Kisahnya berlaku dalam 3-4 tahun lepas. Aku belajar di sekolah menengah agama berasrama di Terengganu. Sekarang umur aku dah masuk 2*. Cerita ni dah lame tapi hari ini aku cuti plus aku dah lame tak tulis essay. So, aku rajinkan kan diri untuk menESSAY.
Masa tu dah masuk tahun akhir aku bergelar sebagai seorg pelajar sek menengah. Aku rasa korang dah boleh assume kan umur aku berapa sekarang ? Heheheh.
Okay okay, kita bercerita yer.
Aku tinggal dalam dorm yang menempatkan lebih kurang dalam 20 orang. Dorm kitorang dipisahkan dengan dinding tapi dihubungkan dengan satu pintu kecik. That means 10 kiri 10 kanan. Kira dorm aku tu besar la. Bersebelahan dengan tandas dan tempat ampaian kain. Tingkat 1 blok B. Partner bed aku, siti. Siti ni lain sikit dari yang lain. Lain sebab dia ni always sakit. Maybe sebab faktor dia agak gempal sedikiit so banyak penyakit yang datang ziarah.
Dats why dia ni jarang ada dekat asrama, selalu balik rumah. Kira aku ni memang dah biasa tidur sorang2. Lagipun kalau Siti datang asrma pun, jarang dia tidur atas katil. Katil tu dibiarkan kosong je atau untuk letak barang2. Plus aku bukan jenis berkongsi katil dengan member. Aku jadi tak selesa. Better tidur katil sendiri. Kalau ada member yang ajak tidur sekali pun, aku lagi rela tidur atas lantai . Bukan apa, sebab rimas .
Siti dah lame tak datang sek dan tak masuk asrama sebab sakit dia datang balik. Dalam 2-3 minggu jugak la.
Ada satu malam tu, aku xboleh tidur. So , aku study la sampai lewat malam. Takla la lewat sangat pun. Acah je lebih. Berani jugak la study sensorang sebab member dorm aku pun study jugak cuma diorang study dekat kiri dorm, aku dekat kanan dorm. Kira aku masih dengar suara diorang bergelak ketawa.
Tak sampai setengah jam,a aku tutup buku then naik katil sebab dah mengantuk sangt. Naik katil terus tidur tapi terjaga balik sebab budak2 dorm yang lain tak tidur lagi plus diorang buat bising. Tapi takdelah sampai aku nak jerkah diorang sebab dah malam kan. So, aku biarkan jer. Aku tidur balik. Then terjaga lagi.
Terjaga kali ni seram sikit. Dorm sunyi sepi + gelap + Aku sorang je lagi yang tak tidur. Mata pun memang betul2 taknak tutup. Jadi aku hadap la siling tu memalam buta bertemankan lampu kat luar dorm sebab katil aku betul2 depan pintu utama dorm. Pukul berapa aku tak tahu sebab jam aku dalam loker.
Eh , ni dh kenapa plk ni ? Katil siti yg kat bawah aku ni dh menari2. Macam ada org tidur tapi bergerak kiri ke kanan kuat giler. Of course la aku kene tempias sbb katil kitorang sekali cuma bezanya atas dan bawah je. Dalam hati dh lain mcm. Siapa plk yg tidur ats katil ni ? Ke Siti dah masuk asrma ? Petang tadi takde. Takkan dia masuk asrma tengah2 malam buta kot? Nak sedapkn hati sndiri , aku assumed yang siti dah ade kat bawah.
Sumpah lame weh katil aku bergerak2 dalam 5-10min camtu. Bila dah cuak camtu, baca ayat2 ape pun dah tunggang terbalik. Selimut memang aku dah tarik sampai atas dah sebab rasa lain macam je ni. Nak jerit tak boleh nak kejutkn member sebelah pun xboleh. Nak jenguk ke bawah, mahu tunggu kucing bertanduk dulu rasanye. Jadi takboleh nak buat apa2. Sampailah aku tertidur dan terjaga balik pukul 5.30 pagi.
Turun katil tengok2 Siti takde kat bawah. Katil masih berlipat loker masih tertutup cadar masih tak terpasang. Aku tanya Nur.
Aku : weh, Siti dah masuk asrama ke?
Nur : hah? Kau ni kenapa? Siti kan nak masuk petang ni .
Hah sudah, dah agak dah benda lain semalam ni. Budak2 lain pun tidur kat katil masing2 lagi. So, memang sah katil Siti tu tak terusik langsung. Habis siapa pulak yang tidur semalam?
Aku tak pernah story kat sape2 pun sebab majoriti member2 dorm aku pun bukannye berani sangat. Anggap sebagai pengalaman je la.
Sebab memang senior2 lama cakap bilik tu memang keras sikit lagi2 bila ada kisah ‘sayang’ tu yang main kira2 budak mane yang tak tidur lagi sambil melompat2 atas loker.
Mungkin ‘sayang’ tu nak dodoikan aku kot supaya tidur. Tapi tu la, dodoi cara kasar nampaknya. Nanti ada masa, aku cerita pasal rumah sewa aku masa aku bljr dulu .
Selamat membaca . – AD –
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Sayang tu ape? sorry noob
apsal x call aku dlu..sebenarnya aku mmg balik awal aritu sje nak buat surprise 😛 hehe
nak tanya juga ‘sayang’ tu ape