JK : Raungan Rimba

Hai everibodi kisah aku ini sebenarnya sudah disiarkan di page Wujud Paranormal Team satu ketika dulu, aku cadang nak sambung kisah ini disini memandangkan di page Fiksyen Shasha ni boleh tulis karangan berkajang-kajang jadi aku ambil keputusan untuk sambung penulisan di sini. Konteks cerita ni tetap sama cuma aku tambah dan perkemaskan tulisan supaya sedap dibaca.

Selesai sudah pengajian perhutananku di sebuah institusi latihan selepas berhempas pulas selama 2 tahun kini aku harus menjalani latihan amali pula di hutan selama tempoh 3 bulan sebelum diijazahkan dengan sekeping sijil dan jawatan. Segala ilmu mengenai perhutanan akan dipraktikkan di lapangan dan dinilai oleh penguji yang digelar sebagai cikgu, bukan cikgu sekolah tetapi cikgu hutan.

Bukan sekejap tempoh 3 bulan tu dengan tiada sebarang akses internet dan line telefon memang boleh jadi mereng bagi mereka yang tak biasa. Memang syahdu bagi anak bandar yang biasa hidup dengan gajet dan suasana hiruk pikuk di kota, tapi bagi peminat sejati siri TV Dual Survival dan Man vs. Wild seperti aku, inilah impian untuk hidup dalam hutan dengan hanya kelengkapan asas.

Setelah dibahagikan mengikut kumpulan yang akan tinggal bersama dalam satu khemah besar (satu khemah dapat memuatkan hingga sepuluh orang), lokasi latihan lapangan telah ditetapkan di hulu kawasan sebuah tasik empangan di pantai timur tanahair dan merupakan kawasan tapak bekas rumah kongsi pembalak. Sebelum bertolak lagi kami sudah diingatkan untuk sentiasa berdisiplin dan mengikut arahan, tambahan diberitahu lokasi perkampungan kami letaknya di antara pertemuan sungai dan tasik atau dikenali juga sebagai kuala.

Mengikut cerita, lokasi sebegini memang keras dan berpuaka agak mengerunkan juga bagi jejaka perasan kental seperti aku. Setelah dipersiapkan dengan segala ilmu dan pengetahuan hutan akhirnya kami sampai juga ke destinasi, sungguh aku tak sangka kawasan ini benar-benar cantik dan seakan tak terusik dengan air sungai yang kebiruan sehingga boleh nampak jelas anak-anak ikan bermain di celahan kayu hanyut… hilang terus segala kegusaran.

Setelah dibahagi-bahagikan tugas kami dikehendaki membina khemah tempat tinggal, tempat solat, tandas, dapur dan lain-lain kemudahan asas dengan menggunakan kayu dari pohon yang ditebang di sekitar hutan. Khemah dibina dengan katil hammock setinggi 2 meter dari aras tanah untuk menggelakkan dari dimasuki binatang berbisa dan air bah hujan. Setelah dipasang kanvas besar sebagai atap dan disiapkan katil berhammock, maka selesailah dibina sebuah penempatan rimba yang selesa.

Semakin lama aku semakin membiasakan diri dengan hutan ini seolah olah sudah bersatu dengannya, segala pergerakan tidak terasa kekok dan langsung tidak terasa seram seperti yang dimomokkan orang sebelum ini. Sungguh jika harus tinggal disini seumur hidup pun aku sanggup hilang segala keserabutan jika dibandingkan dengan hidup dikota. Disini hidup tidak terkejar-kejar untuk sesuatu kebendaan masa terasa seperti bergerak perlahan, sahabat rimba juga selalu memunculkan diri secara tiba-tiba seakan menyambut kami sebagai tetamu. Bermacam jenis binatang aku dah jumpa di sini gajah, rusa, b**i, tapir, harimau pun ada tapi nasib baik dia cuma tinggalkan bau kencingnya saja sebagai penanda kawasan kalau tuan badan yang muncul..fuhhh naya.
Walaupun angan-angan aku untuk hidup secara survival seperti Cody Lundin, seorang hippie berkaki ayam dari siri tv Dual Survival tapi aku terpaksa akur dengan disiplin disini.

Agak tensen juga bagi orang yang berjiwa bebas dan rockstar seperti aku. Disini disiplin hutan agak tegas, ada roll call, sentri (mengawal keselamatan ikut giliran), dan beberapa peraturan untuk keselamatan dan keselesaan penghuni khemah bersama. Jika dilanggar siap sedia sahaja semua ahli kumpulan akan didenda. Satu bulan pertama hidup dihutan sudah berlalu, aku lihat semua orang sudah mula membiasakan diri dengan hidup disini. Mereka yang pada mulanya agak takut-takut sudah berani kesana kemari dalam hutan adakalanya berseorangan tanpa teman.

Keadaan pun tidak setegang dulu dan lebih santai…tapi sifat berhati-hati dan beradab dengan penghuni hutan seakan dilupa.

Segalanya bermula bila pelajar perempuan turun bermandi sungai beramai-ramai bagaikan kapal karam, riuh-rendah dengan hilai tawa gedik-gedak mereka. Pakaian pula hanya bersinglet dan seluar pendek sahaja, yang bertudung terus hilang tudung pada hari itu. Jika sebelum ini kelakuan mereka agak tertib dan terkawal harini tiba-tiba habis segala disiplin dan sikap berhati-hati dilanggar. Diorang turun bermandi -manda di kawasan sungai betul-betul setentang dengan jambatan kayu tempat kami semua lalu untuk ke jalan utama dan lubang besar tempat untuk membuang sampah. Sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut pada haritu pasti dapat menonton wayang percuma… kebetulan pula aku sedang berjalan melalui jalan itu pada masa kejadian (lepas terdengar bunyi ketawa riang mereka). Memang seronok ‘menskodeng’ orang padahal tak lawa dan seksi mana pun, tapi bila dah lama tinggal di hutan ni tengok rupa Rosmah Mat Aris pun terasa macam Megan Fox.

“Uih, seronok sangat diorang ya? Kita ni jangan lupa, masuk tempat orang kena beradab. Kita tak nampak penghuni lain yang ada di sekeliling kita ni,” tiba-tiba cikgu aku sound dari tepi jalan. Bila masa dia ada di sebelah ni? tersipu-sipu malu aku terus blah.

“Wiuuuuuuu…” bingit bunyi siren dari hailer memanjang memecah keheningan malam memanggil para pelajar untuk berkumpul dan berbaris di kawasan lapang sebelum masuk kedalam khemah besar untuk membincangkan tugas amali di hutan untuk esok hari. Peta kawasan hutan dibentang dan dibincangkan..dengan segala istilah hutan; tagging, compass marching, trabas, backbearing dan entah apa-apa istilah lagi membuatkan aku sedikit mengantuk. Setelah satu jam berlalu…“ Okey semua boleh balik khemah masing-masing esok berkumpul kat sini pukul 9 pagi” arah seorang cikgu kepada semua pelajar. Alhamdulillah, macam tau-tau je perasaan aku yang sedang sengit melawan mata yang berat ni…apalagi balik khemah tidurlah badan pun dah penat. Laju aku berjalan menuju ke khemah tak sabar rasanya nak menyarungkan diri dalam sleeping bag dan baring dibawah kelambu sambil melayan kedinginan malam.

Tengah syok layan perasaan diatas hammock tiba-tiba mata aku tertangkap pada seekor kucing tompok berwarna oren putih dibawah hammock sedang mendongak memandang aku. Pelik juga macamana boleh ada kucing kampung ditengah hutan tebal begini? Tak terfikir pula aku… kalau kucing batu atau kucing hutan memang normal kalau terjumpa disini, itupun bukanlah semanja ni..inikan pula kucing kampung? Aku buat rumusan mudah, rasanya mungkin ada orang yang buang kucing di tepi hutan ni. Tekaan rakan sebelah hammockku pula lagi tak masuk dek akal; katanya ini kucing sesat dari perkampungan yang terdekat, tapi macam mustahil pula, pasal jarak dari sini ke perkampungan terdekat berpuluh kilometer jauhnya! Ah, lantaklah! Malas nak berteori. Aku yang memang menyukai kucing terus angkat dan letakkan diatas dadaku, dapat juga aku lepaskan rindu pada kucing belaanku dirumah. Habis kucium dan belai kucing tu seperti mana yang aku selalu lakukan pada kucing-kucing dirumahku, manja betul kucing ni dia baring dan terus tidur diatas dadaku. Bersih bulu kucing ni serta berbau wangi langsung tak menunjukkan ciri-ciri kucing terbiar. Macam ada tuan yang empunya selalu menjaga kucing ni dengan rapi…sedang asyik membelai kucing sambil melayan mata tiba-tiba….ARRGHHH !!! terdengar raungan kuat para pelajar perempuan dari khemah diorang serentak dengan itu sahutan suara arahan dari hailer memekik mengarahkan semua pelajar untuk berkumpul semula. Aku letakkan kucing tu di atas tanah dan terus berlari mengikut rakan-rakan yang lain..” Ini mesti ular masuk dalam khemah diorang ni” aku mengagak.

Sampai sahaja sekerat jalan dari tempat berkumpul kelihatan pelajar-pelajar perempuan beramai-ramai sedang menangis,menjerit dan ada yang terhanguk-hangguk diluar khemah diorang..apa benda pula ni? ada konsert metal ke? Tak dapat aku fahami keadaan yang sedang berlaku, cikgu-cikgu kelihatan panik, mereka sedang mengepung para pelajar perempuan yang sedang berlari menuju kearah sungai. Nasib baik dapat ditangkap.

Keadaan semakin tak terkawal mereka kelihatan seperti sedang melarikan diri daripada sesuatu yang menakutkan. Tapi yang lagi aku takut kalau mereka lari dan terus terjun kedalam tasik beberapa meter sahaja dari khemah diorang, banyak ikan toman dalam tu, jangan dibuat pasal. “Din cepat laungkan azan diorang histeria ni” arah cikgu kepada sahabatku yang sedang menenangkan seorang pelajar perempuan yang ketakutan. Mereka terus terduduk dan kelihatan seperti sedang tidur sebaik sahaja azan dilaungkan. Kami semua diarahkan untuk berhimpun dikhemah tempat solat untuk dibuat bacaan yaasin beramai-ramai. Di bawa sekali pelajar perempuan yang kesampukan untuk tidur di khemah solat dengan ditemani cikgu perempuan dan mereka yang masih selamat.

Malam tu terasa seram pula melihatkan seorang pelajar perempuan yang kena sampuk tiba-tiba sahaja bangun dengan mata merah terjegil memaki hamun dengan bahasa yang tidak kami fahami. Tangannya ditunjuk-tunjuk ke arah kami yang sedang membacakan surah yaasin mengelilingi mereka yang kesampukan. Macam-macam perangai ada; ada yang sedang menangis meraung-raung, ada yang menangis sambil menunjuk ke udara sungguh meriah malam itu dengan alunan orkestra seram. Aku cam muka mereka yang kesampukan tu, itulah dia gerombolan pelajar perempuan yang turun mandi di sungai siang tadi. Cepat betul penghuni rimba bertindak…‘macam marah je’. Hampir berjam- jam lamanya bertarung akhirnya gangguan berhenti juga untuk malam itu.

Penat woo sudahlah esok nak kena masuk hutan lagi siapkan tugasan, ingatkan dapat rehat sehari cuti peristiwa sempena malam ini.
Gangguan kesampukan (histeria) ni berlarutan dah hampir seminggu, setiap kali bunyi orang menjerit itulah rutin harian kami berkumpul di khemah solat untuk membaca surah yaasin. Aku dah malas nak ‘ambik port’ badan dah letih bangun esok kena masuk kerja lagi. Dah mangli rasa tengok budak kesampukan ni langsung tak rasa seram lagi. Aku ambil keputusan untuk tetap berada diatas hammockku, biarkan sahaja rakan-rakan sekumpulan kesana. Lantaklah nak menjerit ke headbanging ke nanti dah penat dia berhentilah tu. Hampir sejam berlalu rakan-rakan masih belum sampai kekhemah seperti kebiasaannya. Apasal lama sangat ni? pelik betul… terdorong oleh perasaan ingin tahu akhirnya aku turutkan juga kesana.

Sampai saja di lokasi aku nampak ada seorang lelaki separuh abad berkopiah yang tak dikenali sedang memercikan air pada muka budak yang kesampukan sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Kata rakanku dia adalah perawat khas yang dijemput dan diambil dengan hilux oleh cikguku sendiri dari sebuah kampung yang jauhnya berpuluh kilometer dari tempat tinggal kami. Selepas selesai sesi rawatan dia bekalkan pula kepada semua pelajar perempuan yang ada dengan lada hitam yang dibacakankan ayat pendinding untuk dibawa ketempat tidur dan kedalam hutan. Selama tiga hari berturut-turut dia dibawa kesini untuk memberikan rawatan.

Pertanyaan pertama darinya yang mengejutkan kami selepas selesai sesi rawatan adalah berkenaan perkara atau benda-benda pelik yang kami jumpai sebelum bermulanya kejadian kesampukan. Marzuki rakanku dari kumpulan yang lain menjawab ada, seekor kucing akan datang ke khemah sebelum bermulanya event kesampukan, menurutnya lagi dia perasan kucing ni mula muncul sejak pada hari pertama kejadian lagi dan tak tetap pada satu-satu khemah…bermaksud setiap hari dia akan melepak dikhemah kumpulan yang berlainan. Kata-kata Marzuki diiyakan oleh rakan-rakan dari kumpulan yang lain. Kucing?? baru kejap tadi aku peluk cium kucing pelik di khemah aku. Tak puas hati aku bertanya pada Marzuki ciri-ciri kucing tu untuk kepastian. Memang sah sama…alamak macamana aku boleh tak perasan dengan keanehan pada kucing tompok tu.

Menurut pakcik berkopiah senget perawat kesampukan itulah kucing milik seorang ‘nenek’ ketua kepada penghuni hutan disini, memang kucing tu adalah belaan dia. Sekiranya nenek ni turun melawat kawasan kucing ni akan ikut bersama. Kedatangan kucing tu seakan petanda sebelum bermulanya kejadian ini, tapi yang anehnya pelajar perempuan menafikan pula pernah melihat kucing ini dikhemah mereka. Fuh..!! macam nak luruh jantung bila aku dengar dia kata macamtu aku dengan selamba badaknya main peluk cium kucing entah sapa-sapa. Takpalah mungkin nenek tu tak jahat sangat bukannya aku sepak terajang pun kucing dia. Setakat ni takda pula dia datang marahkan aku, “hang ni pasaipa dok main peluk cium ja kucin tok ni, nak kidnap dia ka?”

Hampir seminggu sejak kedatangan pakcik berkopiah senget tu kejadian kesampukan sudah beransur pulih, jika ada pun cumalah seorang dua pelajar perempuan sahaja yang tiba-tiba menangis itupun dengan mudah dapat ditenangkan oleh rakan sekumpulan mereka. Bila keadaan dah pulih sepenuhnya dan semangat mereka sudah kembali tenang kucing bertompok juga sudah tidak kelihatan lagi, mungkin dah pulang dengan nenek agaknya. Ingin juga aku tau apa yang mereka nampak semasa kejadian tu beria benar menangis dan mengongoi. Puas dipujuk dan dipaksa akhirnya seorang mangsa membuka mulut untuk bercerita. Katanya pada hari bermulanya tragedi kesampukan Balkis seorang rakan perempuan dari kumpulannya adalah orang pertama yang sampai kekhemah tempat tidur mereka setelah pulang dari perbincangan di khemah utama. Dia tiba-tiba sahaja berkelakuan pelik menangis, menjerit dan menekup muka dengan kedua belah tangan. Atah (budak pencerita) segera berlari menuju kekhemah untuk mengetahui keadaan rakannya.

Bila dipegang sahaja badan budak tu pandangannya terus menjadi gelap. Dia tiba-tiba sahaja berpindah tempat berada dalam laluan sebuah terowong yang gelap dan panjang dengan hujungnya bercahaya, semakin dia cuba menyusuri semakin jauh terasa cahaya dihujung lorong itu meninggalkannya, itu yang dia menjerit ketakutan risau takkan jumpa jalan pulang dan terperangkap disitu (sebenarnya perasaanya sahaja). Syikin seorang lagi mangsa tiba-tiba mencelah, “aku pulak kena lain, bila masuk je dalam khemah tu terus meremang terasa macam kena karen, tiba-tiba je kat depan aku berdiri seorang nenek tua tercegat memandang sambil tersenyum…terus lembik lutut rebah tak sedarkan diri”. Patutlah meriah malam tu dengan raungan dan tangisan rupanya histeria atau kesampukan ni berjangkit kepada setiap daripada mereka. Hari berikutnya nenek masih memunculkan diri melawat cucu sekali sekala, kali ini dia cuma menjengah ke dalam khemah dengan senyuman. Kadangkala dia kelihatan sedang melambai-lambaikan tangan seakan memanggil dari luar khemah. Yang lagi seramnya mereka cerita ketika sedang baring bila pusing pandang ketepi nampak nenek ni berada betul-betul di sebelah sambil tersenyum simpul yang tak boleh tahan tu ada yang nampak kepala nenek sahaja tanpa badan sedang menjengah kedalam khemah. Aduhai bikin seram betul nenek senyum ni.
Banyak lagi kisah misteri dan pelik yang berlaku sepanjang berada di sini aku juga antara orang yang pernah ‘ditegur’ atas kesilapan yang tak sengaja aku lakukan, kisah ini akan aku tulis pada coretan yang akan datang.

Antara perkara yang paling aku ingati adalah dilawati lelaki tua misteri berbaju melayu serba putih berketayap menyuluh lampu di muka pada setiap pagi sebelum masuknya waktu subuh… kedatangannya adalah bertujuan untuk mengejutkan aku daripada tidur dan menunaikan solat subuh tapi tak pernah aku nampak jelas muka dia (kabur-kabur). Bukan aku seorang sahaja yang dia datangi rakanku yang lain pun turut bercerita perkara yang sama. Kalau giliran sentri menjaga khemah setiap dari kami pasti akan terserempak dengan seekor b**i hutan sebesar sebuah kereta kancil sedang memunggah lubang sampah tapi bila nampak orang dia akan segera melarikan diri padahal b**i tunggal ni selalunya ganas dan tak takut pada orang.

Mungkin dia segan agaknya dirinya seekor b**i yang gergasi ataupun dia bukanlah “b**i” sebenarnya. Lantak kaulah b**i asalkan kau bahagia dengan hidup kau dan tak kacau aku sudah…kahkahkah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jin kenuak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

55 thoughts on “JK : Raungan Rimba”

  1. Mungkin dia segan agaknya dirinya seekor b**i yang gergasi ataupun dia bukanlah “b**i” sebenarnya. Lantak kaulah b**i asalkan kau bahagia dengan hidup kau dan tak kacau aku sudah…kahkahkah.

    Ni aku skong kahkah

    Reply
  2. Mangli tu apa?
    Cerita yang menarik JK! Tak sabar nak tunggu cerita JK yg lain.

    B**i tu risau kot kalau korang nampak dia korang akan jerit B**i..B**i.. mungkin beliau rasa sedikit terhina

    Reply
  3. Mungkin dia segan agaknya dirinya seekor b**i yang gergasi ataupun dia bukanlah “b**i” sebenarnya. Lantak kaulah b**i asalkan kau bahagia dengan hidup kau dan tak kacau aku sudah…kahkahkah.

    mula2 rasa seram pulak , lepas smpai part akhir gelak besar kt ofis HAHAHAHAA

    Reply
  4. ok JK best weh..nati setori mori lagik weh..gedik – gedak tu bahasa baru ke hoi..kahkah…
    aku bagi lah semua bintang2 termasuk bintang kat planet2 yang ada…
    part cik bab* tu aku teringat plak kawan aku cite kat aku pasal cik bab* nih..hahah..

    Reply
  5. “Pernah menampar penunggu gua sehingga terkoyak medula oblongata nya kerana enggan tunduk pada perintah”

    Gangster nya engko ni. Cerita best! Boleh share banyak banyak cerita sini lagi. Kami layan je.

    Reply
  6. Aku ingatkn JK tu JongKook ke Joong Ki ke.. Rupanya Jin Kenuak.. Kakakaka (jin kenuak tu apa wehh??)

    “tengok rupa Rosmah Mat Aris pun terasa macam Megan Fox.”
    Hhahaha adoii laa.. Nasib baik Megan Fox bukannya Nine Tailed Fox

    Reply
  7. Mungkin dia segan agaknya dirinya seekor b**i yang gergasi ataupun dia bukanlah “b**i” sebenarnya. Lantak kaulah b**i asalkan kau bahagia dengan hidup kau dan tak kacau aku sudah…kahkahkah.

    “b**i” mcm ini mmg ada kot.. Kita je yg kadang menidakkan kewujudan mereka..

    # 8/10 #

    Reply
  8. Dulu meiyo ada gak join kem dalam hutan,seminggu tak mandi hahaha, hari last baru dapat lepas mandi kat sungai. Memang betol JK, taktau kenapa geng pompuan ni suka bebenor dapat mandi. Berderoi ke sungai pastu gelak huha sana sini dengan seksi seksinya. Tapi mujur la tak jadi apa.. (kahkah, komen panjang last tak jadi apa).. Anyway JK, cerita best ,kipidap

    Reply
  9. Mungkin dia segan agaknya dirinya seekor b**i yang gergasi ataupun dia bukanlah “b**i” sebenarnya. Lantak kaulah b**i asalkan kau bahagia dengan hidup kau dan tak kacau aku sudah…kahkahkah.

    Tersembur akak gelak ko nii….
    …b**i juga yg salah.hahaha.best!

    5?????

    Reply
  10. napa la budak2 pompuan tu sengal sgt…tak malu mandi pakai seluar pendek pakai singlet mandi dlm sungai? dah la dlm hutan…gelak tak hengat lak tu…issh..kalau aku ada situ mmg masak la kena sound setepek kan dah mendapat….nasib baik takde buaya ngap….atau buaya darat gentayangan tgk body pompuan….jagalah adab dan perangai bila masuk hutan/sungai..bila dah kena baru tau takut dan menangis2/meraung…nasib baik puaka situ minta nyawa….yg lelaki sila ingt jgn kencing bersepah2 ya…kawan anak aku sampai kena p****g kaki dik kencing merata masa perkhemahan dlm hutan…kaki dia bengkak tiba2…dan doktor ambik keputusan p****g kaki takut melarat naik keatas badan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.