Kehamilan Sulung

Bila zaman semakin maju kita mesti akan fikir petua-petua orang tua ini karut dan menyusahkan. Tapi aku dah percaya benda ini memang betul ia bermula bila aku dapat tahu yang aku ini ‘bunting pelamin’ nak kata gembira tu memanglah gembira tapi itu bila mood tengah okay bila mood tengah angin monsun barat daya aku akan mula persoalkan “napelah aku ngandung awal pulak” yelah lagi- lagi d***h muda macam aku baru berusia 22 tahun tak menyempat nak honeymoon ke mana-mana. Extra bonus lagi bila aku dapat mertua yang garang penuh dengan pantang larang sebab anak pertama ini memang wangi dia khasiat dia lain macam bagi si ‘dia’…

Ceritanya bermula bila aku mendapat keputusan positif hamil, aku kerap mimpi keguguran di satu pertiga malam dan ular tedung hitam yang patuk aku. Sampai kandungan aku hampir masuk 3 bulan aku bermimpikan satu suara tanpa rupa atau muka yang mengatakan “genap 3 bulan kandungan kau aku akan ambil dia daripada kau” Mesti pembaca tertanya mana suami dia kan? Suami aku jenis yang pemikiranya terlalu positif melainkan bab bab hal keagamaan jelah. Contohnya perubatan islam pun dia tak percaya, dia lebih terapkan aku dengan suruh rajin solat dan mengaji dah cukup tak perlu pergi ambil air sana sini. Tapi bila dia kerap tengok aku meracau pukul 3 pagi dia percaya juga lah aku dikacau oleh ‘dia’ Gangguan menjadi-jadi bila waktu magrib aku duduk sambil menghabiskan sisa air putih di dapur rumah mertua aku. Depan aku ada pintu bilik yang sememangnya dah terbuka. Bilik tu sebenarnya bilik yang baru ditinggalkan oleh adik ipar aku memandangkan bilik baru dia telah pun siap. Apa yang menganggu aku ketika itu ialah sewaktu aku tengah nak habiskan sisipan terakhir mata aku tertumpu pada pintu bilik tersebut, aku nampak lembaga putih seolah-olah seperti perempuan yang tengah berdiri depan aku. Reaction aku dah tentu lah kan aku terkejut dan tundukkan muka pandang perut aku. Masa tengah tunduk itu tak tahu lah nak terangkan macam mana tiba-tiba boleh ada tangan daripada arah belakang peluk perut aku ia seolah-olah seperti kabus-kabus putih berbentukan tangan. Aku tak jerit kalau orang lain confirm lah dah menjerit dengan riang rianya betul tak? Nasib pun menyebelahi aku sebab adik sepupu suami aku datang ajak berbual sekejap.

Gangguan seterusnya, bila suami aku dijadualkan untuk bekerja malam hari di kilangnya dekat woodlands, singapore. Aku pun tidur jelah malam-malam berseorangan tanpa peneman. Aku perasan bila aku tidur berdua dengan suami aku aku rasa bila bangun pagi badan tak sakit tapi bila tidur seorang Ya Allah rasa badan aku seolah-olah macam kena pukul bila bangun pagi. Malam seterusnya pula suami aku cuti, aku terlelap dibelakangi suami aku dan aku tersadar bila aku terasa perit di bahagian belakang tubuh seperti digigit, kebetulan ketika itu suami aku yang baring membelakangi aku itu dah memang tersedar daripada tidur lebih kurang 10 minit sebelum aku tapi suami aku main scroll facebook dia, bila aku tersedar tu aku panggil suami aku mintak dia tengokkan apa yang perit kat belakang aku? bila suami aku tengok dia cakap ada kesan lebam. Haiihh dah pulak ‘bendanya’ da mula berani nak ganggu walaupun suami aku ada.

Oleh kerana tak tahan aku pun pergilah balik rumah mak aku mintak bersihkan diri. Mak aku handal la bab-bab ini tapi aku tak mintak izin suami aku pun untuk bersihkan gangguan yang aku kena. Bila aku tidur rumah mak aku suami aku kena OT kebetulan lah kan kalau tidak memang haram lah nak dapat buat sedangkan kalau cerita kisah pengalaman orang yang kena pun dia tak nak dengar apa entah lagi kalau aku sebagai isterinya berubatkan. Cara mak aku mudah je sebenarnya aku dimandikan air campuran bacaan yassin, bunga nak 5 kuntum berlainan warna, susu, dan limau. Baldi kedua aku dimandikan dengan air sirih. lepas mandi memang fresh gila. Muka aku yang jadi gelap kusam teruk masa dalam mengandung ini nampak lah perubahan dia kembali cerah balik tapi part tu aku tak sure sebab apa aku jadi gelap macam itu mungkin pembawakan lah agaknya.  Selepas selesai sesi mandi aku sepatutnya kena kunyah daun sirih untuk detect apa sebenarnya masalah aku. Aku pun biul nampak kek atas meja aku ngap dulu keknya baru nak kunyah terus teringat sirih itu. Dah telan kek tu aku pun baca lah surah Al-fatiha 3 kali dengan selawat 3 kali dan kunyah lah sirihnya… Apa yang aku detect? aku rasa sirih tu masin dan pedas pada mulanya lepas aku kunyah lagi hilang semua rasa sirih tu. Aku pun beritahu lah mak aku apa aku rasa… korang rasa apa jawapan mak aku…..? mak aku cakap aku kena gangguan jin rohani. Dah tahu mengandung merayap naik motor ikut laki kena angin malam lalu sana sini badan orang mengandung ini wangi……… sekian lah tazkirah yang aku dapat lepas daripada balik rumah mak aku itu aku tak kena gangguan macam itu lagi.

Rasa tenang je walaupun suami tak ada kat sebelah untuk teman aku tidur waktu malam. Sampai satu hari gangguan itu datang balik. Dah la aku ni jadi gian nak baca fiksyen shasha. Mungkin silap aku balik malam semula masa singgah kerumah kakak aku kitaorang berhujanan bila dipertengahan jalan yelah tak akan nak patah balik jadi menunggukan baju kering kitaorang pun balik dalam pukul 11 lebih naik motor kerana belum kukuh lagi ekonomi nak beli kereta sebab baru kawin. Esoknya mertua aku bebel tanya balik pukul berapa dan seperti biasanya menantu akan dipersalahkan aku pun diam saja tak buat sesi balas pantun pun bila orang tua tu dah marah. Sejak daripada hari itu aku rasa bila nak tidur mata susah nak tutup terasa macam ada orang perhatikan dan bila ia semakin menjadi jadi bila malam sesi makan malam dah bersurai aku akan ke tandas yang berada di dapur dulu buang air kecil dan isi air suam dalam botol untuk makan supplement yang ada dalam bilik. Bila aku tengah tadah air panas tak semena-menanya tangan aku terkena air panas. Aku mula tak sedap hati aku pun pusing nak melangkahkan diri untuk keluar daripada dapur tiba-tiba lampu dapur dimatikan aku pun nak buka langkah untuk lari masuk ke bilik. Baru nak buka langkah saja lampu pun hidup tapi aku tetap larikan diri juga dengan memikul botol air bersama perut yang besar kandungan berusia 6 bulan. Bila tiba kat bilik suami aku tanya kenapa? Aku pun cerita lah kat dia ingatkan dia akan percaya tapi dia cakap entah-entah lampu rosak agaknya. Aku pun malas nak mengiakan apa-apa tapi aku memang tak rasa lampu rosak.

Esoknya suami aku tidur sepanjang hari sampai lah pukul 9 malam baru lah dia nak mandi. Bila aku tunjuk muncung sedepa aku dia pun pujuk tanya nak makan apa? Aku pun cakap lah teringin nak makan ABC kat AhYong (nama gerai di tempian Tebrau, Johor Bahru) suami aku pun okay kan. Mak mentua aku tak bagi sebenarnya memandangkan sesi suami aku mandi campur pembentangan meeting untuk beli ABC je dah jadikan masa berjalan sampai pukul 10 malam yelah naik motor lah katakan sebab itu lah mertua aku berat nak kasi pergi. Aku pun kesian kan si suami aku jauh nak menapak ke sana. Jadi beli lah kat area dekat sikit dengan kawasan rumah kitaorang di Kempas. Perjalanan membawa aku dan suami sampai ke kawasan Taman Denai kedai ABC itu tutup kecewa lah aku. Suami aku pun ajak la cari lagi dan keluar daripada kawasan tu melalui jalan dalam nampak lah taman permainan dengan padang yang suram dan semacam bagi aku. Bila da beli dan bawak balik kitaorang minum lah dengan adik-adik ipar aku sekali selesai mengemas aku pun pergi tukar baju tak cuci muka dan kaki. Terus baring kat sebelah suami aku yang terlelap penat cari ABC. Aku pun belai lah jambang suami aku tiba-tiba aku nampak mata suami aku terbeliak senyum sinis kearah aku dan mata hitamnya bergerak kekiri dan kekanan secara laju. Aku jadi cuak aku panggil suami aku “B….!” berkali-kali dan kali ke tiga suami aku bangun daripada tidur seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku. Aku jadi takut terus peluk suami aku sepanjang malam dan keesokannya aku mintak khidmat nasihat mak aku melalui telefon dan dia bebel dan memulakan sekian kali tazkirahnya sekali lagi dan memesan kat aku supaya sebelum tidur cuci kaki dan muka dan letakkan penyapu lidi di belakang pintu bilik aku.

 

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 1]

15 thoughts on “Kehamilan Sulung”

  1. Kesimpulan nya…awk ni degil and acah2 berani..da tau ngandung..rajin2 la jaga diri..kalo kuar mlm basuh muka n kaki bagai..benda simple je..jgn smpi da terjadi benda yg x di ingini baru nk dtg menyesal..

    Reply
  2. dah kena masih nak buat juga….pantang orang tua jangang dipandang ringan ada sebab2 nya…..
    ini namanya sendiri cari bala

    Reply
  3. ermmm len kali jgn kluar memalam buta kalau xnk diganggu…zaman skg ni, pantang larang langsung xambik tahu…bile da kena gangguan, bru terpinga2…

    Reply
  4. Wahai saudari….untuk penulisan seterusnya, tolonglah letakkan tanda bacaan. Penulisan sangat mengelirukan dan susah nak faham. Seolah-olah macam naik keretapi, lurus je pembacaan, takde perasaan.

    Reply
  5. Assalammualaikum semua jangan salahkan akak ni semua yang menulis disini (FS) bukannya seorang penulis yang pro And kata pun blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman individu itu sendiri. So apa yang baik kita ambil apa yang buruk jangan lah kita ikut. Plus kalau bosan tak payah baca kalau anda baca pun untuk kecam orang. Last sekali untuk akak penulis terima kasih untuk berkongsi and tolonglah dengar kata2 ibu akak kalau sayangkan anak akak yang sedang membesar dalam perut akak tu. Sekian dari saya maaf kalau ada yang tersinggung

    Reply
  6. Alhamdulillah ada juga yang sudi menegur.Kesian penulis kena ‘bang’ teruk2….cukuplah seorang mulut masin,jgn yg lain pula turut serta☺

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.