Kak Pon datang singgah

Salam sejahtera kepada semua ahli group FS. Disini aku ingin berkongsi satu kisah seram yg aku alami semasa belajar di UiTM Shah Alam.
Kejadian ini berlaku pada tahun 2002 di mana pada masa itu aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dalam jurusan Sains Sukan dan Rekreasi. Oleh kerana Fakulti kami adalah di dalam Stadium Shah Alam, maka kami semua di tempatkan di kolej Seksyen 13.

Kami di beri sebuah dorm dan ditempatkan seramai 13 org pelajar. Ada juga pelajar dari jurusan AD di dalam dorm kami. Pada awal menginap, tiada sebarang kejadian ganjil, pelik atau mistik berlaku. Mungkin kerana tiap-tiap malam kami jamming kemudian sambung bercerita hingga lewat pagi. Ada satu saja kejadian pelik berlaku iaitu tiap-tiap malam, pada jam 3 pagi kepala pili akan terbuka sendiri seolah-olah ada orang sedang menadah air. Oleh kerana kami semua dah biasa, maka kami hanya biarkan saja.

Setelah menghampiri penghujung semester, maka sibuklah pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran tidak ketinggalan aku. Ini kerana keputusan final exam menentukan samada kami lulus atau terpaksa ‘carry paper’ ke semester akan datang. Aku masih ingat peristiwa yang berlaku pada malam kejadian. Aku bertiga mengulangkaji sehingga jam menunjukkan angka tiga. Kawan-kawan lain semua lena dibuai mimpi.

Setelah hampir dua jam menelaah, kami berkeputusan untuk rehat sebentar sambil merokok. Kami bersidai di tepi tingkap dorm kami sambil melayan setiap sedutan rokok. Suasana malam tu memang sunyi, dan anginnya sejuk sekali. Sedang syok melayan rokok, tiba-tiba mataku tertangkap ‘sesuatu’. Aku lihat ada satu ‘benda’/objek berwarna putih samar-samar berada di dalam gelap.

Oh ya, lupa pulak. Di hadapan kolej kami, ada sebuah sekolah. Aku lupa samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Objek tersebut aku perhatikan semakin lama semakin mendekat ke arah pintu pagar sekolah. Sambil terkebil-kebil kebingungan, tiba-tiba objek tersebut sudah berada di luar pagar. Baru aku dapat melihat dengan jelas rupa makhluk tersebut. Bajunya putih kelusuhan, rambutnya panjang mencecah tanah. Wajahnya tidak kelihatan kerana wajahnya terlihat seakan-akan hitam. Makhluk tersebut terus bergerak ke arah kolej kami. Aku tanpa basa basi terus baling puntung rokok dan dengan pantas berpusing sambil berlari lompatan kijang. Kami berebut-rebut nak ke tilam masing-masing. Walaupun kami di sediakan katil ‘double decker’ namun kami sepakat untuk meletakkan tilam di lantai dan berjemaah.

Oleh kerana ketakutan melampau, aku melompati lima kawanku yang sedang nyenyak. Begitu ‘landing’ di tilamku, dengan pantas aku menyelubungi badan aku dengan selimut. Alamak, kaki pulak terjulur keluar dari selimut. Aku tak peduli dah. Aku terus berselimut sambil memeluk bantal dan menekup mukaku ke bantal. Tiba-tiba aku dapat rasa seolah-olah ada benda sedang terbang mengelilingi aku sambil mengeluarkan bunyi berdesing bersilih ganti. Aku tak peduli dengan peluh yang mula membasah. Agak bising juga sebenarnya bunyi berdesing tersebut. Hampir setengah jam aku terkandas dalam situasi tersebut dan entah masa bila terlelap pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku dikejutkan kawan-kawanku untuk bangun bersiap ke kelas.

Di dalam kelas, riuh sekampung setelah aku menceritakan detik-detik kami bertiga di ganggu semalam. Rupa-rupanya kedua-dua orang kawanku lagi teruk di ganggu. Makhluk tersebut sempat tersenyum pada mereka dan melambai-labaikan tangannya pada kawan aku. Makhluk tersebut rupanya masuk dan duduk bertenggek di atas bingkai pintu tandas dorm kami.

Kawan aku bercerita bahawa semalam kak pon duk main geletek tapak kakinya dan menarik-narik selimut mereka berdua. Apa yang membuatkan makin menyeramkan apabila kak pon terapung sambil menilik muka setiap pelajar yg sedang tidur. Sambil menilik, dia mengilai halus. Kedua kawan aku rupanya lari keluar dari dorm kami dan tumpang di dorm sebelah. Selepas kejadian malam tersebut, aku sudah tidak lagi berjaga sehingga lewat pagi. Minta maaf kalau kurang seram. Sekia….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]
Mohd Hadi Gadaffi

7 thoughts on “Kak Pon datang singgah”

  1. Dlu dorm sy btol2 dpn stadium s. Alam.. Kena camni jugak. Kak pon jelajah 1 bilik perhati org tdo. Pnh sekali dengar bunyi loceng kaki pusing 1 dorm. Sedangkan sy sorg je yg pkai gelang kaki berloceng mase tu. Esoknye trus simpan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.