Assalamualaikum semua. Semoga hampa semua sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah di bulan ramadhan ni. Annie sudah kembali. Sebelum memulakan cerita yang Annie tak dapat lupa ni, Annie nak minta maaf kepada admin dan para pembaca Fiksyen Syasya tentang cerita Bayang tempoh hari yang menyebabkan clash of clan antara hampa yang suka BM dan BI dan merojakkan dua-dua terus. Maaf sangat-sangat sebab tak consider para pembaca, sebab masa karang tu Annie macam ada dalam belon sendiri. Ha, kan pelik translate BM. Hehe. Tapi Annie ni walaupun nama macam orang putih, Annie tetap anak jati Melayu yang berdarah cina sikit. Ya, bahasa jiwa bangsa. Jangan risau, Annie akan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu (adalah sikit-sikit BI sebab Annie pun nak keselesaan juga) dalam entri kali ini. Takbir!
Okay, settle minta maaf. Harap hampa semua maafkan Annie ye. Untuk cerita Annie, Annie akan gunakan ‘aku’ untuk melancarkan penceritaan. Stay tuned!
Aku bersyukur kerana aku mendapat tempat di Matrikulasi Pulau Pinang setelah habis SPM tempoh hari. Tapi, tu lah. Aku ni orang selatan tanah air, terpaksa berjauhan dengan keluarga namun ku gagahkan jua demi bonda tercinta yang ingin melihat anaknya menjadi doktor (yang tak tercapai). First impression, not bad. KMPP ni luas gila, ramai juga yang jadi mahasiswa dekat sini. Kos pon banyak.
Bermulalah kisah aku di dalam bilik bersama teman sebilik. Teman sebilik aku ni, nama depa Nana, Anis, dan Ash (non-muslim). Ash ni yang masuk lewat sebab dia second intake. Tapi jangan main-main, kami dekat Matrik ni ada kepercayaan yang depa yang second intake ni sebenarnya pandai, masalah dekat markah kokurikulum je.
Permulaannya, kami empat orang ni rapat, terutamanya aku, Nana dengan Ash. Anis ramai kawan dia masa sekolah yang se Matrik namun tak sebilik, jadi kawan-kawan dia selalu datang bilik. Meriah bilik iolls. Hehe. Aku dengan Nana ni kuat bersembang, bila masuk Ash pun lagi la kuat menyembang nye. Kami pun baru kenal masa tu, macam-macamlah yang kami ceritakan, pasal keluarga, life masa sekolah, KPOP. Haha.
Tiba-tiba ada satu malam ni, dah pukul 2++ tengah malam. Kami 3 orang menyembang lagi, Anis masa tu study dekat luar. Ash pun cerita pasal family dia, family dia ni dulu agak kaya sebab aku tak ingat ayah dia kerja apa, tapi income bulanan agak besar. Sampai satu masa, ayah dia hampir muflis. Aku dengan Nana punyalah duduk pujuk dia, sampai tazkirah pun ada tapi kami jadi takut bila Ash buka cerita lagi pasal family dia.
Ash : Annie, awak asal ****** kan? Mesti awak tahu Pulau ***** dekat mana kan? Sebenarnya ayah saya pergi kat pulau tu 2 tahun lepas.
Aku terpinga-pinga, sebab pulau yang Ash tanya tu bukan sebarang pulau. Pulau tu, kalau nak minta nombor ekor ke, nak menuntut ke, mesti pulau tu jadi sasaran. Hampa boleh bayang tak apa yang aku fikirkan pasal ayah dia masa tu? Lepastu, Ash sambung lagi.
Ash : Ayah saya nak ambil satu benda dekat sana untuk lindungi kami sekeluarga.
Aku dengan Nana berpandangan. Tapi Ash sambung lagi cerita dia.
Ash : Benda yang ayah saya ambil tu perempuan, cantik. Dia selalu juga sembang dengan kami sekeluarga macam kita sekarang. Kalau mak saya telefon saya, mesti dia akan cakap dengan saya. Tapi kadang-kadang saya akan panggil ‘kakak’ tu datang dekat bilik kita, dia akan lindungi kita daripada bahaya.
Berderau d***h aku dengan Nana. Lepas tu, aku dengan Nana buat-buat menguap, kami ajak Ash tidur sebelum dia menceritakan lebih detail pasal ‘kakak’ tu. Aku terfikir juga, betul ke apa yang dia ceritakan tu. Tapi apa yang pasti, selepas Ash cerita pasal ‘kakak’ tu, aku dan Nana kerap dikacau di dalam bilik sendiri.
Aku tak ingat berapa lama lepas Ash cerita tu, tapi yang pastinya masa tu sebelum cuti semester. Aku sering mendapat mimpi tentang sesuatu, iaitu lembaga berwarna putih. Pada permulaannya, aku tidak mengendahkan langsung mengenai isu ni, tapi lama kelamaan, aku semakin kerap bermimpi tentang benda tu. Mimpi yang paling takut pasal benda tu, adalah aku bermimpi kakak aku datang ke Matrik dan duduk di dalam bilik aku. Aku sedang baring di atas katil sambil main fon. Akak aku sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin. Aku angkat muka aku, sebab nak cakap dengan dia, hampa tahu kan apa yang aku nampak? Haha. Aku still nampak kakak aku sikat rambut, tapi reflection dia dalam cermin tu bukan dia. Benda alah putih tu lagi. Aku rasa stress gila masa tu, sebab mimpi berulang dan benda yang sama. Aku ada mengadu pada parents, tapi parents aku ni jenis yang tak pergi berubat kat mana-mana. Abah aku just bagi ayat then baca lah lepas solat ka, masa petang ka, sebelum tidur ka. Kalau ada yang nak ayat ni, nanti minta kat komen, aku forward dekat next entri.
Pasal mimpi ni, aku tak mengadu pada mana-mana teman sebilik aku, mahupun sekelas. Aku tak nak lah depa ni takut, aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang aku dikelilingi sahabat-sahabat yang penakut abadi. Kalau cerita nanti, confem nak gi toilet pun berteman.
Cerita pasal mimpi tu tak habis kat situ je. Time cuti sem, aku balik rumah dekat selatan tanah air. Adalah satu hari ni, aku mimpi lagi pasal benda putih tu. Kali ni, benda tu duduk kat luar pagar rumah aku. Aku tak nampak dia clear, tapi aku tahu dia tengah pandang aku straight melalui tingkap bilik aku yang terbuka masa tu. Dalam beberapa minit aku dan benda tu bertentangan mata, akhirnya aku terbangun. Berpeluh-peluh dibuatnya macam baru habis workout. Aku pun berdesup lari ke bilik mak aku. Haha. Dasar anak mak.
Aku dapat pecahkan kod pasal benda putih tu, bila aku keluar jalan-jalan kat Penang dengan family aku. Masa tu aku tengah jalan-jalan dekat satu tempat ni, tiba-tiba aku teringat cerita pasal Ash. Aku pun cerita lah dekat parents aku. Mak aku pun cakaplah, mungkin mimpi-mimpi yang aku lalui tu adalah benda yang dibela Ash. Aku pun fikir balik, mungkin juga, tapi aku tak boleh nak judge kesahihan tu. Aku pun buat keputusan untuk buka hal ni dekat Nana. Nak dijadikan cerita, Nana pun terkena juga. Tapi bukan melalui mimpi, dia nampak real life show punya. Nasiblah kau Nana, haha.
Aku dengan Nana, walaupun kami dah tahu benda ni melibatkan belaan Ash, kami still jaga hubungan dengan dia. Cuma, kami berjaga-jaga juga jangan sampai benda tu menggangu pelajaran. Aku dan Nana pun makin kerap solat berjemaah dalam bilik, baca Al Quran kuat sikit, untuk halau benda tu. Aku kalau boleh tak nak benda tu duduk dalam bilik. Kalau nak duduk sangat dekat Matrik, mohon duduk luar. Gitu.
Benda tu pun seolah-olah tahu strategi kami, dia agak melawan juga. Kali ni, aku kena real punya. Tak main mimpi dah. Masa tu aku dengan Nana stay up, sebab nak siapkan tutorial dalam gelap berbekalkan lampu belajar untuk tak nak ganggu Ash dengan Anis yang dah tidur, kebetulan esok tak ada kelas. Kami dengar ada ketukan, bunyi dia macam kita ketuk pintu. Tapi bila kami tengok bawah pintu tak ada bayang nya pun. Aku dengan Nana ni dah lali dah, masing-masing pun jenis hati kering, malas nak layan. Selepas gagal gangguan pertama tu, dia upgrade jadi extreme sikit. Dia jelmakan diri dia dekat tempat Ash, macam duduk dekat kerusi Ash yang menghadap meja study dia. Kami duduk belakang dia, maknya takdalah kami nampak muka benda tu. Aku dengan Nana gigih duduk baca ayat Qursi, tapi perlahan ja. Sah, benda tu yang aku nampak dalam mimpi. Aku daripada perasaan takut, jadi marah bila fikir balik dia mengganggu kami masa study. Akhirnya dalam 2 minit gitu, benda tu hilang. Aku dengan Nana ambil bantal selimut, berkampung dalam bilik TV. Tak sanggup berhadapan deengan benda tu dah.
Cerita pasal benda tu pun hilang sikit-sikit menuju ke penghujung semester. Dia pun kurang dah kacau aku dengan Nana, cuma kami pelik sebab tiba-tiba hubungan kami dengan Ash semakin menjauh. Tapi, kalau itu yang terbaik untuk semua, kami redha je. Nasib baik dah nak habis semester. Last teguran benda tu untuk aku adalah semasa study week last final exam. Aku demam masa tu, mudahlah dia nak kacau. Aku tidur awal pada malam tu, sebab telan panadol. Esoknya, aku bangun nak dekat pukul 10 pagi, dan aku seorang diri dalam bilik. Mungkin depa ni lepak study dalam bilik cikgu kot, senang nak tanya kalau tak faham apa-apa. Aku pun bangun mandi, siap-siap nak pergi bilik cikgu juga. Masa aku sikat rambut, aku mengadap cermin. Aku nampak dalam cermin tu, benda putih tu duduk kat tempat Ash, sama macam malam aku dan Nana kena kacau tu. Haram sungguh! Sudahlah aku sorang-sorang. Aku pun kemas beg, capai tudung, terus blah dari situ, dengan bilik yang tak berkunci. Aku serah ja pada Allah untuk lindungi barang-barang aku dan rumet dalam bilik.
Seingat aku, itulah last aku nampak benda tu. Lepas tu, aku langsung tak nampak dah, mahupun mimpi pasal benda tu lepas habis Matrik. Sebenarnya, kenapa cerita ni aku tak boleh lupakan, sebab aku jenis yang tak nampak, rasa ataupun apa-apa sense yang berkaitan dengan makhluk halus ni. Berbeza dengan kakak aku, MasyaAllah pantang lalu tempat pelik, pantang demam sikit mesti rasa atau nampak bukan-bukan. Sebab itulah, selepas kes ni aku seolah olah boleh mengesan kehadiran sesuatu yang bukan manusia, lepas tu aku umpama terpegun tau. Kaku. Aku sendiri tak dapat terangkan perasaan ni, tapi aku akan mencuba sedaya upaya untuk tak libatkan diri dengan benda-benda ni, yang mana mustahil lah bagi aku, terutamanya bila duduk dalam universiti. Sebab tu aku suka kawan dengan Pin, dia selalu jaga aku. Haha. Friendship goal.
Aku rasa sampai sini je kot, nanti aku akan post pasal kakak aku pulak lepas ni. Banyak jugalah kes dia bersama sama sesuatu yang tak dijemput berlaku. Nasiblah hang along oii. Ha! Lagi satu, untuk pengetahuan hampa, cerita di atas tu lebih kurang dah ditukar sedikit demi melindungi watak sebenar. Cerita tentang aku di Matrikulasi ni tak ramai yang tahu, jadinya aku tak nak depa pun tahu pasal ni. Benda dah lepas. Tapi jalan cerita dikekalkan keaslian. Maaf lagi sekali kalau cerita tunggang terbalik. Hampa baca ja banyak kali bagi hadam, mesti faham. Tapi hati-hati tau baca, takut benda tu perasan hampa duduk baca pasal dia.
Ma’assalamah!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Nice , kipidap dik .
yes
Buruknya gmbr lu mat? Keh keh keh
Pening. ‘kakak dalam cermin’ tu, tak ganggu sangatlah kan? Dahtu renggang dengan Ash tak bersebab ke? Dia tiba-tiba jauhkan diri, camtu ke?
Xfhm x yah baca bodoh lembu sial…..
kau ni puasa ker tak??? aku tanya nihh kau puasa ke tak? puasa ker tak? kau puasa ker tak? kau ni puasa atau takkk???
👍
why bother why bother why bother
Geng faiz roslan ni..
eh tok?!!! bila mendarat? lama tak jumpa tok. hahahaha
Hahaha… Tok bz uruskan lembu ngan kambing yg nak d korbankan raya nnt.. (Silap raya)
Laaa… Tempah kambing sekor tok. Pos ke selatan ea. Nak buat rendang. Hahaha
Pmpuan cikai ni lg… kt mne2 ad je nnpk dia. BOleh x sesapa hlau dk maira ni. Keh keh keh keh
❤️. Suka dengaq kesantaian bercerita jugak. Mcm dok bersembang face to face
boleh bagi ayat yg ayah awk kasi tu…?
best.dan terima kasih terima komen pembaca dengan hati yang terbuka….
Seram gak. Bagus penulis ni tak cepat melatah. Tak sabar nak baca kisah seterusnya.
Kipidap dongibab!!
pulau besar melaka ke
nice story..pulau yang ayah ash pergi tu pulau besar kat melaka kan?
part k-pop aku trus takde mood nak baca. kahkah next
nama dah la acah acah lawak !!! Butthurt lak tu lantak dia la nak tulis apa pun . Ada kacau nenek kau berak ke ???
kahkahkahkahkahkahkah f
HAHAAHHAHAHANAT kelakar gilak kau ni bah
Akak minat kpop kee minap apa BTS ? Blackpink ?Twice ?
1.BTS
2.Blackpink
3.Twice
4.Winner
5.ln2it
6.2ne1
7.GOT7
8.lnfinite
9.MAMAMOO
10.momoland
11.ASTRO
12.Redvelvet
13.NCTU
14.NCT127
15.April
16.EXO
17.Big Bang
18.ShinEE
19.SS501 (tp group ni comeback next year)
20.G(l-DLE)
Butthurt ?????
Huk aloh ss501 nak comeback lagi
masa jaman acik marin bigbang & 2ne1 yg tgh hott..
yg baru2 ni acik x kenan sgt..acah2 comel je acik tgk..acik lagi comell kottt..puihh
#TOPsarangheyo
Saya minat taeyang
aq minat infinite
Kita sama la acik. Sekarang dah Tak bape layan K-pop. Tapi next year kalau ss501 comeback aku layan balik.
Kim hyun-joong hahhaha
Belon ke buih? I think the correct term is buih (in my own bubble).. havent come across any literature describing oneself in a balloon.. kinda wierd.. well, xyah la nk cmpur bm bi klu bi pun kelaut..
Sis kecam je..
Miss Onion PhD (linguistic)
Weird sikitlah. Dia keliru buih dengan belon agaknya. Husnuzon~ :’)
PhD linguistic ROFL spell weird pun fail. PhD dengki lah tu
Bubble jadi belon….. Hmmmm
nak kecam english org, sendiri eja weird pun salah..
kicap
Mana ek? Pulau tu macam pernah dengar la. Tapi tak ingat kt mana. Tak dapat nak recall. Huhu
pulau besar namanya. di Melaka. cer google
oh, ingatkan pulau kenit, kat melaka jugak..
pulau tu femes tempat orang buang benda2 macam tu
terbaik..
Best
Best lah…
Best. Wowwwjugak haa gittew
Pulau besar melaka…mmg byk sgt yg wat pemujaan kt situ
Kenapa aku rasa cita ni tak kne ngan tajuk
Sama sebenarnya. Tapi takpelsh. Best wow wow gitteww
X kene lu boleh brmbos! Byk ckp. Lu nk bce. Baca je lh. X pyh bunyi
Hantu tu wujuk ke
Wujud. Hamba allah jugak tu
Lu eja pon slh ke. Wujuk apa mat? Bm fail lu!
ingatkan kakak dia kena tanam dalam cermin .. rupanya “kakak” dalam cermin giteww
ok la best juga ceritanye…ash nie mmg la
Cerita actually best gak… mmg best pun….
X best lah!!
Owhh org melaka rupenyeee
Kenapa korang ngan ash mkin mnjauh?ash da tau ke yg korang kne kacau tu?
takutnya
nanti sambung tau…
Jalan cerita mudah difahami dan menarik. 7/10
Bestt