As salam alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Namaku zahariman , saya adalah seorang perawat Islam dan hari ini saya ingin berkongsi kisah betapa zalimnya sihir . Di dunia ini, perkataan sihir itu sudah sinonim dengan masyarakat kita, dan semua dah tahu kan betapa zalimnya sihir ini ..
Baiklah, kita terus kepada kisah yang saya nak ceritakan kepada anda semua , mengisahkan tentang seorang mak cik yang mahu dikenali sebagai kak soh, alkisah bermula apabila kak soh dan suami mula membuka kedai makan untuk mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi,
Sejak hari pertama pembukaan kedai kak soh, perniagaan mereka sangat laris, jualan mereka memuaskan dan pendapatan juga mencukupi untuk keperluan beliau dan keluarga.
Hari demi hari , sehinggalah terjadi suatu ujian yang kak soh dan keluarganya langsung tidak menduga, perniagaan mereka semakin merosot tanpa sebab, pekerja2 kak soh saling bergaduh antara satu sama lain, hingga menyebabkan mereka kehilangan pekerja, hal ini membimbangkan kak soh dan suami,
Tidak cukup dengan itu, suami kak soh pula diuji dengan sakit kaki yang luar biasa, setelah dibawa ke doktor pakar, doktor memutuskan bahawa PPK soh tidak mempunyai sebarang penyakit. Kak soh mula mencurigai akan hal ini dan beliau bertekad untuk menghubungi bomoh yang beliau kenal iaitu abe wa, (abe wa ni adalah bomoh dan kaedah dia ni bertentangann dengan syariat)
Setelah dihubungi, abe wa menyatakan bahawa kedai kak soh dan keluarga telah di sihir oleh orang terdekat, pendek cerita, bertahun tahun juga lah kak soh mendapatkan khidmat dari abe wa , sehinggalah abe wa disahkan terkena penyakit jantung berlubang dan abe wa memutuskan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam dunia perbodohkan ekoran kesihatan beliau yang tidak menentu
Sehinga suatu hari, kak soh bertemu dengan saya di kedainya (sebab masa tu saya bekerja sebagai penghantar daging import) dan kak soh mendapat maklumat dari bos saya yang saya pandai dalam bidang rawatan Islam. Ni maka,kak soh mual menceritakan apa yang berlaku kepada saya dan saya mengambil perutusan untuk meriwayatkan kak soh dan suami terlebih dahulu.
Setelah saya perbetulkan aqidah kak soh sekeluarga dan mereka bertaubat, saya muka meriwayatkan abe soh yakni suami kak soh dan abe soh mula mengeluarkan jurus handalan dan akhirnya ia rebah ke bumi sambil meraafak sembah kepada saya, lantas saya membangunkan abe soh dan sedarkan beliau.
Setelah abe soh sedarkan diri, beliau menceritakan bagaimana keadaan beliau menghadapi sakit bertahun tahun ini, kesakitan yang beliau alami selama bertahun ini menyebabkan beliau berharap agar ditarik nyawanya segera kerana tidak tertahan menanggung kesakitan.
Bliau rasakan seumpama dirumuskan dengan jarum yang tajam lahirkan panas dan seolah kakinya digigit oleh sesuatu ,
Para pembaca, demikianlah saya kongsikan serba sedikit betapa jahatnya tukang sihir dan betapa zalimnya sihir itu, hanya kerana hasad dengki, maka terus di sihir akan orang itu.
Demikian sahaja, moga bermanfaat, insya Allah, jika ada masa, akan saya kongsikan lagi rahsia menentang atau melawan gangguan jin.
Berakallahu fikum
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Buruk bebenor cara penulisan nye. Cerita apa tak faham langsung. Fiksyen shasha mmg tak tapis dulu ke sebelum upload..pening membacanya.
Typo banyak sangat. Cerita jadi merapu