Assalamu’alaikum wtb kepada para pembaca FS yang dirahmati sekalian, ini adalah kali pertama Acik hantar cerita ke sini. Cerita ini adalah kisah benar yang berlaku di depan mata Acik sendiri. Acik karangkan dengan niat digazetkan di FS, itu pun, kalau diterima. sebab makin lama, ia makin hilang pulak daripada memori Acik. Acik anggap cerita ni tak berapa seram, tapi lebih kepada aspek paranormal.
Cerita 1
Anak sulung Acik bernama Hawa (opkos la bukan nama betul). Cerita ini berlaku semasa Hawa masih kecil, dalam usia 3-4 tahun.
Suatu hari, kami sekeluarga merancang berkelah di Taman Air KLCC . Pakcik cadangkan supaya kami menaiki LRT sahaja memandangkan kami tak pernah ber’advanture’ bersama-sama. Kami menaiki kereta ke stesen KL Sentral (atau stesen lain, kan Acik dah kata makin lama, memori makin luput), parking kereta kami di sana dan naik LRT menuju ke KLCC.
Cerita paranormal berlaku selepas kami empat beranak selamat bergumbira bersama-sama di taman KLCC.
Seusai tamat berkelah, kami berangkat pulang menaiki tren sekali lagi. Dalam perjalanan balik menuju ke KL Sentral, kami ada turun ke stesen tertentu sebagai pakej adventure kami.
Jauh menapak atas nama adventure dengan budak-budak ribena, akhirnya kami (lebih kepada Acik pakcik, bukan budak-budak) semua keletihan dan benar-benar ingin pulang, kaki rasa nak tercabut, badan sangat penat dan berat. Acik pegang tangan Hawa, manakala adik Hawa dalam usia 1-2 tahun didukung pakcik. Sambil menarik tangan Hawa, menuju ke pintu LRT yang berhenti di stesen yang menghala ke KL Sentral.
Tiba-tiba Hawa menjerit sekuat-kuat hatinya…”Tak nak !!!!!”
“Tak nak masukkkkkkkk!!!!!”
“Hawa tak nak masuk!!!!!!”
“Takkk nakkkkkkkk!!!!!”
Acik cuba menarik tangan Hawa, kejadian berlaku begitu pantas, Acik tak sempat pun nak tanya apa benda yang dia tak nak, atau kalau tak nak masuk LRT, kenapa tak nak masuk..Acik terpinga-pinga atau blur sekejap, namun masih berupaya membuat tindakan refleks mengejar anak sebaik sahaja si anak merenggut tangan kecilnya dari pegangan dan berlari sepantas Usin Bolt menuju ke arah tangga stesen LRT yang mendaki keluar.
Perasaan malu, terpinga-pinga, risau, dan takut kehilangan anak yang semakin jauh mendaki tangga, bercampur gaul. Acik seorang introvert. Jadi, bila berlakunya drama seperti itu di tengah-tengah umat manusia,tidak dikenali, dan semua anak mata terfokus pada kita, menyebabkan makcik berasa malu. Takut pula dituduh ingin menculik budak kecil.
Badan yang penat dan letih Acik kerahkan mengejar Hawa. Hawa hanyalah budak seusia 3-4 tahun, tapi epinefrin yang dirembeskan kelenjar adrenal menyebabkan kaki kedingnya berkekuatan luar biasa.
Hawa mendaki tangga sekali langkah 3 @ 4 anak tangga!.. Acik anggap bukan mendaki. Dia sedang terbang!!
Sebab itu makcik tidak dapat menyaingi. Walau sepenuh terdaya Acik mengejar.
Acik menjerit-jerit nama Hawa..
“Hawa! Hawa! Tunggu mama..!!”
(Acik sedikit bengang sebab tak ada orang yang menghalang Hawa, tapi kemungkinan mereka panik, semua kelihatan terpaku melihat Hawa melangkah 234 sekali langkah anak tangga.
“Hawa….!”
Akhirnya, dengan sisa-sisa tenaga terakhir, Acik melompat beberapa anak tangga, makcik berjaya mencapai bahu Hawa. Hawa sedikit meronta.
“mama ni..ni mama, mama, Hawa…mama pegang Hawa”
Hawa memeluk Acik sedaya mungkin, Acik menuruni tangga membawa Hawa turun.
“Hawa tak nak naik ….”..”tak nak naik”
“Hawa takut..huhuhu…” Hawa mula menangis..
“mamakan ada, mama peluk Hawa”
“tapi kakak tu ada situ..Hawa tak nak..huhuhu”, Hawa menggogoi-gogoi sehinggalah kami tiba ke tempat pakcik sedang menunggu.
Hawa seolah -olah tak senang duduk dan meronta-ronta, ingin melepaskan diri sekali lagi dari pelukan Acik.
“Hawa pejamkan mata yea, biar mama peluk dan dukung Hawa sampai bila-bila, yea”
Kami mula memasuki tren.
Acik minta Hawa tutup matanya, Acik rebahkan kepalanya dengan mukanya mengadap dada Acik, sambil memeluknya kemas. Acik boleh merasa jantung Hawa berdegup kencang.
Sesetengah penumpang ada yang bertanya kepada pakcik apa yang berlaku.
“err..dia nampak..hantu” kelat muka pakcik memberi jawapan.
Mungkin takut dituduh kolot atau merepek. Tempat yang berlaku adalah di tengah -tengah pusat Kuala Lumpur, bukannya di dalam hutan atau kampung terpencil.
Acik membaca Ayat Kursi dan 3 Qul berulang-ulang kali, dan menghembuskan pada ubun-ubunnya..Hawa menjadi tenang.
“Hawa nampak kakak?”
“ya, ya, kakak…dia berdiri tepi pintu …(pintu tren LRT)”
“Dia buat apa kat Hawa, sampai Hawa lari?”
“Dia senyum kat Hawa”
Acik cuba mencungkil persoalan yang terpendam.
“kakak tu cantik tak?”
“huhuhui…muka dia berdarah-d***h, baju dia kaler putih…rambut dia panjanggggg sangat…dia senyum kat Hawa, Hawa takutttt…..huhuhu…..”
Pelukan Acik semakin kemas dan erat.
…………………………………
Ada tiga lagi cerita berkaitan Hawa dan adiknya dengan ‘bunian’ (kot?).tapi tetiba rasa malas pulak nak mengarang.yang ni pun belum tentu lulus. ADIOS!
xbest dan susah nak faham , bnyk bunga2 je
x best takyah baca bodoh. dia kan dah cakap dari awal. cerita berapa seram. bangang
Ney mesti makcik to kan. . Setiap orang ada pendapat makcik. . Anyway nice ja citer ney. .
takpelah.. takyah sambung dah.. in fact.. takyah menulis lah.. takde bakat pon.. ayat terbelit2.. malas aku nak fahamkan cerita
kurang ajarnya kamu dengan makcik ni. kau je yang tak nak baca. so tkyah nak halang orng berkarya. kau tu habuk pon tkde. bodoh
Ok la ni. Korang hade ke?
Terbaik cerita ni. Lagi2 berbahasa penuh. Boleh baiki lagi ejaan.
Adventure
MasyaaAllah…
Akak lg cemas membygkan cemane kalau x dpt kejar Hawa dlm keadaan seramai2 org kt tempat yg asing cmtu…
Lg takot dr nmpk hantu nak oi…
X sabar nk tau citer seterusnya…
cerita ok walaupun part hantunya sikit je. kurangkan merapu dan ayat-ayat yang tak perlu
Okay ceritanya. Acik Hawa fokus pada yang penting je. Terima kasih sudi share cerita. Nanti cerita lg apa jd kat Hawa ya. Risau sgt baca bila dia lari mcm tu. Nasib baik dapat tangkap.
X best..xyh smbg
silakan blah dr fs ni klau nk kondem je keje
mcm apa ntah citer .. bengong
perempuan mulut puaka kau diam. Hormat sikit acik ni boleh tk
cerita ok je makcik. sambung je cerita lain. tak payah layan readers mulut puaka ni.
setuju
saya setuju apa yang ZZZZ cakap tu…mak cik sambung jaaa…just do it…take negative to be a positive powerrrr!!!!!…yeahhhh…hihihi…
Ha ha ha ZZZ ni penulis ke? Dia pulak yang panas bontot. Kelakar. Habis semua orang dia nak reply.
OK citer ni.. Terus kan. Psl gaya penulisan tu tolak tepi. Boleh faham udah…x sangka kl.. Modern. Pun ada kes cmni. Igt kat Kampung2 atau dlm hutan jee..
betul tu
Nape byk sgt negative comments nie?? Aku rasa ok je cite die…x seram tapi best
Not bad, tp try hard sgt nk bercerita dgn pelbagai perumpamaan sampai jadi susah nak faham. Soul tu xrasa. huhu.
tapi xpe, boleh improve lagi. Sekian
sambung lagi acik best cara citer xmcm bc buku masa tadika direct je fhm tu bab ada org xske bab level otak masih tadika lg