Kaki sakat

Terima kasih admin sebab publishkan kisah yang tak berapa nak seram aku ni. Kisah ni masa aku mula mula duduk dekat asrama. Asrama mana tu rahsia lah.

Kisah bermula masa hari pertama aku masuk asrama ni. Okay aku bagi hint sikit. Aspuri ni betul betul menghadap padang sekolah. Dekat kawasan asrama nih ada dua bengkel. Bengkel kayu dan bengkel kimpal. Okay sambung masa hari pertama aku tidur kat asrama tuh. Aku nih agak berani sikit pada mulanya tapi lepas beberapa peristiwa yang jadi kat aku. Aku lah jadi manusia yang paling penakut.

Malam pertama aku kat asrama berjalan macam biasa. Sesi orientasi pun berlangsung. Dorm kitorang masa tuh semua kat tingkat 3. Act perempuan kat sekolah tuh tak berapa nak ramai sangat sebab yelaa sekolah aliran lelaki kan so bilangan perempuan pun kurang lahh. Balik kat cerita tadi masa selesai orientasi kami semua balik ke dorm masing masing. Untuk naik ke tingkat atas kena lalui satu dorm yang dikosongkan yang betul betul depan tangga. Masa naik tuh je dah boleh bayangkan. Bilik kosong, gelap, berkunci, dari luar dah nampak tilam tilam yang tak digunakan warna putih tak beralas. Imaginasi masa tuh memang dah over melampau.

Tapi disebabkan macam aku cakap tadi. Aku nih agak berani masa naik tangga tuh saja nak perhati bilik tuh. Dessup!! tepat aku pandang ada benda berdiri betul betul penjuru katil tuh. Aku tak cakap banyak. Langkah seribu lahh. Pakai baju kurung pun dah rasa macam aku tak pakai kain masa langkah tangga masa tuh. Tapi kisah tuh tak habis sampai situ.

Naik form 5 je dah naik tocang dah masing masing. Senior dah habis. Lagi lah bermaharaja lela kat asrama. Masa tuh aku dengan kawan kawan memang suka buat kepala gila. Biasa lah bila dah takde penjagaan mak bapak. Agak perangai sikit masing masing. Tapi kitorang tak buat bukan bukan okay. Nakal remeja. Suka menyakat. Dalam banyak banyak kawan aku nih lah kepala menyakat semua orang kat asrama tuh. Selalunya masa dah habis prep dalam pukul 10 tuh macam macam idea jahat aku datang nak kenakan orang. Orang yang biasa kena nyakat nih selalunya yang suka bergayut lama lama kat public fon bawah. Gayut tak hingat dunia eh? Tunggu kau. Macam biasa aku pakai telekung stay kat tepi tembok diorang naik aku sergah kaw kaw ada kadang kadang sampai bergaduh. Hahaha. Padan muka.

Bukan tuh je yang aku sakat. Nak jadikan cerita ada roomate aku nih boleh dikatakan penakut tahap apa pun aku tak boleh nak cakap. Lagi takut lagi lah aku suka sakat. Si M nih kedua dorm. Jadi dia agak suka merintah. So bila dia agak terlupa diri masa merintah orang buat itu ini. Aku jadi tak boleh kawal diri. Apa lagi aku buka ikatan rambut. Buat buat kena rasut. Satu dorm aku kejar dia sampai lah si M nih nangis. Selalu jugak aku kacau dia sampai nangis. Tapi dia nih baik jugak setiap kali aku ajak pergi tandas dia lah yang teman. Mungkin takut kena kacau lagi. Kihkih. Sebelum senior kitorang habis belajar selalu jugak senior tegur. Jangan galak sangat kacau orang. Kat asrama nih bukan kita je ada. Tapi aku ignore je sebab bagi aku tuh lah yang boleh buat kitorang gelak bila cerita balik.

Masa cuti sekolah yang kitorang kena stay asrama sebab bukan masa untuk balik kampung kitorang semua akan jadi bosan. Tibalah malam ada sorang kawan aku nih yang suka bagi idea menyakat suruh aku berbungkus macam mayat. Aku pun dengan rela hati biarkan diri aku kena balut dengan kain selimut yang kononnya nak takutkan budak budak dorm lain. Lepas dah settle menyerupai macam apa yang dirancang. Aku pun pergi ke setiap dorm ketuk pintu lepas tuh bila ada yang buka. Aku tengah berdiri depan pintu dengan berbalut macam cik cong. Satu dorm menjerit siap azan. Lepas tengok diorang tak boleh kawal aku pun cepat cepat buka ikatan semua tuh sambil ketawa nak make sure yang aku memang manusia. Lepas dah macam tuh akuu pun mintak maaf then balik dorm aku macam biasa. Misi berjaya!

Esoknya kawan aku yang jadi mangsa semalam yang aku kacau tuh cerita. “weh kau nih berani betul kacau orang macam tuh, tak takut ke” aku ketawa jelaa. Malas nak jawab. Dia tanya lagi “asal kain yang kau balut semalam putih suci tapi yang sebelah kau real macam baru keluar tanah” mak ai telan air liur kejap. Bila masa aku bawak kawan untuk kacau diorang? Masa tuh segala bulu aku dah berdiri tegak dahh. Tapi buat macam biasa jela. Siang kot. Tiba malam je aku teringat soalan tadi. Siapa yang sebelah aku? Kenapa aku tak nampak? Malam tuh jugak aku ajak satu dorm baca yasin. Memang tak sedap hati tapi aku tak cerita kat sesiapa. Aku simpan je sorang perasaan tuh. Diorang tak pelik sebab memang kitorang selalu baca yasin dalam dorm ramai ramai. Lepas tuh alhmdulilah aku insaf kejap dari kacau budak budak nih.

Berbalik pada kisah masa ada senior lagi kat asrama tuh. Malam tuh takde prep so kitorang lepak lepak dalam dorm bebual. Ada sorang senior nih mula cerita pasal hantu kat asrama. Apa lagi semua turun katil berkumpul kat tengah tengah. Ada yang baring. Ada yang dengar sambil on call. Ada yang makan. Macam macam lahh. Masa tuh tengah femous pasal cerita hantu asrama “1dah tidur 2 dah tidur 3 ehh tak tidur lagi?” haaa rancak semua cerita pasal hantu. Lepas masing masing dah ngntuk tapi paling benci belum lepas hajat sebelum tidur.

Jadi berkampunglah ke tandas sebab semua takut. Malam tuh semua tidur lena. Aku je yang tidur asik tersedar. Dalam gelap yang hanya berbekalkan lampu kat koridor yang macam hidup segan m**i tak mahu tuh. Time tuh lah aku dengar bunyi orang bercangkul kat bawah tempat ampaian. Bunyi loker yang dah berkarat terbuka. Uish kau main loker pulak. Aku memang dah tak tahan kejong kat bawah aku kejut mamber sebelah, tak nak bangun masing masing. Masa aku dah selebung dengan selimut dengar bunyi orang seret baldi makin lama makin dekat. Masa tuh macam macam surah aku baca. Tunggang terbalik janji aku baca. Dalam hati bunyi takpe jangan terpacul dengan aku sudah. Mahu aku demam seminggu nanti. Takut sampai terlena sendiri.

Lepas beberapa hari kejadian tuh aku dah mula balik prangai tak senonoh kacau kawan. Masa tuh aku dengan si F nih masuk dorm 1. Mula mula takde pape. Borak macam biasa sekali tetiba ada budak perempuan nih boleh mengilai. Aku ingat dia saje nak sakat. Aku pun tak puas hati sebab ada orang lain nak main sakat sakat jugak. Aku dengan selamber. “ohh ngilai macam tuh kau ingat kitorang takut eh” terus dia pandang aku dia mengilai makin kuat. Masa tuh aku dah lain macam. Budak tuh nak bangun je aku dah lari dulu pergi dorm paling hujung. Galak betul lah. Aku ingat saje nak test aku. Rupanya betul betul.

Tak berganjak aku dari tilam sebab takut. Masa tuh jugak tengah kecoh harok pasal “isim” tapi pasal tuh macam dah penat pulak nak menaip. Mata pun dah tak izinkan aku untuk teruskan. Tapi ingat aku dah insaf tau. Takde kacau kacau orang lagi sebab adik last aku tuh selalu kena sampuk. Dah lah tidur sebelah aku. Jadi nak sakat dia tak berani. Hahaha. Okay sorry kalau penulisan aku agak serabut dan tak teratur. Sebab aku bukan budak sastera ke apa. Aku budak pegang paku je. Maaf ada lebih kurang.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 thoughts on “Kaki sakat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.