Kem tahanan

Salam guys, walee sini. Ni cerita ke 2 yang aku tulis untuk fiksyen shasha ni. Thanks kepada team fiksyen shasha kerana telah menyediakan platform menulis untuk penulis yang tak bertauliah macam aku nih.

Cerita kali ni bukan terjadi kepada aku, tetapi terjadi kepada bapak aku. Cerita yg bakal disampaikan adalah bertemakan misteri, tiada hantu, cerita ni umpama filem yang diarah oleh M. Night Syhamalan gitu haaa……. cerita ni aku agak percaya sebab bapak aku ni seorang pegawai polis dan jauh sekali dengan taksub dengan perkara perkara ghaib ni, die lebih ke arah logik akal. Cerita ni super pendek.

Bermula dengan Bismillah. Satu hari tu bapak aku diarahkan untuk bertugas disalah satu pusat tahanan di johor, tak payah la cakap yang mana satu sebab aku pun tak ingat. Bapak ku sampai sana pagi pagi sebb nak lapor diri, lepas lapor diri, die ke bilik yang disediakan( tido sana untuk 2 minggu kalau tak silap). Bapak aku ni kat sana macam on call jugak la keje die, kene standby je. So pada waktu malam pun die boleh masuk ofis dan sebagainya lah, ronda ronda bagai. Kawasan tahanan ni ada 3 block, depan sekali pejabat, dua block lagi block tahanan, tapi hanya 1 block tahanan yang digunakan, lg 1 yang belakang tu dibiarkan kosong. Juga terdapat beberapa menara kawalan dengan pengawal bersenjata api sekali lah. By the way kem tahanan ni kene lah masuk ke dalam hutan hutan nipis sikit, kalau buat dekat tengah bandar, berjimba jimba pulak tahanan.

Malam pun tiba, jadi selaku in charge kat situ, die pun mulakan lah ronda ronda untuk pantau keadaan keseluruhan. Bapak ku masuk ofis buat la paperwork ke pe ke aku pun tak tau sgt keje die. Tengah buat2 keje ada sorang anggota ketuk pintu mintak izin masuk. Mula mula anggota ni macam serba salah, gelisah tak tahu mana nak mula, macam mana nak caturkan perkara yang ingin disampaikan. Yang terkeluar dari mulut anggota tu hanyalah pelawaan “ tuan nak sy buatkan ape2 air panas ke?”, bapak ku just mintak buat air teh o nipis je. Lepas hantar air tu anggota tu terus beredar menyambung tugasan. Cuma bapak aku tertanya tanya pemende yang hendak di sampaikan oleh anggota tersebut pada mulanya.

Lepas 10 minit bersendiri, bermulalah cerekarama aneh di sini. Tengah sedap bapak aku menghirup air teh o nya, dia terdengar riuh rendah dari block tahanan, bunyinya persis semua tahanan sedang melakukan rusuhan , which is sangat sangat kecoh. Jadi, dipanggilnya 5 anggota bawahannya supaya menemaninya pergi meronda ke block tahanan untuk melakukan pemeriksaan. Dalam keadaan yg masih riuh rendah, bapak ku dan anggota anggota bawahannya tiba di lokasi yang dituju iaitu block belakang pejabat. Apa yang mereka lihat sewaktu itu amatlah boleh meremangkan bulu ketiak masing masing sebab mereka dapati kesemua tahanan sedang berehat dan tidur dan mereka dapati yang riuh rendah itu berpunca dari block belakang yang tidak berpenghuni. Oleh disebabkan tugasan, mereka terpaksa memeriksa punca bunyi bunyi yang riuh di block belakang, seingat aku, seperti yang diceritakan bapak ku, bunyi bunyi bising tu termasuklah bunyi jeritan dalam ketakutan beramai ramai, dan bunyi orang melagakan kolé besi (cawan besi) pada grill penjara tahanan beramai ramai. Tapi, apa yg dorang nampak hanyalah bangunan kosong, gelap tetapi masih berbunyi bising dan bunyinya memang berpunca dari bangunan tersebut. Kita ke perenggan seterusnya.

Setelah kejadian tersebut hampir menggigilkan lutut bapak ku, mereka pun bergegas ke bangunan pejabat tadi, tapi bapak ku agak kehairanan sebb kelima lima anggota tersebut tidak menunjukkan riak yang menunjukkan mereka takut. Dan mereka menasihati bapakku untuk berehat malam itu. Kita ke hari esok pulak.

Keesokan harinya, semua keadaan seperti biasa, tiada sesiapa pun yang bercerita tentang riuh rendah tersebut membuatkan bapak ku merasa lebih pelik. Kita p****g teruslah ke malam hari sebab dah penat menaip ni. Baik, pada malam kedua ni ada sorang anggota yang memaklumkan pada bapak ku yang perkara semalam mungkin terjadi lagi. Pada waktu itu bapak ku sedang membuat rondaan bagi memastikan kesemua anggota di posisi masing masing, dan waktu inilah seorang anggota berdekatan dengan bapak ku mencapai walkie talkie di pinggangnya dan berdialog dengan anggota yang berada di menara tinjauan.

Anggota: , samad! dia dah mai dah, dia dah mai….. turun dulu.

Menara: baik baik, di terima.

Tak sampai 30 saat selepas perbualan tersebut, bapakku terasa angin yang sangat kuat, habis semua daun daun dan pokok semua bergoncang dengan sangat kuat. Rentaknya macam sepasang kepak yang besar sedang mengibas dengan kuat dan serentak itu la bunyi bising dari arah block kosong kat belakang sana. Angin yang kuat tadi macam bergerak ke arah block belakang yg bising tu. bapak ku cerita yang keadaan masa tu seolah olah ada benda bersayap terbang ke arah block belakang dan mendarat. Lepas bunyi angin tu senyap, bunyi bising kat block tu pun senyap.

Rupa rupanya, kejadian ni memang tak asing langsung bagi anggota anggota yang bertugas kat situ sebab dorang cerita kat bapak aku, mende ni jadi hampir tiap tiap malam dan berlaku pada waktu yang sama setiap kali berlaku. Jadi sepanjang bapak ku kat sana dah jadi kebiasaan dah bende ni. Aku yakin betul mende ni betul sebab bapak aku ni mmg bukan jenis kreatif sangat nak mereka reka cerita mcm ni. Tambah pulak dia memang x beberapa suka benda benda mistik ni termasuklah buatan orang dan sebagainya.

Last sekali aku mintak maaf kalau jalan cerita atau cara penceritaan aku ni tak beberapa seram, just sharing anyway. Chiowwww…….

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]
Walee

3 thoughts on “Kem tahanan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.