Kak Chik

Assalamualaikum, admin FS dan warga FS yang dihormati. Terima kasih, admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Kepada pembaca Bertarung Dengan Syaitan, aku adalah penulisnya. Namaku Tajul Zulkarnain. IM Jalut tu nama pena yang tak jadi digunakan. Aku nak minta maaf kerana tak tulis perkataan ‘bersambung’ di akhir cerita Bertarung Dengan Syaitan yang aku hantar ke FS hari tu. Cerita kali ni adalah sepotong cerita dari Siri Bertarung Dengan Syaitan. Aku tulis cerita penuh. Takde sambung-sambung.

Kejadian berlaku pada kakak sepupu aku. Kita panggil dia Kak Chik jelah senang. Cerita ni aku sampaikan dengan keizinan Kak Chik sebab dia nak orang lain belajar daripada kesalahan dia.

Biar aku intro dulu fasal Kak Chik. Dia ni dulu, jenis ‘apa orang lain boleh buat, dia pun boleh buat.’ Sampah, puaka, celaka, longkang, jamban… semua dapat ke mulut dia. Kaki kondem orang nombor satu. Dengan orang yang tak kenal pun dia boleh kondem, inikan pula kami yang sedarah dan sedaging dengan dia. (isi perenggan ni pun ditulis dengan keizinan dia jugak)

Kakak sepupu aku ni bekerja sebagai civil engineer. Mungkin sebab tu dia rasa dia boleh menghina orang lain. Kena pada kami-kami ni, takpelah jugak sebab kami ni cakap je nak mandremkan dia tapi kami tak buat pun. Dia baik ikut lain. Mulut je puaka sikit. Tu pasal kami tak sampai hati nak asapkan dia tapi satu hari tu dia tersilap langkah.

Sebelum puasa dua tahun lepas, ada sorang perempuan ni buat praktikal kat ofis Kak Chik. Kita panggil dia Ti ajelah. Bukan nama sebenar. Bos tempat kerja Kak Chik suruh Kak Chik jadi penyelia si Ti ni. Kak Chik pun on ajelah sebab memang dah termasuk dalam skop tugas dia menyelia budak-budak praktikal.

Mula-mula Ti ni okey je, tunjuk baik semua tapi satu hari tu Kak Chik marah dia sebab laporan yang si Ti ni tulis, entah apa-apa. Takde merit langsung. Macam si Ti ni tak pernah belajar langsung tentang skop bidang yang dia ambil tu. Kak Chik aku ni, bila dah marah, habis semua puk* ayam, bohsia, minah gian keluar dari mulut dia masa dia kondem laporan si Ti ni (untuk lelaki, dia carut hanat, c*bai, bangang dan sebagainya). Dia suruh Ti jadi perempuan simpanan profesor yang luluskan dia tiap semester sebab Kak Chik kata, Ti ni satu benda pun dia tak tahu. Macam mana boleh sampai ke tahun akhir?

Kak Chik aku ingat si Ti ni okey je lah sebab masa Kak Chik suruh dia jadi perempuan simpanan professor tu, Ti ni gelak-gelak je. Siap bagi tahu kat Kak Chik, professor tu memang tergila-gilakan dia. Rupanya dalam gelak-gelak tu, si Ti ni berdendam dengan Kak Chik. Tapi Ti tak terus pedajalkan Kak Chik. Dia tunggu sampai habis praktikal baru dia lancarkan serangan.

Mula-mula Kak Chik aku kena, masa dia balik kerja. Masa tu dah dekat pukul 11 malam. Kak Chik aku ni kalau bawak kereta, sama puaka macam mulut dia jugak. Macam pelesit lajunya. Semasa memandu, dah pastilah dia pandang ke depan, tengok jalan, tengok cermin pandang belakang lepas tu tengok semula ke depan. Tengah syok memandu sambil dengar lagu, tiba-tiba POP! Satu muka putih melekat kat cermin kereta dia pastu hilang. Kak Chik aku terkejut. Dia terus brek kereta dia. Berpusing-pusing kereta dia lepas tu terbalik. Mujur dia balik ikut jalan dalam jadi takde kereta lain masa tu. Dan mujur Kak Chik aku selamat.

Kak Chik aku merangkak keluar dari kereta dia, duduk kat tepi kereta dia tu, pastu dia telefon ayah dia. Dua hari dia MC sebab demam terkejut. Kak Chik kata, muka yang tiba-tiba je muncul kat cermin kereta dia tu macam tengkorak, berwarna putih tapi ada rambut dan bola mata. Bola matanya macam terbeliak gitu. Mulutnya macam menyeringai. Itu je yang Kak Chik sempat nampak. Kak Chik kata, mungkin si Ti tu nak Kak Chik m**i eksiden malam tu tapi syukur alhamdulillah umur Kak Chik panjang. Takde patah takde apa, luka sikit je.

Tak lama lepas kejadian tu, Kak Chik aku diganggu kat rumah dia pulak. Masa tu malam. Dia tengah membaca buku ilmiah dia. Masa tengah membaca tu, Kak Chik aku berdeham sebab tekak dia kering. Tiba-tiba ada suara ikut dia berdeham. Kak Chik aku ni terkejutlah sebab bunyi deham tu dekat sangat dengan dia, padahal dia tinggal sorang diri je kat rumah tu. Lepas tu dia rasa macam ada orang hembus angin kat telinga dia. Mula-mula dia buat tak peduli, lama-lama makin menjadi.

Jadi, Kak Chik aku bagi tahu kat pak cik aku, pak cik aku panggil ustaz kenalan dia. Ustaz tu kata, rumah Kak Chik bersih tapi dia tetap menawar dan memagar rumah Kak Chik aku. Aku rasa benda tu lari kut masa ustaz tu datang.

Seminggu je okey, lepas tu jadi balik. Kali ni takde suara berdeham atau orang tiup angin kat telinga Kak Chik. Kali ni, Kak Chik kata dia betul-betul rasa macam ada ‘benda’ di dalam rumah dia. Contoh kalau dia duduk diam membaca buku, dia dapat rasa macam ada ‘benda’ mengengsot perlahan-lahan kat dinding, datang kat dia. Dia dapat rasa. Bila dia tengok, memang takde apa-apa. Lepas tu ada bunyi ‘tik’ di siling. Perlahan je. Paling jelas bila dia nak tidur, memang dia rasa sangat ada ‘benda’ kat dinding bilik tidur dia tu. Apa Kak Chik aku buat, dia pasang Ruqyah Manzil masa tidur.

Sejak dia merasai kewujudan menatang tu kat dalam rumah dia, Kak Chik aku kata dia asyik mengantuk je. Badan rasa berat semacam. Kat tempat kerja dia tidur memanjang. Bila balik ke rumah, mesti dia cari katil. Pernah sekali tu, dia punya ngantuk sampai dua hari dua malam dia tidur. Hari kerja pulak tu. Sampai kena tegur dengan bos dia. Kak Chik rasa, si Ti tu buat nak bagi Kak Chik kena buang kerja kut tapi mujur bos Kak Chik dah lama kenal Kak Chik. Bos Kak Chik suruh Kak Chik berubat sebab dia tengok muka Kak Chik pun dah lain macam. Tak tahulah macam mana lainnya sebab Kak Chik tengok muka dia kat cermin sama je.

Bos Kak Chik paksa Kak Chik pergi jumpa mana-mana perawat Islam tapi Kak Chik kata dia penat je. Bukannya ada apa-apa sampailah masa dia pergi ke site untuk periksa tanah. Tiba kat site tu, Kak Chik dan kawan sekerja dia berjumpa dengan tuan tanah yang panggil kompeni dia orang datang ke situ. Tuan tanah tu datang berdua dengan seorang pak cik. Pak cik tu pandang je Kak Chik sampai Kak Chik naik segan. Yalah, Kak Chik aku tu andartu (diizinkan menggunakan istilah ini untuk rujuk pada dia) tapi orangnya cantiklah jugak. Mulut je kurang ajar. Pak cik tu pulak masih hensem dan gagah perkasa (ini ayat Kak Chik sendiri). Jadi, dia ingat pak cik tu tengah mengorat dia.

Rupa-rupanya pak cik tu nampak ada menatang bertenggek kat atas bahu Kak Chik. Menatang tu besar dan berbulu tebal. Macam beruk. Menatang tu bukan saja duduk kat atas bahu Kak Chik tapi dia yang usap-usap kelopak mata Kak Chik, bagi Kak Chik mengantuk. Bila dengar cakap pak cik tu, Kak Chik pergi berubat. Dia okey balik tapi sekejap je.

Tak sampai sebulan lepas tu, tiba-tiba satu pagi tu bila Kak Chik bangun tidur, dia tak boleh bergerak langsung. Tubuh badan dia macam terkunci. Mujur emak dia datang cepat. Rumah mak cik aku tu berkembar dengan rumah Kak Chik, jadi bila dia tengok kereta anaknya masih ada kat porch dan Kak Chik tak jawab bila dia telefon, mak cik aku pergi tengok apa jadi kat anak dia.

Mak cik aku tengok Kak Chik terlantar macam orang lumpuh. Bercakap pun tak boleh. Mata dia je yang boleh bergerak. Siang tu jugak pak cik aku bawak Kak Chik ke hospital tapi hospital kata Kak Chik aku okey. Sihat walafiat. Oleh sebab pihak hospital tak jumpa langsung tanda-tanda yang kakak sepupu aku tu sakit, pak cik aku terpaksa bawa anak dia yang macam mayat hidup tu balik ke rumah. Pak cik aku panggil ustaz tapi benda yang Ti hantar tu lagi power. Ustaz tu cakap, seluruh tubuh badan Kak Chik dah kena ikat. Dia tak boleh bergerak, tak boleh makan, minum, bercakap, apa semua tak boleh. Orang yang hantar tu nak bagi Kak Chik hilang pekerjaan dan akhirnya m**i. Ustaz tu buat macam-macam tapi menatang tu tak berganjak pun.

Kak Chik aku masa tu dah tinggal tulang. Bayangkan, dah tak makan. Tapi memang bukan ajal dia lagi, dia tak m**i. Doktor pasangkan drip kat tangan dia untuk masukkan air. Lepas tu doktor masukkan tiub kat dalam mulut dia untuk masukkan susu. Itu ajelah makanan dia.

Pak cik dan mak cik aku berusaha dekat setahun nak bagi anak dia sihat balik. Akhirnya, dia orang dapat tahu ada seorang kiai dari tanah seberang yang pernah mengubati penyakit yang macam tu. Dia orang angkut kiai tu bawak ke Melaka. Masa kiai tu tengah mengubat, menatang tu masuk ke dalam tubuh badan Kak Chik. Dia bagi tahu siapa yang perintahkan dia kunci tubuh badan Kak Chik dan dia bagi tahu sebabnya sekali. Menatang tu kata lagi, kalau kiai tu nak b***h dia, Kak Chik pun akan m**i sebab dia ada kat dalam tubuh badan Kak Chik.

Kak Chik kata, masa menatang tu bercakap guna mulut dia, dia dengar. Dia dapat lihat menatang tu tapi dia tak boleh buat apa-apa.

Aku takde kat situ malam tu tapi pak cik aku cerita, kiai tu tikam badan Kak Chik dengan jari telunjuk dan jari hantu dia. Kak Chik aku menjerit setiap kali kena tikam. Actually, menatang tu yang menjerit. Sekali tu masa kiai tu tengah menikam pelipat lutut Kak Chik, tiba-tiba je Kak Chik tendang dia. Terpelanting kiai tua tu. Lepas tu Kak Chik bangun. Dia berdiri macam skeleton yang kita tengok kat TV tu. Jalan terhegeh-hegeh macam nak rebah tapi ada hati nak serang kiai tu.

Lama jugak kiai tu bertarung dengan menatang tu. Sehari semalam kot. Memang power menatang tu. Tengah hari esoknya baru kiai tu dapat keluarkan menatang tu dari badan Kak Chik. Tapi sebelum keluar tu, menatang tu sempat patah-patahkan tulang tangan, tulang jari dan kaki Kak Chik aku. Kiai tu kata menatang tu nak patahkan tengkuk dan tulang belakang Kak Chik. Mujur kiai tu sempat keluarkan dia.

Kiai tu bagi tahu, sebelum menatang yang kunci Kak Chik tu datang, seekor lagi menatang datang ke rumah Kak Chik. Menatang tu datang sekejap je. Tugas dia untuk kutip kuku, rambut dan pad kotor Kak Chik. Kiai tu bagi nasihat pada Kak Chik supaya bersihkan pad dia betul-betul dulu sebelum buang. Tapi dia tak kata apa pun pasal macam mana kita nak buang kuku yang d******g dan rambut yang gugur. Jadi, aku tak tahu nak letak nasihat apa.

Alhamdulillah Kak Chik aku sekarang dah semakin sihat walaupun dia sangat trauma dengan apa yang berlaku pada dia. Kak Chik aku dah berubah. Dia jaga mulut dia tapi hidup dia dah tak sama. Jadi, Kak Chik nak korang yang baca cerita dia ni supaya menjaga mulut korang. Dia sangka dulu dia cool, hipster bagai masa dia mencarut tu tapi rupanya kata-kata dia menyakitkan hati orang sampai orang sanggup bersusah payah nak b***h dia. Lesson learned!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Tajul Zulkarnain

170 thoughts on “Kak Chik”

  1. Huhu..dgn budak praktikal pun boleh kena ea. Sama2 ambil pengajaran, dgn sesiapa pun kita kena ckp beradab. Waiter restoran mamak ke..pomen ke..x kisah la

    Reply
  2. Yup mulut kdg kena jaga..kesian kak chik.moga sihat selalu..aamiin..tp kdg kita x port hal org pun..org sibuk jugak nk mandrem bagai..x paham org yg kurang kasih syg mcm ni..lebih2 org zaman skrg yg ilmu mandrem lg tinggi dari pada guna otak waras..

    Reply
  3. hyeee…sy pon salah seorang bekerja dalam bidang kakcik jgk….di site mmg selalu lah dgr sgala makian bla buat salah….selalunya dri client la,,,tp tuhla….just positif jala…mybe cara dia mcm tu kot…haha….tp dasyat jgk la…student praktikal tu berdendam smpai mcm tu skali….nsb bek kcik cpt berubat…..smga mjadi ikhtibar utk kita semua…

    Reply
  4. budak practical punya kejaq rupanya nauzubillah….. betoi sangat tu macam kes aku serupa hat ni. mulut ejek mengejek lastnya kena hantar hantu dok kacau aku dan geng geng aku…..

    Reply
  5. forget what hurt you but never forget what it taught you..
    kata – kata memang harus dijaga , supaya orang tak dendam..

    Reply
  6. Dalam cerita ni kita dapat belajar yang mengawal amarah diri adalah perkara yang wajar dilakukan.Kalau kita gagal mengawal emosi, ia akan mendatangkan keburukan kepada kita dan boleh menyakiti dan mengguris hati orang lain. ?
    Dalam Al-Quran dan hadis pun banyak menerangkan larangan untuk menyakiti hati orang lain.
    Airish harap kita semua tak menjadikan perilaku ni sebagai suatu kebiasaan dan berusahalah untuk mengelakkan diri daripada melakukannya.Bak kata pepatah,”mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. ?

    Reply
  7. “rumah Kak Chik bersih tapi dia tetap menawar dan memagar rumah Kak Chik aku.”

    Benda2 ni sepantas cahaya. Senang je dia nk menyorok & datang balik. ONE MORE! Cepat2 la berubat . Tak payah tunggu itu ini. Tak percaya la apa la. Itu la punca makin teruk!

    Reply
  8. Kerana mulut, badan binasa. Power gak sampai terpelanting kiai tu dia terajang padahal badan tulang je. hahahaha. So, jagalah adab percakapan kite ye.

    Orang kalau dah terasa hati, macam2 dia boleh buat. hati hati.

    Reply
  9. Alamakk !!! takut pulak tetiba. Sy ni pun lebih kurang mcm kak chik tp xde lh smpai tahap mencarut benda yg x baik.
    After this kene controllah hoho.

    Reply
    • Kak Chik tu sembrono sgt bahasanye…
      Garang tu org leh terima lagi…
      Ni smpi tahap mencarut siap soh org tu jd perempuan simpanan mmg hoveerrrr…

      Reply
  10. Betul…sebab mulut badan binasa.akak dah kena..tapi orang tu bukan tuju akak.tapi tuju kerani ofis akak.mmg mulut dia lazer.bckp nauzubillah..mcm xknl org bila bckp.sgt2 kasar.orang tu sakit hati nak buat dia sampai m**i.dia guna santau.malangnya akak lalu dulu tempat tu akak tkena.tapi tempias jer.tempias pun keluar kot serbuk2 kaca miang2 buluh dari kulit badan akak.Batuk kering berbulan2.

    Yang buat tu orang seberang.benda tu tetap kena pada staff tu.ms akak dah sembuh dia meninggal.memang masa tu dah teruk sangat.kurus kering pucat semua..last minit br detect santau.sb diorg xcy bnda2 cmni.abis2 anta spital..da tlambat xdpt bt ap da..kecian kt anak2 dia..kcik2 lg.

    Tu sebab bila akak jumpa org2 mulut xreti tapis a.k.a mulut lazer ni akak ckp dlm hti..kau xbtemu buku dgn ruas lgi..dah jumpa nti makan xhabis la jwpnya…jagala mult tu…jg hati..hiasi peribadi..insyaAllah selamat
    .
    Pnjgny akak komen..hehe..sori

    Reply
  11. Medicakk..ko baik2 sikit..emel ko org ramai da tau..org skg anta pkai emel je..huhu..ehh..lupe plk medicakk da betaubat..hihi

    Cikbambam bg 8.25/10
    Setori best..byk pengajaran..yg cikbambam pelik budak2 muda plk tu main mandrem..semoga kak cik kuat semangat & cpt sihat..

    Reply
  12. org2 jenis Kak Chik ni selalunya bila dah terkena baru nak tengadah. sblm2 tu bukan xde org nasihat pun tapi buat keras dia jugak. syukurlah pjg lg umur Kak Chik & harap dia dah bertaubat ats kesilapannya

    Reply
  13. Hmmm…
    Memanglah mase K.chik marah2 die senyum2 gelak2 jer…
    Sbb die tgh cover amarah die, dan tu cara halus nk saketkan hati k.chik yg tgh marah tu…

    Tapi bile die blk, setan pon dok ulang2 siaran bagi Ti marah bertambah bengang…
    Makin dipikir makin berapi…
    Tambah plak gamaknye die ade citer kat sesape, org tu plak simbah petrol lg membaraler…
    Gamaknye lect2 die pn dh kena mandrem…
    Tu sbb walau belajor x seberapa cerdik tp leh bertahan smpi final year…
    Huhuhuhuuuu…

    Papepon…
    Semoga Ti insaf dan bertaubat atas semua kesilapan die…
    Sbb K.chik dh dpt balasan die dan berubah…

    Reply
  14. tu la nenek selalu pesan kat cucu nenek, jaga diri…jaga pertuturan, jaga tingkah laku…hati org kita tak tahu…nampak macam org tu takde pape, hakikatnya kita tak tahu…

    Reply
  15. tula org kate.. kerana pulut santan binasa.. kerana mulut diri yang merana… pengajaran dan perlu dijadikan iktibar.. nice setori.. ???

    Reply
  16. Betul..mulut kena jaga.. Lidah tu tak bertulang, tapi tajam..maka berkata baik ataupun diam.. Yang kena maki pun toksah la gigih sampai nak main sihir..

    Meiyo kasi empat bintang.. Cerita ada pengajaran tapi meiyo terganggu dgn perkataan “menatang” sebab meiyo tersambung menatang minyak yang penuh..mungkin lebih nais kalau tulis jin iblis setan benda hantu puaka apa apa je ler.. Okey terpanjang pulak komen.. Teruskan menulis! Kipidap

    Reply
  17. kak mami dulu mulut pon lebih kurNg kak cik ni .. tapi versi lebih sopan la.. pantang kena sengat sikit meroyan je.. penah masa study nk balik uma tiket tu bas nya takda.. org kaunter leh ckp tu bukan hal dia.. padahal dia jual tiket tu kat kak mami.. kak mami tendang kaunter beserta carutan bab.. ada satu laki dlm kaunter tanya sapa yg ckp bab tu.. kak mami gn angkuh cakap aku cakap kau apehal.. nasib dia diam je.. byk lagi la kes kak mami. meroyan.. tapi kak mami berubah bila mama kak mami selalu pesan idop ni kena sabar mulut jgn puaka.. last2 kak mami slow down.. n skg da abis 100% puaka tu.. bawak kete pon da tak mencarut.. kalau ada org cakap kohaja pon kak mami tak balas2.. sbb nya kak mami takut kang balas mcm2 kua.. better diam kan.. alhamdulilah kak mami dulu mulut jahat pon tak sampaikan downkan maruah org.. nak ckp org bohsia ke hanat ke takdalah.. kalau kak mami kena bohsia pon kak mami santet jugak..hahaha

    Reply
      • alhamdulillah harapnya kekal la istiqamah mulut tak puaka.. dulu adik2 kak mami pon takut.. silap sikit kena sembur terajang.. kak yulie.. aku paling kecik dlm adik bradik wpon sulung tapi ada lubang gak la pintu bilik adik aku kt uma lama parents aku kena terajang gn aku.. tapi tak tecabut tau mcm kak yulie.. aku sopan sikit.. haha.. adik lelaki aku pon nangis tau kalau gado gn aku.. bukan takut.. tapi tahan marah gn mulut aku.. nangis je dia mampu sbb kalau dia balas konpom aku kat icu.. haha

        Reply
          • kan airish mmg sian.. tgk puaka mulut kak mami.. kak mami masuk spital kena operate before kawen..adik lelaki tu la yg jaga kak mami.. muntah kak mami dia yg besihkan.. lap kak mami.. suap makan.. bayar bil hospital kak mami.. myb jugak sbb dia kak mami berubah.. terharu tengok ikhlas dia jaga kak mami keluar duit semua wpon kakmami jahat kat dia.. mulut dia tak penah sekali balas carutan kak mami.. syg sgt kat dia.. ?

          • Eratnya hubungan kak mami dengan adik Kak mami.Kak Mami boleh dikatakan bertuah sebab ada seorang adik yang penyayang dan mengambil berat tentang Kak Mami?Kak Mami kena janji okay,tak mencarut lagi??

  18. Alhamdulillah. Setiap apa yg berlaku, pasti ada pengajarannya. Konsep penceritaan yg straight to the point. Tp perangai Kak Chik yg dulu mmg sgt disturbing. Haha. Alhamdulillah, dah berubah.

    Reply
  19. Penuh dengan pengajaran cerita ini. Berhati-hati ketika berkata-kata walau dalam apa jua situasi.. peringatan untuk diri sendiri hehehe. Best cite ini

    Reply
  20. boleh imagine mulut dia hangsuang gila.

    mcm berpadanan dgn ape yg dia dpt, walaupun tak baiknya lahai si ti buat mcm ni.

    so, ape jd kat Ti skg?

    Harap kakcik berubah n jaga mulut. dh kembali bekerja ke skg?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.