“Kalau kamu di sana siapa disini tadi”?

Hai . Dah lama jadi silent reader lah kan. So tanpa membuang masa ayuh ke ceritanya. Ia merupakan kisah benar yang terjadi 2 minggu lepas. Pernah tak u all dengar garam batu berupaya untuk menghalang benda ghaib? I pernah dengar juga tetapi selepas kejadian itu i dah tak percaya lagi pada benda benda tue.

Pada-pagi itu selepas sembahyang, i amik segenggam garam batu dan rendamkanya. Selepas beberapa minit i renjiskan air tersebut di seluruh rumah. Maybe tak nak ada gangguan kot. Sebabnya memang beberapa hari sebelumnya i ada terperasaan something kat ruang tamu kami setiap malam.

Ok back to the story. Bab renjis air garam tue berlaku pada waktu pagi kira kira jam 8.30am. Bermula lah rutin harian i untuk masak dan pelbagai.

Petang jam 3.30pm hujan pun mula lah membasahi bumi. Kalau tak salah memang lebat masa itu. Time tue pula kedua anak bos suami i pun datang ke rumah kami. Budak berdua itu memang rapat dengan kami. Suami pesan i jangan bagi mereka balik sebab hujan masih tak berhenti. Lupa nak mention kami tinggal di rumah pangsapuri yang berhampiran dengan bangunan merah. Kami duduk di aras 1 manakala bos suami duduk di aras 2 bersama isteri dan 4 orang anaknya.

Masa sememangya tidak akan menunggu siapa siapa. Jam menunjukkan 5.45pm. Hujan pun dah semakin surut. Pukul 6.20pm sesudah mandi, i mula menyiapkan apa yang patut untuk sembahyang dan pada waktu berkenaan budak budak tue kat ruang tamu tengok kartun manakala suami i kat bilik komputer tengah cari fail pejabatnya. Kedengaran suara bapak budak-budak itu memanggil mereka. Suami i pun membuka pintu grill depan agar mereka berdua boleh keluar. Time tue pula suami i turut keluar bersama budak budak itu. i pulak kat ruang sembahyang di belakang rumah. Cuaca sejuk benar pada waktu itu.

Jarak dari ruang tamu dan ruang sembahyang yang i maksudkan itu tak lah jauh sangat. Kalau berdiri kat sana sesorang boleh nampak dengan jelas ape yang berlaku kat ruang tamu. Lebih kurang 6.45pm macam tue, i ternampak anak bos suami i yang berumur 3 tahun masuk dalam dan berjalan menghala ke tandas yang terletak berhampiran dengan dapur. Pada masa itu i rasa hairan kerana dah le bathroom gelap. I tak buka lampu pun. Then budak tue pulak tetiba berani masuk dan kunci pintu dari dalam. I nampak dengan jelas tapi i tak pasti kenapa masa tue tak tergerak hati untuk mendapatkan budak itu. Selepas berapa minit i pun berjalan ke dalam menuju ke ruang tamu. Untuk makluman setiap kali nak ke depan atau belakang kami kena lalui tandas tue juga. Masa i jalan ke depan, mata sempat menoleh ke kiri untuk memandang pintu itu dan i mendapati ia masih dikunci dari dalam. Still i tak tergerak hati untuk mengetuk pintu dan mendapatkan budak itu. I Fikir  ‘dia sakit perut ke ape atau tengah mencebuk ke ape tapi kenapa senyap je kat dalam’?

Time i nak pasang radio kat ruang tamu tetiba kedengaran suara budak tue bermain di tingkat 2 bersama kakaknya. I bergegas keluar dan mendapati budak itu memang di atas dengan kakaknya. I memanggilnya dari bawah

i : Danial , bila kamu naik atas? Kalau kamu kat sana siapa kat sini tadi?

Kakak dia yang berumur 8 tahun menjawab

Sofea: Kenapa kakak? kami memang kat sini dari tadi la

I tak dapat berfikir. Tetiba otak rasa blur dan blank. I masuk ke ruang tamu dan duduk sehingga suami i balik dari rumah bosnya. I memang gemar membaca cerita cerita seram tetapi buat pertama kali i ternampak sendiri tak pasti nak react macamana.

*NAK KATA BENDA NIE TERJADI AKIBAT AIR GARAM ENTAH LAH. HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI.
SEKIAN

Nitya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

2 thoughts on ““Kalau kamu di sana siapa disini tadi”?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.