#KakakSado- Keranda Terbang (Kisah Benar)

Assalamualaikum. Lama rasanya tak melepak kat page ni. Harini aku terdetik nak share kisah ni.

Post kali ni, aku yakin ramai yg tau. Walaupun kau dan aku tak wujud zaman ni, tapi siapa warga negeri ni, confirm korang tau kisah ni bukan rekaan. Diharap jangan la gatal2 tangan kot2 ada yg mengenali keluarganya pi komen bukan2 ke. Dan mohon maaf andai ada tersilap info mengenai hal ni.

Peristiwa ni berlaku pada zaman 70an. Kau dah hidup belum? Dak2 wicet 90an takyah sibuk komen acah2 berbelit lidah. Aku teleng kang. Yg hidup zaman boboboi, kau pun sama. Dok diam2. Ni zaman2 anak2 sidek dgn ucop sontorian je boleh bg komen. Tu pun kalau kau tau la kisah ni.

.

Kisahnya begini…

Pada suatu hari, di sebuah perkampungan nelayan, tinggal lah sebuah keluarga bahagia. (Jadahnye bapak aku tulis mcm cerita kanak2 ni! Ah jap2. Kasi aku adjust ikut style aku.)

Kisahnya, ada seorang perempuan ni, lemah lembut, berbudi bahasa, pemurah dan solehah di perkampungan tersebut. Pakej lengkap tu lebih kurang je gaya aku. Cuma bezanya, wanita ni lengkap bertutup litup dengan purdah hitam. Solehah. Aku pun solehah. Muka pun bertutup dgn warna hitam. Tp tu warna kulit aku daa!

Aku letak nama dia Bedah, ok? Kenalah nama zaman-zaman dulu.

Bedah memang baik. Tak pernah kedekut dgn org kampung dan mak bapak dia. Sebut jela kau nak berapa, laju je dia menghulur. Cuma yg jadi musykilnya, baru beberapa hari kerja di **, Bedah dah mampu pakai kereta Lone Ranger. (Pelik pulak nama kereta ni. Ah, pedulikan)

Tapi org kampung tak persoalkan sangat sebab Bedah kata gaji kat sana mmg tinggi. So dia mampu.

Dipendekkan cerita, Bedah terlibat dalam tragedi nahas kemalangan jiwa yg meragut nyawanya. Dia dibawa pulang ke kampung utk menguruskan jenazah di sana.

.

Ok aku pendekkan lagi. Sebab bapak aku tulis details sangat la. Aku kena tapis utk cerita2 benar ni utk jaga sensitiviti pemilik asal. Harap korang faham k. Ni page aku. Bukan page bapak aku.

.

Sewaktu membaringkannya untuk solat jenazah, keranda dihadapkan ke arah kiblat. Tak semena-menanya keranda tersebut mengesot perlahan-lahan membelakangkan kiblat. Dua tiga kali orang-orang kampung betulkan keranda, tapi masih sama. Masing2 mula berpandangan kerana pasti ada sesuatu dgn jenazah ni. Akhirnya, pak imam teruskan juga kerana tidak mahu melewat2kan urusan pengebumian arwah ni.

Sejak dr mandikan jenazah lagi, ada peristiwa pelik berlaku. Tp masing2 cuma mendiamkan diri demi menjaga aib keluarga masing2.

Waktu upacara pengebumian pula, liang lahad yg digali seolah2 sempit dan tak muat utk memasukkan jenazah. Pengali kubur cuba luaskan semula lubang kubur supaya besar tapi saat mengangkat jenazah, lubang kubur menjadi sempit kembali seolah2 tidak mahu menerima kehadiran jenazah ini sebagai tetamu. Allahurabbii… dosa apa yg si Bedah ni dah buat. Rasanya, luaran dia tip top. Takde pulak nampak dia problem kat mana2.

Pak imam tiada pilihan melainkan melaungkan azan semoga Allah permudahkan urursan pengebumian si Bedah. Selesai azan, hujan mula membasahi bumi dan seluruh penduduk kelam kabut memasukkan jenazah ke dalam liang lahad agar lubang tersebut tidak dipenuhi air.

Jenazah Bedah seolah2 terpaksa ‘disumbat’ mengikut size lubang yg sempit tu kerana air sudah mula memenuhi liang lahad. Penduduk2 yg menyaksikan kejadian tersebut hanya mampu beristighfar panjang.

.

Selepas kematian Bedah, kampung yg dulunya riuh rendah seceria hidup KS, kini berubah kelam kerana kemunculan ‘keranda terbang’ setiap malam.

Kata orang kampung tersebut, setiap malam mereka nampak keranda terbang dan seolah2 terapung ntah ke mana! Maksud terbang tu bukan ada sayap mcm Harry Potter tapi keranda tu seolah2 diusung dlm keadaan terapung dan terus lesap.

Penduduk Kampung Pening Lalat dah mula takut utk keluar waktu malam sejak peristiwa berselisih dgn keranda ni. Mungkin harini mmg nampak keranda. Kalau esok lusa keranda tu terbuka?! Tak ke naya sorang2 terkejut kerana lemah jantung!

.

Ada sesetengah kata, ada org sedang menuntut ilmu hitam. Tp sebenarnya, keranda yg terbang itu adalah milik si Bedah!

.

“Pak imam! Kampung kita dah tak aman. Hampir seluruh penduduk saksi dengan biji mata kepala sendiri, keranda Bedah terbang. Ada yang nampak keranda tu terus ke rumahnya! Ramai org dah takut nak meniaga malam. Pukul 6 ptg semua dah tutup kedai. Masjid pun dah tak penuh utk solat magrib dan isyak gara2 semua org takut nk keluar rumah! Pak imam kena lakukan sesuatu!” Kata salah seorang penduduk kampung.

Pak imam takde jalan keluar lain melainkan bertanyakan hal sebenar kepada keluarga asal arwah.

Setelah disoal selidik, maknya seolah2 berat utk menceritakan aib anaknya. Tapi, setelah dipujuk untuk menenangkan arwah dan keadaan kampung, maknya bersuara.

“Sebenarnya, Bedah dah murtad. Saya tau pun sebab nampak loket salib dilehernya waktu dia bukak tudung.” Jawabnya lemah.

Istighfar panjang pak imam. Patutlah tanah perkuburan Islam seolah2 taknak menerima jenazah Bedah! Rupanya Bedah bukan lagi beragama Islam!

“Baiklah. Mari kita lakukan tahlil utk arwah Bedah. Moga2 Allah ampunkan dosa2nya.” Cadang pak imam.

3 hari berturut2 tahlil dilakukan. Dan setiap malam kedengaran bunyi tangisan seolah2 meminta pertolongan dari luar rumah. Tapi bila merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku. (Lirik Apa Khabar – Joe Flizzow) Tapi hampeh! Kat luar takde sape2 pun. Bacaan tetap diteruskan.

.

Keesokan paginya, ada beberapa buah kereta parkir di hadapan rumah keluarga Bedah. Dan jelas salah seorang darinya adalah paderi!

Setelah dibawak berbincang dan bertenang, paderi ni meminta izin utk mengambil jenazah Bedah utk dikebumikan di tanah perkuburan Kristian. Katanya, ada berlaku pertelingkahan antara keluarga. Tapi setelah dibawa berbincang dan bertenang untuk kali kedua, pak imam mengizinkannya kerana Bedah bukan lagi org Islam. Jadi agamanya berhak keatas Bedah.

.

Kubur Bedah digali semula dan diangkut menggunakan van utk ke tanah perkuburan.

Sejak jenazah Bedah dipindahkan, keadaan kampung menjadi seperti sedia kala. Seluruh penduduk sudah berani utk keluar malam dan berniaga seperti biasa.

Mengenal hal Bedah, hanya Allah sahaja yg berhak menghukum dan menilai dosa2nya. Kau dan aku, amik iktibar je k. Kalau tak caya, kau pi la google. Malas nak ckp banyak org2 tak caye ni. Nak tunggu keranda lintas atas kepala kau dulu kot baru nak caya.

Ok aku taknak komen lebih2 pasal cerita ni. Kalau silap, aku mintak maaf pada keluarga arwah atau sesiapa yg pernah mengenalinya.

Assalamualaikum.

.

Yang menceritakan,
#TuanSyed

Yang tulis molek, semolek tuannya,
#KakakSado
-Kakak paling serius abad ni-

#KisahRealPunya

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

KakakSado

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

29 thoughts on “#KakakSado- Keranda Terbang (Kisah Benar)”

  1. Assalam. Sy rs sy pun pernah dengo kisah yg bedah tu. Tp mmg xtahu pulak pasal keranda terbang.
    Sbb version yg sy terima (maklumlah bdk kecik lg ms tu) Bedah tu mmg xmo tanggal purdah dia. Siap bg wasiat..klu meninggal nnt mesti kebumikn dgn purdahnye. Tanda salib mmg dh ditatu ke badan. Maka..pihak gereja menuntut jenaxah Bedah bila Bedah meninggal dunia.
    Wallahu. Tu je yg sy tahu. Klu kebetulan kisah kite kisah yg sama. Sy pun minta maaf ye klu terlebih komen.

    Reply
  2. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Cerita Kakak Sado memang tak pernah mengecewakan.Ada je unsur jenaka yang diselitkan dalam setiap cerita yang ditulis.Apa-apapun KS kalau ada kelapangan,datanglah menziarahi kampung FS untuk bercerita lagi ya?

    #teruskanberkarya #waalaikumussalam

    Reply
  3. masa kecik-kecik memang mak ada cerita pasal ni. more or less lebih kurang la yang penting bab murtad tu. tapi cuma ada part yg kena dibetulkan. jenazah bedah tu dikebumikan sekali dgn keranda ke sampai org boleh tau keranda tu keranda bedah? pohon pencerahan

    Reply
  4. Tapi bila merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku. (Lirik Apa Khabar – Joe Flizzow) Tapi hampeh!
    **aku pon turut mnyanyi.. ceettt

    tapi pe pon best.

    Reply
  5. Lina rasa Lina tahu dimana dan siapa. Tp taktahu la kalau cerita sama tp orangnya lain lain. Parents Lina yang ceritakan hal ni. Apa pun KS da best!

    Reply
  6. Cerita menarik. Tapi ada unsur sensitif.. Kalau dah masuk Christian, keluarga nak tak nak perlu serahkan.. Banyak juga kes, yang Christian murtad masuk Islam, pun terpaksa digali semula, kadang2 mayat diusung keluar dari rumah oleh golongan imam.. Saya tak rasa sebab dia masuk Christian, terus dia disalahkan sebab gangguan. Sudahla roh tak tenang, difitnah lagi.. Itu semua kerja syaitan.. Syaitan pandai putar belit cerita

    Reply
  7. Best! Aku suka gaya penceritaan kau. Santai, lawak, seram macam kopi instant 3 in 1. Teruskan hantar cerita kat sini. Kurang stress aku baca cerita kau nih.

    Reply
  8. Kelakar name kereta tu…Lone Ranger..Thumbs UP KS! xmeleret, kalo nk meleret pon ni leretan yang terbaik….Teruskan meleret, eh menaip!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.