Kanak-Kanak Hilang Penglihatan

Hi semua pembaca Fiksyen Shasha. Kisah saya pernah disiarkan dua kali dekat sini ( Pak Cik Misteri dan Ditampar Oleh Roh ), sekarang saya ingin kongsi pengalaman seram yang pernah diceritakan oleh suami saya.

Suami saya asal orang Taiping, Perak. Semasa beliau umur 12 tahun, keluarganya sudah pindah ke Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di semua rumah flat yang pernah keluarga suami sewa. Semasa kejadian ini berlaku umur suami dalam lingkuan 23 tahun. Rumah flat yang keluarga suami duduk ini mempunyai 15 tingkat dan keluarga suami sewa rumah di tingkat 8. Suami saya suka duduk di tangga tingkat 15 setiap malam ( merokok tanpa pengetahuan bapanya ).

Setiap kali duduk di situ, suami berperasaan setiap malam semua rumah letak makanan seperti biskut, gula-gula atau buah-buahan dekat luar. Suami saya ingat ini mesti satu upacara yang dilakukan oleh masyarakat Cina dan tidak pedulikan keadaan atau lebih sesuai tidak syak apa -apa pun. Pada satu hari, semasa suami lepak dekat tangga tingkat 15 seperti biasa. Beliau perasaan ada satu kanak-kanak perempuan tengah berjalan-jalan kat situ. Cara budak itu jalan macam meraba-raba dinding. Jadi suami saya faham bahawa budak itu tiada penglihatan.

Dia mengamati budak perempuan itu dalam umur lingkungan 8 hingga 9 tahun. Suami saya memang terkenal dengan sikap ramah.( mulut dia tak pernah diam ) Dia cuba tolong budak itu dan cuba beramah mesra dengannya. ” Adik pasal apa jalan seorang. Mana family kamu.” tanya suami.

” Saya duduk di tingkat ini. Rumah nombor 8. Saya tinggal dengan mak saje. Mak sudah keluar. Saya sudah biasa jalan di tingkat ini.” jawab budak itu. Sejak dari hari itu, suami memang selalu jumpa budak itu. Mereka menjadi kawan dan suami selalu belikan makanan untuk budak itu sebab budak itu pernah beritahu emaknya selalu balik lewat dan kadang-kadang dia tidur tanpa makanan jadi sebab kesian suami belikan makanan. Kalau kakaknya masakkan kari ayam atau special, dia akan bawakan bekal untuk budak itu. Keadaan ini berterusan selama beberapa minggu.

Satu hari, kawan kakak dia yang sama tempat kerja tegur suami saya. ” Shiva( bukan nama sebenar ) pasal apa kakak tengok selalu kamu cakap seorang kat tangga lepas itu suap makan dekat siapa?” tanya kawan kakaknya. Kawan kakak juga tinggal di tingkat 15. Rumahnya dekat tangga jadi memang kakak itu perasaan suami selalu lepak kat situ.

Dia nampak sealalu nampak suami cakap sorang-sorang dan tinggal makanan dekat tangga. Paling beliau terkejut, bila dia tengok suami suap makanan dekat angin macam suap kat orang tetapi orangnya tiada. Suami memang terkejut bila ditanya bagitu. Lantas suami saya menerangkan perkara yang sebenar bahawa  beliau bercakap dengan sorang  kanak-kanak perempuan yang hilang penglihatan dan makanan itu semua untuk budak itu.

” Shiva, kamu tidak tahu ke budak yang kamu bagitau itu memang tinggal sini tetapi sudah  lama meninggal dunia sebelum kamu pindah mai sini. Budak itu dengan mak dia m**i dekat rumah selepas 3 hari baru penduduk tahu.” terang kakak itu.
” Roh budak itu selalu menggangu penduduk tingkat ini selepas pukul 11 malam. Ketuk-ketuk pintu minta makanan sebab itu penduduk sini letak makanan dekat luar rumah. Kalau tak letak, mesti budak itu mengacau.” terang lagi kakak itu.

Suami terus balik langsung tidak mahu merokok kat situ lagi. Lepas itu, beliau tidak lagi lepak kat situ lagipun lepas balik hari itu suami kena demam panas seminggu sebab ingat balik dia bermain dan suap makanan kat budak itu.

Saya tanya suami macam mana budak itu dengan mak dia meninggal dalam rumah. Suami jawab dia pun tiada tahu sebab lepas itu dia memang tak naik ke tinggkat 15 dan rata-rata orang yang dia tanya pun tak tahu sebab kematian mereka. Menurut cerita, budak itu selalu kena tinggal dalam rumah oleh emaknya yang keluar kerja dan mereka tidak bergaul rapat dengan jiran-jiran. Kematian mereka cukup misteri dan tiada siapa tahu apa yang jadi sebenarnya.

Saya juga tanya kalau-kalau suami ada lagi jumpa dengan budak itu lagi atau budak itu cari dia atau ganggu dia. Suami kata tidak. “Mungkin dia tahu saya tidak berniat untuk ganggu beliau lagipun saya hanya bermain dan beri makanan saje tidak lebih daripada itu. Kalau saya tahu awal- awal dah lama saya cabut dan tak lepak tingkat tu”. kata suami.

Sampai sini saje kisah saya ( kisah suami sebenarnya ). Minta maaf sekiranya kisah saya ini tidak seram atau menarik. Sekiranya ada kesalahan tatabahasa, saya mohan maaf juga. Terima kasih admin sebab siarkan kisah saya dan terima kasih untuk pembaca sudi membaca.

Vilashini.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]
VILASHINI

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.