Assalamualaikum FS…terima kasih sebab sudi menyiarkan kisah saya yang sebelum ni..
Siapa yang pernah baca Siapa Dia saya mengucapkan ribuan terima kasih…sebenarnya agak susah untuk menaip menggunakan telefon biasa…tapi demi sebuah cerita saya gagahkan diri juga….
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat FS…pada ketika kejadian saya masih mempunyai tok dan tok wan di sebelah mak dan ayah…kediaman saya berhampiran dengan rumah tok / tokwan sebelah ayah….situasi di mana saya pulang ke kampung…adalah di kampung sebelah emak….
Rentetan Siapa Dia berlanjutan sehingga saya masuk ke alam sekolah menengah….
Disebabnya mak ayah hendak saya lebih fokus pada pembelajaran, maka saya ditempatkan di asrama sekolah ini….bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima….duduk di dalam dorm yang sama selama lima tahun…sepanjang saya di asrama…pelbagai perkara yang terjadi….baik pada kawan malahan diri sendiri turut terkena….
Tingkatan 1…
Dorm yang saya didiami mempunyai katil besi dua tingkat dan almari baju yang diperbuat daripada kayu, dua tingkat…katil tingkat bawah dan almari tingkat bawah menjadi pilihan saya….dek kerana saiz badan yang kecil kakak senior tak izinkan saya untuk tidur di atas…
Kebetulan kedudukan katil saya betul-betul tepi tingkap…kadang angin sepoi pada waktu malam sangat dingin…katil tingkat atas dihuni oleh seorang kakak senior….walaupun berkulit sawo matang..tapi comel sangat wajah dia…jiran sebelah katil saya merupakan rakan sekelas….tapi si dia memang pendiam….saya gelarkan dia N…N Ada seorang kakak di asrama…saya gelarkan dia kak Ros….
Perwatakan N sangat berbeza dengan kakak dia…..kak Ros seorang yang sangat ceria….tapi N pendiam…suka bawa diri sendiri…tiada kawan….pernah berkali-kali saya cuba untuk berinteraksi dengan dia tapi gagal….sampailah perkara ni berlaku…..
Pada waktu malam….seleps sembahyang maghrib berjemaah….kami semua wajib hadir waktu prep…..saya dengan N ditakdirkan untuk berada didalam bilik prep yang sama….bilik prep yang saya duduk bersebelahan dengan tandas asrama….pada malam tersebut….sebaik jam menunjukkan pukul 10 malam…warden telah meniup wisel menandakan waktu prep dah tamat….dan telah tiba waktu untuk sembahyang isyak secara berjemaah…..
Kebetulan pada waktu tu, saya cuti…maklum laaa…orang perempuan sebulan sekali haa…yang lain -lain dah turun ke surau…hanya saya yang tinggal dekat bilik prep….sambil-sambil ikut jadual persekolahan untuk esok, saya terasa seperti ada sepasang mata yang sedang memerhati….tapi saya endahkan…mungkin perasaan saya apabila berada di tempat tu…tak lama kemudian, kedengaran seperti ada yang memanggil nama saya…lalu saya pun terbehenti dari menyusun buku….lepas tu terus tengok sekeliling dalam bilik prep…mana tau kot ada orang lain dalam tu….tapi kosong, yang ada hanya saya seorang…..entah la..mungkin masih mentah agaknya…Tak kenal erti seram atau takut….saya cuba pergi dekat tingkap belakang bilik prep dan meninjau ke luar…untuk pengetahuan semua..asrama yang saya diami hanya ada laluan koridor di sebelah hadapan sahaja….di sebelah belakang ada koridor juga tapi tidak ada laluan ke sana…..tahu tak apa yang saya nampak masa tu????
Terdapat 2 orang budak perempuan berbaju putih siap bertudung di situ….bahagian bawah saya tak nampak… disebabkan cahaya lampu dalam bilik prep hanya menampakkan bahagian atas sahaja…belum sempat saya memanggil budak berdua tu…tiba-tiba tangan saya ditarik dengan kuat oleh N…tanpa berkata apa-apa N terus heret saya keluar dari bilik prep kemudian kami masuk ke dalam dorm….N suruh saya duduk ats katil saya…terus suruh saya tidur….tercengang saya…sambil berkata dekat N…makan malam saya belum makan lagi….N cuma kata, tengok jam dekat
dinding …tengok-tengok dah jam 2 pagi…kemudian tengok sekeliling rupanya ramai yang dah tidur….
Sambil baring saya tertanya-tanya…tadi baru lepas prep, kemudian kawan-kawan aspuri turun sembahyang isyak…bilanya diorang pergi makan??dan bilanya wisel makan berbunyi….ishhh memang tak logik…sampai la saya tertidur….
Keesokannya….saya melakukan rutin pagi macam biasa…kemudian terus ke sekolah selepas ketua aspuri bacakan doa….
Tengah Hari….pulang kesekolah….lepas pulang dari sekolah, saya letak beg di bilik prep…ramai yang memerhati…pelik sangat rasanya…ada yang tak kena ka dekat muka saya…baju saya…..lepas tu datang seorang kakak senior…panggil saya masuk dekat dalam dorm dia….dekat situ ada beberapa kakak senior yang lain yang merupakan ketua aspuri, biro makanan dan biro kesihatan….mereka bertanya kemana saya pergi semalam…ishh…dalam hati saya mula rasa risau…dengan perlakuan N yang semalam pun masih tertanya-tanya…inikan pula soalan dari kakak senior….
Soalan demi soalan yang dilemparkan oleh mereka…sehinggakan soalan yang dituju oleh mereka saya tidak dapat jawab….akhirnya saya mendapat amaran pertama dari mereka disebabkan saya tidak hadir untuk turun makan malam….dengan mata sedikit berkaca saya masuk kedalam dorm lalu rebah badan di atas tilam….tiba-tiba N bersuara….lepas ni kalau dengar apa-apa buat tak endah….kalau nampak apa-apa cakap jangan kacau aku….
Ku sangkakan N bisu rupanya dia boleh berkata-kata….lepas tu aku tanya N, kenapa dia tarik tangan aku….N kata….sapa depa…apa pun depa…depa pun makhluk Allah…..yang pasti walau dekat mana sekalipun jangan sesekali nak duduk sendirian….di tempat baru yang masih belum kenal, hendak cuba mengenali…tambah-tambah orang yang ada sesuatu….
apa yang dimaksudkan oleh N???sesuatu???
Adakah N tahu sesuatu yang aku sendiri tak tahu…
Apakah N juga pernah alami apa yang aku alami sampaikan dia berdiam diri seperti itu??
Persoalan ni masih berlegar dalam kepala saya…tapi nasihat yang diberi oleh N saya simpan sampai sekarang…
Sambungan