Kedengaran Bunyi Gelang Kaki Pukul 3 Pagi

Assalamualaikum pembaca tegar fiksyen shasha, aku Nadia (bukan nama sebenar) berumur 21 tahun dan sekarang ini aku sedang menjalani latihan industri bagi menghabiskan 3 tahun aku belajar di sebuah kolej terkenal di Bangi. Maaf kalau aku bahasakan diri ni sebagai “aku” kerana aku lebih selesa untuk bercerita dengan cara ni hehe. Kejadian yang akan aku ceritakan ini berlaku baru lagi haha tapi tak berapa baru la. Maaf sekali lagi, banyak betul aku merapu haha. Aku decide lama dah nak cerita benda ni tapi baru sekarang rasa nak post cerita ni haha.

Kejadian yang akan aku cerita kan ini terjadi sewaktu aku first masuk asrama kolej tersebut. Kiranya waktu tu kitaorang dah nak habis orentasi. Aku dan kawan aku, Qilah diberikan satu bilik yang sama which is aku bersyukur gila sebab aku ada kawan yang aku dah kenal. Satu bilik sepatutnya ada 3 orang tapi disebabkan roommate aku tu rumah dia dekat area Bangi je. Dia decide untuk tak tinggal di asrama lepas orentasi. First week orentasi tiada kejadian pelik berlaku, mungkin sebab kitaorang tak selalu duduk bilik mana taknya pukul 4 dah kena bangun mandi siap-siap and then turun bawah sebab ada taklimat sebelum kitaorng solat subuh berjemaah di masjid. Kiranya sewaktu orentasi bilik tu hanya digunakan untuk tukar baju dan tidur sekejap sahaja.

Bilik aku dengan Qilah terletak betul betul dekat hujung sebelah tangga, tangga tu jarang orang lalu sebab dia dekat belah belakang block. Aku ingat lagi masa tu aku duduk tingkat dua. Bagi sesiapa yang tahu kolej ni dan yang pernah duduk bilik ni paham paham jelah haha tapi aku tak pasti sama ada korang pernah lalui atau tak. Kejadian ini memang cukup terkesan dekat dalam hidup aku sebab aku tak pernah kena kejadian mistik macam ni. Macam biasa seminggu selepas orentasi, kami diberikan cuti sebanyak 3 hari untuk pulang ke rumah sebelum melalui berminggu-minggu di sini. Rumah aku dekat sahaja dengan Bangi tak sampai 1 jam setengah pon sama juga macam Qilah. So kitaorang dua memang antara orang yang terawal balik rumah.

Lepas 3 hari bercuti, aku kurang excited sikit nak balik asrama sebab kena duduk sana kan. Tak pernah belajar dekat sekolah berasrama penuh kan so perasaan takut takut tu memang ada lagi lagi dah duduk berdua je. Macam biasa aku dengan Qilah akan balik asrama lepas maghrib, masa tu jugak lah kitaorang sibuk nak kemas kemas barang, katil yang kosong dibiarkan di tepi. Aku dengan Qilah sambungkan katil rapat sebab kami berdua memang penakut sikit. Selesai kemas bilik, aku tengok jam pukul 11. “Uish lama betul kan kita mengemas”, ujar aku kepada Qilah. “Biasalah weh, bilik besar kan dengan tandas lagi kena basuh”, ujar Qilah sambil menghempaskan badannya di atas katil kerana penat sangat mengemas. Aku dan Qilah mengambil giliran untuk membersihkan diri masing-masing kerana terlampau busuk akibat mengemas tadi.

Tup tup jam tepat 12 malam, aku macam biasa akan tidur lewat paling kurang pukul 3 pagi baru tidur sebab dah terbiasa habis je SPMĀ aku banyak luangkan masa tengok drama korea. Manakala Qilah time tu dia tengah belek belek phone sambil tunggu boyfriend dia call. “Bagus! wifi laju malam ni mesti semua dah tidur. Tengok youtube kejap lah”, ujar aku. Lepas dah membelek youtube tengok video sampai 2 jam setengah aku decide nak dengar lagu sebab mata macam dah mengantuk. Qilah pulak dah on the phone dengan boyfriend dia, lagi pishang lah aku. Keadaan masa tu macam biasa, aku tak rasa seram sejuk or tak sedap hati ke apa sebab elok je aku layan lagu kpop nasib tak menyanyi sekali kalau tak dah kena sound dengan warden sebab rumah warden dekat dengan bilik kitaorang.

Macam biasa aku kalau dengar lagu, volume mesti 95 ke atas punya kuatlah sampai orang luar pun boleh dengar. Tengah aku sedap dengar lagu, tiba-tiba aku dengar bunyi “ching ching”. Mula aku buat tak tahu je. Tapi aku pelik volume aku kuat sampai 95 tapi aku dengar bunyi “ching ching” tu dengan jelas. “Ahh sudah”, ujar aku dalam hati. Aku pandang Qilah. Qilah pandang aku. Aku cakap, “kau dengar tak weh?” . Dia kata dia dengar. Kitaorang dah pelik. Bunyi tu makin lama makin kuat. Aku dah seriau time tu, duduk tercegak je dekat katil. Bunyi makin lama makin dekat, tiba tiba ada oarng ketuk pintu. Korang nak tau tak bunyi apa tu? Haaaaa bunyi gelang kaki loceng yang orang india pakai tu. Time tu aku rasa macam kena pukau pun ada tak sedar diri pun ada. Sumpah rasa macam bodoh pergi bukak pintu sebab time tu tak pikir apa dah.

Bukak-bukak tengok takde orang. Tapi dari jauh aku dengar orang cakap, “kunci awak tinggal kat luar”. Aku dah pelik. Sebab aku ingat aku dah kunci pintu tadi macam mana pulak boleh dekat luar? Bunyi loceng tu makin lama makin jauh tapi kedengaran kuat dekat kitaorang, suara perempuan yang cakap tu pulak kedengaran jauh. Aku dengan bodohnya amik kunci tu lepastu cakap, “terima kasih ye” lalu tutup pintu. Lepas dari tu baru aku tersedar. Aku pandang Qilah. Qilah pandang aku, dia tanya, “weh sekarang pukul berapa?”. Aku tengok jam “3:00 pagi weh”. Kitaorang dah cuak masing masing still lagi duduk tercegak atas katil. “Ada ke malam malam macam ni orng lalu?”. “Tak tahu..”. Aku capai bantal terus baring dekat dengan Qilah. Aku sumpah cuak sebab aku bukak pintu dan tak nampak apa apa.

Paling cuak sebab bunyi loceng tu kuat gila sampai aku dengar even aku tengah dengar lagu. Nak pikir positive kalau akak senior pun takkanlah gelang kaki dia bunyi kuat macam tu kan? Lepas kejadian tu aku cuba lelapkan mata, aku bukak mata sikit tengok Qilah dah selubung dengan selimut. Aku cuak sampai berpeluh peluh, nak tido? Jangan haraplah sebab dah takut sangat. Aku cuba tutup mata in case tido lepas tu tapi tak jugak. Lama lepas tu, aku still tak dapat tido tapi aku tutup je mata. Aku rasa something macam benda meraba aku, tapi aku tak pasti. Benda tu duk belai belai kat tangan aku, “ahh sudah”, gertak hati aku. Aku kenal rasa ni, ni rambut ni. Ya Allah time tu dia punya cuak level 1000 lah. Aku memang taknak bukak mata buatnya benda tu tanya aku, “kak kenapa tak tido lagi ?” mau pengsan aku seminggu.

Rambut tu belai tangan aku banyak kali. Kiri kanan kiri kanan. Dalam hati dah banyak baca doa ni, berpeluh takyah cakap. Aku lelapkan mata sampai aku betul betul tido. Esoknya aku tanya jiran sebelah ada dengar bunyi loceng tak? Ala bunyi gelang kaki loceng yang orang india pakai tu. Diaorang cakap takde pun. Elok je diaorang tido semalam. Ahh sudah naik bulu roma aku dengan Qilah. Malam seterusnya kitaorang decide tidur dekat bilik kawan kitaorang sebab takut benda ni jadi lagi. Tapi bukan benda sama jadi, benda lain pulak. Tepat pukul 3 jugak ada orng ketuk pintu bilik laju laju tapi bila tengok bawah pintu, takde bayang pun. Benda ni banyak kali dah jadi sampai aku terkena 3-4 kali jugak. Cuak dia takyah cakap lah. Aku paling benci kalau orang ketuk ketuk ni. Masalahnya orang ke tidak???

So moral of the story, kalau dah tahu pukul 3 tu sila lah tido ye lagi lagi yang duduk dekat asrama kolej ke universiti ke asrama sekolah ke. Memang time tu waktu dia lalu. Aku yang tengah taip ni fuhhh bulu roma naik beb sebab still ingat lagi benda ni. Aku nak minta maaf kalau cerita aku ni tak seram and panjang bebenor tapi ni berdasarkan pengalaman aku dan kawan aku dan aku nak minta maaf juga andai terkasar bahasa atau tersilap cakap ye. Semoga enjoy baca cerita aku ye warga fiksyen shasha ?

nadia nadhira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Kedengaran Bunyi Gelang Kaki Pukul 3 Pagi”

    • Kaannn…
      A.k.a KYPM…
      Zura situ gak ke???
      Tp skrg dh ade kos yg kena buat LI ekk…
      Akk dlu first batch DBS-UiTM situ…

      Reply
      • a’ah.. zura pun study DBS-UITM kat situ jugak..mmg selalu dgr cite2 mcm ni..
        selalu kat tingkat 4 tu mmg tak ada penghuni..

        Reply
  1. Tula kauuuu. Bongok. Malam2 bukak lagu kuat2 .kpop pulak tu. Kau tak tau ke ada sesetengah lagu kpop ada unsur pemujaan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.