“Kau tak nampak ke kitorang tunggu kat tepi?” Kisah seram di Balai Polis Batu 16.

Hi Assalamualaikum, pertama sekali thanks to admin if cerita aku ni publish. this is based on true story. ohh bytheway nama aku Wan Tiger, dan aku AbangLong , abang sulong pada adik adik aku lerr bukannya gangster samseng hehe. kejadian ni taklah seseram cerita khabi kushi khabi gam. so aku harap korang have fun dan tidak kecam ye huhu. ni kali pertama aku menulis di FS. so can we start now??

rite,

Teringat 4 tahun lepas masa tu lepak midnight dengan kawan2 . Lepas semua dah kenyang macam ular sawa , ada sorang tu ajak berjalan pulak. Kita pun ON je la. Esok cuti so takdehal balik lambat. Sampai subuh pun takpe. Nak dijadikan cerita, kawan yang ngajak tadi plan jalan2 ke Lintang (budak2 gombak tau la macam mana puaka jalan ni hahaa) .

Disebabkan aku acah berani jadi aku yg paling belakang. Yang pengecut semua depan hahaha . Lebih kurang 6 org termasuk aku. Kebetulan masa tu aku pakai RXZ. Sebelum gerak memang dah diingatkan jangan celupar dan cakap besar. Cuma kalau perasaan ada yang pelik2 tu aku baca surah2 lazim je la. Rasa seakan ada yang memerhati aku tapi aku tak nampak kelibat. Alhamdulillah

Jalan punya jalan.. melepasi batu 16.. bayangkan lampu jalan takde.. bergantung pada lampu motor dan kereta je. Masa tu tengah hangat lagi pasal balai polis batu 16 yg berhantu (video penampakan kak ponti di youtube) . Aku buat tak tahu la sebbb prinsip aku selagi takde apa apa yang berlaku jangan buat andaian. Sangkabaik la konon ahahaha..

Sampai je kat port atas bukit yang ada pencawang taksilap. Yang nampak view highway belah bawah kita. Baru lepak kejap huhahuha dgn member. Ada lak kereta peronda datang port kitorang and halau balik hahaa kacau daun betul. Lepas tu keseraman semakin bermula gais. Saat kitorg ontheway balik. Serius beb aku sampai sekarang tak boleh brain.

Balik tu aku second last. Masa tu la lampu motor aku buat hal. Kejap menyala kejap tak. Aku dah pelik. Dalam hati aku menyumpah “time2 ni kau buat hal pulak adoi” . Aku hanya bergantung lampu belakang motor kawan depan dan lampu motor kawan belakang. Sesekali kawan aku ride sebelah untuk cover aku. Cuak dah aku masa tu. Tak lama lepas tu dalam 5mnit. Aku perasan ada sesuatu berlaku tak jauh kat depan . Kami slow motor and rupanya kawan eksiden. Nasib baik tak kene lenyek. Risau juga kot ada kereta dari arah belakang tak nampak kami yg berada selepas selekoh. Kawan luka sikit. Padahal dia bawa berhati hati. Kawan hanya diam bila kami tanya oke ke tak. Masa tu kami faham ada bende tak kene. Jadi kami teruskan perjalanan.

Makin lama kawan2 makin laju tinggalkan aku. Mentang2 motor kecik .. motor aku panjang kene tinggal ahaha.. aku paling belakang.. lama2 aku dah tak nampak kelibat dorang.. lampu dari motor dorang pun aku dah taknampak ! Kau bayangkan cuaknya macam mana. Aku baca la apa yg patut sbb ikut logik, Selekoh tajam kot. Takkan dorang laju sangat corner lap mcm rossi. Aku pun bukannya bawak slow sangat.

Tetiba lampu aku kejap kelip kejap padam. Aku semakin perlahan . Dalam 4 saat lampu padam kalau aku laju memang ke gaung jawabnya. Tapi aku brek emergency. Aku main2 suis lampu banyak kali baru la lampu menyala. Then kwn2 yg tinggalkan aku tadi semakin hampir di belakang aku. Aku pelik yang sangat pelik. Kau tau apa dorang tanya aku??

KAU TAK NAMPAK KE KITORANG TUNGGU KAU KAT TEPI? aku terdiam wehh serius. Aku termenung. Aku geleng kepala and cakap. “Kalau aku nampak, dah lama aku berhenti. Dorang pula yang senyap. And lagi satu.. kau tau tempat yg aku brek emergency tu kat mana?? Tempat yg aku brek emergency sbb lampu aku padam tu betul2 depan simpang . Simpang kanan aku adalah menghala ke balai polis batu 16 yg kiri kanan hutan menebal . Serius wehh kalau aku ni penakut yarabbi.. aku dh pecut balik tggal kwn2.. termenung jugak la aku apa motif siak lampu motor aku dimainkan kejap celik kejap padam last2 aku betul2 dpn simpang berhantu ni ! (Lihat gambar balai polis batu 16)

Lepas kwn2 terdiam dgn jwpn aku yg tak nampak dorg tggu aku tepi jalan.. sorg kwn (lupa siapa yg mengajak) ajak ke balai polis . Alang2 dah sampai.. lagi buat hal pulak si kawan ni.. semua pakat ngikut. Aku pn terpaksa la ikut. Takkan nk dduk diam kt situ kan. Tak psl2 kene culik !

Masuk la berjemaah dgn ditemani lampu2 motor yg tak seberapa. mata meliar sana sini, fikiran mcm2 melintas. Tapi sorg pun xberani nk msuk balai tersebut. Kau gila? Jgn cari psl hahaa.. tetiba aku ada ternampak sesuatu mata warna merah memerhati kami.. apalagi aku pecut la ..berjemaah lari hahahaaa..

Lepas tu kami blah sampai la ke hospital berdekatan muzium org asli sana. . Lepak jap tenangkan fikiran dgn apa yg berlaku td.. aku masih tak pcaya apa yg berlaku.. borak jap dgn kwn.. “lepas ni kau nk pergi lagi tak waktu2 mcm ni?” Kwn kata “taknak la serik doh” lalu kami gelak bersama tp fkiran masih bercelaru..

Sekian. Jgn kecam bossku. Zaman nakal biasa la. Kalau nk pergi lagi jom. Hahahaha.

Maaf kalau penulisan agak teruk, kalau korang ok aku akan tulis lagi ye.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]
SANGSAKABIRU

15 thoughts on ““Kau tak nampak ke kitorang tunggu kat tepi?” Kisah seram di Balai Polis Batu 16.”

  1. Lepas ni pergi kat Mimaland pulak.. Mana tahu lagi best story dia dari Balai Polis Batu 16 ni..
    Hahaha.. Akak tabik la, berani sungguh.

    Reply
  2. Abg saya pon pernah kena mcm ni masa konvoi rxz ke Kelantan. Kena dekat jalan muadzam shah. Alhamdulilah xda pape n selamat.

    Reply
  3. Seronok baca pengalaman zaman Gila2 remaja …
    aku pon boleh tahan buat gila waktu gila2 remaja nih …
    Mana tempat berpuaka tak redah tapi tak derlah pergi kosong ..Kita adalah Belajor Ilmu Persilatan barang 7-8 tahun sedari Kecik gitu …tahulah jugok buat pendiding bagai …
    tapi puaka2 nih (Baca Jin dan Syaithonirojim) dia menyakat mana yang berkenan saja kot atau dia main pilih orang ….???
    entahlah ….
    yang penting semuanya adalah Makhluk Allah swt,fitrah mereka tunduk kepada Kuasa YANG MAHA BESAR DAN ESA …
    Tiada upaya melainkan dengan Kehendak dan Izin-Nya Jua …
    Subhanallah …
    Alhamdulillah …
    Silalah Sambung Lagi …
    Penulisan pon bagus dan santai …

    Reply
  4. Pengalaman zaman gila ni mmg banyak..bukit tungku, highland tower, banglo belakang zoo negara..beria pegi sampai ekzos motor tertanggal pun gagah ikat je..nak tengok hantu punye pasal..masa tu highland tower paling best la..sbb jumpa mat gian tido (berani betul..gian punye pasal..port hantu pun die bantai tido)..tp dalam banyak2 singgahan tu satu hantu pun tak jumpa..kene kacau pun tidak..aku sendiri tak penah nampak..arwah atok aku kata satu sbb tak nampak tu sbb takde rezeki..lagi satu sbb hati keras..entah..aku pun tak paham😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.