kawanku bernama amanda

Assalammualaikum nama aku Sya . Harini aku nak kongsi pengalaman aku yang tak ada lah panjang mana . Sebelum tu aku nak minta maaf kalau ada typo atau jalan cerita aku susah nak faham . Aku bukannya pandai susun cerita sangat .

Okay jom mula . Kisah ni terjadi 4 – 5 tahun yang lalu, masa tu aku pergi bercuti dengan kawan kawan aku dan pakwe aku . Tapi pakwe aku tu bawak la sekali kawan kawan dia . Nama pakwe aku tu Jeff , pelik sikit la hahaha . Kitorang menginap kat sebuah banglo 3 tingkat . Kalau korang nak tahu aku rapat dengan budak yang bernama Amanda,  dia mudah nampak benda . So malam tu dia kata dia ada nampak lembaga kat luar tingkap bilik kitorang ,  aku pun cuba tenangkan dia . Aku cakap ” kau ni mamai agaknya” . pastu dia cakap ” ha ye la kot kita pun baru 2jam sampai . So aku penat dsn mamai sikit la hehe” . Pastu aku cakap kat Amanda aku nak tidur balik . Pastu esoknya dia cakap kat aku malamtu dia dengar ada orang panggil nama dia  dan kawan aku kata tu bukan mamai lagi dah  dia rasa tu betul betul .

Esoknya pulak , aku tengah kemaskan sikit bilik aku tu, aku naik atas katil jap nak rest . Pastu aku nak amik beg aku kat tepi katil . Tiba tiba aku nampak benda tu kat tepi katil aku je . Ya Allah sumpah aku terkejut gila masa tu . Aku pun baca ayat kursi,  tunggang langgang aku baca janji aku dapat habiskan . Dalam aku pejam mata tu, bila aku bukak balik mata aku benda tu dah takde . Alhamdulillah ….Lepastu tiba tiba Jeff terpacak depan pintu bilik aku, dia tanya aku kenapa ..Aku cakap takde pape . Lepastu pula jeff cakap ” jangan tipu Amanda dah cerita kat saya la tadi ” . aku balas ” amanda ? ” jeff balas ” ye amanda . Dia kata masa awak pejam mata mulut kumat kamit dia ada nampak jugak benda tu . Amanda cepat cepat bagitahu saya ” . Aku pun cakap dengan jeff ” ouh macamtu, em saya okay je ” . dah masuk zohor , jeff mintak izin nak pergi solat . Dia tanya aku ” awak taknak solat sekali ke ?” aku jawab ” eh takpelah . Allah bagi saya cuti” . jeff pon balas “okeyla takpela camtu” . taklama tu aku dengar ada orang pulak panggil nama aku, suara dia sebiji macam jeff dalam hati aku ” eh jeff ke tu . Baru je dia cakap nak solat tadi  takkan dia dah habis solat kot, cepat betul ” . aku pun beranikan diri naik ke bilik jeff solat tu , aku tengok dia tengah solat lagi ! Habistu siapa pulak panggil aku tadi ?!

Aku masuk balik bilik aku,  aku study la apa yang patut . Tak lama tu Amanda masuk bilik aku . Dia nak study sekali, aku pun okeykan je la . Pastu Amanda tanya aku ” kau okay tak ni ” aku jawab ” ye aku okay je ni, kenapa ?” pastu Amanda cakap ” takdela . Muka kau nampak pucat sangat” . aku cakapla “ouh takdela . Aku sakit kepala sikit ni  sebab aku “cuti” kan” . then amanda cakap ” okeyla . pape bagitahu aku je okay” . aku okeykan je .

Petang tu Amanda pulak tiba tiba period dan malam tu  juga dia tidur dalam keadaan kosong . jadi , malam tu aku nampak ada lembaga hitam dekat dengan Amanda . Aku baca la apa yang patut, baca punya baca  lembaga tu ada lagi . Kalini dia dah dekat atas badan Amanda pulak . Astaghfirullahalazim… aku tak boleh tahan dan aku takut , aku pun whatsapp jeff. Malam tu dia tidur lambat so aku boleh whatsapp dia, aku whatsapp dia sorang je yang datang bilik aku punyala ramai termasuklah kawan perempuan aku yang lain . Jeff ni dia pandai sikit berubat orang, dia baca la apa yang perlu . Tak lama benda tu hilang . jeff ajak aku pergi ruang tamu dengan dia berdua je, dia nak cakap pasalAamanda sebab dia tahu Amanda rapat dengan aku .

jeff : amanda tengah ‘cuti’ eh ?
aku : haah dia tengah ‘cuti’
jeff : dia tidur dalam keadaan kosong ni sebelum tidur dia tak baca apa pun .
aku : saya tahu sebab saya nampak dia masuk bilik je terus tarik selimut dan tidur .
jeff : awak dengan amanda dalam keadaan yang sama ( maksudnya aku dengan amanda tengah period ) . saya nak awak ingatkan dia baca 3 kul , ayat kursi dan baca doa tidur sebagai pedinding .
aku : okey . terima kasih saya mintak maaf susahkan awak malam malam ni .
jeff : tak susahkan pun saya pun nak membantu je

Esoknya , amanda tengah mandi .dia keluar je dari bilik air tiba tiba dia kata badan dia rasa berat . Aku apalagi , papah dia masuk dalam bilik terusla . Pandangan jeff masa tu tajam gila  dia macam tengah memerhati kat belakang badan amanda . Lepastu jeff jumpa aku … Dia cakap….

jeff : malamni awak halang amanda dari tidur awal .
aku : kenapa ?
jeff : tadi masa awak papah dia , saya nampak lembaga hitam yang sama . Dia ada belakang badan amanda . malam ni saya nak berbual dengan lembaga tu .
aku : berbual ? baiklah

Malam tu jugak aku tak bagi Amanda tidur awal, perangai dia pun dah lain cepat marah, malas study dan asyik marah dengan pakwe dia tanpa sebab . Tiba tiba amanda senyap dia tunduk bawah dengan rambut yang menutupi seluruh muka dia . AAku lari pegi bilik jeff aku panggil jeff dan mulalah sesi berbicara diantara jeff dan ‘Amanda’ .

jeff : kau nak apa dengan budak ni
‘amanda’ : aku suka budak ni !
jeff : apa maksud kau !
‘amanda’ : aku suka budak ni kerana darahnya sangat sedap dan lazatt !
jeff : kau keluar dari badan ini sekarang !!
‘amanda’ : tak mahu !
jeff : baiklah , aku akan sakiti kau !
‘amanda’: arghhh sakittt !!!
jeff : kau nak keluar ke tidak dari badan ini ?!
‘amanda’ : baiklahh aku keluar !
jeff : kau jangan ganggu anak ini lagi !

Masa ‘amanda’ cakap sakit tu aku tak tahu jeff tengah buat apa . Sebab masatu aku tutup mata sebab aku takutt . jeff ajak aku berbual dengan dia sekali lagi di ruang tamu .

jeff : lepas amanda dah pulih , tolong arahkan dia untuk bersihkan diri dia betul betul . rumah ni banyak ‘benda’ . yang tak jaga kebersihan tu dia akan jadikan tuan dia .
aku : okey . saya nak tanya boleh ? sebenarnya benda tu dia…… ( belum sempat aku habiskan ayat aku , jeff dah p****g dulu )
jeff : benda tu dia muncul dari luar tingkap bilik awak .
aku : ya Allah !
jeff : awak tolong jaga kebersihan diri awak, saya bukan nak perlekehkan amanda harap awak faham .
aku : takpe saya faham .

Dan sekarang Amanda dah pulih sepenuhnya . Alhamdulillah dan sekarang ni pun aku telah pun berkahwin dengan jeff . Alhamdulillah kami telah dikurniakan 3 anak . 2 orang tu adalah anak kembar .

Aku nak pesan  bila korang period tu tolong jaga kebersihan ye . Sebelum tidur baca ayat ayat pedinding . Sekian terima kasih maaf kalau cerita aku tunggang langgang .

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
sya

4 thoughts on “kawanku bernama amanda”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.