Hai pembaca setia FS and thank you admin FS sebab meluluskan cerita saya. Kisah ini adalah cerita benar dan bukan ditokoh tambah bagi menyedapkan cerita. Aku adalah seorang perempuan. Sebelum ini aku cuma pembaca setia FS, baru tegerak hati untuk bercerita tentang pengalam aku sendiri.
Cerita yang aku akan kongsikan ini terdapat 3 episod. Harap korang boleh paham apa yang aku nak sampaikan.
HILANG DI DALAM PERUT
Daripada kecik lagi mak aku ada ceritakan mengenai pakcik kami yang hilang dalam kandungan. Adik beradik kandung mak aku sebenarnya ada 7 orang (termasuk yang hilang). Kisahnya bermula apabila nenek aku telah bermimpi sepasang pasangan berjubah putih meminta anak yang dikandungkan oleh nenek aku. Pada hari pertama mimpi ini, nenek aku bermati-matian menolak dan menangis tidak mahu beri anak yang dikandungnya. Pada hari kedua, nenek aku masih mengalami mimpi yang sama. Tetapi dia tetap tidak mahu beri anaknya kepada pasangan tersebut. Sampailah pada hari yang ketiga, nenek masih bermimpi perkara yang sama dan nenek masih tetap dengan keputusannya. Namun, pakcik aku (dalam mimpi ni pakcik aku dalam lingkungan umur 4tahun) tiba-tiba berkata βmak, saya mahu ikut merekaβ dalam keadaan tersenyum dan rela berpisah dengan nenek aku. Sebelum ni pada hari pertama dan kedua mengalami mimpi apabila terjaga perut nenek aku masih macam orang mengandung. Tetapi pada hari ketiga setelah bermimipi yang pakcik aku mahu ikut mereka, perut nenek aku telah megempis. Seolah-olah dia tidak pernah mengandung. Sedangkan ketika itu nenek sudah mengandung 9 bulan dan hanya tunggu masa untuk bersalin saja. Perut jadi kempis, tidak ada sebarang pendarahan mahupun sakit. Menagislah nenek aku pada pagi itu kerana kehilangan anak di dalam kandungan.
MELAWAT DI DALAM MIMPI
Mungkin semua tertanya-tanya macam mana aku boleh tahu jantina bayi yang nenek aku kandungkan kerana pada tahun 60-an tidak silap aku masih belum mempunyai teknologi untuk βscanβ jantina bayi di dalam kandungan. Tetapi menurut nenek aku, dia boleh tahu jantina bayi yang hilang tu sebab βbayiβ tu melawat nenek aku melalui mimpi. Nenek aku cerita, ada malam-malam yang tertentu anak yang hilang tu akan melawat dalam mimpi bersama pasangan suami isteri tersebut tapi kadang-kadang melawat nenek aku seorang diri. Hingga dewasa dia melawat nenek aku dalam mimpi. Nenek cakap anak yang hilang tu, seorang lelaki , berupa elok, berjubah putih, mempunyai ilmu agama yang tinggi dan berakhlak yang baik. Dipercayai pasangan bunian yang megambil bayi tesebut. Melawat dalam mimpi ni hanya nenek aku je yang alami. Atok aku tak pernah mengalami mimpi seperti nenek aku. Setiap kali mimpi, pakcik aku akan beri nasihat tentang keagamaan dan perkara-perkara yang baik kepada nenek aku. Pakcik jugak sering berpesan kat nenek, kalau nak berjumpa dengan dia nenek kena sentiasa jaga solat. Tapi apa kan daya, semasa nenek terkena buatan orang. Nenek jadi malas dan tidak mampu untuk bersolat. Maka sejak dari itu, nenek tidak lagi dilawat oleh pakcik dalam mimpinya. Ibarat terputuslah ikatan mereka. Bagi yang bertanya pasti ke anak yang melawat dalam mimpi itu anak yang hilang atau tidak, itu aku tidak boleh pastikan kesahihannya. Namun ini datangnya dari naluri seorang ibu. Wallahu A’lam Bishawab, ini yang diceritakan oleh nenek aku sendiri.
ATUK DAPAT KELEBIHAN
Sejak kehilangan anak di dalam kandungan, atok aku mendapat kelebihan dari segi perubatan tradisional yang dibantu oleh bunian yang mempunyai kepakaran mengubat. Berbanding dengan nenek aku yang mengalami mimpi. Kelebihan tersebut ialah, atok aku boleh mengubatkan orang yang terkena sihir, mengurut anggota badan yang patah sehingga sembuh, bersilat, dan sebagainya. Namun, atok aku hanyalah menjadi orang perantaraan dengan pesakit. Ketika atok hendak mengubat orang, atok akan mengosok kedua tapak tangannya dan terus sapu ke muka (macam mengambil wuduk ke muka). Selepas tu atok akan terus pejamkan mata dan memberikan salam kepada pesakit dan orang sekelilingnya. Atok cakap semasa dia sedang pejam mata ni, roh atok akan berada di kampung bunian. Manakala jasad atok akan di ambil alih oleh bunian yang mempunyai kepakaran mengubat. Sepanjang hidup aku, dah banyak kali aku tengok βatukβ mengubat orang. Semua hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran, sebaldi air untuk mandian, beras sedikit (dicampurkan di dalam air sebaldi), minyak kelapa untuk mengurut (kalau ada sakit yang memerlukan urutan) dan limau nipis untuk mandian. Tidak ada pun menggunakan kemeyan, gambar atau perkara-perkara yang syirik. Sambung balik, selepas badan atok di ambil alih, atok akan duduk bersila dari mula proses mula mengubat sampai lah selesai. Atok akan menanyakan tujuan pesakit datang ke rumah. Nenek aku akan jadi tukang tejemahan untuk pesakit. Maksudnya, kalau nenek aku tak ada, proses pengubatan tidak akan dapat dilakukan kerana sepanjang proses hanya nenek aku yang paham apa yang βatokβ aku mahukan. Kerana masa mengubat, atok akan jadi orang yang buta. Dan hanya meraba-raba sekiranya memerlukan sesuatu barang. Kenapa atok tak bukak mata tu aku tak tahu dan tak pernah bertanya pulak. Kalau nak tanya sekarang pun sudah terlambat sebab atuk aku dah meninggal. Al-Fatihah untuk atok aku. Dari segi bayaran pulak atuk tidak pernah meletakkan harga. Pesakit yang membayar sekadar bersedekah sahaja. Kalau pesakit tidak memberi duit, atok tidak akan meminta-minta. Aku pernah bertanya kepada atok bagaimana rupa kampung bunian kalau atuk bertukar jasad. Atok cakap sama saja macam kampung manusia, tapi mereka semua berjubah putih, rumah macam pondok, tiada teknologi, dan pegangan agama yang tinggi. Lupa pulak nak bagitahu, setiap kali proses mengubat yang masuk ke dalam badan atok aku tidak tentu bunian dari mana . Maksudnya kalau dari Jawa, bahasa yang keluar jawa la. Kalau dari sini bahasa sini la. Kadang tu keluar bahasa yang pelik-pelik nenek aku pun pening, jadi kena tanya satu-satu apa yang dia mahu sampailah dia mengangguk. Kenapa aku boleh tahu dorang dari mana sebabnya βmerekaβ akan perkenalkan diri dan bagitahu datang dari mana. Yang pastinya setiap mereka selalunya menetap di gunung-gunung dan hutan-hutan yang tebal. Sepanjang atok aku dapat kelebihan ini, yang aku paling ingat dan selalu datang mengubat ialah Datuk Panglima Hitam dari Gunung Jerai. Tapi sejak atok mula sakit dan kurang bersolat, kelebihannya menjadi terbatas. Kerana βmerekaβ hanya berdamping sekiranya atok menjaga ibadah kepada Allah dan menjadi muslim yang sejati sahaja. Wallahu A’lam Bishawab.
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca cerita aku. Selepas ini, aku akan cerita lagi pengalaman aku yang lain. Kisah yang ni tak seram, lepas ni baru seram sebab ada hantu. Hahaha. Aku tak nak panjang sangat bercerita sebab nanti korang bosan. Maaf andai terdapat ejaan yang typo mahupun tunggang langgang. Peace yo!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
So Special….
Tq =)
Subhanallah…
rasa macam pernah dgr, true story. tapi tak sure org yang saya tahu itu.
Kita kenal ke? hehehe
Datuk Panglima Hitam ni perwatakan dia garang dan tegas ke? dia pandai bersilat ek
tanya je.
Sy mcm tau jee dato panglima hitam dr gunung jerai ni…
Yup. Garang, tegas dan pandai bersilat. Kenal ke?
ramai pengubat batin, mengalami kebolehan mengubat org sakit selepas kehilangan anak dlm kandungan.
Hikmah selepas kehilangan
Bagus!!!!!!:)
Tq bagi komen yang positif =)
kesian nenek kau..
Tak pe la. Dah tu bahagian dia. Kena redha
Nice
Thanks
Best storyπππ
Tq bagi komen yang positif
next…slmt mnjalani ibadah pose semua…
cerita lain dari yang lain..menarik ππ»ππ»
Terima kasih
Subhanallah.
cerita nie paling best.
Terima kasih bg komen yang positif
Sama2 kasihπ€£
Subhanallah…
Ada hikmah atas apa yg berlaku..Tak sabar nak baca cerita seterusnya…
Cerita ni best sangat..π
Terima kasih π
Best cerita ni π
Terima kasih π
waahh untuk cerita yg pertama pun terjadi kat family saya juga.. Masa mak saya mengandungkan anak kedua,doktor sahkan kembar. Sehinggalah satu hari tu,mak saya bermimpikan seorang tua datang tolong “menyambut bayi”..Dia ambil seorang sahaja. Terjaga dr tidur,terus mak saya check perut,masih besar lg..Next check up baru tahu yg dlm perut tinggal seorang je..Nasib baik dia amik sorang,klau 2 sekaligus..hmm
Cerita best… Kisah benar?
8/10 cerita yg pertama rasanya orang2 yg terpilih je yg akan melaluinya.. Pernah baca kisah mcm tu..
πππ
pengalaman yg hebat
hmmmm..
Sama seperti keturunanku