Kasih Yang Terkubur

-KASIH YANG TERKUBUR-

Namaku Imran seorang lelaki bernasab dari tanah Jawa ibuku pula dari kaum Iban disini bukan aku nak ceritakan tentang nasab dan keturunan aku cuma sekadar memberi tahu pada awal kisah kerana akan terkait serba sedikit di pertengahan kisah aku ini, andai kata tidak seram kisahku ini maafkan diriku dan ambil lah pengajaran dan iktibar dari kisah ini,

Hujung tahun 2012, aku hembus nafas lega kerana baru selesai dalam pengajian tinggi disebuah universiti di utara Malaysia , iya kenangan bersama rakan-rakan gelak ketawa sedih gelisah bersama mereka tidak akan aku lupakan dan akan terpahat kejap didadaku ini. Masuk awal tahun 2013 , Alhamdulillah dimurahkan rezeki aku dapat berkerja disebuah syarikat sebagai grahpic designer dengan gaji permulaan 1500 memang cukup waktu itu untuk tampung perbelanjaan dan sedikit wang kiriman orang tua di kampung. Aku berkerja seperti biasa dari hari ke hari bulan ke bulan hingga tibalah suatu saat aku terpandang wajah seorang wanita yang memikat hatiku ,
‘budak baru mungkin’ getus hati kecilku.

Aku tak punya kekuatan untuk menegur si dia malah nama nya juga aku tak tahu ,aku cuba beranikan diri untuk menegur tapi dengan gaya pakaianku rambut tak tersusun rapi buatkan aku lemah semangat dan berputus asa bila melihat diriku dihadapan cermin ‘iya dia bukan tercipta untukku’ getus aku seorang diri. Ditakdirkan pada petang hari isnin aku dengan dia overtime kerana kerja yang bertimbun belum settel. Aku langkah keluar dari bilik multimedia office lalu mataku memandang tajam wajahnya ‘ada chance ni ‘ kata hatiku. Dia pun pandang wajahku ditambah dengan senyuman manisya
Si dia: Ait tak balik lagi ker?
Aku: Kerja banyak bertimbun atas meja client resquest macam-macam saat akhir, heheh
Si dia: Iya zaman sekarang costumer always rights hehe ,
Aku: hehe,Alang-alang dah sembang ni boleh tahu nama cik.
Si dia: hahaha tak payah bercik-cik lah panggil je Lisa nama penuh Alisa bin Mad Aizat,
Aku:Ooo Alisa sedap nama tu , saya pulak Imran bin Mohammad.
Alisa: Amboi perli ya, hahaah
lantas kami pun ketawa dan aku beri isyarat untuk pulang dahulu kerana hari semakin gelap ditambah pulak cuaca yang kian mendung  .

Dipendekkan cerita pertengahan tahun 2014 aku berkahwin dengan Alisa bin Mad Aizat dengan sekali lafaz maka si dia adalah amanah yang harus ku juga dengan sebaik mungkin walau apa pun terjadi aku akan berada disisinya. Kami layar bahtera bahagia bersama , bak kata orang tua-tua masih sentuh pun masih rasa elektrik haha, tapi bahagia tu tak lama apabila Alisa kerap jatuh sakit , mula naik bintik-bintik merah dibadan dan juga mukanya dalam beberapa minggu sahaja badannya kurus kering seolah seperti mayat hidup. Ahli keluarga nya seolah-olah ada syak sesuatu tentang aku mereka anggap aku sembunyikan sesuatu dari mereka , Alisa terpaksa berhenti kerja termasuk juga aku oleh kerana aku ingin bersama dia hingga akhir nafasnya. Duit simpanan semakin berkurang dari perubatan moden dan tradisional semua aku cuba tapi bagaikan sulam air mata ,hanya air mata sahaja yang mampu terjemahkan kesedihan aku pada waktu itu.

Tiga hari sebelum Alisa hembuskan nafas terakhir , aku tidur menemani dia. Ketika aku terlena ada tangan menyentuh kepalaku usap-usap rambutku lantas aku terjaga ,Iya ! aku melihat Alisa yang aku kenal dulu ,aku cium dahinya ,aku peluk lantas ada suara garau kedengaran
“KAU PENYEBAB ,KAU BODOH”
bau busuk mula menusuk hidung lalu baru aku perasan bahawa aku sedang memeluk nenek tua rambutnya kesat muka hodoh sambil ketawa dan hilangkan diri, Lalu aku melihat Lisa mukanya terkejut sambil menjerit tanpa mengeluarkan suara seolah dicekik mata terbeliak air liur keluar meleleh, Iya saat ini aku hanya mampu bisik kalimah tauhid ‘لا اله إلا الله’ seperti sabda nabi ‘ siapa sahaja bersaksi dengan benar  dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu persuruh Allah maka Allah haramkannya dari neraka riwayat Sahih bukhari dan muslim. Tiba-tiba Alisa diam wajahnya tenang seolah tiada apa yang berlaku aku cek pernafasannya dan nadinya iya berjalan seperti biasa ,aku mengambil kain dan lap air liur yang meleleh dimulutnya.

2hari sebelum Alisa pergi buat selama-lamanya dari dunia ini. Pada petang hari aku bersama ibu mertuaku bersembang lantas ada satu soalan yang keluar dari mulutnya
Mak mertua: Imran mak nak tanya sikit ni, Imran dari keturunan mana. Jawab jujur ya
Aku: Ooo ayah imran keturunan jawa , kenapa ya?
Mak mertua: Kau biar betul imran, mak tengok kau tak dak muka jawa pun, cakap pun tak dak slang jawa tu.
Aku: Dari kecik dah duk bandar mak hehe

Muka mak mertua aku mula berubah , perlahan-lahan air mata dia mengalir , Aku pula tercengang kenapa pulak mak aku menangis ni. ‘Mak ok ke tak ni?’ tanya ku.
Mak aku diam lantas jalan menuju ke katil Lisa peluk dan mohon maaf , ‘Mak mintak maaf Lisa, Mak salah’ aku mendekati mak dan mengatakan ini takdir dari tuhan bukan kita yang mintak jadi sedemikian rupa. Lantas mak menenking aku “Kau diam Imran kau tak tahu apa-apa,kenapa kau tak cakap yang kau berdarah jawa ?”

‘Apa salahnya berdarah jawa’ balasku.
Lalu aku tenangkan mak dan suruh jelaskan apa yang terjadi, Mak pun menceritakan bahawa suaminya yakni ayah kepada Lisa pernah bersahabat dengan jin , dan suaminya ini meminta kepada jin untuk jadi kaya raya berharta tapi dengan syarat tidak boleh keturunan beliau berkahwin dengan orang berdarah jawa dan syarat-syarat lain lagi, Diceritakan juga jin tersebut berumur ratusan tahun dan sangat benci pada keturunan jawa kerana pernah menangkapnya dan dimasukkan didalam botol lalu dilempar didalam hutan secara kebetulan setelah sekian lama dijumpai oleh ayah lisa. Itu sahaja yang diceritakan oleh mak kepadaku betul atau tidak aku tak tahu lagi pun ayah kepada Lisa dah lama meninggal mungkin Lisa ni bakal pewaris kepada saka tersebut ntah lah. Patot kadang-kadang Lisa pernah bagitahu aku kalau waktu malam ada orang ketuk pintu dan panggil salam jangan jawab dan buka pintu mungkin saka belaan ayahnya.

Tepat 3 petang Alisa bin Mad Aizat menghembus nafas terakhir beliau .Maafkan aku andai kisah ini tak seseram mana. Sebenarnya masih ada kisah selepas kejadian Alisa pergi tinggalkan aku tapi setakat ini dahulu aku ceritakan. Kalau kisah aku ini dapat reaction menarik insya Allah aku akan tulis part 2.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]
Muhammad Asyraf suib

4 thoughts on “Kasih Yang Terkubur”

  1. Apa salahnya d***h jawa? Aku pun asal jawa plus minang tapi sepatah habuk tak reti cakap. Kalau aku, memang aku balas dendam kat jin tu kasi m**i.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.