Kawan mulut celupar

Assalamualaikum hai semua nama aku lynn. Aku baru je follow fiksyen shasha ni dalam beberapa minggu lepas . Jadi rasa mcm nak kongsi kisah aku yg tak berapa seram ni tapi akan aku ingat sampai mati.

Ok first cite masa aku umur 12 tahun . Darjah 6 laa mase tu nak amek UPSR . so cikgu pun selalu buat kelas tambahan bagai. Beberapa minggu nak UPSR cikgu buat kelas tambahan malam . Lepas maghrib tu dalam pukul 8 ayah aku hantar la aku pegi kelas. Sampai je sekolah aku terus masuk kelas dgn member baik aku nama Anis (mmg nama sebenar)
Pastu kitorg pun belajar lah mcm biase .

Pastu mase rehat 15 minit kitorang pun ramai ramai pergi toliet. Aku tak ingat mase tu berapa org . Maybae ada la dlm 7/8 org . Semua perempuan . Masa tu kelas sume kat tingkat bawah . Kelas tingkat atas tak guna . So mmg gelap lah kat tingkat atas tu . Toilet pulak kat tingkat atas . So kitorg pun ramai2 lah naik tangga . Nasib baik suis lampu atas ade kat bawah . lepas je hidupkan lampu kitorg naik atas .

Ok so masalah pun bermula masa dalam tandas. Biasa lah budak perempuan pegi tandas bukan nak berak sgt pun . Paling paling pun betulkan tudung. Lipat sana lipat sini tapi sama aje aku tgok mukanya takde pun berubah jd nora danish. Masa diorg betul kan tudung tu aku ni duduk je lah kat belakang menghadap cermin nak tunggu diorang habis main lipat2 .tetibe sorg membe aku ni nama gayah (juga nama sebenar) tetibe ckp “weh ada bau darah haid lah” pastu semua pun tetibe ckp “aah la weh ade bau darah haid” aku kat belakang ni rasa nak terajang je mulut si gayah ni. Romjadoh ape die dalam tandas malam2 ckp mcm tu . Pastu dah bising2 mcm tu start laa semua belari2 kua dari tandas. Aku pun ikut laa turut serta belari2 walaupun aku tak faham ape motif aku ikut lari .

So masa nak turun tangga ni lah boleh pulak keronsang aku jatuh kat tangga . Tepaksa lah aku patah balik pegi kat tangga tu. Yg lain lain semua dah lari masuk kelas . Pastu aku ajak la member aku nama anis ni teman aku carik keronsang aku kat tangga. Sampai je kat tangga tetibe aku dengar suara perempuan menyanyi kat tingkat atas.

Kalau korg penah tengok cerita momok ada scene pontianak nyanyi atas buaian pegang batu nisan . Suara sebijik dalam cerita tu ! Aku ingatkan tu halusinasi aku je . Pastu aku tanya anis. “Weh nis ko dengar tak ? ” pastu anis pun jawap die dgar jugak. Lepas tu kami tak kata ape dah terus lari balik kelas . Tak kire dah keronsang aku yg tetinggal tu . Dgn tudung aku tekirai kirai mcm langsir. Nasib baik aku tak gatal pandang atas masa dengar suara tu . Kalau tak aku tak tau la ape bakal aku nampak .

Hmm tu je lah kot aku nak cerita . Maaf kalau tak seram . Cuma ak nak cakap kalau korang ade kawan mulut celupar mcm member ak nama gayah tadi. Korang lempang lah mulut die . Kalau tak jadi jugak terajang lah perut dia. Kalau tak bekesan jugak ambil lah buluh runcing dan tikam lah di telapak kakinya ! Ok bye

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *