Kembali Ke Bangi

Jeng! Jeng! Ringtone Tame Impala aku berbunyi. Maghrib di Kuching ketika itu.

“Hello! Assalamualaikum.”

“Ah! Kak Liza! Hello, waalaikumsalam.”

Boleh rujuk cerita sebelum ini, ‘Pertama Kali Ke Bangi‘, Kak Liza adalah pesakit yang jemput aku ke Bangi. Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik dan aku dapat tahu dia mulai merawat beberapa kes. Syukur. Selalu juga aku dan isteri berhubung dengan Kak Liza.

“Syafiq, tolong akak sekali lagi boleh?”

“Ye kak?” Aku meminta Kak Liza menyatakan hajatnya.

“Ada kes berat. Jum ke sini. Hujung minggu ni, boleh?”

Ringkasan dari panggilan yang Kak Liza buat, sepupunya yang perempuan sakit badan dan keadaan menjadi lebih teruk di mana dia tidak lagi mampu berdiri.

Akhirnya, setelah 6 bulan, aku kembali ke Bangi, tetapi kali ini hanya aku sorang yang diterbangkan ke sana.

Aku sampai Sabtu itu pukul 10 pagi, dan dijemput oleh Mi dan isteri, menantu sepupu Kak Liza. Mi seorang bekas pegawai polis dan kini menjadi pengawal peribadi kepada seorang Dato’.

Aku dibawa makan di kedai Ayam Penyet Wong Solo. Aku memesan Pecal Lele dan air mineral. Recommended! Sedap dan pedas makanan di sini. Bangi memang syurga tudung, ilmu dan makanan menurut Kak Liza. Bab makanan, I couldn’t agree more. Banyak kedai makan yang tumbuh seperti cendawan. Kerja aku di Bangi adalah makan selain merawat.

“Fiq, tengok gambar ni.” Tunjuk Ros, isteri Mi, kepada aku.

Aku nampak gambar yang jelas dari handphone Ros menunjukkan seorang pakcik dan pembantu mudanya ‘membungkus’ sesuatu seperti pocong. Bungkusan itu rupanya tanah kubur dan sedikit bulu ibu Ros yang dibungkus dengan kain kafan baru dan ditanam. Menurut mereka, untuk ‘mematikan’ sakit ibu Ros.

Aku merasa pelik. Kaedah itu mencurigakan. Kata Ros, mereka tidak mampu menghalang kakak ibunya datang dengan niat nak membantu. Makcik Ros berkeras mahu membantu dan membawa pakcik tersebut ke rumah.

“Saya rasa..mak semakin teruk keadaannya selepas rawatan kain kafan tu. Dulu boleh lagi jalan sikit-sikit. Sekarang ni nak berdiri pun tak boleh.” Kata Ros.

“Ya Fiq, saya dapat rasa something kat Mak.” Sambung Mi.

Mi pernah diganggu benda halus ketika berkhidmat sebagai polis. Maka, dia memahami bagaimana rasa disihir. Selesai makan tengah hari, Mi dan Ros hantar aku ke hotel Arina. Mi menyarankan aku berehat sebentar.

“Petang sikit saya ambik. Lepas Asar boleh tak?”

“Boleh Mi.”

Aku berehat untuk 2 jam. Pukul 5 petang tersebut, Mi datang menjemput aku. Perjalanan hanya 10 minit dari hotel yang aku menginap.

Aku disambut adik-beradik Ros, yang duanya perempuan dan seorang adik lelaki. Ibu Ros, aku namakan Mak Siti, sudah pun berada di ruang tamu.

“Mak cik, apa kaba?” Aku memulakan bicara.

“Macamni la..kaki ni tak boleh berdiri..dah puas cuba macam-macam. Pegi physio pun dah.”

“Baik mak cik. Kita usaha ya? Dengan ‘pandangan’ mak cik sendiri, insyaallah.”

Aku menerangkan tertib rawatan kepada Mak Siti. Aku duduk dibawah dan mak cik diatas kerusi. Mi duduk di kerusi sebelah. Dibelakang aku anak-anak mak cik,Ros dan adik-beradiknya.

“Baik mak cik, pejam mata dan zikir di dalam hati ya? Tenang. Hanya zikir dan jangan pikir apa pun.”

Aku memulakan doa dan syahadah. Setelah kira-kira 2 minit zikir dan doa dihati, aku memulakan gerak.

“Bawa diri mak cik ke luar rumah ye?”

Pada mulanya, Mak Siti tidak faham. Hampir 10 minit juga kami menerangkan kaedah ini. Barulah difahami.

Mak Siti berjaya berdiri di luar rumah. Keadaan di luar rumah gelap. Kereta anak dan suaminya, masih ditempat asalnya.

“Baik mak cik, panggil mereka yang berhajat datang.”

” Yang ganggu aku tu..datang! Ke mari semuanya!”

Mak Siti memerintah mereka yang mengganggunya datang. Namun, hampa. Percubaan berkali-kali tidak mendatangkan hasil.

“Tak nampak apa laa..” Ujar Mak Siti.

“Baik..takpe..tenang..zikir ye..Ya Latif sebanyaknya dihati.”

Mak Siti mengangguk.

“Mak cik tengok di kaki mak cik di luar tu. Ada apa?”

Mak Siti mendiamkan diri. Aku menanya beberapa kali setelah melihat dirinya hanya mendiamkan diri.

“Macam..macam pasir.” Jawab Mak Siti.

“Baik..cantik! Keluarkan pasir tu ye.” Harapan mulai menyinar.

Mak Siti mengangguk.

Setelah beberapa minit, aku menanya apa yang berlaku.

“Ada benda hijau..hmm.”

“Kat kaki? Cabut.”

Lama menunggu respon Mak Siti. Akhirnya dia menjawab

“Tak boleh lah..mata ni asyik nak terbukak je..penat.”

Kepalanya pening.

“Nak teruskan? Kalau mak cik mampu la ye.”

Mak Siti menggeleng. Aku meminta Mak Siti membuka matanya.

Aku menoleh ke arah Mi.

“Mi, nak guna pandangan awak?”

“Aah, boleh la bang..” Ros memujuk Mi.

“Tadi saya tengok dia macam terkejut bila mak cakap ada benda hijau.” Ros menoleh ke arah aku.

“Kan? Awak nampak kan?” Ros kembali menanya suaminya.

Mi hanya tunduk. Tidak menjawab.

“Camne Mi? Boleh bantu?” Tanyaku.

Mi setuju. Lantas aku membuka alam Mi sepertimana aku buat pada Mak Siti.

Mi sudahpun diluar.

“Panggil mak, Mi.”

Setelah beberapa saat. “Dah.” Balas Mi.

“Apa yang awak nampak kat mak?” Tanyaku.

“Ular..hijau.”

Pendapat aku, benda hijau yang Mak Siti tengok sebentar tadi adalah ular.

Mi tiba-tiba menangis senyap. Mi membuka mata. Mi tidak mampu meneruskan. Dari riak wajahnya, aku tahu dia nampak sesuatu yang tak mampu diungkapkan. Bila ditanya, hanya menangis.

Aku menanya anak-anak Mak Siti yang lain. Tapi, semuanya tidak berani mencuba.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam.” Kami menjawab.

Rupanya, Abang Sam dan Kak Liza. Mereka lewat kerana baru balik dari majlis di sekolah tempat Kak Liza mengajar.

“Haa, kak. Nak cuba? Pakai pandangan akak. Boleh?” Aku senyum.

“Amboi..hm..”

“Bolehla kak. Cuba ye?”

Setelah dipujuk kami semua, Kak Liza setuju. Abang Sam duduk di sebelah Mi memerhati.

“Baik kak. Pejam mata. Zikir ye?”

Kak Liza memejam mata. Aku mengarahkan Kak Liza mencari siapa yang berhajat ke atas sepupunya, Mak Siti.

“Hmm..nampak Fiq..anjing hitam.”

Ular dan anjing. Bermaksud sihir. Itu yang sempat aku kaitkan.

“Dah rasa dah ni Fiq.” Kak Liza mulai tak senang duduk serta sendawa angin.

“Biar kak. Follow je perasaan tu ye? Boleh?”

Kak Liza mengangguk. Setelah beberapa saat..

“Hoi! Nape ganggu aku?!” Kak Liza menjerit.

“Sape kau?” Aku tahu. Yang didepan aku bukan lagi Kak Liza.

“Nape kau sibuk?! Sibuk je!”

“Cakap baik-baik ye?”

Kak Liza tiba-tiba kesakitan. Kerana apa? Sudahku rantai agar tidak pijak kepala.

“Apa urusan kau? Siapa tuan kau?”

“Aku jaga dia.” Kak Liza menjeling tajam.

“Jaga? Cakap betul ye. Sapa hantar kau? Maksud aku, sapa tuan kau?”

Keadaan menumpu ke arah aku dan Kak Liza. Mak Siti juga fokus ke arah kami.

“Aku tak boleh bagitau.”

“Kalau kau jaga mak cik ni. Kau tengok ada apa kat dia.”

Benda tersebut diam. Aku memujuk dengan tawaran.

“Baik camnilah. Kau bantu aku, aku bantu kau lepaskan diri dari tuan kau. Kau takperlu susah-susah buat kerja dia. Nak?”

Pada mulanya, dia tidak memberi respon.

“Kau takut dengan tuan kau?”

Benda itu mengangguk.

Aku kembali meyakinkan dia. Kekuatan hanya pada Allah. Yang memberi sakit dan menyembuhkan hanya Allah semata-mata.

Akhirnya jin tersebut memberi ciri-ciri tuannya. Seorang perempuan. Aku menoleh ke belakang. Ros dan beradiknya mengangguk tanda kenal.

“Kau tengok sini ye.” Jin itu memberi tumpuan pada aku.

“Tuan yang dimaksudkan hadir.” Aku seakan menunjuk seseorang di depan sebelah kiriku.

“Rantai! Habis ilmu dan amalannya.” Aku menyambung.

“Sekarang ni..kau tengok tuan kau? Takde apa lagi..betul?”

Jin yang merasuki Kak Liza mengangguk. Tuannya sudah dirantai dan dihabisi ilmunya dengan izin Allah.

“Baik, bantu aku buang apa yang ada kat mak cik ni..pastu aku bantu kau.”

“Herghh!” Kak Liza mendekati Mak Siti yang duduk di atas sofa.

Kak Liza menyapu kaki berkali-kali dengan tangan. Seolah mengambil sesuatu dari kaki Mak Siti.

“Apa yang kau ambik tu?”

“Tanah..pasir..ular!”

Mukanya serius dan bengis ketika membersihkan badan Mak Siti. Selepas beberapa minit, bahagian kaki Mak Siti selesai dibersihkan.

“Badan Mak Siti?”

Kak Liza mengusap badan Mak Siti dari depan ke belakang.

“Letak semua benda yang kau bersihkan tu depan aku.” Perintah aku kepada jin tersebut.

Yang dikeluarkan dari badan Mak Siti adalah pasir, tanah, kaca dan miang buluh. Sempat aku bertanya adakah Mak Siti merasa gatal. Mak Siti mengiakan pertanyaan aku.

Jin tersebut tersandar kepenatan. Kerja membersih agak berat baginya. Muka Kak Liza tampak keletihan.

“Sikit lagi tu..lagi!”

“Di belakang kepala dan bahunya ada kain hitam..susah..hergh!” Keluh jin tersebut.

“Baik, aku bantu kau..kain bukak!”

Lantas jin tersebut mencabut kain yang sudah dibuka dari bahu dan tengkuk Mak Siti lalu meletakkannya di hadapan aku.

Semua bahagian termasuk kepala dibersihkan. Akhirnya, aku menyoal siasat segala benda yang diguna pakai.

“Semua benda ni dari tuan kau?”

“Tidak..hegh..pasir tanah tu bukan..tu orang lain.”

Aku menghadirkan yang menghantar tanah dan pasir. Hasil soal-siasat dan ‘pandangan’, pasir dan tanah itu merujuk kepada ‘bungkusan tanah’ yang dilalukan oleh pakcik yang dibawa kakak Mak siti yang kononnya membantu merawat.

“Segala benda aku bersih dan hancurkan!” Benda-benda didepan aku semuanya aku bersihkan.

“Bomoh dan yang mengupah, kosong!” Lalu aku hentak tanah mengisyaratkan mereka ditanam.

Jin tersebut merenung aku.

“Alhamdulillah. Tinggal kau lagi.”

“Herghh..hergh.” Dengusannya perlahan namun dapat aku dengari.

“Aku jaga dia.” Jin menyambung.

“Maksud jaga dia tu camne? Kau tolong tengok sihir tu sampai tak kat dia..betul?”

Jin tersebut mengangguk tanda tekaan aku benar.

“Masuk Islam ye? insya-Allah jika kau masuk Islam, kau berjaya dunia akhirat. Kau bebas dari perjanjian dengan tuan kau. Nak? Lepastu aku hantar kau ke Mekah.”

Jin mengangguk perlahan. Janji aku harus ditepati. Bantuan yang diberinya aku harus balas iaitu dengan mengajaknya kepada Islam.

Aku mengajarnya syahadah. Lafaz syahadah dan maksudnya dalam bahasa Melayu aku dengar dengan jelas

“Alhamdulillah. Kau lelaki ?”

Jin mengangguk.

“Baik, nama kau Ali. Boleh?”

Jin mengangguk lagi.

“Sekarang ni Ali, kau saudara kami. Dan kau berjanji yang kau tidak akan kembali untuk menyakiti Mak Siti serta orang lain.”

Ali mengangguk faham. Aku menyuruhnya berikrar dan Ali tanpa keberatan melafazkan ikrar bahawa dia tidak akan menyakiti makhluk Allah yang lain lagi.

“Alhamdulillah. Ali..berangkat ke Mekah. Assalamualaikum!”

Kak Liza mulai ternganga dan kembali sedar.

Alhamdulillah. Segalanya lancar. Aku dihantar pulang ke hotel pada waktu Maghrib oleh Mi.

Dalam perjalanan balik, aku menanyakan Mi mengenai apa yang dia lihat ketika aku memintanya menjadi medium untuk memantau mertuanya.

“Sebenarnya..ular tu saya nampak.. dan yang buat saya nangis tu..”

“Kenape Mi?”

“Saya nampak mayat..dan mayat tu bukan mayat lain..muka mak mertua saya..tu yang saya diam je tadi..tak terkata saya.”

Aku memahami tindakan Mi. Ada benda yang mungkin boleh dikongsikan dan ada benda patut dirahsiakan. Sesuai dengan keadaan dan situasi.

Malam itu, Abang Sam dan Kak Liza membawa aku makan di kedai Tom Yam berdekatan dengan rumah mereka.

“Kak, bang..kalau la saya berhajat nak pergi ke sini dari masa ke semasa..mungkin sebulan atau dua bulan sekali..bukak slot untuk mereka yang berhajat..okey tak?”

“Sebenarnya, akak terfikir lama dah Fiq. Boleh je..bagus cadangan tu.”

Abang Sam mengangguk setuju.

“Bolehla abang belajar merawat dengan Syafiq. Hehe.”

insyaAllah, niat aku boleh juga berkongsi ilmu rawatan aku yang sedikit ini dengan Abang Sam dan Kak Liza. Kebetulan Kak Liza dan Abang Sam sudah mula dicari atas tujuan buat air penawar dan rawatan.

Doakan kami atas niat ini. insya-Allah. Doakan kami atas niat ini. insya-Allah. Oh ya, sebelum terlupa. Ada yang bertanya mengenai harimau 2 ekor yang dilihat oleh Kak Liza. Sejujurnya, aku tidak pernah nampak. Aku tahu sebab adik aku, Miq, Kak Liza dan beberapa orang yang melihatnya.

Wallahu’alam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
SyafiqFathi

11 thoughts on “Kembali Ke Bangi”

  1. boleh tak nak hubungi awak? sbb kite punye family pun ade org hantar and taktahu sape. mak dah bertahun sakit kaki. gi hospital doktor ckap gaout. dah mcm mcm ubat dah makan still sama. haritu mak pernah kena smpai masuk icu. tibe tibe jatuh dalam tandas and bila panggil dia bukan suara dia and dia berat sngat sngat. please syafiq if you read this , i really need your help rn. find me on my twitter @yanaendut_. thankyou

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.