Kejadian di hostel #NuhaPenakut

Assalamualaikum FRians. Nama aku Nuha. Aku just straight to the point jelah eh. Oh ya ni first time aku post cerita. Terima kasih admin.

Kejadian 1;-
Penghuni dalam bilik ada 6 orang termasuk aku. Aku kenalkan mereka ni AIN, AMAL, INA, SYURA & SERI. Saje bagi intro. Ok time tu study week tau so penghuni setiap bilik kat aras kiteorang tu memang jarang ada orang, memang akan sunyi. Boleh kira dengan jarilah siapa je yang ada dalam bilik masing2. Aku salah sorangnya dan juga Ina. Aku pun studylah mcm biasa tapi Ina tak study. Dia duk bergayut dengan boipren dia. Pastu tetiba dia jerit2, marah2 boipren dia. Maybe boipren Ina tengah sakat Ina kut sebab ayat Ina cam, “b takyahlah takutkan orang mcm tu, orang berdua je ni dengan nuh” blablabla aku tak dengar dah apa diorang sembang.

Masa aku tengah khusyuk study tulah tetiba ada angin lalu kat belakang aku. Meremang habis bulu2. Maybe tingkap tak tutup kut, aku pun bangunlah nak pi tutup. Pelik, tingkap tutup je. Time aku nak tengok tingkap tu aku buka langsir luas2. Lepas check aku terus pusing nak prgi kat meja tapi aku tak jadi gerak sebab aku rasa cam ada something tengah pandang aku. Aku toleh. Ye memang tapi bukan ‘benda’ tu tapi si INA. Membulat mata dia pandang aku. Lemah lutut. Aku terus nangis terduduk sebab takut sangat. Tengah syok nangis tak pandang Ina dah tetiba ada ketukan kat tingkap yang aku prgi check tadi. Lagi kuat aku nangis dengan harapan ‘benda’ tu kesiankan aku. Banyak kali kut dia ketuk rasa cam nak pecah. Pastu aku rasa ada orang pegang tangan aku. Aku langsung taknak tengok sebab aku memang penakut wehhh. Rasa nak pengsan.

“Weh nuh ni aku lah Ina. Jum bangun cepat. Ambik harta benda kau pakai tudung ke apa”. Aku terus buka mata. Ye itu Ina kut. Aku pun kabutlah bangun pakai tudung, ambik segala harta pastu terus keluar tak toleh mana2 dah. Berlari kiteorang turun bawah. Semput weh. Pucat muka kami sampai guard pun tegur. Masing2 diam lama gak nak sedar balik. Pastu Ina pun bukalah cerita…
————————————–
Masa aku tengah on the phone dengan Lan, aku nampak langsir belakang kau beralun gerak. Aku terus end call. Aku tahu kau takkan buka tingkap lepas maghrib. Pastu kau pun gerak bangun prgi kat tingkap. Masa kau selak tu terkejut aku ada kain putih lalu. Then kau terus pandang aku nangis semua bagai. Lagilah aku terkejut sebab maybe kau nampak pape tak kat belakang aku ke apa kan. Aku terpakulah kat situ sampai aku nampak ‘kakak’ kat tingkap ketuk2 nak masuk. Tergamam aku. Aku bacalah sikit2 then benda tu hilang. Aku tarik tangan kau haa camtulah cerita aku.
————————————-
Aku dah cool sikit time ni. Terus aku marah si Lan boipren si Ina ni sebab dia lah celupar sangat sakat Ina. Ina pun iye kan je.

Kejadian 2;-
Aku habis kelas lambat time tu nak dekat maghrib. Then sampai bilik terus je azan. Amal & Syura time tu siap2 nak mandi. Yang lain takde tak balik lagi kut. So tinggallah aku sorang dalam bilik. Aku pun siap2 lah gak nak mandi. Dah habis mandi semua, aku masuk bilik. Bilik aku ni bila kau masuk je kau akan terus nampak tempat solat. Ada orang solat time tu tapiii badan dia lain macam besar. Maybe Ain sebab badan Ain besarlah gak. Aku pun buat tak tahu je lah terus prgi kat almari. Almari aku pulak sebelah tempat solat tu je. Masa tengah pakai baju tu rasa meremang sikit sebab aku perasan orang tu tak gerak2 ke nak sujud ke apa.

Berdiri tegak je. Memang tak nampak muka sebab aku belakang dia. Aku dah rasa lain mcm nak larilah apa lagi. Aku kan penakut tapi tak rasa lah nak nangis time tu tapi rasa nak jerit kuat2. Biar orang dengar datang selamatkan aku. Aku pun nyanyilah “bapak ku kawin lagiiiiii” kuat2 sambil berlari. Dah keluar pintu fuhh punyalah lega nampak Amal dah siap mandi. Dia pun pelik nampak aku kelam kabut. Aku baru nak cakap pasal benda dalam bilik tu Amal dah masuk dulu. U know what? Its nothing. Orang solat tu dah takde. Aku cari orang tu setiap sudut bilik, memang takde. Semua dah balik barulah aku cerita.

Kejadian 3;-
Seri. Minah ni selalu balik lambat. 1 2pagi time minah nilah selalu muncul. Jawapannya dia selalu ikut bf dia lepak. Seri ni jenis liar. Baju always tak cukup kain. Memang aku geram sebab minah ni selalu menyusahkan aku. Hari2 aku gaduh dengan dia. K tu je intro sikit pasal dia huhu.
Mcm aku cakap tadi dia akan balik lambat kan. Time tu plak aku tidur lambat sebab siapkan assignment. Lampu dah tutup yang lain dah tidur. So Seri pun balik. Kelam kabut naik atas katil. Katil kiterorang double decker. Aku duk atas, Seri pun. Terus dia berselubung. Then tetiba cermin kecik Syura terjatuh. Pecah berderai. Aku rasa cam ada something. Berselubung jugaklah aku. Aku dengar Seri nangis.

“Nuh tolong aku. Aku takuttt!” Aku dengar tapi aku buat tak tahu sebab apa gaisss ye sebab aku pun takut. Lepastu aku dengar katil Seri bergoyang cam ada orang naik. Kuat bunyi bergoyang dia. “Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!” Terbangun semua orang. Aku takleh nak gerak, tak tahulah kenapa. Kaku je. Seri meracau macam orang gila. Aku nampak Syura pujuk Seri baca ayat2 semua. Diorang bawak Seri turun apa ntah dorang buat aku tak nampak sebab aku takleh gerak. Akak-akak senior pun ada jgak. Amal panggil dorang. Ada sorang akak ni naik atas katil aku, dia baca apa ntah terus hembus kat aku. Aku tersedar boleh gerak2. Dia cakap ada ‘benda’ tindih aku. Aku dah lemah semangat gila time tu. Amal ajak keluar prgi bilik sbelah duduk situ kejap smentara akak2 tu buat kerja dorang. Borak2 aku pun tertidur. Aku malas nak ambik tahu apa yang jadi nanti aku lemah plan. So aku diam & buat tak tahu je.

Actually banyak lagi kejadiannya tapi 3 ni pun cam dah panjang sangat kan. Tu jelah hehe. Thank you adiosss~

Nuha

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

4 Comments on "Kejadian di hostel #NuhaPenakut"

avatar
ainieee

serammm

dora

BESTLAH.. SERAM DOH.. CTER LAH LAGI

Lala

Tgh seram2, ttiba “bapakku kahwin lagiii”!! Adoila.. tgelak jap..haha..
Btw, best!

maisara azman

seram citerlah lagi..dah lh aq bace sorg2 family aq semua dh keluar 🙁

wpDiscuz