Kalumpang

Bila sebut pasal entiti yang bernama ‘hantu’ ni, macam-macam yang tergambar dalam kepala ni. Lazimnya jika berkait dengan entiti ni, tak banyak pengalaman indah yang kita dapat dengar. Kalau diberi pilihan dan ditawarkan dengan sejumlah wang untuk aku membuka hijabku melihat entiti ni, sumpah aku tolak. Terima kasih je la..haha..

Aku Diera (bukan nama sebenar). Cerita yang aku nak share kat sini kisah yang aku lalui sendiri lebih kurang 4 tahun lalu. Aku ni kerja retail kat ibu kota. Kerja macam aku ni cuti tak menentu. Hari orang cuti, aku terpaksa kerja termasuklah Public Holiday semua. Kerja macam aku ni memang memerlukan pengorbanan yang tinggi..ye lah..Raya pun kena kerja. Kau mampu? Haha..

Aku duduk serumah dengan kawan satu tempat kerja aku yang mana seorang tu memang bestie dari zaman belajar lagi; Ella. Yang lain semua kenal masa kerja. Semua kami 5 orang; aku, Ella, Yat, Yuyu, dan Emma. Kitorang memang kamceng walaupun lain-lain kepala tapi yang pasti semuanya ‘gila’..haha!

So, satu hari tu kami sepakat nak ambik cuti pendek. Short vacay la kononnya. Ingat nak pegi dekat-dekat je tapi clueless lak kat mana. Kebetulan Ella ada seorang kawan. Edy nama dia. Kawan aku jugak but for the first place, dia kenal Ella dulu. So, Ella mintak pendapat Edy kat mana kitorang boleh menapak untuk short vacay kitorang. Edy bagi cadangan untuk kitorang pegi Kalumpang. Dengar cerita view kat sana cantik. So kami pun setuju dengan plan ni. Memandangkan semua kami 5 orang tak pernah pergi sana, so kami pun bersetuju untuk bawa Edy sekali.

Macam aku cakap sebelum ni, kitorang ni cuti bukan time orang cuti. So percutian kami tu bukan la pada hari orang cuti. Selepas tempahan dibuat, hari yang dinanti akhirnya tiba. Kitorang bergerak menaiki 2 buah kereta. Sebuah kereta Ella yang drive. Dia, Edy, dengan Yat. Kiranya ni kereta pilot la sebab Edy yang tahu jalan. Sebuah lagi kereta aku yang drive. Dalam kereta tu aku, Yuyu, Emma. Ni geng kanak-kanak ribena..Haha.

Dipendekkan cerita kami pun selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Memandangkan Edy seorang saja lelaki, kami decide untuk menyewa satu bilik dorm sahaja. Lagipun percutian ni hanya 2 hari 1 malam saja. Bilik dorm tu ada 4 katil double decker. Aku satu katil ngan Ella, Yuyu sekatil dengan Emma, Yatt sorang-sorang, Edy pun katil sorang-sorang. Yang pasti katil Edy paling dekat dengan pintu.

Sesampai sahaja kitorang kat sana, kitorang pun sibuk sediakan ayam untuk BBQ malam nanti. Lepas semua settled, kami pun terjah mandi sungai. Memanggil woo sungai dia. Sumpah, cantik gila! Malam tu dengan ditemani satu portable light yang dibekalkan oleh pekerja chalet, kami pun memulakan aktiviti BBQ. Cuaca cantik malam tu. Langit clear..jelas nampak bulan hampir penuh. Sesekali hidung aku menangkap bau wangi. Teringat kata orang tua-tua, jangan ditegur, tambahan lagi memikirkan tempat aku berada sekarang yang dikelilingi hutan dan sungai, aku diamkan sahaja.

“Nasib tak hujan malam ni kan” Ujar Edy pada ku.
“Ha’ah..kalau tak berBBQ dalam bilik la kita, haha” Balasku sambil memerhati kawan-kawan yang lain sedang ralit membakar ayam yang diperap menggunakan resipi belasah asal boleh oleh aku.
“Weh, tengok sana..nice kan? Edy memuncungkan mulut ke arah sebelah kiri tempat kami berBBQ.

Dalam samar-samar cahaya bulan aku jelas dapat ku lihat beberapa bangunan chalet berkonsepkan bangunan Inggeris lama. Tidak berpenghuni. Namun di setiap pintu tergantung lampu bercahaya jingga malap yang sengaja dipasang.

“Cantik..tapi sayang..tak open untuk orang..” Balasku.
“Bukak kot..mungkin sebab sekarang bukan musim cuti..tu la diorang tak bukak” Sambung Edy membuka hujah.

Ella dan Yatt datang ke arah kami sambil menatang pinggan berisi ayam panggang sambil turut sama memerhati ke arah bangunan chalet yang kami bualkan namun tak lama topik tu kami bualkan. Pelbagai topik lain menerpa bila semua duduk sekali.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Oleh kerana memikirkan situasi kami yang berada di dalam hutan yang sememangnya agak menyeramkan, kami membuat keputusan untuk masuk ke bilik dorm untuk tidur. Di bilik dorm pun sama..tak berani untuk berlama-lama. semua orang mengambil keputusan untuk tidur. Aku tak pasti semua betul-betul tidur ataupun buat-buat tidur. Yang pasti aku memang out of coverage..haha.

Keesokkan harinya which is hari last kitorang kat situ. Aku hanya mampu mengurut nafas lega kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku semalam. Plan kami pagi ni memang nak mandi sungai sampai puas. Baru kaki ni melangkah keluar dari bilik dorm tersebut, Edy memanggil namaku.
“Diera! Diera! Meh sini sat” Perlahan tapi berbaur sedikit cemas.
“Kenapanye?”Jawabku.
“Tu..ko tengok sana” Edy hanya menunjuk menggunakan pandangan matanya.

Aku dengan yang lain yang kebetulan semuanya baru keluar bilik dorm sama-sama berpaling ke arah yang ditunjukkan Edy. Semua hanya mampu membisu menelan air liur yang terasa seperti terlekat dikerongkong. Bangunan chalet yang kami tengok semalam tak ada! yang ada hanya hutan tebal. Serasa tawar di hati untuk meneruskan niat untuk mandi sungai. Tapi memandangkan Edy dah selamat berendam, kami yang lain pun melangkah lemah menyusuri Edy. Tiada seorang pun di kalangan kami yang membuka mulut mengenai misteri bangunan Inggeris lama yang kami lihat semalam.

Di pendekkan cerita, sesampainya kami di ibu kota, kami mengambil keputusan untuk lepak minum sebelum pulang ke rumah. Masa tu lah masing-masing buat post mortem. Edy orang pertama membuka mulut, pada malam tu dia tak dapat melelapkan mata. Tak tahu kenapa. Dia cuma tidur-tidur ayam sahaja. Memandangkan katil Yatt tidak berpenghuni di sebelah atas, ada tetamu yang tak diundang bertandang. Jelas Edy nampak ‘Cik Ponti’ tu menjulurkan rambutnya kebawah yang sememangnya panjang sambil memerhati kami semua sedang tidur. Sekejap di katil Yatt, sekejap di atas katilnya yang sememangnya tiada orang. Nasib baik juga lah dia hanya memerhati. Buatnya dia menegur ke, baring sebelah kitorang ke..tak ke naya!

Yuyu pula buka cerita pada malam tu dia sakit perut. Masa kami tengah berBBQ tu memang aku nampak kerap la dia berulang alik masuk dorm untuk ke toilet. Tiap kali tu juga lah Emma setia menemaninya. Sehingga ada sekali Emma meninggalnya berseorangan di dalam tandas. Tiba-tiba pintu tandas tu diketuk perlahan. Diam. Kemudian terdengar balik ketukan perlahan dari luar. Yuyu menyangka Emma ingin bergurau kerana dia memang masak sangat dengan perangai Emma yang dikenalinya sejak dari zaman sekolah yang sememangnya kaki menyakat. Bila Yuyu membuka pintu tandas, bilik dorm yang sememangnya agak menyeramkan itu kosong. Tiada kelibat Emma di situ.

Ah..sudah..cepat-cepat Yuyu berlari mendapatkan kami. Tapi dia hanya mendiamkan diri sampailah ke hari itu baru dia membuka mulut bercerita. Yang lain pula hanya dikacau manja sama macam aku tiba-tiba terhidu bau yang amat wangi.

So, itu sahaja cerita aku. Mungkin tidak menyeramkan tapi satu je aku nak pesan, masuk hutan, tempat baru, jaga tingkah laku. Jangan nak gedik melebih. Dan lagi satu, nak pergi tempat macam Kalumpang tu, pergi lah dalam jumlah yang ramai. Kalau seorang dua, baik lupakan hasrat korang.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
#BudakEmo

9 thoughts on “Kalumpang”

  1. sbb tu aku pelik bila ko kata nmpk bangunan inggeris lama. setau aku kat situ, mana ada bangunan mcm tu..baru je pergi ujung tahun lepas.

    Reply
  2. selagi boleh jaga aurat dan kawal nafsu mmg tak ada masalah… cuma nabi dah ingatkan supaya jgn menghampiri zina… bila ada lelaki dan ada perempuan kat tempat sunyi, ada la org ketiga…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.