Kampung Gali Hilir

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hai korang! I’m back dengan kisah seram yang tak berapa nak seram sangat lah kan. Thanks for the feedbacks untuk story before this; TOLONG BUKA PINTU. Yes, bagi yang merasai, memang takut tahap nak mati tapi let by gone be by gone lah ye. Eh, tak ada kena mengena. Thanks FS kalau publishkan story aku yang kali ni; GALI HILIR.

Gali Hilir ni kampung belah ibu aku. Berada dalam daerah Raub, Pahang. Laluan utama kalau nak ke Lepih or Kelantan. Rumah nenek aku betul-betul tepi jalan besar. So kalau balik kampung and musim jammed, kami memang suka meneber atas tangga and kira warna kereta. Okay selingan.

Even kampung ni tepi jalan, tetap lah terasa sunyi and creepy bila malam menjelma. Entah kenapa, kalau malam je mesti macam krikk krikk suasana padahal rumah tepi jalan je. Nenek aku pula jenis yang akan tutup segala pintu and tingkap tepat pukul 6.30 petang. So kalau kita masih bertebaran kat tanah masa tu, mohon tahan jeritan lah sebab suruh naik. And mandi malam memang wajib before maghrib.

Kebanyakkan kisah seram ni, diceritakan semula oleh nenek and ibu aku. Sebab dorang yang mengalami. So aku cerita kan semula kat sini. Maybe lah tak seram bagi sesetengah orang but aku try lah.

CERITA NENEK

Kisah 1 : PEREMPUAN MATI BERANAK

Kisah ni tak lah terlalu lama jadinya. Around 26 tahun yang lepas. Dulu kat kampung ni ada sorang perempuan yang cantik kejadiannya. Dia dah berkahwin and ada anak masa tu dalam 6 orang. Kita namakan dia sebagai Rosmah lah ye. Nak dijadikan cerita, Rosmah ni mengandung. Masa mengandung tu tak ada pula yang pelik-pelik jadi. Sampailah masa untuk melahirkan. Agaknya dah sampai ajal Rosmah, dia meninggal sebab tumpah darah. And anak yang dia kandung tu pun meninggal sama.

Masa nak kebumikan jenazah dua beranak tu, satu kampung kena kacau. Sepanjang perjalanan usung jenazah (masa dulu kampung tu tak ada access untuk van jenazah kalau tak silap), kedengaran suara tangisan yang mirip suara Rosmah. Then suddenly orang nampak dia tengah berdiri tegak kat perdu pokok buluh tempat laluan orang kampung nak usung jenazah tu. Nak tak nak, kena lah juga lalu kat tepi tu sebab nak ke kubur.

Syaitan, biasa lah kan. Menyerupa tu dah jadi makanan dia dah.

Kisah 2 : TERIMA KASIH ENCHEK

Nenek aku masa hayat dia, dia jaga anak-anak Rosmah. Sebab Rosmah tu anak saudara nenek aku. And kebanyakkan anak saudara and cucu saudara panggil nenek aku ni enchek or tok enchek.

Masa anak-anak Rosmah kecil, nenek aku yang jaga bila malam hari sebab ayah dorang kerja malam. Malam tu macam biasa dorang tidur rumah nenek aku lah. Around midnight macam tu nenek aku terbangun sebab dia rasa macam ada benda dok melingas-lingas atas muka dia. Macam kain or rambut, gitu lah rasa dia. So nenek aku ni buka lah mata.

Guess what? Hujung kaki dia ni ada penampakan Rosmah ni tadi. Dia tengah perati nenek aku and anak-anak dia yang tengah tidur. Then dia pandang nenek aku sambil said thanks sebab tolong jagakan anak-anak dia selama ni dengan suara yang paling sayu sekali.

Nenek aku cakap, itu kali terakhir dia nampak ‘Rosmah’. Lepas daripada tu, tak ada dah dia kena jengah or usik dengan ‘Rosmah’. Maybe tu salam terakhir ‘Rosmah’ lah kut.

CERITA IBU

Ibu aku masa kecil dia akan mengaji dengan ayah saudara dia sendiri yang kami panggil tokwe. Tokwe ni abang ipar nenek aku. Aku cukup takut dengan tokwe ni sebab muka dia macam misteri sangat. Kalau duduk tu, dagu bertemu lutut keadaannya. Mata dia kalau memandang, terperuk ke dalam. Faham tak? Kan misteri tu.

Ibu aku mengaji lepas maghrib. Rumah ibu dengan tokwe dekat, dalam sepelaung je. Kira kalau ibu aku berjalan kaki, peluh pun tak sempat jengah. Tapi ibu aku ni dalam kategori penakut juga. Setiap kali nak balik lepas mengaji, tokwe akan perati kan dia sampai lah dia masuk rumah. Tapi tokwe selalu pesan, masa berjalan or even dah masuk rumah pun, jangan sesekali pandang belakang.

Disebabkan dah selalu sangat dapat pesanan macam tu, ibu aku ni tiba-tiba jadi curious nak tahu. So satu hari tu, lepas je mengaji, dia balik macam biasa. Dah sampai tangga rumah nak buka pintu, dia pandang lah ke belakang. Haaa, tu dia. Depan mata ibu, ada harimau putih kemain besar and tinggi tengah perati dia. Perut dia melabuh sampai ke tanah. Ibu aku apa lagi. Mencibang masuk rumah. Tak berani dah dia nak mengaji malam-malam. Even benda tu just nak jaga tapi dia tetap takut.

So sekarang kita beralih kepada cerita aku yang mana memang aku and kakak aku sendiri alami.

Masa kejadian ni, nenek aku hidup lagi. So macam biasa weekend kitaorang balik sana. Entah kenapa baber sangat kitaorang hari tu, dah nak maghrib pun still meronda naik motor lagi. Maybe sebab dah rasa besar kut. Yelah, dah pandai bawa motor kan. Hahahaha. Kitaorang meronda sampai lah ke rumah paling hujung tepi paya then patah balik. Nak patah balik tu, kitaorang kena lalu depan rumah ‘pakwe’ nenek. Nama dia atok Sulaiman. Saja suka menyakat nenek.

Masa lalu depan rumah tu, kitaorang nampak atok Sulaiman tu duduk atas kerusi malas depan beranda rumah. Memang kebiasaan dia lah. So kami tegur lah sebab memang selalu pun tegur dia kalau terjumpa. Atok Sulaiman menyahut “Huuu” sambil senyum so kami blah. Sampai je kat rumah, kami berlumba-lumba cerita kat nenek.

Kami : Nek, kitaorang tegur pakwe nenek tadi. Dia senyum je.
Nenek : Siapa??
Kami : Atok Sulaiman le.
Nenek : Ah jangan nak buat pasal. Orang tu dah dua minggu meninggal.

Terus kitaorang ni berhuhuhu. Padan lah muka merayap remang-remang senja gitu.

Sekarang ni kawasan kampung nenek aku tu macam suram sangat dah. Banyak yang dah tak ada. Rumah nenek aku pun dah dirobohkan. Menambahkan lagi seram kampung tu.

-Fara-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Writing is my passion.
Tapi tak mampu mengalahkan makanan.

38 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *