Malam masih muda, namun seluruh penghuni di dalam rumah ini sedang lena dibuai mimpi. Hanya detak jam di dinding saja yang jelas kedengaran tatkala ini. Apabila suasana sunyi sepi begini, terus persoalan itu menjengah di benak mindaku. Argh, mana mungkin? Bukanlah!
Aku dilahirkan di dalam rumah nenekku pada awal 90-an dan aku merupakan cucu perempuan tunggal yang tinggal bersama nenek aku. Menurut nenek aku, ibuku telah meninggal dunia saat melahirkan aku dan aku dibesarkan sepenuhnya oleh nenek aku. Nenek aku merupakan seorang yang sangat baik, sangat mengambil berat tentang aku, selalu menasihati aku.
Hubungan aku dengan nenek sangat rapat, sangat akrab seperti ibu dengan anaknya. Aku begitu disayangi oleh nenek aku, segala kemahuan dan kehendak aku pasti dipenuhi sehinggakan nenek pernah bilang padaku, nenek ingin menghadiahkan sepasang cucuk sanggul emas miliknya kepadaku kelak. Boleh dikatakan aku di tatang bagai minyak yang penuh.
Sehinggalah aku melangkah ke usia remaja, aku bagaikan seperti baru tersedar dari mimpi. Tapi aku masih tidak percaya, tak mungkinlah!
Nenekku seorang wanita yang sangat pandai menjaga penampilan dirinya, sentiasa berkebaya pendek, rambutnya yang panjang hitam mengurai tidak pernah dibiarkan tidak terurus, rambutnya pasti disanggul rapi dan alis mata tidak pernah ditinggalkan walau sekali pun. Raut wajah nenek aku langsung tidak seiring seperti umurnya, nenek sentiasa kelihatan cantik, muda di mata aku, paling cantik sempurna adalah sewaktu sepasang cucuk sanggul emas itu berada di dalam sanggulan rambut nenek.
Masih lagi aku ingat, pada suatu malam itu, aku masih lagi berjaga, mungkin kerana aku terlajak tidur siang tadi. Tiba-tiba aku terdengar bunyi lantai kayu di rumah nenek aku seperti seseorang sedang berjalan menuju ke dapur. Aku tidak berani keluar dari bilik untuk melihat, benakku berkata mungkin nenek lapar. Tidak lama kemudian, aku terdengar seperti seseorang paip air hujan dipulas di dalam tandas. “Nenek mandi pada waktu sebegini ker?” Tapi biarlah, esok saja aku tanyakan pada nenek. Lalu aku terus cuba untuk melelapkan mataku.
Keesokan harinya aku bertanya pada nenek, nenek menunjukkan reaksi muka selamba sambil berkata, “Eh mana ada nenek bangun? Kan nenek tidur dengan kamu dalam bilik semalam? Takkan kamu lupa?”
“Oh yalah, lupa. Tak perasan pulak nenek tidur atas lantai, sebab Nini kan tidur atas katil,” balasku. Nenek geleng kepala kepadaku. Aku terdiam dan tidak tahu apa patut aku fikirkan pada waktu itu. Tapi tak apalah, tak mungkin hantu sebab aku tak percaya semua tuh. Mungkin khayalan aku semata-mata.
Seminggu berlalu. Sedang aku leka mencatat sesuatu dalam diariku, sekali lagi aku terdengar bunyi paip air hujan dipulas dan seseorang sedang mandi di dalam tandas. Hati aku tertanya-tanya, siapa pula yang tengah mandi itu. Sedang aku beranikan diri untuk melihat siapakah yang sedang mandi itu, aku tidak perasan bahawa diariku telah jatuh terperosok ke bawah katil. Ketika aku melangkah melalui depan pintu bilik nenek, aku terdengar bunyi suara seseorang sedang bercakap-cakap di dalam bilik nenek. Bulu romaku terus menegak, aku jadi tidak berani untuk meneruskan langkahku, aku berpatah balik masuk ke bilikku dan aku memaksakan mataku terpejam rapat sehinggalah aku terlena. Aku sudah tidak berani untuk bertanyakan nenek tentang bunyi-bunyian yang aku dengari saban malam. Aku buat keputusan untuk cari jawapan sendiri.
Zaman ini juga aku kian dewasa. Jadi, pelbagai konflik dan persoalan mula muncul dalam fikiranku. Aku mula tertanya-tanya, kenapa nenek tidak pernah bercerita tentang ibu & ayahku kepada aku? Kenapa nenek tidak pernah memberitahu aku ke mana pergi ayahku selama ni setelah kematian ibuku? Kenapa nenek tidak pernah membawa aku ziarah ke kubur ibuku? Bukan aku tidak pernah cuba untuk bertanya, setiap kali aku cuba, setiap kali tulah nenek akan mengubah topik.
Hari demi hari berlalu, sehinggalah seperti biasa, seminggu sekali akan terdengar bunyi seseorang sedang mandi. Semakin hari, semakin banyak petunjuk yang telah muncul, hinggalah pada suatu hari itu, aku terdengar bunyi yang sangat kuat dari arah bilik nenek. Teragak-agak, aku melangkah ke bilik nenek. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu bilik nenek. Di sebalik daun pintu bilik itu, aku seakan terlihat sesusuk tubuh wanita tua. Mustahil itu nenek, nenek tidak setua itu. Belum sempat pintu itu dibuka luas, nenek menegurku dari belakang, “Apa yang kamu buat di depan pintu bilik nenek ni, Nini?”
“Nini ada dengar bunyi dari dalam bilik nenek ni. Lepas tu Nini ternampak macam… macam ada orang dalam bilik nenek ni tadi.”
Nenek pun menolak daun pintu biliknya. Tiada sesiapa pun di dalam bilik nenek. Aku berkerut hairan. Mustahil aku tersalah pandang, sebab memang tadi jelas kelihatan sesusuk tubuh wanita tua itu. Aku dimarahi oleh nenek, “Tengok, mana ada sesiapa pun di dalam bilik nenek ni? Lain kali jangan banyak berkhayal melayan cerita bukan bukan di tv tu, kan dah terbawa-bawa!”
Aku terdiam dan hanya mampu meminta maaf pada nenek. Aku melangkah keluar dari bilik nenek dan masuk ke bilik aku. Aku yakin dan memang yakin aku nampak seseorang di dalam bilik nenek tadi! Tapi ke mana wanita tua itu pergi dalam sekelip mata? Pasti nenek sembunyikan sesuatu dari aku ni. Kelakuan nenek pun aneh kebelakangan ni.
“Kenapa mak keluar dari bawah tanah tu dan berkeliaran di dalam bilik Misah tadi? Kan Nini dah nampak mak tadi. Apa yang Misah nak bagitahu Nini lagi nanti kalau mak buat perkara yang sama lagi?” tanya Kamisah kepada emaknya.
“Kenapa kau tak b***h mak jea Misah seperti mana kau b***h suami kau si Sharif tu? Sampai bila kau nak kurung, seksa mak macam ni? Sampai bila kau nak menipu, sembunyikan diri kau yang sebenar dari Nini? Mak nak tengok cucu mak sebelum mak m**i.”
Dengan riak muka yang sangat menjengkelkan Kamisah menjawab kepada emaknya, “Kau diam, orang tua!”
Puas aku mencari di mana diariku. Aku berusaha mencari dan rupanya diariku berada di bawah katil. Sedang aku cuba untuk mencapai diariku, aku terlihat sebuah kotak kecil bersaiz kotak kasut. Aku memanjangkan tangan mencapai mengambil kotak tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat isi kandungan di dalam kotak itu.
Sejurus aku membuka penutup kotak itu, terdapat beberapa helaian keratan akhbar bertarikh 08 Mac 1990, tarikh dan bulan yang sama dengan kelahiranku. Aku membelek helaian demi helaian keratan itu dan mataku tertuju dengan gambar itu. “Eh, ini gambar nenek. Kenapa pulak nenek masuk dalam suratkhabar dan kenapa pulak nama nenek dalam keratan nie Kamisah Johar?” bisikku sendiri.
Bagaikan tidak percaya dengan isi kandungan keratan akhbar itu. Tapi, kenapa ibu aku telah menikam ayah aku bertubi-tubi dan menyiat-nyiat ayah aku menggunakan cucuk sanggul emas itu? Aku meneruskan lagi membaca keratan akhbar itu dengan teliti. “Kejadian berlaku dipercayai kerana mangsa (ayah) mengalami masalah gangguan mental dan mangsa bertindak menerkam dan mencekik bayi yang baru lahir itu, lalu tertuduh (ibu) menyerang mangsa sehingga m**i.”
Aku terduduk, tidak mampu berkata apa lagi, terasa seakan seperti dihimpap batu yang besar, agak susah untuk aku menelan semua ini. “Ibu aku seorang pembunuh? Tak mungkin lah. Habis tuh siapa pulak orang tua yang aku nampak tempoh hari?”
Helaian keratan akhbar terakhir dibelek olehku, “Seorang pesakit mental bernama Kamisah Johar, 35 telah melarikan diri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta,Perak. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat, sila maklumkan segera”, bacaku dengan perlahan.
Kini aku tahu siapa nenek yang sebenarnya. Tanpa berfikir panjang, aku meluru ke arah bilik nenek. Belum sempat aku membuka pintu bilik nenek, aku terdengar suara yang kuat sedang bertengkar. “Kau serahkan lah diri kau pada pihak yang berkuasa Misah, kau dah tak boleh lari lagi, lambat laun Nini akan tahu siapa kau yang sebenar.”
“Kau diam! Sebab anak kau aku jadi macam ni perempuan tua! Aku tidak kan serahkan diri aku, tidakkkkk!!!”, jerit Misah.
“Sampai bila? Sampai bila Misah? Mak dah tak terdaya lagi. Kenapa kau hukum mak macam ni sekali Misah? Kau perlukan bantuan Misah. Kau bunuhlah mak Misah, kau b***h aku!!!”
Dengan nafas turun naik Kamisah membalas, “Kau jangan cabar aku b***h kau mak!”
Aku menjadi takut dan tidak tentu arah. Dengan sepantas mungkin aku berlari keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan dan membuat panggilan kecemasan.
Tapi ternyata aku telah terlambat. Sejurus aku kembali ke rumah nenek bersama-sama pihak polis, aku terlihat nenek terbaring lemah dengan d***h yang sedang mengalir tanpa henti. Aku meluru ke arah nenek, aku memangku kepala nenek, nenek sempat menatap wajahku sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sempat berkata, “Maaf…kan ne…nekk.”
Sehingga kini pihak polis tidak dapat mengesan dan mencari di mana ibuku, Kamisah Johar. Ibu telah melarikan diri setelah menikam nenek menggunakan cucuk sanggul emas itu dan telah meletakkan sebatang cucuk sanggul emas itu di dalam diari aku.
Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor.
-TAMAT-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
best!!
Nice..rupa nya nenek tu adalah emak pnulis..x sangka..dahsyat ya kamisah tu..sanggup b***h emak dia..
.
Best..7.5/10
so 3 bintang = 7.5 ?
Hahaha..lbh kurang la..sbb nk buat 3 setengah bintang xleh plk..hahaha?
Hahaha. Awat? hang pon psiko ka?
Maira rasa.. mak Nini tu lebih kepada mental disoder yang teruk berbanding Psiko.. sebab mak Nini tu lari dari hospital mental kan? tu yg Maira rasa la.. nak cakap lebih-lebih pun maira tak arif…
Kann i pun pikir camtuu
Nak komen dulu..yey yang ke-6
so kisah ni baru berlaku ke ?
?
“Hanya detak jam di dinding saja yang jelas kedengaran tatkala ini.”
Aku teringat lagu Ayda Jebat wei! Jam di dinding terus berdetak ah ~ Hahahahahahhaha.
Okay. Nice story. Aku ingatkan banyak lagi watak dalam cite ni. Tajuk nya “Keluarga Psiko” tapi jalan cerita kisah nenek nya sahaja. Should be letak tajuk ” Nenek ku Psiko” HAHAHAHAHAHAHAHA. Gurau je.
So, nenek tu memang nenek nini ke? Ataupun nenek tu sebenarnya mak nini? Kamisah tu nama mak nini atau nenek? Allah. Confuse aku. Hahahahaha.
So, orang tua yang Nini nampak dalam bilik sebenarnya nenek nini lah? Eh. Entahlah. pening aku. HAhahahahahah k bai.
Nenek tu mak and nenek yang betul kena torture and end up kena b***h . tu Yang I paham la
ohh. i see. begitu rupa nya. Thank you. hehe
Patut letak tajuk NENEK KEBAYAN…hehehehehehe
Ahahahaha aku pun terus teringat lagu ayda jebat tu weyh ???
best!
best & sedih !
‘Orang Psiko’ jangan di layan! Makin di layan makin menjadi. Jagan angkat call or reply text. Jangan mencabar! Orang Psiko tak guna akal fikiran.
setuju dengan EL… memang x boleh dilayan.
lagi MEANKUTKAN dari Hantu Haha
EL takut x dgn cikbambam??
Kann,
Stuju gan EL…
nenek setuju ngn cu nor..eh! tetiba erk…
Kisab betul ke ni?
kemungkinan ianya fiksyen
?
Best .. tapi kesian Nini dia langsung tak jumpa mak dia ..
Xpenah makan cekodok rebus..bes x???
Pmbetulan..x pernah jumpa nenek dia..
sape ckp dia tak penah jumpa nenek dia? ni haaa nenenk ni nenek dia taw…..kih3
Nenek nie..hahaha..x kan lah smua nya cucu nenek..haha
hahahaaha….nenek claim semua cucu nenek..penyayang kan nenek ni org nya…
hahaha claim jangan tak claim nek.. jangan sampai tercicir cucu pula nanti..
tak cicir….nenek kutip sorg2….jgn risau,,,semua dpt merasa naik penyapu nenek..
Sangat pnnyayang nek..wah dpt naik pnyapu nenek lah..aku nak duduk kat tepi tingkap nek..bole kan..haha
penyapu nenek mana ada tingkap…jgn risau…ope air…ron97 nenek guna…siap insert turbo..mmg laju pegi dia..ngeh2
Wow..pelik oh pnyapu nenek nie..haha..siap ada turbo pula tu..
biasa laa cu…nenek ikot peredaran zaman…hehehee….siap bole wat willy….
#jgn ckp nenek tak payung
Hahaha..lawak lah nenek nie..tp nek jgn lah buat willy..nanti jatuh cucu² nenek..haha
jgn riso..nenek ikat semua antara satu sama lain..confirm tak jatuh mereka…yihaaaaa….
Muat ke atas pnyapu nenek.. hahaha
muat….cucu nenek semua berat 45kg je kan? hahahaha
Belum kira lagi berat nenek sendiri..haha..kena jumlah lagi berat cucu² nenek..x ke patah penyapu ksayangan nenek tu..hahaha
kamisah ooo kamisah..mana ekau menghilang
Bila part 2nd sentence tu… tetiba teringat lagu Ayda Jebat… LOL “Jam didinding terus berdetak..” 😀
Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor. Die sakit jgk ke?
“Ibu telah melarikan diri setelah menikam nenek menggunakan cucuk sanggul emas itu dan telah meletakkan sebatang cucuk sanggul emas itu di dalam diari aku”
Apa yang saya faham,Nini dituduh m******h nenek dia sebab pihak polis jumpa sanggul emas tu dalam diari Nini.Jadi,pihak polis fikir Nini ada masalah mental dan hantar Nini di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu untuk sementara waktu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.Sebenarnya Airish pun kurang faham jugak.Maaf kalau saya salah.
Polis syak nini tu yg b***h nenek dia sbb pin sanggul ada dlm diari si nini tu..
So polis salah anggap la yg nini pesakit mental padahal bukan dia yg buat..
Haa.. Camtu la kott…
sama macam aku fikir
Oh baru Airish faham keseluruhan cerita.Terima kasih Kak Syer 😀
Panggil ‘kak’ tu rasa cam tua sangat plak… Hahahaha
I muda lagi kayy… Umur muda n jiwa muda… Kekeke 😛
Nenek masih hidup cu….nenek belom m**i lagiiiiiiiii…..uhukhuhuk
HMMM
Kisah benar ke?
Fiksyen mungkin
5/10
6/10
#serius
Part mak dengan nenek dia tu buat aku baca sekali lagi baru faham. 2 perenggan terakhir tu maksudnya dia pun mental ke? Pada aku ini bukan psiko ini dah digelar pesakit mental hahaha
Haii faz… Huhuu
Baru je tadi nampak sorg blogger ni pakai gmbr lama faz (yg pakai hoodie) buat dp blog dia..
Femes btoii hang ni…. Huhuhuu… ?
Hi Syer. Huh really? Blogger tu apa nama dia? Amboi kemain pulak pakai DP Faz. Sempat dia ambil ek. Sampai dah ke blog bagai ni bukan main main lagi dah ni? Mungkin ada satu hari tu yang ada ramai guna DP Faz dekat FS ni dan dari situ ada yang mengikut jugak idk lah kan tapi sampai dah ke blog bagai ni hmm. Thanks Syer kalau tak Faz takkan tahu pasal benda ni?
Nama blog dia fatinaliaadnan x silap syer… Itu pun tjumpa sebab tgh cari2 tajuk novel on9…
mcm penah nampak dia ni,, rasanya dia penah komen kat page FS kt fb…
Masing2 nak jadi faz haa.. Syer plak tetiba jadi penyiasat x berbayar hrini… Kikikikiki
Okay tahu dah hahaha thanks again Syer!
Welcome…
Belanja la kepci~ hahahah
Hahaha bila nak? Ceh hahaha
Hahahaa… Bila2 pon boleeee~
Teman ni stiasa free kalo ada org nak blanja… 😛
blog tu dah tade.
dah kena report ke?
ex ko kot??? hahahahaha
Hahaha yang ini hmmm
betol lah tu? kahkahkah
Hahahahaha diam kau medicakk
takpelah faz. bunga bukan sekuntum. ko jgn sedih2. nak bahu? kahkahkah
admin, nak tanya ni. kalau email salah satu huruf mmg auto tukar DP ke?
Taknak bahu. Nak kau hahahaha.
*brocuba
Cewahh..cia³..hahaha
Hahahaha dia taktahu ke perempuan garang garang ni aku minat. Hahahaha
Hahaha.. prempuan garang nie comel bila marah..medicakk..jln dah buka tu..haha
good luck medicakk..ko kene bersaing dgn nenek kebayan..
ari2 la ko kene rembat dgn penyapu..
bertabah sis..hahaha
Nenek kebayan tetap no 1 kat dalam hati! Hahaha
Nenek pon oways syg cu faz!
~ ku ukir nama mu, diatas penyapuku…
Bila cerit psiko nak sambung ?
Cerita Kwn aku psiko
#faz
Uhuk2…sembang ape petik nama nenek ni cu tembam?
hahaha..saje petik nama nenek..
da lama x muncul..rindu plk dgn penyapu nenek tu..huhu
nenek pon rindu cu tembam jugak…
Hahahahaha kan lelaki suka garang garang comel gitu kahkahkah.
Yup..tserlah kcomelan nya..dan nampak manja..hahaha
Yeke…?
Kalo garang, tpi muka da btukar jadi hulk ijoo dikira comel lagi x..
Kekekee
cu kalau da ada calon cucu baru utk nnek, bawak jumpa nenek dlu..nenek nak scan dia…
garang lagi nenek kebayan ko. mau diperambatnya aku dgn penyapu 44 malam. hahahaha
baru sikit jalan bukak
~aku jual mahal lagi. kahkahkah
Tgn nenek da gatal je cu, nak rembat org ni…meh sini cu…meh sini…
bagitahu nenek..!!!
#kakingadu
Tak yah bagitahu…nenek nmpak da ni cu….nak kna niiii…
ampun nekkk. janji tak buat lagi. hahaha. seram weh kalau kena rembat dgn penyapu nenek.
kahkahkahkahkahkahkah. hashtag ko. tak boleh blah. hahahaha
tapi kenapa blog dia dah xde????
Faz whatsapp dia dan screenshot apa Sher bagi tahu ni. Dah seen tu tapi tak reply. Ada kemungkinan dia delete ke?
Dia delete blog dia ke?
Mula2 tu pelik gakk… Apesal gmbr lelaki tp nama perempuan?
Masa tu da fikir faz ni fake acc… Da ler da byk kali kena kencing ngan fake acc sblm ni (fb, ig)… ??
Choii je…
Sory ye faz…
Yg pasti faz dlm ni x fake…
Kann.. Kann..? Hahaha
Fake acc di ig dan fb itu perkara biasa?
tapiii an, mcm mana dia boleh dapat gambar ko?
#tanyajer
Org bole je amik gmbr tu kt profil..
Tu yg ramai menyamar jd faz…
Susah nau bila jadi femes ni… Hihihi
fuhhh! legaaa. mujur aku tak pemes. kahkahkah
Takyahh arr wehh…
Jadi femes pun rimas gakk..hahaha
Knp takde org pon nak guna pic nenek erk buat fake account…huhuhu
Hahahaha
Gambar nenek seram sangat kot
alaa…nak ckp nenek hodoh la tu..huh!
Hahahaha tak cakap pun.. 😛
tak cakap, tapi maksud kan nyaaa, kan?
Kah kah kaaahhh…
Yg ni serius LAWAK…
Hahahahahaha…
Ghase nk tampor pn ade…
Aku pun bole tiru FazAhmad kalau kau nak.. Haha
tak boleh singkong. ko mcm abg long kawasan. faz ni mcm abg ngah abg chik. kahkahkahkah
Uiihh x bole haha.. Writer kena duduk atas sikit dr tukang komen.. Aku bole d kecam atas komen medicak ni..
**background music (yang sedang2 saja)
hye abg long kawasan..
Haha jangan.. Nnt kena kecam..
**abang singkong je la.. Haha
Ciaciacia
alahhh. ko kn dah biasa kena kecam? hahaha
rashid atau si awek kene rejek tu buat blog?
hati2 faz.
Faz. Bila nak sambung next part . Huhu. ???
Setiap satu jam faz rehat dari FS ni Faz ambil masa siapkan. Panjang gila ni woo. Haha sabar ya
Ingatkan nenek dia ada membela.. Rupanya nenek dia tu mak dia..
Tapi… Mcm bukan psiko je..??
best..
Nice , tak sangka lak nenek tu emak dia hahahahah.
misah…misah..kau mmg da gila!! Ya!! Aku masih hidup lagi misah!! Aku tgh baca ape yg cucu aku nini tulis tentang kita kat FS .. hahahahahaahahha
Alhamdulillah nek hidup lagi… Hahahaha
Tapi apesal biar cucu duduk kat hospital gila??
Jahatlaa nekk ni… T_T
kalau nenek bawak dia kluar dr hospital, sape nak jaga dia?
kalau ‘nenek’ dia tu mak dia . lari hospital gila utk jaga dia . means mak dia tu sayang lah ke si nini nih . takkan sanggup tuduh nini yg b***h ! ke nini berhalusinasi ? dah pi b***h nenek dia . pastu kata ‘mak misah’ yg b***h . aduhh nini
Best
” Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor. ”
yang writer ni kurang siuman jugak ke camne…
boleh la…………….
Best
psiko..nyaaaa…
10/10
Kenapa dia masuk hospital mental pulak? Tak faham…huhu
Diari pesakit mental rupanya yg kita sedang baca…. ?? cucuk sanggul emas nya mana? Jgn jatuh pd org lain.. x pasal² nnt jd mental juga spt penulis diari.. haha
?
?
npe dia sakit mental ?
nice story. di luar jangkaan. takde lah unsur2 seram cuma lbh kpd psiko.
hmmm
#cumel
🙄