Kakak Sado – Roommate Misteri

ROOMMATE MISTERI

#INTROJERR

Assalamualaikum! Hi. Kakak Sado lagi. Hahaa! Aku tepek kisah ni kat sini sebab kesian ada followers aku takde fb. Jadi, aku taknak kecewakan dak2 FS yg nak baca kisah ni. Mcm biasa, story aku panjang dan details. Ni aku tepek sederap semua part. Geng2 sabar, silakan baca. Baca jangan serius sangat, ok? Pecah otak kau nanti.

Cerita ni sumpah tak seram. Aku bagi jaminan yg ada lemah jantung still boleh baca. Cuma kalau korang kat tempat aku, mau berselerak jugak bulu roma hadap benda ni.

Kisah ni aku pernah confess di page iium. Lepas aku up kisah ni la ramai yang tertanya2, awat aku cool semacam. Sebab dorang semua taktau kisah family aku lagi dasyat dari kisah ni. Dan kisah ni lah punca aku continue kisah 3 beradik tu. Yang menyebabkan aku jadi makin sado dan tenang menghadapi dunia mendatang.

.

Kisah ni berlaku time aku study dulu..

Aku study di Universiti (rahsia). Kalau dengar dari mulut orang, org akan tanya “betul ke U tu ada hantu?” Mulut2 puaka macamni, kita yg tak seram pun boleh menggigil tiba2 sebab nak tahan tangan daripada sepuk muka dorang.

Masa mula2 masuk, tangkap leleh jugak dengan mak ayah. Biasa la tak pernah berenggang. 24 jam bau ketiak mak je. So masa tu bawak la 2 3 helai kain batik peram mak yang boleh tahan kaw baunya utk peneman. (Ok tipu je)

Dah la tangkap leleh sebab baru masuk tempat baru, pastu mintak kakak tunggu kejap sebab roomate lain2 belum masuk. Tapi kesudahan, roomates tak muncul2! Pulak dahh. Aku tido sorang wehh malam ni!!

.

Last2, kakak kata “maybe” aku sebilik dengan senior. Depa semua tak masuk lg. Tunggu lg seminggu. Ahh! Gila. Mana mau cari kawan untuk teman dalam bilik sepanjang orientasi ni? So dia pun angkat kaki tanpa rasa sekelumit perasaan serba salah meninggalkan aku keseorangan kt U yg aku sendiri tak tau apa la nasib aku nanti. Dah la kawan takde. Berhuhuu jela.

.

Mata aku boleh tahan teruk bengkak sebab menagis. Sekarang nak kena usha2 budak level nak mintak simpati kot2 boleh jadi geng peneman buat sementara waktu ni.

Tengah dok belek sorang2, hanya “sorang” ni je aku suka. Perhh . Dia punya keayuan tu, Mira Filzah boleh kalah! Punya cantik dan sopan tu, kalau aku lelaki, aku pun meleleh macam aiskrim. Tapi nasib baik aku normal. Tengok hanya sekadar kagum melihat perbezaan gaya dia dengan gaya aku yang ala2 rockers dalamannya .

.

Aku try usha dia. Sebab level aku ni memang level menyeramkan sebab ada 4 bilik je dan penghuni cuma ada 5 org. Ah bongok. Ape la nasib aku ni! Kawan takde. Level menyeramkan. Penghuni pulak krik krik.

.

“Assalamualaikum. Awak sorang je ke? Saya budak bilik sebelah. Roomate takde. Kalau nak kawan dgn awak boleh?” Aku sapa dia dengan penuh hormat dan tata tertib mengikut procedure pengenalan yang sepatutnya. Even aku rasa mcm nak tampau muka sebab formal nau hingga ke tahap meloyakan tekak bagi aku yg tak berapa ayu ni, aku rasa ok la kot ayat aku usha member baru.

Dia pun balas speaking doh! Terkapau2 aku nak translate. Dah la bongok english. Setakat cakap “English” tu boleh lagi, tapi kalau dah bergulung macamni, aku boleh kata “yes no yes no” jela.

So sekarang aku dah declare #friendshipgoals untuk “sahabat pandang pertama”. Happy kot dapat member cantik walaupun kita ni muka sedang2 je macam muka mintak penampar. Tapi at least dapat jalan beriringan dengan member cun melecun speaking English gila kaw kaw ni terasa la riak sikit.

.

Ok sekarang bermulalah orientasi pertama yang amat2 membosankan di zaman U.

Macam biasa la. Siapa masuk U , ampa mesti tau game paling popular. Main tepuk2 lalat la, tepuk2 semangat la sampaikan kau rasa mcm nak tepuk2 je kepala senior sebab sibuk main tepuk2 sampai tgh malam. Solat pun kadang2 terlewat dok layan orientasi ntah pape ni.

So orientasi kitorang memang tamat tepat jam 12 tgh malam. Korang takyah terkejut kenapa sekarang orientasi kena tamat jam 12 tgh mlm. Sebab dorang taknak kes bukan2 berlaku . (Taktau la U lain still tamat lepas jam 12 tgh malam)

.

Bila pukul 12tgh mlm, daripada dewan atas kayangan tu, nak turun ke kolej bawahan ni, memang pedih sikit la. Pedih sebab sorang sorang tumbang dek mengilai diusha member baru.

Yang lemah semangat, depa akan join mengilai dan sahut menyahut ikut irama yang tak berapa sedap nak didengar waktu2 camni. Bunyi dia kalah sound dalam wayang. Mmg real dan woww! (Padahal seluar aku basah kot setitik2 terkeluar time jalan)

So aku antara geng2 yg kuat semangat dalaman , tetap teruskan berjalan sampai ke kolej dengan bacaan ayat kursi tak henti2 kat mulut. Aku rasa betul la kot aku baca even bila aku stop boleh lak tersambung ayat doa makan, tapi org kata kalau kita yakin, Allah dengar. So aku confident je baca dengan harapan takde lagi member yang usha aku kecuali yang dah ada sorang ni cukup la.

.

Sampai-sampai bilik, aku tengok ada kucing hitam tengah kencing depan bilik aku. Elok je melabur pastu blah macam takde buat dosa. Jantung aku bunyi bukan Dup Dap Dup Dap lagi. Dia punya irama dah tak balance. Lebih kurang “Dap Dapp Dup Dip Dupp”. Berterabur! Sebab cuak yakmat!

Allah.. Apekah ini petanda buruk? (Gesa hati aku la mcm dlm drama)

Aku pun pandang member dengan muka macho konon2 nak kata “takde pape. Releks aku ada kot.”

Tp bila aku pandang member aku, dia cuma bg senyuman yg aku rasakan senyuman tu bukan mengoda tapi “semacam” .

Ok abaikan. Baik aku cuci air kencing ni siap2 sebelum berbau.

Lepas dah cuci, aku ajak member aku mandi dan amik wudhuk. Aku kata ni tempat baru. Aku nak mengaji jap. Kasi bilik ni tenang dgn ayat suci AlQuran. Dia pun just senyum dan kata OK! Sukati kau le labu.

Dia kata dia period. So aku sorang2 la mengaji. Aku saje baca kuat2. Dia pun releks tido atas katil. Agak2 aku rasa mcm nafas aku dah abis sebab tarik tinggi sangat taranum, aku nak stop la. Aku pun nak tido daa. Tp tiba2, dia menjerit.

“Baca kuat lagi weh! Dia dah nak keluar! Baca lagi!”

Arghh!!

Kau rasa? Boleh kau bayangkan perasaan aku tak dikala tu mcm mana? Nak terlompat, tercampak pulak Quran. Nak terkencing, td dah kencing puas2. Nak sepak muka dia, tangan dah terketar2 pulak.

So aku “buat2” chill. Releks. Bertenang. Dan teruskan membaca sampai dia cakap,

“Beb, ok dah. Dia dah blah.”

Lalu aku pun “Sadaqallahulazim…” Dan bermulalah episod mengugurkan bulu roma aku satu per satu sepanjang orientasi ni.

Persoalan yang bermain di otak aku malam tu, “Siapa Roomate aku ni?” Ataupun “Roomate aku phsycho?” Ke “Roomate aku ada 6th senses?”

Ah malam2 cmni boleh pulak aku bagi tajuk macam nk buat novel! Baik aku tido! Esok kena bangun pagi daa.

Elok aku nak lelapkan mata ala2 princess, tiba2 mata aku terbuntang bulat lagi sekali! Ahhh.. Mendee pulakkk niiii??!!

#Part2

Lepas habis mengaji, dia ckp “kau kena kerap mengaji. Takut dia datang balik.”

Masa ni otak aku dah fikir lain mcm. Kau ni sape doh. Ada sixth sense ke? Baru hari pertama dah buat aku lemah jantung dok jerit2 cmni.

.

So demi menjaga kemachoan aku supaya tak nampak muka cuak tu, aku cover dengan ayat, “dah2. Kau kalau takut, meh tido dgn aku. Banyak bunyi la kau malam2 buta ni.” Padahal aku dah start takut. Dia nampak ape tadi? Ntah2 ada something ke yg aku takleh nampak tapi dia nampak tgh buat tarian gelek atas kepala aku ke? Ah pedulikan . Muka aku dah mcm zombie dah ni menahan mengantuk! Sebelum aku yg jadi hantu, baik aku tido.

Sebelum tu, aku ajak dia baca ayat kursi sama2 sebelum tido. Lepastu, aku suruh selawat dr kepala sampai ke kaki 3x dgn harapan boleh tido dgn tenang aman damai.

Baru aku elok landing baik punya atas 1 katil single bersama2, tiba2 mata aku membulat! Amendee lak ni? Asal dr tadi aku tak nampak?

Tangan dia sampai ke kaki semua terkopek2. Mcm kering dan mengelupas. Tapi kt tapak tangan dgn tapak kaki je.

Aku buat2 pejam mata. Cuba nk tgk guna sebelah mata takut kot2 dia terperasan ke aku tgh tenung. Elok aku dok besar kecik mata sampai juling, tiba2 dia ckp,

“Tangan aku mmg cmni. Ni kesan dr sakit aku dulu. Takleh sembuh.”

Ah pulak. Bila masa aku tanya. Tangan dia ada mata ke? Mata dia elok je pejam kott. Baik aku buat2 tido sebelum dia bukak cerita lain. Kang pukul 5 dah nak kena bangun balik. Skg pun dah pukul 1 lebih dah ni. Confirm aku mmg tak cukup tido kalau cmni punya timing yg tinggal.

.

Baru aku nak terlelap ala2 pwinchess, tiba2 aku rasa ada something pegang pinggang aku. Benda tu merayap slow2 seolah2 nak peluk pinggang aku.

Aku ape lagii… Terus terlompat kijang sampai terhantuk kepala kt katil tingkat atas. Bukan tu je. Sekali free gift flying kick aku terbagi kat dia sb terkejut punya pasal.

“Eh kau kenapa? Sorry weh . Aku terkejut kau peluk aku tiba2.” Aku sedaya upaya cuba control antonasi suara supaya tak nampak mcm nervous malam pertama tu. Aku terkejut kot. Sb terasa rekahan kulit dia bersentuhan dgn kulit aku. Aku pikirkan sundal bolong ajak romantik bagai.

Tiba2 dia mengilai. Gelak tak ingat dunia. Dia ckp lawak gila. Padahal aku rasa tendangan tadi tu kuat boleh buat dia senak ulu hati kot.

.

So malam pertama aku di kolej mmg mengecewakan. Dan yg paling bengang, pintu bilik aku hampir2 nak kena roboh sb kena ketuk dgn senior! Tak pasal2 aku tak mandi pagi sebab dah pukul 6 rupanya! Tahan bau badan dan mulut sendiri jela seharian ni. Kalau senior bg can aku gosok gigi dulu boleh tahan lagi mood aku pagi ni. Haihh apelah nasib aku…

.

Hari seterusnya berlalu seperti biasa pada awalnya tp luar biasa bila start tengah malam.

Setiap kali jam 3 pagi, aku bangun2 dia takde kat sebelah. Dan takde dalam bilik! Pulak dah! Dah la keluar pintu tak kunci. Bilik aku ground floor kot. Mak aku ckp, kalau nampak hantu kau pura2 pengsan je. Tp kalau buatnya laki yg masuk? Arghhh. tak dapat aku bayangkan nasib aku.

Aku pun keluar la dari bilik. Aku tgk dia elok tengah duduk mencangkung sorang2 kat tengah2 padang bola jaring. Elok aku on the way ke tempat dia, dia terus pusing! Kalau ada background sound, sumpah 44 kali muka dia lg seram dr hantu filem Jangan Pandang Belakang. Terkejut aku! Belakang rambut dia pun ada mata lg ke?

Dia terus ckp “Masuk2. Banyak sangat lak berkeliaran atas ni.” Sambil dia tunding jari kat langit kat area padang tu. Aku tengok kelawar je banyak. Maybe tu kot maksud dia.

Aku pun rasa mcm nak naik angin laa. Aku ckp, “kau kenapa? Kalau kau tak sihat, jgn keluar malam2. Kau roomate aku. Apa2 jadi, aku kena tanggungjawab!” Marah aku acah2 mcm kak long kawasan.

Dia cuma balas, “Kau baik. Jarang aku jumpa org baik yg innocent mcm kau.”

Innocent kepala hotak kau berjambul la. Time2 cmni boleh pulak kata innocent bagai. Aku cuak kot tido sorang2. Tak memasal aku pagi2 nak menjemput kau kt padang. Ingat aku tak takut ke?!

Pastu dia masuk bilik and terus tido kat katil aku. Tapi aku sempat pesan, kalau nak keluar sangat bawak kunci. So bilik ni sentiasa berkunci lg2 time aku tgh tido. Dah la aku tido m**i kot. Buatnye m**i betul2. Tak ke naya hidup aku .

.

So aku pun kembali buat taik mata. Baru aku nak terlelap nk sambung mimpi dgn Prince Charming, tiba2 dia menjerit kat telinga aku.

“Wehh!!”

Kali ni mata aku bukan bentuk bulat lagi dah. Dah bersegi2 tahap keluar api mcm Ultraman Kuasa 3 dah ni cara aku tenung muka dia. Nasib baik aku tak back hand dia sb terkejut. Ikutkan ni gendang telinga aku dah nak kecai dia dok jerit kt telinga aku. Ingat aku pekak badak ke dok jerit bagai. Aku dok sebelah je kot. Sebantal lagi. Kau bisik pun aku boleh dengar.

Aku pun mula la panas hati balik. Baru nak cool down. Tp tiba2 dia ckp, “kau panggil aku ke?”

Bila masa weh? Bila masa! Arghh apa problem kau ni?? Baru berapa hari mcm2 benda pelik kau buat! Dia kata aku bisik nama dia kt telinga dia. Kau ingat aku lesbian ke nak romantik bagai tu??!

Aku just balas, “kau tido sebelah aku elok2. Kau nak pegi mana2, kejut aku. Tu la. Kaki tak cuci waktu nak tido.” Aku still bajet cool padahal bulu2 roma aku mmg dah terpacak mcm nyanyi lagu negaraku dah ni.

Tapi yg peliknya sepanjang aku orientasi, malam2 ada kucing putih tido depan bilik aku. Dia tak bangun2 lak tu masa aku belai2 dia. Tp bila aku bangun pukul 4 pagi, dah takde . Malam je ada. Kawan aku ckp, bilik aku dah ok. Selamat.

Mmg selamat. Yg tak selamatnya dok dgn kau! Boleh naik gila aku!

.

Pelik2 member aku ni, 1 sikap yg aku puji dia ni pembersih. Pembersih tahap maksimum. Mmg calon menantu terbaik la.

Penah sekali aku bukak almari dia. Selama ni dia tak bg org bukak almari dia sb dia tak suka org sentuh brg2 dia. Tp aku degil tahap membasmi kotoran degil, so benda yg org larang, yg tu aku suka nak buat. Aku bukak almari dia dok intai sebab almari dia kali ni mmg tak berkunci.

Perh! Kemas! Blink2 kejap mata aku. Belum pernah aku tgh susunan baju sekemas mcmtu dlm almari. Semua baju dia bergosok! Even baju tido dengan seluar kecik.

Cara dia lipat dr bucu ke bucu mmg tajam. Kalau terlanggar tu, mau berdarah jari . Nk menggambarkan betapa lentiknya cara lipatan dia seolah2 pakai acuan. Seragam kott.

Aku tanya dia, “kenapa kau iron seluar kecik kau? Abis 1 almari kau iron kot.. rajin gila. Alang2 kau terlebih rajin, baik kau iron baju aku kott. Ada faedahnya..”

Dia pusing mendadak 90°. Nasib baik 90° . Kalau 360°, dgn aku2 arwah time tu. Cara pusingan kepala dia, aku rasa belum gerak 1 saat , tp mata dia dah tepat kat muka aku. Aku kalau pusing lagu tu, mau putus urat leher aku.

“Kau bukak almari aku ke?” Dia tanya aku dgn pandangan sinis.

Masa ni kalau silap ckp, aku fikir sama ada dia berubah jd hantu mak limah, ataupun dia panggil benda2 yg dia nampak tu utk belasah aku. So baik aku jawab elok2 sb muka dia dah bengis semacam dah ni.

“Eh tu almari kau tak kunci la. Selalu kau kunci. Asal arini terbukak? Aku nampak gitu2 je. Tu aku tanya. Lek ah. Aku pun iron jugak seluar kecik aku kadang2. Lebih kurang je perangai kite. Kecoh ar.”

Bila aku jwb cmni, baru dia nk senyum. Maybe seronok aku ckp perangai aku lebih kurang je mcm dia pelik2 alam.

.

1 hari tu, dia ajak lg sekali lepak kat bilik dia pulak. Aku ni tangan memang gatal. Suka nk tengok2 barang org mcm jakun nau perangai.

Aku pun tgk meja dia. Banyak novel english atas meja. Aku pun capai la 1. Aku tanya, “weh buku baru ke ? Elok je bersih.”

Maybe dia tak dengar sbb dia sibuk kemas almari dia. So aku pun bukak la buku dia satu2. Hanya 1 novel je aku baca kejap. Lepastu aku lipat kt hujung dgn harapan, mlm sikit aku sambung baca balik. Tp tiba2 dia datang, dia rampas buku pastu dia bukak balik lipatan tadi sambil usap helaian tu seolah2 mcm iron semula kesan lipatan tu.

“Aku mmg jaga buku aku. Aku tak suka lipat2. Kalau nak baca, bukak slow2. Guna penanda buku.”

Aku dah mcm “krik krik.” Serius ah kau punya tahap kebersihan , kekemasan dan ketatasusilaan kau level mcmni? Entah2 pas aku duduk atas kerusi dia ni, mau dia samak kerusi ni terus sb bontot aku dah duduk atas ni. Kang dia ingat aku tak cuci time melabur. Haa sukati kau la.
.

Alhamdulillah tamat orentasi aku selama seminggu. So senior dah masuk. Kawan aku pun dah balik pi bilik dia balik. Kucing putih peneman setia depan bilik pun dah lesap gitu saja. Aku harap2 sampai sini je penyeksaan aku utk jemput dia setiap 3 pagi kat padang dan dengar benda2 pelik dlm bilik.

Tapi rupanya tak. Tiap2 pukul 3 pagi bilik aku kena ketuk! Dia dtg nak tido sama2 kat katil aku.

.

Malam ni aku mmg letih. Aku tak kuasa dah nak fikir sape2. Aku nak tido awal. Aku dah bg amaran kat kakak senior bilik aku, jgn bagi sape2 masuk. Ckp aku tak sihat. Kak senior pun beriya kata ok cun cun. Ditanggung beres.

Malam tu mmg aku layan abis diulit mimpi. Lena la sb takde org kacau 2 3 pagi. Berguling2 aku sorang2 atas katil. Selalu tido berdua. Sempit kot. Harini aku sorang2. Lega sikit.

Elok aku mengiring ke kanan, aku rasa mcm ada something tengah tenung tepat kat muka aku. Bulu roma aku dah mula terpacak-pacak. Perasaan aku ke?

Aku cuba buka mata. Bila aku bukak…. Allahurabii!!

#Part3

Bila aku bukak je mata ….

ALLAHURABBI!

Kawan aku ada kat sebelah aku! Elok je tengah baring dan pandang aku sambil senyum2. Kalau yg kat depan aku ni suami aku, boleh jugak aku balas senyuman dia acah2 senyuman Britney Spears yang menggoda. Tapi masalahnya ni member aku. Perempuan pulak tu. Dah la aku masih single kot time tu. Serba salah pulak aku nak balas senyuman dia.

“Eh! Macam mana kau masuk doh? Kau masuk dari tingkap ke? Ke menyelit bawah pintu? Ke kau boleh tembus dinding?”

Walaupun aku tgh mamai, tp otak aku boleh terus berfungsi bila nampak dia. Automatik aku boleh cergas. Tak boleh mamai2 bila dok gn dia.

“Akak roomate kau ckp, kau tak sihat. Tu aku kata nk tido sebelah kau. Tengok2 kan kau.” Sambil senyum dan belai2 rambut aku.

Gila scary kau weh. Berterabur kelemumur aku macamni.

“So kau dari pukul berapa tenung aku? Kau tak mengantuk ke?” Aku cuba bersuara sambil gelak2. Padahal rupa dah macam gembira dalam tangisan je.

“Dari pukul 11. Kau tido lasak. Banyak kali kau sepak terajang aku kat sebelah. Sesak nafas aku bila kaki kau hempap dada aku.”

Perhh . Kau minum Innershine Pati Beri2 ke sampai boleh cergas tenung aku camni. Aku cuma menyengih sambil acah2 nak bangun pi toilet. Sekurang2nya aku bersyukur la, dia tak ikat tangan dgn kaki aku time tido . Baru aku nak bangun, tiba2 dia tarik tangan aku.

“Taa. Boleh tak aku nak cium kau?”

Gulp! Ahhh sudahh!

Jantung aku ibarat degupan cinta pandang pertama. Terus blushing2 muka aku. Kira baik tak pecah kepala aku sebab d***h dah meledak2 semua naik ke muka. Bahang mcm demam panas.

Kau ni lesbian ke ape?! Aku tgk normal je ada pakwe bagai. Ke aku ni nampak lagi macho dari pakwe dia? Jangan buat gila. Aku suci kot.

Kemudian, dia bersuara.

“Aku kan takde kakak. Aku dah anggap kau macam kakak aku. Sebab kau je sanggup kawan dan jaga aku kat sini.”

Hati aku dah berbelah bahagi. Antara cuak, cemas, sedih, takut semua dah bercampur jadi 1 adunan yang lengkap semuanya. Cium je pun. Lek ah. As long dia tak cakap dia ni geng Sajat, takde la aku menyesal tadah pipi aku kat dia.

Aku pun tunjuk pipi. Haa cepat la. Nak sangat. Offer sekali je ni.

Lalu, 1 kucupan hangat hinggap kat pipi kanan aku.

“Ok dah. Aku nak pi toilet ni.” Cepat2 aku bangun.

“Eh nanti. Lagi sebelah.” Laju dia sambar tangan aku sambil tunjuk2 pipi belah kiri pula.

“Hmm. Ok.” Muka aku dah toya dah waktu ni.

Sekali lagi kucupan hangat hinggap kat pipi kiri.

“Ha cukup? Jom teman aku pi toilet.”

“Belum. Tu dahi. Dagu lagi.” Menyengih2 muka dia sambil kuis2 tilam.

Ok. Kau bukan setakat pelik luaran. Dalaman kau pun aku rasa macam ada stuck kat mana2 bahagian.

“Macam2 la kau ni! Cepat la.” Aku tadah lagi muka aku.

Dua kucupan hinggap lagi sekali di dahi dan dagu. Kali ni terus aku bangun.

Kau request nak cium mulut, kiri kanan muka kau lebam aku tampar bertubi2! Gila punya budak!

Time ni, bulu roma aku semua elok cantik tegak berbaris. Dan aku hanya mampu pasrahkan diri membalas balik ciuman dia. Takpe. Allah tahu aku nye perasaan still normal lagi.

.

Sejak dari persetujuan aku pada malam tempoh hari tu, umpama persetujuan sepanjang hayat. Setiap malam dia nak cium. Kadang2 takyah tunggu malam. Selisih nak pergi toilet pun boleh jadi nak berlaga pipi. Layankannn…

.

1 hari tu, dia bawak buah-buahan kt bilik aku. Patut kulit cantik kot. Suka makan buah je kerja.

“Nah Taa. Untuk kau.” Dia hulurkan sebijik epal merah kat aku.

Terus aku sambut huluran dia dan terus gigit epal tersebut.

Dia cuma pandang aku sambil senyum2. Maybe aku nampak macho kot macam Salman Khan waktu gigit epal tu. Lantak kau la. Malas aku nak fikir apa kepala hotak kau tengah fikir.

Tapi cara dia makan pulak, wajib p****g! So part paling klimaks ibarat antara hidup dan m**i tu, time dia tgh p****g buah guna pisau. Part ni aku mmg bukan takat nak terkencing, time ni aku fikir dosa2 aku je sepanjang hidup ni. Buatnya dia request nak try toreh tangan aku ke nak tgk d***h wane ape. Tak ke sia2 hidup aku.

“Taa, nak tau tak, roomate aku suruh aku buat assignment.” Dia bercakap sambil acu2 pisau ke arah aku.

Tak tentu arah aku. Nak borak, borak jela! Pisau tu jangan dekat2 dengan aku. Trauma aku pun tak habis lagi.

Aku terus duduk atas katil dan laju capai bantal peluk aku. Bila dia acu je pisau ke arah aku, aku acah2 pulak dgn bantal peluk aku. Aku anggap dia tengah ajak aku main game Star Wars. So dia happy, aku pun selamat. Syukur.

.

Keakraban aku dengan dia umpama kakak dan adik (bagi aku). Tp pada pandangan orang lain, “korang ni lesbian ke?” Mulut2 longkang camni memang tak boleh kita nak elak atau tepis. Sebab maybe pada pandangan dorang, aku dengan member aku ni terlalu romantik kalah romeo and juliet. So lantak kau la. Janji dia baik dengab aku, keselamatan aku terjamin.

.

Malam tu, aku cuba nak ajak dia berborak2. Nak korek rahsia. Mana tau aku boleh bantu dia.

So aku setup meja study aku kat tengah2 bilik. Aku duduk berhadapan dia macam ala2 candle light dinner. Nak sangat kan romantik dengan aku. Meh tengok siapa lagi romantik.

“Kau kerap period kot. Betul ke kau period?” Soalan pertama aku laju terpancul dari mulut bersama iringan background sound Who Want To Be Millionaire.

“Yup.” Dia pun laju jawab.

And yess. Aku sendiri check. Tahap kesuburan dia boleh dapat 3-4 pack kalau hantar utk derma d***h. Aku mula fikir ada something special pasal dia ni. Sb tu aku stay dan sabar dgn karenah dia.

Aku tanya lagi.

“Kau boleh nampak ke benda yg org lain nampak?”

And lagi sekali dia jawab “yes!”

Aku cuma boleh telan air liur. Dan aku tanya lagi sekali. Kalau dia jawab yes jugak, mmg aku bukak langkah seribu sekali pakej silat gayung.

“Sekarang ni, kau ada nampak apa2 tak…… selain kau dan …… aku dlm bilik ni?” Aku dah mula tanya teragak2 sambil get ready kekuda aku.

And guess what?

Dia jawab “No.” !

Time dia jawab ni, aku pulak nak cium2 dia. Nasib baik kau cakap “No” kot. Macam tau2 je nasib kau kalau jawab Yes tadi.

“Dlm bilik takde. Kat luar bilik banyak. Tu kat tingkap. Dia tunggu je sebab aku ada. Tapi dorang takleh masuk bilik kau sebab kau selalu mengaji. Sebab tu aku nak tido gan kau.”

Menyesal aku lupa nak turunkan langsir malam tu. Tak pasal2 malam ni aku tido gn mata terbuntang dok pandang tingkap.

.

Dalam tempoh 2 bulan ni, aku ok dan makin mesra dgn member aku. Balik2 kelas, aku confirm cari dia ajak makan sama2. Kadang2 dia dtg cari aku kt bilik. Mcmtu la lebih kurang. Kemesraan kitorang mmg takde tandingnya. Pasal bende2 dia selalu ckp nampak kat situ la sini la, aku tak kisah dah. Sb lagipun aku dah hadap sgt benda2 cmni. So aku mmg percaya setiap apa dia ckp. Aku hormat dan iyakan setiap kata2 dia.

Cuma aku kata jangan terlalu melayan. Kau kena kuat dan lawan. Tapi dia ckp dia tgh lawan. Sebab tu tgn dia jadi cmtu.

Dia duduk kt padang sb nak tunjuk kat benda2 tu dia dah tak takut. Dia taknak benda tu kacau dia. Aku pulak rasa mcm nk tabik dgn dia. Takyah kot sampai cmtu sekali. Buat donnoo sudah le . Ni sampai duduk tgh padang tu dah kenapa. Yg menjemput kau tu, aku! Luaran aku mmg la nampak sado. Dalaman aku ni mcm hirisan bawang je. Sekali dia bahhh depan mata aku, dgn aku2 jadi geng hantu.

.

Lebih kurang nak masuk pertengahan sem, aku dah mula sibuk dgn kos aku. Aku dah kurang nak lepak dgn dia. Kadang2 aku pelik, dia takde assignment ke ape. Asik nak dok gan aku je keje. So aku dah ckp aku busy dgn quiz dan test. Aku nak study. Dia pun ok je

Lebih kurang seminggu aku tak jengguk dia. Tiba2 roomate dia msg aku.

“Weh. Member baik kau jatuh kat fakulti tadi!”

Aku yg tgh penat2 balik bila dpt msg tu, kelam kabut lari terus ke bilik dia. Tgk2 dia takde. Aku direct tanya roomate dia.

“Mana dia? Dia ok tak?”

Roomate dia ckp member2 semua taktau tp ada org yang hantar dia naik ambulans. Aku pun marah la. Tagunee punye kawan. Asal kau tak teman dia sengal! Kau roomate dia kot. Dah la kau selalu kunci bilik. Tiap2 malam dia ketuk bilik aku.

Habis semua aku hamburkan kat member dia. Aku tgh penat, boleh pulak dia kata taktau taktau bagai.

Last2 member dia cerita semua kat aku. Dia ckp member aku ni dh dpt 3x surat warning. Tak hadir ke kelas berturut2. Pastu dia cerita lg member aku ni pelik. Bukan roomate je tak suka. Semua kat fakulti tak suka dia sb dia pelik. Kadang2 tiba2 marah tak bersebab.

Tgh syok2 tido, boleh dia bangun duduk melilau mata kat syiling. Pastu keluar tak tutup pintu. Penat dah roomate dorang marah tp dia buat taktau. Tu sb dorang kunci dia kt luar tanpa bg dia kunci pendua.

Aku tekun dengar satu2 roomate dia ckp. Aku kata dgn aku ok kott. Asal gn korang semacam je.

“Dgn kau je. Dgn ktorg tak. Sb tu takde sape kisah dia ada ke takde.” Pastu tiba2 roomate dia diam.

Pulak dah. Kena sampuk ke ape.

“Weh. Cite le lagi.” Aku kocak2 badan roomate dia. Tp roomate dia terus amik buku atas meja dan terus keluar dr bilik.

“Weh! Kau nak pegi maa….” belum sempat aku habiskan ayat aku, tiba2 jantung aku nak jatuh bila ada 1 susuk badan berdiri betul2 depan aku.

“Kau dah balik? Aku beli makanan utk kita kongsi sama2 ni. Jom makan sama2.” Sambil dia pimpin tangan aku suruh duduk.

Ok ok. Bertenang. Tenang tenang. Jgn gelabah Taa. Maybe dia baru sampai. Dia tak dengar pape. Releks. Jangan gugup mcmni. Dia tgh pegang tangan kau kot. Kang kalau menggigil dia tau kau kutuk belakang dia. Tp sumpah aku tak kutuk weh! Aku concern pasal kau tadi. Tu yg patut kau dengar time aku gelabah cari kau. Bukan yg hujung2 perbualan ni. Argh!

“Aku nk suap kau makan arini.” Sambil pandang tepat kat mata aku.

Aku tengok dia tengah gaul nasi dgn kuah. Tapi aku rasa mcm ada “kepelikan” di situ. Ape yg pelik eh. Aku cuba fikir fikir dan fikir secara rasional.

“Aaa…” Dia suruh aku buka mulut sambil acukan makanan kat mulut aku. Saat makanan tu depan mata aku, baru aku dapat tangkap something.

What?! Biar betikkk dia ni!

#Last

“Aaa…” Dia suruh aku buka mulut sambil acukan makanan kat mulut aku. Saat makanan tu depan mata aku, baru aku dapat tangkap something.

What?! Biar betikkk dia ni!

Dia tengah gaul nasi dan kuah guna tangan! Ya tangan. Selama ni dia makan guna sudu. Sebab dia kata tangan dia yg pecah2 tu takleh tahan kalau terkena pedas ke sabun ke.

Tapi harini dia suap aku guna tangan. Dia tengah psycho aku ke? Nak try tengok tahap setia kawan aku macam mana?

Arghh ape je pilihan yg aku ada? Bukan aku boleh buat talian hayat. Nak tak nak, telan sajelahh labuu.

Aku pun telan satu per satu suapan dia. Dia tak makan kot. Dia kata kenyang. Beli utk aku je. Gila la kalau aku tak curiga time tu. Tp aku tawakal jela. Kalau aku m**i, anggap jela aku syahid dlm menjaga hati dan perasaan seorang sahabat. Eh boleh ke cmtu?

.

Agak2 aku dah kenyang , aku tolak suapan dia dgn lembut.

“Aku dah kenyang.” Sambil teguk air. Dan still takleh nak tanya pape sebab jantung aku belum habis rentak remix lagi. Dah 2 3 kali aku dok kutip jantung aku yang tergolek rebah di muka bumi disebabkan dia. Kalau ikutkan, muda2 camtu aku dah kena serangan jantung. Cuma alhamdulillah, nyawa je masih panjang.

Tiba2 dia mengilai. Gelak mcm biasa tak ingat dunia. Even dia gelak mcmtu, still sopan kot. Nak tutup mulut bagai. Aku kalau dah gelak separuh syaitan cmtu, takde rupa dah gadis melayu terakhir ke ape ke. Mau gelak rupa mcm Johan Johara. Tp dia still maintain cover ala2 Mira Filzah time gelak.

Aku cuma pandang sambil pura2 gelak hempuk2 meja dengan harapan lepasni dia lupa perkara tadi .

Tapi tiba2 dia diam dan tenung aku balik. Pulak dah!

“Kau nak tau. Belum pernah sape2 lagi yang nak makan kalau aku suap guna tangan aku. Kau sorang je sanggup telan sampai abis nasi ni.” Kata dia sambil gelak2 dan angkat jari yg dah kotor tu tunjuk2 kat aku.

Tu kata kau . Kau ingat sikit. Kelebihan kau cuma boleh tengok benda2 tu je. Bukan boleh baca hati aku kot. Ni ha. Perut aku dah bergelodak dah ni. Jantung aku, dah 2 3 kali aku salotape gara2 kau. Kau ape tau?!

Aku cuma menyengih. Taktau nak bual apa. Mood aku jadi down.

“Hmm.. Roomate kau kata… Kau jatuh kat fakulti. Betul ke…?” Tanya aku teragak2 sambil tengok dia tengah kuis2 tangan dia.

“Aku pening tadi.”

Pening? Siap naik ambulans bagai dah kenapa?

Tapi dia mcm tak berminat nak cerita pape kat aku. Aku pun mmg jenis tak suka nak memaksa atau tanya lebih2. Kau nak cerita, cerita. Kau nak berahsia, suka hati kau. Assignment aku banyak ok. Esok aku ada test lagi.

.

Dan macam biasa. Setiap kali habis kelas, memang kitorang akan pi mandi sama2.

Eh. Jangan le salah faham. Maksud aku, mandi sama2 tapi toilet lain2 daa. Kalau aku abis kelas lambat mcm mana sekalipun , dia setia tahan bau badan sendiri nak tunggu aku pastu mandi sama2. Sama gak macam aku. Level dah menyeramkan. Better mandi berdua kot. Sorang2 sunyi dia lain macam la.

.

1 yang paling aku bengang time mandi, masuk pukul 6 sebelum magrib, dia keluar lepas isyak. Perhh yg ni aku makan hati berulamkan dendam kesumat je hari2.

Mula2 aku tunggu jugak. Kesian kot. Kang dia apa2 kat toilet, takde sape tau, orang cari aku jugak sb paling rapat. Tp bila dah berlarutan, kadang2 naik rimas otak aku nak hadam perangai dia.

Kadang2 aku blah gitu je ckp nak solat dulu. Nanti aku sudah solat, aku gegar balik pintu dia suruh cpt. Mcmtu laa rutin hidup aku. Entah apa yg dia buat dlm toilet pun aku taktau.

“Weh. Kau buat apa lama2 dalam toilet?”

“Mandi la.”

“Gila kau mandi lama macam tu! Dari pukul 6 kot kita masuk. Kau berus lantai sekali ke setiap kali mandi?”

“Ish. Aku mandi la. Aku memang mandi lama. Kau kalau taknak tunggu, kau pergi je. Aku ok.”

Haihh. Suka hati kau la.

.

Petang tu aku balik terus meluru ke bilik dia. Tapi sebelum nak lalu ke bilik tu, aku kena redah toilet dulu.

Aku dengar bunyi air kemain deras. Siapa pulak mandi petang2 mcmni. Biasa budak2 level ni, nak dekat magrib baru berebut toilet.

Aku pun masuk. Aku tengok pintu pertama tu tak berkunci. Terenggang sikit.

Zrettttt…… Aku tolak perlahan. Entah2 ada orang tak tutup air ke.

Elok je aku bukak…

Aku tengok dia tengah mencangkung sambil bukak shower paling maksimum! Dah la toilet pertama tu air dia deras umpama derasnya air kencing time kau tahan 2 3 jam. Mmg kuat! Aku mmg tak suka mandi kat toilet tu sebab bila terkena kepala, perhh dia punya pedih tu, boleh aku lupa kejap nama aku siapa. Kuat kot air tu. Tapi dia releks bukak paling deras pastu cangkung lama2 biar air tu hempuk2 kepala dia.

“Kau ok tak?” Aku tegur dia.

Dia still mencangkung. Mungkin air deras sangat hempuk kepala dia sampaikan telinga takleh dengar kot.

“Weh! Kau dengar tak?”

Dia masih statik mencangkung dengan kepala tunduk kat lantai.

Pulak dah! M**i mencangkung ke ape ni?
Terus aku laju lari pi tutup air.

“Weh! Kau sihat ke tak ni?!” Aku tolak2 bahu dia. Ikutkan hati, aku nak hempuk guna buku Calculus aku yg lebar 5 inci ni.

“Bukak air tu balik!” Jerkah dia kat aku.

Terpelanting aku ke belakang. Dia ni sihat ke tak ni.

“Ok2. Aku mintak maaf. Aku ingat kau tak sihat ke or pitam ke. Sorry.”

Mencanak aku lari keluar dari toilet. Fuhh semangat.!

Aku terus masuk dalam bilik . Bukak tudung dan segala jadah pin2 yg terbenam kat kulit kepala aku.

Elok aku tengah ralit cabut pin atas ubun2 kepala aku, tiba2 dia masuk.

“Eh kau dah balik? Aku dah mandi. Tadi aku pening. Tak dapat tunggu kau.”

Eh. Tadi bukan aku dah tegur dia ke? Ke dia tak perasan tu aku?

“Takpe. Kau pi la pakai baju. Aku nak baring kejap hilang peluh.”

“Ok. Jap lagi kita makan sama2 eh?”

Aku cuma anggukkan kepala.

Sabarlah hati. Allah sedang uji kesabaran kau kembali.

.

1 hari tu aku ajak dia discuss. Sesi luahan. Cerita je apa yg dia nak luahkan kpd aku sebagai seorang kakak.

“Kenapa kau jadi macamni?” Tanya aku.

“Jadi apa?” Dia tanya aku balik. Ok fine.

“Tengok diri kau. Tak kan kau tak sedar.”

“Aku ok la weh. Kau ni terlebih concern pasal aku la.”

“Kau tak ok. Aku tau. Cuba cerita problem kau. Kalau kau sudi, aku seribu kali sudi tadah telinga aku. Janji kau jangan macamni.”

Hmm. Lama dia diam. Aku menanti dengan penuh kesabaran.

“Aku stress dengan family aku.” Baru dia bukak mulut.

“Kenapa? Kalau kau tak keberatan, share la mana yg mampu. Kot2 aku boleh tolong kau ke?”

Dia cuma menyengih.

“Cerita la kalau kau dah sedia. Aku ok je.” Aku terus bangun. Aku memang tak suka cakap 2 3 kali. Lagi2 nak desak orang. Rahsia aku pun aku tak suka orang tau.

“Family aku banyak push2 aku. Aku anak sulung. Aku stress.” Muka dia menunduk.

Ok fine. Sebelum dia rabak kat sini, baik aku blah. Aku tak berapa minat dah babak sentimental ni.

.

Lepas isyak camtu, aku nampak dia lepak sambil gayut dgn fon. Selalu jugak la dia melepak. Takde assignment ke ape.

“Kau ada pakwe ke?” Tanya aku.

“Ada.” Sambil menyengih2 mcm kerang busuk.

“Study tetap study weh. Jangan gayut lama2. Kau tu budak pandai. Jangan sebab lelaki yang tak menjamin apa2, masa depan kau hancur. Mak ayah kau hantar kau kat sini dengan harapan. Kau tunjukkanlah kat mak ayah kau yg kau boleh jd contoh kt adik2 kau bukan kau mogok cmni kat sini.” Tazkirah aku ala2 Dato Fazilah Kamsah.

“Kau ada pakwe?” Dia pulak tanya aku?

“Hmm takde.”

Mengekek dia gelakkan aku. Perh boleh tahan cara dia mengucingkan aku.

“Asal kau gelak?”

“Aku tak pernah jumpa perempuan sebaik kau zaman mcmni. Member2 aku kat KL takde yg selurus kau tau.”

Ikutkan kata bisikan syaitannirrojim, memang aku rasa macam nak sepuk2 je muka dia. Dia penah try bagi aku ayat dak2 KL yang aku tak faham. Tu yg dia gelak sakan bila aku cakap takde pakwe.

“Hmm. Kenal2 tu ada la. Tp aku kan mesra. Kawan gitu je.”

Time aku ckp yg aku ada kenalan ni, aku nampak something kat dia. Tp aku malas nk layan sb mood hilang kot bila kena gelak cmtu. Jatuh martabat aku sebagai wanita.

.

Kali ni gelodak perasaan aku dah tahap klimaks. Aku betul2 dah takleh tahan dgn dia. Dah cukup puas aku tatang dia mcm minyak yg penuh tp dia still layan benda alah tu.

Aku dah malas! Penat layan karenah dia. Aku dah cuba. Aku betul2 ikhlas nak tolong. Tp dia sendiri mcm seolah2 give up. Dia kata benda tu nak kan dia jugak. Nak ape? Kau sendiri taknak share kisah hidup kau. Kau ingat aku nujum pak belangkas ke nak tgk hidup kau dr mangkuk air?

.

Aku suruh dia mandi hadas jugak suruh solat sb aku syak tu d***h istihadha. Takkan taknak solat selamanya. Dia buat, tp sekejap. Dia kata tak confident sb rasa diri kotor. Ok!

Aku paksa dia mengaji hari2 supaya benda tu tak dtg berdamping. Tp bila dia balik bilik dia, dia mula balik perangai. Aku dtg bilik dia tgk AlQuran tu elok je dah berhabuk. Fine!

Setiap malam aku sediakan air baldi dgn garam gunung suruh dia rendam tangan dan kaki dia supaya sembuh. Kadang2 kalau aku sibuk, haram jadah dia tak guna garam tu!

Aku buatkan air dr bacaan ayat suci alQuran suruh dia minum dan aku mintak dia sendiri usaha utk diri sendiri, lawan. Lawan! Yakin dgn ayat suci AlQuran tp kadang2 cara penerimaan dia seolah2 mempersendakan usaha aku.

Aku sanggup tunggu dia kat luar toilet berjam2 . Dah la toilet kitorang ni depan padang yg dia selalu ckp tu. Ingat aku tak takut ke?!

Aku buat sebab aku sayang. Kalau aku tak sayang, mmg lantak dia lah kat kolej ni. Mmg aku tak peduli dia nampak potianak harum sundal petang ke siang ke, suka hati dia la. Aku taknak percaya. Aku rasa dah cukup dah aku tunjukkan sikap persahabatan ni.

Aku rasa aku nak luahkan kat dia. Aku bukan kakak dia kot sampai semua org cerita masalah dia. Masalah aku sendiri tak selesai2, ni nak kena fikir masalah org.

.

Habis je kelas, aku beli bekal mcm biasa. Time makan je kitorang ada masa nak berbual dari hati ke hati. So niat aku harini aku nak settlekan masalah dia.

Sampai kolej, aku terus terjah bilik dia.

“Weh dia ada?” Aku tanya roomate dia sb roomate dia yg tlg bukak pintu separuh. Muka mamai. Tido kot.

Roomate dia terus bukak pintu luas2.

“Kau tengok la. Dia ada ke? Barang2 dia ada?”

Terkejut aku! Eh? Mana barang2 dia?

“Weh dia gi mana? Pindah bilik ke?” Tanya aku acah2 mcm panik dlm sinetron Indonesia.

“Dia dah quit.” Releks je roomate dia jawab sambil sambung baring.

Japp. Pagi tadi elok je aku selisih, tak kan harini dah clean and clear cmtu je. Tak gtau pape kat aku pun?

“Weh kau jgn main2! Dia kat mana?!” Aku dah mula desak roomate dia.

“Eh kawan kau kot. Kawan baik sendiri pun dia tak inform, apatah lg ktorg roomate dia! Tadi aku tau pun sebab selang 15 minit tadi dia dtg amik kasut sb tertinggal.”

Pffftt~! Masa ni, kalau ikutkan ada bahasa carutan paling tertinggi abad ni, yg tu aku nak guna! Geram! Bengang!

Aku kelam kabut capai telefon 33 sekupang aku dail no dia. Sekejapan dah m**i talian. Perhh! No pun kau deactive? Kau ni cari pasal ke dgn kak long kawasan? Aku mmg cari kau sampai lubang cacing la! Kau tunggu. (Getus hati aku acah2 nak sedapkan hati. Padahal hati aku menagis sekuat2nya)

.

Sampai hati dia behenti tanpa jumpa aku saat terakhir. Kalau ye pun dia menyampah tengok aku, at least ckp la selamat tinggal. Ckp terima kasih atas pengorbanan aku. Peluk aku mcm mana kau nak sangat peluk aku bila kau sedih. Cium aku macam mana kau mula2 nak sgt cium aku.

Tp hampeh! Kau blah cmtu je. Aku mcm boneka je seolah2 diperbodohkan selama ni. Sebab tu la aku mmg benci nak bersahabat gila2 mcmni. Dia punya pedih lagi pedih daripada putus cinta gn laki kot.

.

Harini genap 5 tahun aku lost contact dgn dia. Takde khabar. Takde berita. Lebih kurang 10 no aku save. Semua dah deactive. Dia penah call aku last 3 tahun lepas. Dia ckp dia jatuh dr tingkat atas rumah. Tp dia kata ok. Cuma kepala je calar.

gila kau kepala je calar? Kau pakai helmet ke apa sebelum terjun?

Kau pakai line ape doh. Baru call terus deactive! Bagi tau la aku. Kadang2 aku semak kot dpt no pelik2.

Tolong la contact aku. Marah2 aku kat perangai kau, marah beribu2 marah saat kau blah cmtu je tanpa jumpa aku. Aku nk buat kawan bukan senang. Sekali aku kawan, mmg selamanya tetap kawan aku.

No aku tak pernah tukar sejak dr sekolah. Clash la dgn berapa banyak sekalipun, gaduh la dgn berapa puluh org sekalipun, aku mmg setia gn 1 no aku ni. Tak pernah berubah. Sb aku takut member2 lama nak contact aku. Lain la dorang still simpan kertas biodata aku kot.

Sejujurnya , aku mmg rindu dgn kawan aku. :'(

Doakanlah aku bertemu kembali kawan misteri aku ni. Dia bagi aku ending yang tak cantik untuk aku coretkan.

.

Jgn memaksa diri seseorang utk meluahkan sesuatu walaupun gerak hati memaksa2 ingin mengetahui sebab dan alasannya. Berlakonlah seperti tiada apa yg berlaku kerana kau bukan sebab utama yg menjadi penyebab atas setiap kelakuan pelik dia . Tapi boleh jadi kau lah penyebab utama perubahan dia ke arah yg lebih baik.

Tapi… Jangan kerana kau tak mampu menjadi seperti ahli syurga tetapi perbuatan kau serupa ahli neraka!

So thanks again sebab sudi dan sabar hari demi hari utk sambungan cerita yg tak berapa gempak ni.

Yang patah jari jemari utk menaip,
#KakakSado

#RoomateMisteri
#KisahRealPunya

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

KAKAK SADO

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.3]

118 thoughts on “Kakak Sado – Roommate Misteri”

  1. Kakak Sado, sedihnya lahaii. Terasa sama kalau jadi macam ni dekat org. Nampak Kakak je nak kawan dengan dya. Semoga y baik baik untuk dya.

    Cerita best, macam kawan psiko tapi bila tengah cerita, dah nampak dya ni kurang kasih sayang and depressed dengan family.

    Kakak Sado memang kawan y baik, Jom kawan! hee

    Reply
  2. KS! Serius cerita kau sama dengan aku. Masa orientasi juga, n then betapa peliknya perangai dia..mandi berjam-jam sampai 3 jam, basuh tangan sampai 2 jam..Nak tidur dengan aku, tunggu aku balik kelas.macam2 lagi lah..dan akhirnya dia quit juga sebab dia asyik tak datang kelas semua..tak ada siapa yang pedulikan dia..aku masih lg dpt tahu pasal dia kat fb, tapi kitaorang lost contact sbb dia marah aku..takboleh terima teguran aku.

    Reply
    • Ada sesetengah orang diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T yang boleh dkatakan jarang ditemui di kalangan orang lain di muka bumi ni.Mungkin dia adalah salah seorang daripada mereka yang bertuah!??

      Reply
  3. Kak Sado ialah seorang sahabat yang baik.Kak Sado sanggup berkawan dengan dia sedangkan yang lain makin menjauhi diri darinya.Airish bangga dengan akak!??

    Reply
  4. Nilai persahabatan yg tinggi..aku suka..aku puji kamu sbb tu..kdg kita sbgai kawan mampu lakukan yg termampu shj dlm diri kita..tp sbgai kwn yg tahu erti nilai persahabatan yg tinggi dah buat yg terlalu tinggi dlm diri kita..sbb dah dlm diri kita tu da ada sikap..sekali kwn..sampai akhir hayat kita kwn..susah nk cari kwn yg mcm tu..moga bertemu semula dgn kwn yg menghilang tu..inshaAllah ada kesempatan dariNya bertemu jua nanti..aamiin..

    Reply
  5. Ahh sedihnya weh sampai sekarang kau lost contact dengan dia? Memang aku baca aku terbayangkan yang korang ni lessy hahaha tapi kenapa aku rasa kawan kau tu pelik yang comel? Huhu.

    Reply
  6. cakap pasal kucing. teringat masa mula2 masuk kolej (asrama), first jejak kaki nak naik blik almost 10 ekor kucing hitam menunggu kat tangga. kucing hitam je tau, kucing lain takdak and setiap kali azan mesti akn dengar suara kucing seakan2 suara perempuan menjerit dekat setiap penjuru tangga. everytime azan. mungkin salam perkenalan hehe

    Reply
      • masa tu tak rasa seram lg kak. haha sampailah hujung sem semua pakat balik kg dah.. tinggal saya ngn dua org BFF, kami ni jenis tk tdo malam.. time tu nak dekat pkul 5 pagi, saya ngn member baik tu nak p amek air kat bawah. btw, depan blik asrama disediakan tong sampah bandaraya setiap satu. otw kami jalan nak balik bilik, ternampak sekor kucing hitam melintas pergi belakang tong sampah depan bilik kami tu, pastu sampai je kt blik kami dua pun cek tong sampah tu, u know what kak? kucing tu tkde! padahal dlm 2-3 langkah je lg nak smpai msa nampak kucing tu melintas. sampai terbalik tong sampah tu kwn saya tendang tp tkde jugak. hahahaha

        *maafkalautakseremmmm

        Reply
  7. aku pun ada kawan pelik dulu.. dalam byk2 org dalam kelas, aku paling rapat dgn dia even dia scary.. cakap sorang2, gelak sorang2, duduk sorang2, senyum sorang2.. seram kan? aku tanya kat dia kot dia cakap dgn siapa.. dia pandang aku senyum je.. okay taknak bgtahu tak apa la.. oneday dia tulis atas kertas, then dia ronyok kertas tu.. muka marah gila.. dia buang kertas tu kt tong sampah and dia keluar kelas.. aku dgn kawan2 yg lain nak tgk apa dia tulis.. nama aku and kawan2 yg lain weh,, since dari tu aku tak tegur dah kalau dia ckp sorang2..

    Reply
  8. Hmmm…
    Sedihnye…
    Rasenye die xnak say goodbye kat KS sbb die terlalu bersedih nk tgglkan KS…
    Percayalah…
    Sesedih KS atas pemergian die, die lg bersedih sbb KS satu2nye sahabat yg sggp terima dia ats segala keunikan dan kepelikan die…

    Tingat dlu mse sek men…
    Bespren yg sgt rapat, kami duduk sebelah2 dlm kelas…
    Semalamnye sblm blk sek kami elok bergurau senda…
    Tetbe keesokkan paginye die lgsg xnak pandang/berckp ngan akk…
    Since form4 smpi abis sek…
    Pedihnye Allah jer yg tau…
    Biar ditinggalkan drpd ade kt sebelah tp lgsg mcm kita x wujud di mata dia…
    Huhuhuhuuuu…

    Reply
    • Kak Yulie tabah ye,pertemuan dan perpisahan merupakan perkara yang silih berganti.Jika ada yang ditinggalkan,pasti ada yang menggantikannya nanti.Kak Yulie ada tak kawan yang sentiasa bersama dengan Kak Yulie dikala senang dan susah?Seorang kawan yang inginkan kegembiraan bersama di dunia dan di akhirat? Kalau ada,jaga dia baik-baik.?
      Dia merupakan sahabat Kak Yulie yang akan sentiasa bersama dengan akak hingga ke akhirat!?

      Reply
    • Dik…
      Ko buat akk touching ni nape…???
      Nak nanges rase tau…

      Akk ade super duper bespren terbaik dunia akhirat…
      Family kami pn dh anggap kami ni mcm adik beradik…
      Kami satu sek men, satu kolej mse dip dan satu bilik sewa mse degree wpon mse tu kami berlainan universiti…

      Akk syg sgt kat die…
      Syg tahap bior akk penat cemne pn lps blk kuliah, akk akn kuatkan diri gak masak sbb akk xleh tgk die lapar…
      Huhuhuhuuuu…

      Alhamdulillah…
      Sampai dh beranak pinak ni kami msh kamceng ya amat…
      Asben kami pn mmg dh berkwn sejak diorg diploma dlu…
      Sooo makin kuatlah hbgn tu kan…

      Reply
      • ohh maaf kak Yulie.Bukan niat Airish nak buat Kak Yulie sedih.?Kak yulie janganlah sedih-sedih lagi sebab Kak Yulie merupakan penyeri FS.?Alhamdulillah,kalau Kak Yulie merasakan adanya kewujudan kasih sayang antara kak Yulie dan besfren akak,Akak peganglah persahabatan akak erat-erat hingga menuju ke jannah Illahi!?

        Reply
  9. Geram jgk akak bc.hilang xdpt khabar berita da knp. Dulu aku yg kau cari..skg hilang xjumpa2. Semoga kau jumpa kwn kau tu balik.memang misteri sebab xtau dia sakit apa.semoga sembuh

    Reply
  10. Misteri betol! Moga bertemu semula dgn kawan lama.

    Time blajar dulu, roomate aku tak misteri langsung. Kentut dalam bilik pown heboh satu level. Hahahaha

    Reply
  11. sungguh terbaik kakak sadonyer ketahanan mental & fizikal. Kalo sy, sy jadi salah seorg roomate yg x tahan ngan member kakak sado tu. Seriau wei..

    #firsttimenkcomment
    #baruregister
    #mampubaca&komenjer

    Reply
  12. sedih ending dia..penah jadi cmni tahun 2014 sem 5..bff quit kite xtau pun..smpi skg masih terasa..nak nanges..;(

    miss u anje~

    Reply
  13. Cemana ko leh hidup dengan dia ek? Aku baca pun dah rasa tak sanggup kot. Kalau dia jadi kawan aku confirm aku yang naik ambulan tu, bukan dia. Perangai macam macam. Serius psiko. Takde la nak kawan cenggini wei.. hari hari jantung irama tak sekata. Bp leh tinggi je ko tau tak

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.