Kekasihku Aswang

Assalamulaikum warga FS. Semoga kalian sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja. Ini sekadar kisah hiburan jiwa. Mohon maaf sekiranya penyampaian agak kurang baik.
***************
“Aku tidak bersalah!” Aku tidak bersalah!”

Bergema ruangan mahkamah dengan raungan James. Lebih dari tiga orang anggota polis yang bertugas terpaksa menahan amukan James. Sempat juga James menendang salah seorang anggota polis sebelum direbahkan ke lantai.

Tiada sebarang riak pada wajah hakim, yang telah menimang tara bukti jenayah James. Lagipun, suasana sedemikian sudah biasa baginya. Hampir kesemua yang tertuduh bila didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bertindak liar tanda tidak rela. Tidak rela dijatuhi hukuman gantung sehingga m**i di bawah akta 302!
******************
Ahmad, wartawan bebas antara yang mengikuti kes James dari hari penangkapan sehinggalah pada hari penetapan hukuman. Dan dia tidak berniat di situ saja. Ahmad, bercita-cita tinggi. Dia ingin menghasilkan sebuah buku. Bukan kisah biasa. Dia ingin menjadi seperti Tom Rob Smith yang menulis kisah Andrei Chikatilo yang berjudul Child 44. Kisah seorang pembunuh yang kejam. Itu jika benar James yang melakukannya.

Kes James memang menarik perhatian bah mengegarkan tanah air. Dua mayat wanita dan seorang lelaki yang terpisah kepalanya ditemui. Identiti mangsa dikenali sebagai Angel dan Ana. Dua beradik yang menawan semasa hidupnya. Angel pula dikenal pasti sebagai kekasih James. Mangsa lelaki, pula dikenali sebagai teman Angel dan Ana sejak kecil. Dua mayat anak kecil juga ditemui bersama. Segala bukti menunjukkan James melakukannya. Anehnya, kenapa dia mengatakan dia tidak bersalah?

“Aku mesti menemuramah James. Mesti.” Ahmad nekad.

Sudah puluhan kali James menolak untuk ditemuramah oleh Ahmad. Tanpa putus asa, seminggu sekali Ahmad mencuba. Hari ini juga begitu. Sedari jam 10 pagi Ahmad sudah tiba di pintu penjara.

Ahmad agak kaget bila dimaklum oleh anggota warden penjara bahawa James bersetuju untuk bertemu. Meskipun begitu, Ahmad berasa amat teruja. Berkali-kali tangannya mengusap rambut.

Jelas sekali penjara telah menghakis ketampanan pemuda berdarah campuran Iban dan Filipina itu. Atau kerana dia telah dihantui perbuatan kejamnya sendiri. Namun, ketenangan jelas terpancar di wajahnya.

“Engkau, wartawan yang ingin menemuramah aku?” James memerhati tubuh kurus Ahmad. “Apa yang engkau ingin tahu? Bagaimana aku m******h mereka?”

Dengan perlahan Ahmad menarik kerusi untuk duduk. Jelas James ingin memprovoknya.

“Pada kiraanmu, kenapa agaknya aku m******h mereka?”

“Cemburu.” Ahmad mengulang isi yang dinyatakan di dalam berita. “Engkau cemburu dengan Angel yang mesra dengan Anthony. Ana tidak engkau lepaskan juga kerana dia saksi utama perbuatanmu.”

Belum sempat James membuka mulut, Ahmad menyambung bicara. “Tetapi aku tidak percaya cerita dongengmu.”

James tersenyum sinis. Tangannya bermain dengan kertas yang dilipat rapi sejak tadi. Tidak berhenti-henti. “Jadi, kerana apa? Kerana aku gila?”

“Engkau tidak gila. Kredibiliti doktor yang memeriksamu bukan calang-calang. Bukan kerana gila.”

“Jadi kerana apa?” James tetap mendesak.

“Aku tidak tahu. Mungkin kerana engkau tidak melakukannya. Tetapi itu juga bukan jaminan aku.” Ahmad mengaku jujur. ” Aku tidak tahu dan aku tidak mahu membuat spekulasi sendiri. Sebab itu aku ingin menemuramah engkau. Cuma engkau yang tahu. Aku ingin menghasilkan buku berdasarkan kisah engkau dari versi mulut engkau sendiri.” Ahmad berterus terang.

Agak lama James merenung Ahmad. Mereka bertentang mata, masing-masing kelihatan berperang dengan minda sendiri. Akhirnya James menghulurkan kertas di tangannya kepada Ahmad.

Ahmad menyambut kertas tersebut lalu membukanya. Ahmad terkesima sebentar.

“Engkau yang lukis?”

James mengangguk.

“Hebat. Tona pensil yang teliti. Seolah-olah hidup.” Ahmad memuji, jujur. Lukisan itu memang kelihatan hidup.

“Itu Angel.” Sahut James manakala Ahmad terkesima. “Cukuplah untuk hari ini. Kalau engkau percayakan aku, aku sudah cukup bersedia untuk berkongsi. Namun kalau engkau ragu-ragu usahlah susah payah untuk kembali.”

Ahmad masih meneliti lukisan itu ketika James menghampiri pintu dengan diiringi warden bertugas. Sebelum itu, Ahmad terdengar James mengumam tetapi jelas kedengaran di gegendang telinga.

“Aswang…”

******************
Kembali dari penjara, Ahmad dihubungi oleh kawannya, Syafik yang juga seorang penyiasat persendirian. Syafik yang sedang menyiasat kes curang seorang ahli perniagaan terkenal ingin meminta bantuan Ahmad.

Walaupun Ahmad selalu kurang senang bila Syafik menerima kes sedemikian dia tetap menolong Syafik atas dasar kawan. Lebih lagi, Ahmad memang kenal dengan ahli perniagaan itu.

Kesibukan Ahmad bersama Syafik sehingga ke malam. Setiba di rumah sewa, Ahmad yang keletihan segera mandi dan solat isyak. Dia kemudiannya tertidur di sofa.

Tepat jam tiga pagi, Ahmad terjaga tiba-tiba. Angel yang menyerupai lukisan James menjenguknya di dalam mimpi. Ahmad mengusap muka sambil membaca ayat Kursi dan tiga Qul.

“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.” Ujar Ahmad sambil mengusap mukanya lagi. Segera dia teringat dengan lukisan James. Dengan bingkas, dia mengambil kertas itu yang terletak di poket seluarnya.

Ahmad memerhati lukisan itu. Bagaimana mungkin ini adalah Angel. Angel adalah seorang perawan yang jelita, bukan seperti ini. Mata Ahmad tidak beralih, lukisan itu adalah gambaran mahkluk yang hodoh. Dengan gigi yang tajam dan lidah terjelir. Persis vampire dalam filem Van Helsing. Ya, amat mirip. Mahkluk itu juga berkepak.

Dengan pantas Ahmad membuka komputer riba dan menggunakan enjin carian Google.

“Aswang..” Ahmad menyebut sambil menaip.

Serta merta keluar pelbagai info. Ahmad membaca satu persatu dengan sabar. Dia juga melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Agak mirip dengan lukisan James kesemuanya.

Mata Ahmad berpijar kerana menekuni skrin komputer riba agak lama. Apakah James gila? Ahmad yakin dia tidak gila. Namun mana logik akalnya menyamakan teman wanitanya sebagai aswang. Mahkluk dunia gelap yang dikatakan pernah digeruni oleh masyarakat di Filipina. Lagi tiada akal, aswang itu cumalah mitos semata. Mitos ke?

Ahmad memutuskan untuk bertemu dengan James lagi pada hari itu.
*******************

“Engkau kembali. Jadi engkau percaya kepada aku?” Soal James kepada Ahmad.

“Sejujurnya, aku tidak tahu samada ingin mempercayai engkau. Namun aku percaya, engkau tidak gila.”

James cuma tertawa kecil. Wajahnya lebih pucat dari semalam. “Jika tidak kerana setiap malam aku dilawati oleh ibu Angel, tidak mungkin aku ingin bertemu dengan engkau.”

Ahmad kehairanan. Adakah malam juga ada masa melawat?

“Aku memutuskan untuk bercerita kepada engkau. Terpulang kepada engkau ingin percaya atau tidak. Paling tidak, ada satu kisah fiksyen thriller untuk engkau hasilkan.”

Ahmad memutuskan untuk mendengar kisah James. First hand. Dari mulut pembunuh sendiri. Akal logik letak belakang dulu.

**************

James tidak pernah tidak terpesona dengan paras Angel, kekasihnya sejak tiga tahun lalu. Dia sedang memerhatikan gelagat Angel yang sedang mencuba topi satu persatu dari tadi. Gembira sungguh Angel bila dibawa ke pasar Serikin yang bagi James biasa-biasa saja.

“Ah, aku telah google mengenai pasar ini. Antara tempat yang patut dilawati jika ke Kuching. Biarlah indah khabar dari rupa. Alang-alang kita di Kuching kan?” Ujar Angel dalam bahasa Iban yang fasih. Jarang sekali dia berbual dengan James dalam bahasa Filipina setelah menguasai bahasa Iban.

James cuma tersenyum. Bahagia yang tidak pernah dirasai. Getaran cinta yang mendebarkan. Empat tahun lepas, James mengambil keputusan untuk menjejak ibunya di Filipina. Ibunya melarikan diri bila dia berusia dua tahun. Dia tidak pernah diberitahu puncanya namun satu-satunya maklumat yang dia tahu ialah ibunya adalah wanita Filipina dari kepulauan Visayas.

Penjejakan James ke Visayas pada mulanya amat mengecewakan. Wanita yang dicari tidak mengakui dia sebagai anak. Malah tega menghalaunya kembali ke Malaysia. Dengan hati yang remuk, James menyusuri kepulauan itu. Pada tika itulah dia bertemu dengan Angel.

Angel yang jelita, pada mulanya langsung tidak tertarik dengan James. James kembali ke Malaysia membawa hati yang dua kali kecewa. Namun peluang James kembali ke kepulauan Visayas terbuka tiga bulan kemudian. Dia membuka cawangan kerjasama pelancongan di kepulauan tersebut.

Cerita dipendekkan, hati Angel mula tersentuh dengan kesungguhan James. Hari ini pula adalah ulangtahun hari mereka mula memadu kasih. James memandang Angel dengan penuh rasa cinta. Kelihatan Angel sibuk berceloteh dengan Ana, adiknya. Ana sekadar menyahut dengan cebikan mulut. Sejak dari mula, Ana memang dingin dengan James. Malah, seluruh ahli keluarga Angel seolah tidak mengalukan James. Namun kerana cinta, James tidak ingin perkara itu membebaninya.

Pada malam kejadian kejam itu, adalah hari yang paling tidak diduga oleh James. Siangnya mereka berasa sungguh bahagia. Namun malamnya sungguh celaka. Malam itu, Angel memberitahu James bahawa dia ingin berehat saja di apartment sewa.

James akur. Namun memikirkan bahawa Angel dan Ana yang tidak menjamah makanan pada petangnya, James segera kembali ke apartment sewa Angel dengan bungkusan nasi ayam penyet.

Agak lama James berdiri di depan pintu apartment sebelum ia dibuka oleh Angel. James yang tidak perasan dengan riak wajah Angel yang agak cemas segera masuk ke ruangan dapur.

Angel yang cuba menghalang James dari masuk tetapi tidak sempat. James sudah bersemuka dengan Anthony di dapur.

“Engkau siapa?” Soal James dengan suara yang agak tegang, dibalas dengan jelingan sinis Anthony.

“James, dia temanku dari Filipina yang sedang bekerja di sini.” Dengan agak ragu Angel bersuara. Ana pula tidak kelihatan.

“Sayang tidak pernah memberitahu kepadaku.” Kata James yang masih merenung Anthony dengan curiga.

Berbeza dengan James, Anthony kelihatan santai malah sengaja memprovok James dengan senyuman sinis. Tiba-tiba Ana muncul entah dari mana.

“Anthony akan keluar dengan Ana selepas ini.” Terang Angel. Riak wajah Ana pula agak kelat.
“Angel temankan James keluar ya.”

James mengangguk perlahan. Sebal dalam hati agak berkurangan setelah Ana muncul. Belum pun sempat James berpaling, terdengar jeritan halus dari dalam bilik mandi. Keempat-empat mereka kaku, tidak bergerak untuk beberapa saat.

Sekelip mata, dengan kepantasan di luar akal Anthony memaut leher James dari belakang. James merasai perit di kerongkongnya. Kedengaran Angel menjerit dan Ana pula mengatakan sesuatu dengan keras terhadap Angel.

“Engkau jangan apa-apakan dia.” Kata Angel kepada Anthony. Tanpa menyahut Anthony mengheret James ke bilik mandi. Angel cuba menghalang tetapi Ana memaut tangannya.

Anthony menendang pintu bilik mandi. James serta merta mual. D***h bertakung dan ada di mana-mana. Terdapat tubuh kecil longlai yang tidak sempurna di atas lantai. Kelihatan seorang budak perempuan dalam keadaan terikat dan lemah di dalam tab mandi. Ketakutan maha dahsyat terpampang di mata budak perempuan itu.

Anthony mengheret James ke ruang tamu pula dan menolak tubuh James ke hadapan. James berpaling berhadapan dengan Anthony, Angel dan Ana. James memandang Angel dengan penuh tanda soal. Dia juga berperang dengan rasa mual yamg melampau.

“Engkau ingin tahu apa yang terjadi?” Anthony bersuara. “Engkau ingin benar tahu?”

Di depan mata James, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Perubahan fizikal pada Anthony berlaku dengan agak pantas. Wajah Ana kelihatan amat teruja. Angel pula pasrah. Dia tahu, tidak mungkin mampu menghalang Anthony.

Jasad Anthony berubah menjadi mahkluk yang paling hodoh dia tengok. Gigi yang tajam dan berkepak. Terduduk James. Tidak mampu lagi lututnya menampung berat tubuhnya.

“Engkau tahu, kami hanyalah hidup dengan memakan anak-anak kecil dan janin.” Anthony menyerigai. “Tidak sepatutnya engkau bersama Angel.” Anthony menjeling ke arah Angel. “Entah apa yang merasuknya.”

Dengan suara yang tersekat James bersuara. “Angel, Ana.. Lari.. lari cepat.”

Namun, alangkah terkejutnya James bila mendengar Ana ketawa. Mengilai lebih tepatnya. Buntang matanya melihat perubahan pada jasad Ana yang kemudiannya menyerupai Anthony.

Angel kelihatan serba salah. Namun akhirnya dia mendapatkan James. Angel, cintanya kepada James bukan pura-pura. Dia tidak ingin melihat James terluka apalagi m**i! Angel ingin membawa James lari.

Anthony seolah-olah tahu apa yang ada di dalam fikiran Angel. Tanpa berlengah, Anthony menyerang Angel. Angel terbanting ke dinding. Belumoun sempat Anthony ingin merobek jantung James dengan kukunya yang panjang dan tajam, Angel bangkit menendang dada Anthony. Anthony hanya terheret beberapa kaki kebelakang.

Kini Anthony dan Angel saling berhadapan. Kedengaran bunyi deraman dan bunyi mendesis dari keduanya. Ana pula cuma memerhati dengan berhati-hati.

“Engkau pengkhianat!” Jerit Anthony lalu menyerang Angel. Anthony memanjang tangannya ingin mencakar Angel. Angel mengelak namun kaki Anthony sempat menendang dada Angel.

Dalam tercungap, jasad Angel berubah. Hodoh sekali, menyerupai Anthony dan Ana. Angel menderam.

“Engkau harus d*****h! Pengkhianat!” Jerit Anthony lagi lalu terbang meluru ke arah Angel yang belum bersedia. Namun Anthony tersasar. Tanpa disangka, dia diserang oleh Ana.

“Kenapa?” Soal Ana kepada Anthony.

“Dia pengkhianat. Mengasihi manusi lebih dari kita!”Jawab Anthony.

Ana menderam. “Dia kakakku. Jangan sentuh dia. B***h saja manusia ini!”

“Jangan!” Angel menjerit.

Kejadian berlaku dengan pantas. Anthony sudahpun menyerang James. Angel, menghalang dengan tubuhnya. Namun, Ana yang terkorban. Ana menjadi benteng Angel. Kepalanya tercabut dicantas menggunakan kepak oleh Anthony. Angel mengamuk bila melihat kepala adiknya berguling di lantai. Anthony yang leka sebentar kerana tersilap sasaran menerima padah. Namun, tanpa Angel sedari, di saat kepaknya mencantas kepala Anthony, lehernya juga tepat dicantas oleh Anthony.

James yang tidak mampu bergerak walau seinci pun, dikelilingi kepala-kepala yang bergelimpangan. Tepat pada masanya, pintu apartment dirempuh anggota polis. Mereka menerima aduan dari jiran-jiran apartment yang curiga dengan pelbagai jeritan tadi.
*************

Ahmad termenung panjang sekembali dari penjara. Hatinya kuat mengatakan James tidak berbohong. Akhirnya Ahmad membuka komputer ribanya dan mula menaip. Kisah James akan diabadikan di dalam sebuah buku dengan judul “Kekasihku Aswang”.
**************

Tamat.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “Kekasihku Aswang”

  1. Boleh buat novel..
    saya suka cara penulisan yg senang faham macam ni..
    Penulisan yang buatkan saya membayangkan kejadian sebenar. haha

    Reply
  2. Patut mcm pernah dgr perkataan ASWANG ni hahaha… dlm tv pernah kuar (Grimm) cume jalan cite dia lain dan ASWANG dlam cite tu tkpe kepak , dia sedut janin dengan lidah yg bergigi..?

    Reply
  3. Aswang atau asuwang ni gelaran mahkluk mirip vampire di Filipina. Mitos aswang glamer di Visayas Filipin. Boleh google gambar aswang ni.

    Reply
    • Sini…sini…
      Hehehehehe…

      Akk ahad-isnin mmg bz sket dik…
      Dr semalam nampak tajuk ni x sabar nk bace…
      Tp akk jenis x suke bace citer lompat2 ikot tajuk peberet, gigih gak nk bace one by one…
      Konon mcm appreciate penulis2 lain ar katenyeee…

      Suke citer ni…
      Unik, x macam kebiasaan…
      Berderau bile buka toilet ade mayat bebudak tu…
      Errrggghhhh…
      Pastu dikelilingi 3ekor aswang yg ganeh, mane mau lari woooo…

      Reply
  4. aik .. kenapa polis tu tangkap si james padahal kepala and badan yang dah longlai kaku tu jadi makhluk yg hodoh . kenapa polis tu tak nampak ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.