.kenapa lah admin ni main2 letak nyer gmbar hantu..kat ruang pages kosong tuh…terkejut..tahu tak..dah lah tengah malam baca cerita ni..aduui..

    Reply
  4. Sama aaa.. baca2..skrol2.. nampak gmbr tu..terkejut aku.. mcm real je nampak gmbr tu. Cerita menarik..seram.. di tambah dgn gmbr2 tu. Lg seram.

    Reply
  5. Patutla malam tadi aku tgk tajuk ni rasa seram terus skip. kalau aku baca gak naya lah.. baca jam 2 3, pagi admin oiii..

    Best a warda. hakak dah bace semua cite ko. cite la lagi tau tau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.