‘Kawan’ Baru

Assalamualaikum buat semua warga FS. Firstly nak kenalkan diri aku sebagai mawar. Aku nak bagitau yang kisah ni bukan terjadi kat aku. Tapi kat member aku kat sekolah aku. Member aku nama dia enah(bkn nama sebenar) aku tak pernah sangka yang ada orang hantar benda kat family dia sampai dia jadi mangsa.

Hari 1: Cerita bermula mcm ni, pada satu petang tu, nak dekat maghrib jugak. Orang nampak enah jalan sorang2 kat luar bangunan. Padahal time tu pelajar siap2 duduk dalam surau dah. Enah ni dia jalan sambil tu pandang atas seolah2 memerhati sesuatu. Member aku farah ni ada kelebihan. Dia tolong ikut enah dan tarik masuk surau. Farah ni kata ada benda yang tengah terbang atas kepala dia. Benda tu macam pukau enah. Lepastu masuk surau tu boleh pulak dia senyum sorang2. Sekejap senyum sekejap nangis. Org lain semua dah takut nak dekat ngn dia.

Malam tu, waktu orang tengah makan malam. Enah pergi belakang sekolah yang ada pokok jambu. Pokok ni terletak belakang tandas. Dia berdiri je kat dpn pokok jambu sambil tenung pokok tu. Farah dah sedia nak tolong enah dgn kelebihan dia ada. Farah pun ikut enah dari belakang.

Farah dia ajak aku join. Aku on je… kitorang dah menyorok dah takut kena kantoi ikut enah. Farah ngn aku nak tau ape yang si enah ni buat dekat pokok jambu tu. Intai punya intai, kantoi! enah mcm tau2 je diri dia kena intai. Ape lagi dia gelak lah… slow je gelak. “Korang kenapa? Hihihi” farah pun layan dia gelak.

Farah ni kata kat aku, benda tu cuba nak masuk badan enah. Enah ni dah separuh sedar… pastu farah kata kat enah “ko buat apa kat pokok tu? Ko tgk apa weh?” Enah tak jawab… dia nangis pulak dah. Mendayu2 je dia nangis. Farah ni pulak gi phsyco dia lagi “dia panggil ko eh? Dia ajak ko ke?” Makin kuat enah nangis. Pastu farah kata kat aku “pujuk dia! Jgn bagi air mata keluar! Kalau dia nangis, lagi senang benda tu nak masuk.” Aku pun pujuk dia lepastu bwk gi tempat pelajar kumpul.

Hari 2: waktu isyak. Enah gi tempat sama. Kat pokok jambu tu. Aku ngan farah dah sedia nak ikut dia. Tapi kitorang menyorok. Dia tak perasan lah. Aku perhati je… enah tu dia cuma pandang je pokok tu. 5 minit mcm tu, pastu enah toleh kat aku ngan farah. Betul2 pandang kitorang. Farah kata, “dah kantoi lah weh” jom blah. Kitorang pun gi kat enah. Tgk2 enah takde! Aku dah seram sejuk. Pastu kitorang pun blah lah.

Masa nak blah tu aku jalan kat belakang, farah depan. Jln punya jalan, bila dah jauh sikit dari pokok tu, aku dengar ada benda siul panggil kitorang. bunyi datang dari pokok tu lah. Jauh je dengar. Aku diam tak cakap bnyak dah. Sampai je tmpt ramai org aku tanya farah “weh ko dengar tak” farah jwb dia dengar. Pastu dia kata “nasib baik ko tak toleh. Kalau toleh je adalah tu rezeki boleh nampak” aku agak bersyukur lah gak.

Hari 3: waktu nak makan malam. Tetiba si enah ni ajak farah suruh teman buang air besar “farah…. teman aku gi tandas jom.” Sambil senyum kat farah. Farah ikut je lah. Aku pun follow gak. Dah sampai tandas. Farah suruh aku tunggu depan pintu tandas yang enah guna tu. Si farah pulak gi belakang tandas nak siasat lah kot.

Aku tunggu si enah membuang punyalah lama. Lama lepastu enah pun keluar dalam keadaan senyum. Aku pun senyum je sbb farah kata kita layan je benda ni punya perasaan. Tapi jangan sampai buat dia marah. Pastu farah pun dtg. And then si enah jalan pergi kat belakang tandas yang ada pokok jambu tu.

Aku ngan farah follow. Enah tak pulak gi kat pokok tu.. sebaliknya farah yang pergi. Farah perhati cari apa yang ada kat situ. Pastu tetiba farah jerit “astaghfirullahalazim!” Farah datang kat aku dengan enah. Dia tutup mata ngan tangan dia. Farah pegang bahu aku dia kata “weh buruk weh muka dia… ya Allah…” ….”apa yg ko nampak? Cane muka dia?” Aku tanya farah dalam keadaan curious. “Mata dia merah macam menyala. Badan berbulu lepastu benda tu senyum je” farah cuba jelaskan. Aku mampu telan air liur je lah. Then si enah ni bersuara “shhhhh” dia suruh diam sambil pandang dan senyum kat aku. Aku tanya kenapa.. dia senyum je. Pastu farah kata “dekat dengan ko kot” aku sekali lagi mampu telan liur je lah. Then farah kata “benda tu tgh pandang farah, enah, aku dan sorang lagi kakak senior, mia(bkn nama sebenar) aku terkejut lah… mia mana ada masuk campur dlm hal ni. Kenapa benda tu nampak kak mia? Baru aku ingat, kak mia pun ada org hantar benda gak.

Esoknya aku tanya kak mia dia ada kena apa2 tak malam tadi. Dia kata dah dua malam dah dia kena. Malam pertama, dia kena kacau… benda tu dalam bentuk perempuan. Putih pucat muka dia. Tengah intai kak mia tidur. Bila kak mia tak layan, dia main pulak rambut kak mia. Lepastu boleh pulak dia sentuh lengan kak mia. Kak mia rasa lah kuku dia tajam sangat. Bangun pagi tgk ada kesan kat lengan. Malam kedua pun sama… tapi kali ni tak munculkan diri. Benda tu bunyikan zink kat luar dorm utk tarik perhatian kak mia.

Benda tu kacau enah 3 malam berturut2.. dia tak main kasar pun. Cuma nak berkawan dengan enah. Rupanya2 bila tanya si enah kenapa dia kena kacau, puncanya… mak tiri dia hantar “benda” kat family dia. Semua ahli keluarga dia kena. Ni lah manusia. Tak habis2 dgn iri hati. InsyaAllah tu aje. Sorry tak seram mana. Nanti kalau respon dari cerita ni memberangsangkan, aku nak cerita lagi pasal kak mia and more about enah. K lah bye!

By: MissMawar

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *