Kau cabar, Aku datang

Bismillah.
Salam perkenalan. Ini nukilan pertama dari ku. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang aku lalui. Merupakan kisah yang berlaku sekitar tahun 2011, ketika aku baru setahun jagung menjalankan tugas sebagai seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tanah air.

Tak dapat digambarkan dengan kata kata, bila aku menerima jadual penerbangan aku untuk bulan berikut nya. Salah satu penerbangan dalam bulan berikutnya memerlukan aku untuk night stop(bermalam) di sebuah hotel di Kota Bharu. Bukan destinasi yang menjadi masalah, tapi tempat penginapan anak anak kapal.

Kecoh ketika aku baru mula melebarkan sayap sebagai anak kapal, konon nya ada insiden berlaku di mana seorang pramugari dijumpai pengsan di lantai tandas hotel tersebut. Selepas sedar, dia menceritakan selepas wake up call dari pihak hotel, dia sedang menyikat rambutnya . Tidak sengaja, sikat nya terjatuh, lalu ditunduk untuk mencapai sikat nya, alangkah terkejut apabila ada seekor makluk dengan rambut yang panjang dan muka yang mengerikan melihatnya dari cermin.

Kesahihan cerita ini tidak dapat aku pastikan, yang aku yakin pasti ianya cukup untuk menakutkan anak anak kapal yang masih baru lagi mentah seperti aku. Aku cuba untuk menukarkan penerbangan tersebut dengan beberapa kenalan aku, tapi hampa . Rata rata sudah mengetahui kisah tersebut. Dielak selagi boleh.

Hari penerbangan pun tiba. Sebelum ke Kota Bharu, kami perlu melakukan dua penerbangan , Kuala lumpur ke Saigon, dan Saigon berpatah balik ke Kuala lumpur. Kesibukan di dalam kabin kapal sedikit sebanyak membantu aku melupakan kisah yang terngiang ngiang di fikiran aku. Usai kesemua tiga penerbangan, kami sampai di lapangan terbang Kota Bharu. Disambut oleh van dari pihak hotel menuju ke hotel.

Menjadi lumrah, sebagai seorang yang paling junior dan juga menjaga adab sesama anak kapal, aku membiarkan mereka memilih bilik yang mereka kehendaki, dan akhir nya tiba giliran aku. Ya, bilik aku nun jauh di hujung.

Oleh kerana kami sampai pada waktu petang,semua bersetuju untuk turun ke bawah malam nanti untuk makan malam. Di dalam lif,seorang demi seorang meninggalkan aku ,tinggal lah aku berseorangan menuju ke tingkat berikutnya. Dengan suasana malap dan suram, aku perlahan berjalan kearah bilik sambil menarik trolley bag. Aku sampai di depan bilik, dengan kalimat Nya, aku membuka pintu ,sambil mata berkeliaran melihat sekeliling bilik. Perlahan aku menutup pintu. Dan disini lah, aku telah melakukan kesilapan besar dalam kamus hidup aku.

“AH PERGI MAMPUS KAU SANA,AKU DATANG BEKERJA,BERANI KACAU LA. AKU TAK KACAU KAU! JANGAN KACAU AKU!” Ya! aku melemparkan ayat-ayat tersebut , dengan hanya satu niat , supaya jikalau ada makluk lain,aku tidak diusik. Jauh disudut hati, aku sebenarnya hanya melemparkan ayat tersebut untuk memberanikan diri aku. Tapi aku silap, kata-kata aku telah mengundang nya ‘melawat’ aku.

Kebiasaan nya, gym di hotel-hotel menjadi tempat pertama yang wajib aku singgah, memandangkan kemudahan disediakan di rata-rata hotel adalah baik.
Dengan pantas aku turun supaya lepas gym session,aku boleh ikut serta anak-anak kapal yang lain untuk makan malam. Sampai sahaja aku di depan gym,keadaan di dalam sunyi sepi .Seperti lama tidak digunakan. Ditambah pula dengan tiada seorang pun di kaunter hadapan gym. Aku menulis nama ku dan nombor bilik di kaunter dan terus melakukan rutin ku. Tidak seperti gym session yang lain, kali ni aku rasa diperhatikan sepanjang masa. Sehingga kerap kali aku menoleh kebelakang.

Sampai la tiba-tiba, kesemua lampu terpadam. Gelap gelita . Tidak ada satu bunyi pun.Aku masih boleh mengawal perasaan walaupun hati dah mula membisik untuk membuka langkah seribu. Cepat-cepat aku mengambil telefon dan cerahkan skrin berjalan keluar. Aku mengelak dari memandang kiri atau kanan , terus naik ke bilik.

Sesudah selesai urusan aku di bilik,aku turun mengikut yang lain untuk makan malam. Berborak sambil gelak ketawa, terlupa yang kami adalah first flight out dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Jadi waktu bangun adalah awal, seingat ku 3 atau 4 pagi. Semua naik kebilik masing-masing. Sampai di bilik, aku pastikan baju dan seluar kemas diseterika dan digantung. Bersiap siap, terus masuk tidur. Dua katil single, yang hampir dengan tandas menjadi pilihan ku beradu, dan katil satu lagi aku biarkan bag aku di atas nya. Untuk tidur yang sempurna, aku pastikan bilik benar-benar gelap segelap nya tanpa sekumat cahaya pun.

Maka bermula lah gangguan pertama. Sedang perlahan aku melelapkan mata, “”squiiiiiiiikkkkkk, squicccckkk squiiikkkkk”…kedengaran katil sebelah aku, seolah-olah seseorang sedang berdiri dan berlompat manja.Perasan mengantuk hilang serta merta. Mujur aku tidur mengadap dinding. Semakin lama semakin pantas katil berbunyi ‘orang’ melompat lompat. Aku cuba membaca ayat-ayat lazim yang aku ingat, dengan perasaan takut yang amat, aku berlari ke arah pintu dan membuka semua lampu yang boleh dari panel suis di tepi pintu. Posisi aku berdiri di ruang hadapan pintu, terlindung, jadi apa yang berlaku di atas katil tersebut dihalang oleh dinding .

Akal fikiran aku dah mula memikirkan segala jenis kemungkinan yang boleh berlaku jikalau aku lari terus keluar dari bilik,bagaimana kalau ‘dia’ berada di sepanjang koridor mahupun dalam lif. Nak atau tidak, aku kena beranikan diri. Sambil membaca ayat-ayat lazim dengan kuat,perlahan aku berjalan sambil mengintai di ruang katil. Keadaan katil tersebut sama,tidak ada kesan pijakan langsung. Tv di buka dengan volume yang tinggi dan bilik diterangi dengan lampu bagi mengurangkan rasa takut .

Aku cuba berbaring, memang tidur bukan keutamaan aku lagi. Sedang aku cuba memikirkan solusi yang bernas( lari turun bawah atau tukar bilik), dua mug kaca yang awalnya terletak kemas bersama uncang teh dan kopi jatuh ke lantai. “PRANGG”! Terkejut dan tergamam, air mata jantan aku mau sahaja menitik keluar.Dari atas katil,ku lihat tidak pula pecah mug mug ni.Bacaan aku kembali kuat,aku membuat keputusan untuk terus bersiap dan tunggu di lobby .

Mandi? Lupakan saja. Aku capai uniform ku dan masuk ke tandas. Sedang aku kelam kabut nak bersiap,”tokkkk…tokkk..tokkkk” ,pintu tandas aku diketuk tanpa henti, dan makin lama makin kuat. Dan aku terdengar suatu suara kecil sedang ketawa dari arah luar pintu tandas. Ketawa dia, ketawa yang akan aku ingati selalu,cukup jahat dan sinis. Mujur telefon ada di dalam tandas hotel,kebiasaan nya untuk sebarang kecemasan andai terjatuh di dalam tandas. Aku membuat panggilan dan aku minta receptionist naik sekarang ke bilik aku dan buka kan pintu untuk aku.Tanpa cakap banyak, dia datang bersama seorang lagi receptionist.

Pintu bilik aku dibuka,untuk mendapat kepastian aku bertanya dari dalam tandas, “siapa?” Dua receptionist tadi menjawab “ Encik ada buat panggilan tadi kan?” Lantas aku membuka pintu. Nafas lega ditarik panjang. Mereka berdua meyangka yang pintu tandas terkunci dan aku memerlukan pertolongan untuk dibuka kan pintu. Tapi apabila aku menceritakan apa yang berlaku , dua receptionist tersebut melihat antara satu sama lain.
“Macam ni la Encik, Encik tukar bilik boleh?” Aku jawab ringkas,” Cukup. Saya bersiap dan saya tunggu di bawah.”

Aku meminta mereka menemani aku bersiap.Mereka menunggu aku di luar bilik. Selesai aku bersiap, ketika aku mengangkat beg trolley yang terletak di atas katil sebelah, ada setompok kesan kotoran ,seperti lumpur/d***h di atas katil disulami dengan bau hanyir yang menusuk secara tiba-tiba. Tak tahan lagi,gegas aku turun bersama dua receptionist tadi. Aku tunggu di sofa lobby sampai waktu tiba semua anak kapal turun untuk briefing dan diberi working position. Di dalam van, crew-in-charge bertanya padaku, yang aku kelihatan letih. Aku menceritakan padanya,dan menunjuk gambar tompokan seakan lumpur/d***h yang diambil dengan samsung note 1 aku yang dah lama meninggalkan aku. Kisah aku diambil alih dan menggantikan kisah pertama yang berlaku di hotel tersebut. Untuk beberapa lama aku bersyukur aku tidak mendapat jadual ke sana lagi.

Aku belajar untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Ini antara salah satu dari beberapa pengalaman aku,dari sekolah menengah,kolej hingga lah ke alam pekerjaan. Andai kata cerita ini disiarkan, aku ucapkan terima kasih kepada pihak admin, dan kalau cerita ini diterima baik, inshaAllah aku ceritakan pengalaman aku di hotel lain atau waktu aku di kolej dulu. Salam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]
Fixie

4 thoughts on “Kau cabar, Aku datang”

  1. Hotel mana tu…dh lah bln dpn sblm raya haji teman ngan family nk dok kt hotel 2 mlm di KB sbb wife kn outstation kt situ…simpang lah…tak gamak teman nk hadap

    Reply
    • Salam bang. Jalan penceritaan agak kemas tersusun. penggunaan tatabahasa anda juga cukup tinggi dan cantik. Mudah nak difahami. Elemen seram juga agak banyak. Teruskan berkarya bro.

      Reply
  2. hotel ni tepi sungai kan hehee ada gak pengalaman check in situ dpt bilik paling ujung masuk je terus rasa len mcm n xtunggu lama terus minta tukar bilik hehee dan heheee lagi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.