Jin ‘Puteri Putih’ dan Makhluk berbulu

Assalam dan salam 1 Malaysia. Bertemu kembali bersama Ato dalam kisah ‘Puteri Putih’ anak raja jin laut. .’ Kisah ini telah diceritakan oleh adik bungsu aku kepada kami sekeluarga.

Adik bungsu aku menamatkan persekolahan setakat tingkatan 2 sahaja. Perangainya berubah setelah kematian arwah ibu kami. dia seorang pelajar yang pintar. Oleh kerana dia tidak dapat menerima pemergiann Ibu tersayang kami, keadaan hidupnya jadi tidak menentu.

Persekolahannya menjadi bermasalah. Selalu ponteng sekolah dan bergaduh. Keadaan ini kami tidak ketahui langsung, kerana adik bongsu aku ni pandai menyembunyikan masalah. Keadaan hanya diketahui selepas beliau menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah. Berhenti kerana dibuang sekolah. Bila dipujuk untk kembali bersekolah, tapi dia tidak mahu lagi.

Setelah berhenti sekolah, beliau bekerja sebagai nelayan. Kelebihan adik aku ni, dia tidak akan mengambil kesemua hasil pencariannya. Dia hanya ambil yang dia perlu sahaja dan yang lain diserahkan kepada ayah.

Setelah beberapa tahun menjadi nelayan, Adik bungsu kemudian secara senyap-senyap pergi merantau ke semenanjung bersama kawan-kawannya. Sebelum ke Semenanjung, adik bungsu ni pernah belajar jampi-jampi penawar penyakit daripada ibu saudara kami.

Cara mempelajari jampi-jampi tersebut bukannya mudah. Ianya hanya dperdengarkan sepintas lalu dan tidak akan diulang lagi. Andai ianya serasi, maka itu bermakna jampi tersebut telah menjadi milik si pendengar. Antara kami adik beradik, dia seorang sahaja yang mampu menghafal jampi-jampi tersebut. Jampi-jampi zaman dahulu untuk demam, ketulangan, penawar binatang berbisa dan banyak lagi kegunaannya.

Gangguan bermula selepas adik bungsu balik dari semenanjung dan berkahwin dengan orang Pulau Mantanani Kota Belud, Sabah. Isteri adik sama tempat kerja dengan adik di semenanjung. Mereka kemudiannya balik Kampung Pulau Mantanani. Pulau Mantanani , Kota Belud, Sabah ni merupakan salah satu pusat pelancongan di Sabah. Keadaan pantai dan lautnya yang ditumbuhi hidupan laut yang sangat menarik disamping batu-batu karang yang cantik strukturnya menjadikannya tumpuan kepada peminat-peminat selam seluruh dunia.

Adik bungsu kemudian bekerja semula sebagai nelayan sebelum bekerja di salah satu kawasan pelancongan di pulau tersebut. Adik bungsu menjadi nelayan yang sangat tinggi risikonya. Nelayan yang menggunakan ‘bom ikan’ sebagai cara utama menangkap ikan. Bolehlah dikatakan nelayan yang ‘Bukan kaleng-Kaleng.’ Bahaya dan berisiko untuk dipenjarakan jika kedapatan oleh pihak berkuasa. Namun cara tersebut telah tiada di pulau berkenaan kerana kawalan ketat dari pihak Maritim. Terima Kasih Maritim Malaysia.

Kembali kepada kisah gangguan adik aku. Adik bungsu aku selalu didatangi perempuan di dalam mimpinya. Perempuan tersebut lagaknya seperti seorang Puteri. Adik pernah tanya siapakah gerangannya. Perempuan tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Puteri Putih anak raja jin laut.

Disamping itu, aqdik juga selalu didatangi makhluk yang berbulu lebat seluruh badan di dalam mimpi. Mimpi-mimpi inilah yang selalu membayangi hidupnya.

Mimpi tentang puteri tersebut tidak memberi gangguan kepadanya kerana hanya datang seketika sepertinya hanya menziarahi adik. Tetapi mimpi makhluk berbulu pula, selalu mengganggu adik. Kekadang menyakatnya di dalam mimpi. kekadang menyerangnya dan kekadang juga memintanya keluar dari rumah. Lama kelamaan adik aku jadi benci dan tidak suka duduk di rumah sehingga akhirnya dia mengalami kemurungan.

Dia ikhtiar berusaha dengan pelbagai cara. Cara pertama semestinya bomoh. Biasalah orang pulau sejak dulu lagi bergantung kepada bomoh bila sakit. Namun tiada sorang pun bomoh yang berani merawatnya kerana menurut bomoh, jin yang ada pada adik terlalu kuat dan sukar ditandingi.

Kemudian Adik mendapat seorang abang angkat yang merupakan salah seorang pegawai Maritim. Pegawai ni berasal dari Semenanjung. Abang angkat dia ni pandai berubat juga namun tidak dapat dan tidak mampu merawati adik aku.

Pegawai inilah yang selalu ke hulu ke hilir bersama adik bungsu aku untuk mencari perawat sekiranya dia bercuti. Mereka telah berjumpa dengan beberapa orang perawat perubatan Islam namun keadaan adik aku tetap begitu dan makin lama makin teruk. Adik aku jadi pemarah. Bila diajak balik ke pulau Mantanani, dia berkeras tidak mahu. Oleh kerana benci berada di rumahnya di pulau, maka adik dan isteri terpaksa menyewa bilik di Kota Belud. Adik menjalankan semua urusan kerja dan bisnis daripada Kota Belud. Kekadang dia masuk ke pulau mengurus bisnis dia dan akan balik hari yang sama.

Ramai dikalangan perawat yang mengatakan bahawa ada jin yang menetap di kawasan rumah adik di pulau. Perawat juga mengatakan bahawa ada jin yang mahu berdamping dengan adik kerana menyukai adik.

Kami jarang sekali bertemu dengan adik kerana jarak tempat kerja saya dan tempat tinggal dia yang jauh. Biasanya kami hanya akan berjumpa bila ada majlis keluarga dan perayaan Hari Raya Puasa dan hari Raya Korban.

Pada Hari Raya Puasa tahun 2016, kami sekeluarga telah berkumpul ramai-ramai. Adik-adik dan anak-anak buah yang dari jauh juga balik bercuti ke kudat pada masa itu. Satu petang, aku duduk santai dengan adik bungsu ku ini. Mulanya kami sembang tentang kehidupan ditempat kerja masing-masing. Aku menegur keadaannya yang nampak sangat tidak terurus dan semakin kurus. Kemudian dia mula menceritakan tentang mimpi-mimpinya.

Adik aku ni pandai cari duit namun semua duit dibawah kelolan isterinya. semua pergerakan duit akan disasat untuk kegunaan apa, walaupun hanya rm10. Adik aku tidak pernah pegang duit hasil pencariannya. Keadaan inilah yang menyebabkan dia susah untuk membantu keluarga yang memerlukan. Bukan hanya sekadar itu sahaja, perbelanjaan untuk perubatannya pun dikawal oleh isteri.

Bukan berniat menceritakan aib saudara sendiri tapi niat aku adalah supaya kita semua boleh jadikan pengajaran untuk tidak terlalu mengawal pasangan kita dalam segenap bidang sekalipun. Keadaan dan sikap isteri dia inilah yang menyebabkan dia sukar untuk berubat dan terpaksa juga menghadkan masanya kerana isteri selalu ikut ke mana saja dia berubat. Hal ini menyebabkan dia terpaksa mengurus kerja dan bisnis yang dia jalankan. Kalau tak kerja, macam mana nak hadapi kehidupan.

Aku pernah menyarankan kepada adik supaya isterinya mengurus kerja dan bisnis sementara beliau berubat. Namun adik aku hanya senyum sahaja sambil bibir dimuncungkan ke arah isterinya. Maknanya, isteri dia tidk akan sesekali mau tinggal ke mana sahaja adik aku pergi. Kalau dah asyik mengekor, pasti bisnis dan kerja akan terhenti.

Pada satu hari, Aku terserempak dengan adik di pekan semasa dia membeli keperluan rumah. Aku sarankan adik untuk berubatdengan orang yang aku kenali mahir merawt orang yang diganggu jin. Aku pernah membawa beberapam orng berubat kepada perawat tersebut. Adik kemudiannya bersetuju dan menetapkan tarik untuk pergi berubat.

Hari yang dijanjikan tiba dan kami pergi berempat. Aku, adik aku, isterinya dan sorang anaknya. Kebetulan pada masa kami sampai ke rumah perawat, tiada seorang pun pesakit berada di sana. Kami memberi salam dan kemudian dijemput masuk. Kemudian perawat meminta kami tunggu sekejap sementara dia bersiap. Bila dia dah bersedia, dia minta adik aku duduk bersila mengadap dia. Kemudian acara scan bermula.

Untuk pemgetahuan pembaca, perawat tersebut adalah seorang perempuan. Suami perawat juga sebenarnya seorang perawat. Cuma hanya akan beraksi apabila melibatkan pesakit yang kerasukan. Selepas selesai scan dan merawat adik aku, perawat kemudiannya memberitahu bahawa rumah adik aku di pulau ada penunggu berasal dari pokok besar. berbadan besar dan berbulu seluruh tubuh. Bayangan yang sama sepertimana adik aku bagitahu.

Disamping itu, adik aku juga dicintai oleh satu jin dari kalangan puteri anak kepada Jin raja laut. (Raja satu kawasan laut) Puteri berkenaan digelar ‘Puteri Putih’, berpakaian serba putih dan memakai mahkota tanda dia adalah puteri.

Perawat meminta tempoh 3 hari untuk memudahkan dia menetapkan masa untuk berunding dengan puteri berkenaan. Tentang penunggu rumah adik pulak, perawat juga akan berusaha untuk membuat rundingan agar berpindah ke tempat lain. Setelah selesai sesi rawatan, kami pun meminta izin untuk balik. Dalam perjalanan balik, aku meminta adikku agar tidak lupa kembali berubat selepas 3 hari bagi mengetahui keputusan rundingan perawat dengan jin-jin berkenaan.

Hari tu aku ajak adik untuk bermalam di rumahku saja. Setelah berbincang dengan isterinya, dia bersetuju untuk tidur di rumah. Aku tempatkan adik di salah satu bilik kososng di rumahku. Semasa di rumah, aku ambil peluang untuk bercerita panjang dengan adik kerana kami jarang sekali berjumpa.

Malam tu, menurut adikku, dia telah ternampak ‘puteri Putih’ duduk di depan pintu bilik dengan muka yang masam. Sekali sekala dia melirik ke arah adik. Kata adik, puteri itu seolah-olah sedang kecewa kerana nampak sangat keadaannya yang sangat sedih. Adik kata, biasanya puteri tersebut akan senyum dan nampak gembira setiap kali melawat adik.

Bila adik aku berdiri, puteri tersebut terus lenyap dari pandangan. Adik aku mula terfikir, mungkin perawat telah berunding dengani puteri jin tersebut. Cerita ini disampaikan oleh adik semasa kami duduk sarapan pagi. Adik aku ni bukan jenis penakut. setiap kali dia berjumpa dengan jin Puteri Putih dan makhluk badan berbulu, dia buat biasa saja. Agaknya deria takut dah tiada kot.

Adik balik ke pulau pagi tu dan aku hantar dia sendiri ke pelabuhan yang memakan masa 1 jam perjalanan pergi. Semasa dalam perjalanan dan sebelum turun dari kereta, aku pesan pada adik supaya tidak lupa masa rawatan seterusnya.

sehari sebelum hari rawatan kedua yang dijanjikan, aku menelefon adik dan bertanya sama ada pergi berubat atau tidak. Adik kata tidak jadi pergi sambil dia tertawa. Aku tidak tanya kenapa sebab aku dah faham akan perangai isterinya. Dua hari selepas dari hari sepatutnya rawatan, adik menelefon dan meminta dijemput untuk pergi buat rawatan.

Demi seorang adik, tanpa mengenal erti penat, aku bersiap lalu pergi ambil dia dan bawa dia berubat. Ketibaan kami disambut oleh perawat sendiri dan mempelawa kami naik ke rumah. Seperti biasa, perawat akan meminta izin untuk bersiap. Selepas itu, perawat mula menceritakan tentang rundingannya dengan 2 jin yang selalu mengganggu adik.

Jin Badan Berbulu bersedia untuk pindah tanpa sebarang syarat. Satu berita yang menggembirakan. Namun Jin Puteri Putih pula, berkeras tidak mahu meninggalkan adikku. Kata perawat, terpaksa mengambil masa untuk memujuk jin puteri berkenaan. Kalau jalan rundingan tidak berjaya, maka perawat terpaksa mengambil jalan kekerasan iaitu akan m******h Jin Puteri Putih.

Adik kemudian di beri masa untuk datang pada rawatan seterusnya. Biasanya masa yang diberi adalah 3 hari. Saya amat kecewa kerana rawatan ketiga adik langsung tidak pergi sehingga la sekarang. akibatnya, Jin Puteri Putih masih terus melawatnya. Puteri Putih memang tidak mengganggu adik tapi bisikan-bisikan halus dari Jin puteri Putih selalu mengganggu jiwa adik. Mengganggu macam mana, itu aku tidak ketahui.

Sehingga kini, adik masih lagi mengalami kemurungan. Kami sekeluarga tidak dapat memaksa dia untuk berubat. Walau dipaksa macammana sekali pun, kalau dia tidak mahu, pasti tiada juga penyudahnya. Namun kami tidak pernah berputus asa untuk menyarankan dia agar memberi peluang kepada dirinya untuk berubat. Aku faham akan kekangan-kekangan yang adik hadapi tapi tidak perlulah saya nyatakan di sini.

Semoga adik terus kuat dan terbuka hati untuk berubat. Kami pernah sarankan adik berubat di tempat abang berubat namun dia enggan. katanya dia pernah pergi namun tidak sanggup kerana terpaksa menghadiri beberapa sesi perawatan.

Sekian kisah tentang adik bungsu saya. Antara kami 7 beradik, hanya 3 orang yang ada gangguan iaitu kakak nombor 2, abang, dan adik bongsu. Manakala aku, kakak nombor 3 dan adik nombor 6 tiada masalah gangguan.

Mungkinkah ‘Puteri Putih’ adalah jelmaan dari jampi-jampi yang adik aku pelajari..? Kerana arwah mak saudara kami pernah memberitahu bahawa semua jampi yang dia perolehi berasal dari laut.

Moga ketemu lagi dilain kisah. Yang baik semua dari Allah dan semua yang tidak baik adalah dari kelemahan aku sendiri. Wallahu’alam…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.