Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam PKPP. Terima kasih pada admin Fiksyen Shasha kalau cerita aku disiarkan. Aku cuma nak share pasal pengalaman aku melihat benda halus nih di kampung. Aku nak bagitau yang aku nih memang ada deria keenam.
Okay, aku nih bekerja di CIMB. CIMB dimana tak perlu aku terangkan. Setiap kali aku balik ke kampung, mesti aku rasa excited. Yelah, dah lama tak jumpa mak ayah di kampung, mestilah excited lain macam, kan? Tapi, excited tuh bertukar jadi mimpi ngeri pula.
Sehari sebelum raya aku balik kampung. Adik beradik aku yang lain pun semua balik kampung. Memang meriah sangatlah. Adik beradik aku ada 8 orang termasuk aku. Masa malam raya, aku dengan akak aku nih memang dah lama tak berjumpa. Bila dah jumpa, memang berborak tak ingat dunia. Kitorang borak sampai pukul 1 pagi. Masing-masing tak mengantuk lagi. Ketawa kuat-kuat memang dah jadi lumrah kehidupan kitorang. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi hentakan kuat di dapur. Macam bunyi batu besar dihempap ke meja kaca. Bayangkan lah bunyinya kuat macam mana. Yang hairannya, adik beradik yang dah tidur tuh tak tersentak pula dengar bunyi kuat macam tuh.
Aku pandang akak aku. Dan aku tau dia dengar juga. Masa tuh, aku jenguk dapur. Tak ada apa-apa pula. Tak ada benda jatuh pun. Dapur pun okay jek, tak de pun berselerak. Aku pun husnuzon je lah. Mungkin, buah kelapa sawit jatuh kut. Kitorang pun sambunglah berborak sampailah pukul 3 pagi. Mata aku pun dah makin berat. Aku pun cakaplah dengan akak aku yang aku nak tidur. Biasalah rumah kampung, bila adik beradik lain balik mestilah tidur dekat ruang tamu ramai-ramai. Kitorang bentang tilam depan pintu.
Aku tidur sebelah akak sulung aku. Akak sulung aku memang dah lama berdengkur. Aku tarik selimut dan mula untuk lelapkan mata. Baru nak lelapkan mata, aku rasa macam selimut aku ditarik dari luar. Masa tuh memang dah mengantuk sangat, tak fikir apa dah. Aku tarik balik selimut ke atas. Aku mengereng ke sebelah kiri.
Tapi dia makin galok tarik selimut aku ke bawah. Aku rasa marah, yelah siapa yang main tarik-tarik selimut nih. Aku buka mata dan pammm… Apa yang aku nampak membuatkan kerongkong aku tersekat. Depan mata aku sendiri aku nampak hantu bungkus (pocong) duk berdiri depan aku. Masa tuh, aku rasa takut sangat. Aku nampak jelas muka pocong tuh. Mata dia merah macam biji saga. Kulit muka dia mengelupas teruk siap ada d***h meleleh dekat pipi dia. Bau dia memang tak boleh bawa bincang.
Aku nak kejutkan akak aku tapi tak tahu kenapa suara aku tak keluar langsung. Aku mengesot dekat ke arah akak aku. Tapi masa aku nak dekat dengan akak aku tuh, rasa macam jauh sangat. Padehal dekat jek. Last sekali, aku tutup mata rapat-rapat. Baca ayat 3 Qul, baca Alfatihah then baru aku boleh terlelap. Besoknya aku cerita dekat mak aku, mak aku kata dia marah lah tuh sebab aku ketawa kuat sangat. Benda tuh tak suka bising-bising. Lagi-lagi, malam raya kan benda tuh dah keluar. Sejak hari tuh, aku takut nak tidur depan pintu.
Yang kedua, boleh dikatakan setiap hari minggu aku akan balik kampung. Sebelum balik ke tempat kerja, aku akan bersiap dulu di kampung then baru pergi kerja. Biasanya aku akan bangun dalam pukul 5.30 pagi. Nak kemas baju semua, pastuh nak gosok baju. Aku pun pergi ke bilik depan untuk gosok baju. Tengah syok gosok baju, tiba-tiba aku ternampak satu susuk tubuh yang sangat aku kenal melintas depan bilik. Atuk aku. Lama aku terdiam, atuk aku dah lama meninggal. Habistuh, siapa yang melintas tadi? Aku jenguk ke luar. Ternyata, atuk aku masih ada di situ tapi membelakangkan aku.
Kalau boleh, memang aku nak tegur. Sebab aku rindu sangat dengan arwah atuk aku. Tapi memikirkan yang tuh bukan atuk aku, aku diamkan jek. Masa nak masuk bilik, aku dengar nama aku dipanggil. Suara arwah atuk juga. Terus aku rasa seram sejuk. Sebab time arwah atuk aku panggil nama aku, sempat aku dengar dia ketawa mengilai. Arh sudah, terus aku tutup iron then aku masuk bilik tidur aku. Baca ayat Qursi banyak kali, pastuh aku peluk adik aku kuat-kuat. Seram nok.
Okay, sampai sini je lah aku ceritakan pengalaman aku. Sebenarnya banyak lagi kisah yang terjadi. Macam lembaga tinggi ikut aku balik rumah. Dekat universiti lagi banyak. Bercuti di langkawi. Kalau ada masa, aku ceritakan lagi ye. Assalamualaikum. Buhbye.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cimb keje wat sales ke
mcm takde kena mengena je keje cimb ngan cite ni
ikutkan bole je kalau dia kata dia keje kat bandar…x yah la nak petik CIMB tu…nmpk nau btul2 bangga dia dpt keje kat bank tu..
Buhbye …
trademark dia …
sambung …