Kem Latihan Melaka

Assalamualaikum dan terima kasih kepada fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan cerita saya.
Sebelum ni, saya hanya silent reader dan suka membaca kisah-kisah seram kalian. Hari ni saya rasa terpanggil nak bercerita kisah seram yang pernah saya alami suatu ketika dulu, hampir 10 tahun, tetapi masih segar dalam ingatan.

Seperti korang, habis belajar mestilah macam- macam jawatan kosong yang diisi. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku. Aku bertugas sebagai salah seorang jurulatih di sebuah kem latihan di dalam daerah Melaka. Hari pertama aku ditugaskan di kem itu, aku dah tak sedap hati. Mana taknya, sebelum nak masuk ke kem tu, awal-awal dah jumpa kubur, kemudian laluan hutan yang agak jauh barulah jumpa kem latihan tu. Menangis juga hari pertama di kem tu… tapi menangis secara sembunyi- sembunyi. Tak nak la orang tahu kita lemah, nanti senang pula kena buli… hahhaha. Nak-nak pula aku ni perempuan dan xde ahli keluarga pun di negeri tu. Betul-betul lone ranger. Tapi itu bukan alasannya, yang penting semangat dan berbekalkan doa ibu aku.
Setelah lebih dari 2 bulan aku disitu, aku dah mula biasakan diri dengan cara hidup di kem. Alhamdulillah, tak menakutkan seperti yang aku jangkakan… kononnya, hahhaha.

Aktiviti di kem seperti kebiasaannya, awal pagi kejutkan pelatih untuk solat pagi dan roll call. Kemudiannya disusuli dengan senaman ringan sebelum sarapan disediakan. Selesai sarapan, pelatih-pelatih akan bergerak ke kelas kenegaraan. Usai solat Zohor, mereka akan bersiap-siap untuk latihan kawad atau aktiviti lasak seperti flying fox, abseiling atau berkayak. Setelah itu, bersiap untuk makan petang, solat asar dan riadah. Waktu malam kebiasaannya, akan ada ceramah agama oleh ustaz yg bertugas (KAGAT) dan… penggiliran untuk duty malam.

Penggiliran untuk duty malam ni, akan diketuai oleh 1-2 orang jurulatih dan pelatih seingat aku ada laa dalam 2 ke 3 orang. Waktu shift ni akan bermula 11 malam hingga la pagi esok. Tapi pelatih hanya setakat pukul 12 malam seingat aku. selepas itu hanya jurulatih bertugas sahaja.

Kena mengusik waktu duty malam tu dah biasa, tapi tetap juga ada rasa takut tu. Kadang-kadang kita dah tutup lampu, tapi dia mengusik tekan on balik. Kadan-kasang terlebih kira orang la. Cuma yang aku tak boleh nak lupa ada satu malam tu, aku rasa seram la pada aku. Maaf la kalau tak seram pada korang.

Ok, aku sambung. Malam tu aku duty dengan rakan aku lebih kurang pukul 1.30 pagi. Malam tu agak sunyi dari kebiasaan. aku dan kawan aku pon banyak diam je hari tu. Mungkin dia juga rasa sama macam aku. Mulut ni berat sangat nak buka. Selesai satu dorm kami ke satu dorm. Kemudian kami beransur ke postguard untuk report duty…

Dalam perjalanan nak ke postguard tu, yang jaraknya tak sampai pon 500m, aku rasakan terlalu jauh. Pelik, takkan jauh sangat… kenapa tak sampai-sampai lagi? itulah yang berlegar-legar di fikiran aku. Kami dikejutkan dengan bunyi salakan anjing dari belakang yang pada mulanya sayup -sayup kemudian makin kuat dibelakang kami. Kami seolah olah berada atas “treadmill” berjalan tapi tak kemana-mana. Kepala aku rasa kembang, bulu roma meremang. aku telan air liur yang hampir tiada dalam kerongkong ni. Tak lama kemudian, dari jauh aku dan kawan aku tadi ni, ternampak susuk tubuh berbalut putih sedang rancak melompat tak jauh didepan kami. nasib baiklah makhluk tu tak kearah kami. Aku memang dah menggeletar kepala lutut dengan pakej terbuang air kecil sekali. Aku pandang muka kawan aku, pucat tak berdarah. entah datang dari mana kekuatan, kami berlari selaju yang boleh. Masing-masing tak balik ke bilik malam tu. Tido di postguard sampai ke pagi. Tak berani nak buka mulut pon isu tu. Masing-masing berpakat untuk diam je sebab tak nak menambahkan ketakutan orang lain. Walaupun dah 10 tahun berlalu dan aku pun dah tak bertugas lagi sebagai jurulatih, tetapi kenangan itu akan tetap tersimpan kemas sebagai kenangan aku.

Terima kasih yang sudi baca cerita ni dan maaf kalau membosankan.

Rating Pembaca
[Total: 55 Average: 3.3]
N

1 thought on “Kem Latihan Melaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.