#Kawan makan kawan Part 2

Assalamualaikum admin & semua. Alhamdulillah tempoh hari aku ada post mengenai kakak aku yg hampir2 dijual pada org thailand, taksangka banyak post positif aku terima. Terima kasih semua. Tajuk yang kat atas ni takde kene mengena pun tapi aku letak untuk korang tahu kesinambungan nya. Pada yang bertanya, akak aku alhamdulillah okay sampai sekarang cuma, sebab sekarang badan dia dah exposed dengan jin2 ni, so akak aku sekarang jenis mudah nampak atau ada sixth sense. Ustaz kata badan akak aku ada lubang2 yg senang jin nak masuk. Mcm tu lah ceritanya, Allahualam. & kawan baik dgn ayahnya tu dh ditangkap polis, lepastu aku takthu cerita dah pasal dorg, tapi dengarnya dah pindah jauh. and bila aku lalu rumah dorang, rumah tu dah kena roboh.

Sekarang aku nak tunaikan janji nak cerita pasal akak aku yg dicintai jin. Ini memang 100% pasal akak aku sebab akak aku je ada pengalaman mistik ni, cuma aku kadang2 ada juga la terlibat secara langsung atau tak.
Lepas akak aku berubat hilangkan penyakit guna2 yang kawan baik dia bagi tu. Akak aku mula perasan yang mata dia sekarang senang nampak. Tapi bukan terlalu jelas mcm betul2 nampak pontianak rambut gerbang la, pocong lah. Taklah. tapi akak aku boleh nampak bayang2 hitam, dan bila “benda” tu ada, dia dapat rasa.

Pernah suatu hari, aku dengan akak aku lepak sat dalam bilik sambil gelak2 tengok majalah. Aku atas katil, akak aku dekat atas meja sambil pasang earfon. Lepastu dia tiba tiba bangun, lepastu pergi kat aku sambil kata. ‘Dik, kau keluar jap. Jangan masuk sampai aku panggil.’ Pastu aku ckp la,’ asal? adik nak baca majalah lah’. dia kata, ‘ala kau ni, sat je, nanti akak belanja kfc’ Aku pun dengan malasnya keluar lah juga bilik sambil membebel tak puas hati. Takthu apa yg akak aku buat dalam bilik tapi aku ada pasang telinga.

“Kau nak apa?”
“Pergilah, jangan kacau dia.”
“Kau tak pergi siap kau”
“Bawa kawan2 kau sekali”

Pelik betul, akak aku cakap dengan siapa? Tapi aku tak fikir apa2 lgi sebab aku fikir dia tgh oncall. Taklama lepas 5minit tu, dia kluar. Aku tanya lah, ‘asal kak?’ dia kata ‘tak ada apa, cuma ada yg nak ‘menumpang’ je, takpe akak dh cakap dengan dia jangan kacau kau, lain kali jangan pakai short dengan singlet, benda2 mcmtu suka’ gullpp sumpah waktu tu cuak gila, sebab tulah pakaian rasmi aku kalau kat rumah. Haha lepasni mmg tak lah aku nak pakai lagi.

Ok ni cerita pasal akak aku yang dicintai jin. Ingat manusia je ke yg boleh cinta cintun ni? Jin pun boleh tau. Aku dah highlight kan, akak aku ni jenis cantik, lembut, walaupun akak aku ni hitam manis, tapi kalau ada laki pandang dia memang tak berkelip mata lah. Senang cerita akak aku ni manis orang nya. Pada hari tu, akak aku terpaksa pergi ke sekolah sebelum subuh sebab dia ada pertandingan and dia kena tlg cikgu uruskan dewan, so dia kata nak solat dkt sekolah je.

Umum tahu, sebelum subuh matahari tak terpacak lagi kan? So mmg gelap lah. And nak dijadikan cerita, akak aku kena lalu dekat pokok besar bawah rumah kami, aku ada mention kan kat post dulu? So dia nak ke taknak, mmg kena lalu. Tapi dia tunduk je bawah wktu lalu tu sambil baca2 sikit sbab tknk perkara pelik2 berlaku. Alhamdulillah dia sampai sekolah dengan selamat. Tapi akak aku kata, waktu dekat sekolah tu, dia rasa mcm ada org ngintai2 dia. Dia pandang belakang takde siapa. Tanya cikgu dia, cikgu dia kata perasaan je tu, abaikan. So akak aku pun abaikan jelah.

Menjelang petang tu akak aku dah balik sekolah. Dia terus masuk bilik tidur. Bila dia bangun je, dia ada dekat ruang tamu and dikelilingi oleh kami dan ustaz fahmi. Akak aku tanya apasal sambil pegang2 kaki dia sebab lenguh mcm kena pijak katanya. So aku pun cerita kat dia…..

Waktu akak aku balik sekolah tu, muka dia kejap2 gelak, kejap2 nangis dalam tidur tu. Aku pun kejut lah nak tanya kenapa, takut mimpi buruk ke apa. Bila aku goncang2kan badan dia, dia buka mata. Terkejut beruk aku! MATA DIA PUTIH SAHAJA! BOLA MATA HITAM TU TAKDE LANSUNG!!. Mengucap panjang aku. Kakak aku gelak2 sambil kata, “dia aku punya hahahahhaa” Apalagi aku terus buka langkah seribu panggil makpak aku. Dorang terus panggil pakcik aku (pakcik aku boleh berubat sikit2) pakcik aku pun datang and tanya akak aku,

“kau siapa”
“Dia aku punya hehehehhe (suara lelaki garau)”
“Jangan kacau anak cucu adam”
“Ada aku kisah hahahahaha”

Pakcik aku kata kat bapak aku “ngah, aku tak boleh ubat, cepat bawa pergi rumah ustaz” kiteorang trus siap2 and masukkan kakak aku dlm kereta tapi dalam kereta akak aku behave je, dia cuma tunduk bawah. Mak aku dah nangis2 dah.

Sampai je rumah ustaz. “Assalamualaikum ustaz, ooo ustaz”. kata ayah ku. Waalaikumsalam, jemput lah masuk, ramai ‘tetamu’ harini. masuk2. Aku pun, aik? Tak silap aku ada 5 org je termasuk akak aku, ramai pebenda? aku pun malas nk layan, so biarkan jela. Waktu nak masuk tu, ustaz dok luar lagi. 5 minit lpstu dia masuk rumah sambil cakap. ‘Tak ada apa aih’ Dan aku pun gatal nak tnya “ustaz cakap dgn siapa?” ustaz kata “tak, tadi ustaz nampak ada jin2 kat luar, pocong ada, beruk besar aku, pontianak ada, dorang semua nak teman benda dalam badan akak kamu ni, ustaz dah halau dorang pi tempt lain, alhamdulillah semua selamat” Gila lah, macam pergi bercuti nak berteman bagai.

Ustaz suruh akak aku duduk dekat satu tempat khas ni sambil lunjurkan kaki. Waktu ni akak aku pandang ustaz dengan muka tak puas hati. Ustaz kata “Awat hang tak puas hati ke?” haha waktu ni rasa nak gelak je tapi ku tahan je. hehe. Ustaz pun mulakan rawatan dengan bacaan2 doa dan surah ruqyah. Selesai baca, ustaz ambil sebiji lada hitam lepastu dia tekan kat ibu jari kaki akak aku. Ni antara perbualan dorang, aku ada rakam tapi dah ke mana video tu and waktu ni suara akak aku totally berubah jadi suara lelaki.

“Assalamualaikum”
“Diam sambil sengih pandang ustaz”
“Kau islam atau kafir?”
“aku kafir”
“Kau nak apa pada budak ni?”
“Aku nak dia, aku sayang dia hahahahaha”
“Mana boleh, hang jin, dia manusia, Allah lakhnat hang tau?” (ustaz ni org kedah hehe)
“Aku cinta dia, dia cantik. Aku suka hahahah”
“Bangsa hang pun banyak cantik2 tapi kenapa hang tkmau?”
“Aku nak dia!! Aku nak dia!”
“Ok lah, kau nak keluar ke taknak?”
“Taknak, aku sayang dia”
“Asal kau dari mana?”
“Asal darimu”

Ustaz berpaling pada ayah aku. dia kata “Pakcik, rmah pakcik ada pokok besar macam payung kan?” “ada ustaz” kata ayah aku. “OOh. tulah rumahnya, kalau boleh elak2kan ye?” kami angguk faham.

“Kau keluar sekarang!” ustaz pula letakkan telapak tangan atas kepala akak aku. “Oh kau main lari2 ye dengan aku, tadi dekat atas kepala skrg bila aku scan, kau menyorok dekat perut. Tunggu kau.” Ustaz pun letak tangan atas perut akak aku dengan berlapikkan kain,dan dia buat ala2 macam pedang..
“Kau nampak tak pedang ni? Nak aku sembelih kau?”

“HAHAHAHAHA AKU TAK TAKUT BODOH!”
“Oh kau tak takut ye, nanti” sambil ustaz buka langkah macam nak sembelih org. diletakkan tangan nya kat leher akak aku.
“*akak aku nangis teriak sambil kata “Sakit ustaz… sakit….. Aku keluar ustaz, aku keluar.”

“Aku akan letakkan kau dekat satu pulau terpencil, Jangan kau berani2 ganggu lagi anak cucu adam, kalau tak lagi teruk aku kerjakan kau”
*time ni akak aku diam je*

“Sekarang ni aku nak jadikan kau jin islam. Kau nak?” kata ustaz.
“Taknak!!” (Waktu ni akak aku bangun sambil hentak kaki”
“Kau taknak lagi teruk aku buat”
“Diam sambil gelisah” “Ok aku masuk islam”
“Alhamdulillah allah perkenankan, ikut kata aku.” “ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH”

Akak aku pun ikut mengucap tapi masih lagi bersuara lelaki.
“Sekarang agama mu adalah islam, ingatlah perjanjian kau pada aku dan allah, jangan kau pesongkan lagi anak cucu adam, berbalik pada Allah”

Ustaz pun ambil 3 biji limau dan sebotol botol kaca kosong. Ustaz letak limau dari atas kepala sampai ke kaki lepastu ustaz masukkan 3 biji limau dalam botol. Akak aku terus pengsan, nasb baik ayah aku sempat sambut. “Pakcik, ambil botol ni, selimutkan di dalam kain putih, dan buangkan nya di sungai yang mengalir. Ingat walau apa pun, ingatlah pada allah” kata ustaz. Ayah aku menganguk paham.

Akak aku masih pengsan. Ustaz kata, jin ni hati keras sikit, dia nak jadikan akak sebagai isteri dia di alam lgi satu tu, satu2nya caranya dengan matikan akak aku (maksudnya dia nak buat akak aku t******h supaya dia nak tarik roh akak aku di tempat dia, lebih kurang gtu ah”) Ustaz kata rupa dia tinggi, kepala lonjong sampai ke atap rumah, mata dia bulat sangat, muka dan badan hitam, gigi hitam. Tangan dan kaki dia mengerutu. Ada 5 ekor dalam badan akak aku, tapi 4 ekor tu kiranya peneman je, dorang awal2 dah lari dulu sebab takut kena sembelih.

Kata ustaz sambil gelak. Aku tak tahu nak gelak ke tak sebab time ni mmg takut gila lah.. Ustaz sambung lagi, sekarang dekat luar rumah ada pocong tengah melompat atas kereta ayah aku, ustaz kata lagi, pocong ni sekadar nak tengok2 je takde niat apa pun sebab dia tengok rumah ni riuh semacam, memang perkara ni biasa terjadi kalau ada org berubat, jadi kalau ada apaapaun, jangan pandang atas” Kau rasa? Cuak tak cuak? Dah lah kereta ayah aku juga kau nak main loncat2. adoiiii

Kami pun beransur pulang sebab nak buang botol tu dekat sungai, akak aku time ni dia dah sedar. Waktu dalam kereta tu, akak aku pandang je belakang, aku tanya kenapa? “ada benda ikut” Ayah aku trus call ustaz. Ustaz kata “tu tak ada apa, dia sekadar ikut je, banyakkan berdoa dalam kereta” Selesai buang botol tu, alhamdulillah kereta rasa mcm ringan sangat, sebab sebelum ni kereta macam bawa muatan 10org.

Sesudah sampai rumah, mak aku tabur garam di sekeliling rumah pemberian ustaz untuk ‘pagarkan’ kawasan rumah. Nasib baik takde apa2 gangguan dah lepas tu. Akk aku pun terus tidur, dia kata penat. Ok lah aku biarkan. Ayah aku masih berjaga sebab bersembang dgn pakcik aku.

Ok done part akak aku. Maaflah kalau cerita ni panjang sangat, penat juga menaip ni hehe. Harap korang enjoy baca lah ye. Nanti aku akan cerita pula part bunian, part ni takde kena mengena lgsg pasal akak aku, tapi MAK aku. Yang ni best sikit sikit mak aku pergi masuk perkampungan bunian. Ok lah tq guys!

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]
Nora

13 thoughts on “#Kawan makan kawan Part 2”

  1. Gilooorrr aahhhh cgu soh anak murid dtg sek sebelum subuh jalan kaki sensorg…
    Kot iye pon g ar amik budak tu, bahaya kot pompuan tu…
    Agak2 ler weeiii…
    Timbangrasa ler sket, budak tu pon sggp dtg sblm subuh sbb semata nk nolong ko…
    Maghah ler ni…

    Xleh blah btol part pocong tu…
    Bizibodi jugek ghupenyer yer…
    Hahahahahah lawaaakk…

    Reply
  2. pocong tuu lompat-lompat atas bumbung keta ayah awak , tak bocor kee bumbung tu.. hehehe (gurau-gurau)

    kalau aku laa ustaz ckp camtuu , cuak nak masuk keta , nak dekat ngan keta pon akuu takut ! hahahaha

    Reply
  3. So far… aku mmg peminat setia citer2 ko..
    mmg menarik.. sila episodkn citer2 anda…

    *seyes cakap.. bnyk2 setan, pocong la y paling aku gentar and seram sekali… kalah kak ponti pnya keseraman dlm list aku… sbb pocong ni dgr citer dia slalu muncul tetibe je… xde hint lansng.. at least kak ponti dia slalu bg intro n jrg la bt body contact atau face to face scara mngejut… hahahahaha… (ckp brdsarkn citer org..)

    Reply
  4. Maaflah saya sedikit konfius di sini. Tadi pada permulaan cerita, awk cakap kakak awk “Bila dia bangun je, dia ada dekat ruang tamu and dikelilingi oleh kami dan ustaz fahmi. Akak aku tanya apasal sambil pegang2 kaki dia sebab lenguh mcm kena pijak katanya.”

    Lepastu kenape tetibe dekat 1 part tu awk ckp “Kami pun beransur pulang sebab nak buang botol tu dekat sungai, akak aku time ni dia dah sedar. Waktu dalam kereta tu, akak aku pandang je belakang, aku tanya kenapa? “ada benda ikut” “.

    Kesimpulannya akk awk ni sedar time di rumah atau dalam kereta ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.