Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku tak pasti sama ada korang ingat lagi tak dekat aku. Jadi, aku perkenalkan diri aku di dalam dunia penulisan sebagai Kasyaf Mahmud. Kalau korang dah lupa, korang boleh search tajuk Kembara Enam Sahabat dekat Fiksyen Shasha ni. Inshaa Allah korang ingat.
Cerita ni aku tulis lama dah. 2017/2018 tak silap. So, minta maaf kalau ada bahasa yang kurang difahami. Mungkin ada antara korang yang pernah baca kisah ni dekat page lain. Dan sekarang, jika diizinkan, aku nak kembali ke dunia ini dengan berkongsi semula kisah ini, tapi kali ini di tapak Fiksyen Shasha pula. Jika diluluskan, terima kasih aku ucapkan. Anggaplah kemunculan cerita ni adalah sebagai tanda kemunculan semula aku dalam dunia penulisan kisah seram fiksyen.
Tanpa membuang masa, kita mulakan penceritaan. Ini adalah kisah aku dan kawan-kawan. Setelah beberapa lama kitorang tak menderita kena ganggu, sekali lagi kitorang terjebak dalam dunia ini. Kali ini, kitorang melalui sendiri pengalaman hidup dalam alam jin ataupun orang Melayu cakap, alam bunian.
Tak percaya? Kalau aku dengar orang cerita pun, aku sendiri pun takkan percaya. Yelah, mana mungkin manusia macam kita ni boleh hidup dengan jin. Bercakap dengan diorang pulak tu.
Tapi, bila kitorang sendiri yang lalui, barulah aku faham bahawa takde benda mustahil pun dalam dunia ni kalau Allah sudah berkehendak. Kenapa aku cakap macam tu? Mari ikuti kisah kitorang masa kitorang bercuti untuk percubaan pertama SPM.
***
“Cerita dia begini. Masa opah kecik-kecik dulu, kalau tidak silap, umur opah 8 tahun macam tu, kampung seberang kena serang orang bunian. Ramai orang kampung kena b***h orang bunian. Ada yang m**i sebab kena patuk ular, ada yang m**i tertelan paku, ada yang m**i kena hisap d***h. Macam-macam sampai-sampai banyak yang pindah kampung.
Sebelum benda ni berlaku, opah ada terjumpa sorang lelaki jubah hitam. Opah tanya dekat arwah mak opah, siapa laki tu. Arwah tak cakap apa-apa, terus dia bawak opah balik rumah. Sampai sekarang opah tak tahu siapa orang tu sebab opah tak nampak muka. Yang opah nampak cuma senyum sinis dia saja.
Berbalik kepada cerita, lepas kena serang, penduduk kampung pindah, sampai sekarang takde sorang pun yang berani pergi kampung tu. Sebab tu kamu takkan tengok ada orang tinggal dekat sana. Apa punca orang bunian mengamuk, opah pun tak tahu. Siapa orang jubah hitam yang opah nampak dulu pun, opah tak tahu. Jadi, kamu semua jangan sesekali pergi sana. Bahaya,” cerita ringkas yang kelima yang opah kepada Rizman ceritakan.
Aku tengok muka diorang semua dah mula pucat lesi. Masing-masing dah mula rapatkan diri dengan aku. Mana taknya, malam ni tiba-tiba blackout pulak dah. Jadinya, lepas solat Isyak tadi, Rizman ajak pergi tidur rumah dia sebab dia cakap opah dia ada kat rumah.
Kitorang apatah lagi, memang suka betullah sebab opah dia ni memang banyak cerita seram orang dulu-dulu. Kebetulan malam ni sepatutnya aku tengok cerita Harry Potter dekat TV 2, tapi, niatku terbatal sebab tiang elektrik kena langgar lori petang tadi. Jadi, untuk elakkan aku mengamuk malam ni, baik aku luangkan masa dengar cerita daripada opah Rizman.
“Kampung tu dekat mana, opah?” tanya aku, tertarik dengan cerita opah. Mana tahu kalau ada kesempatan, kitorang boleh tengok dengan mata kepala sendiri.
“Jangan bagitau Kasyaf, opah. Nanti dia paksa kami ikut dia,” ujar Rizman pulak. Aku jeling dia.
“Kau apahal tak puas hati? Eloklah tu, cuti-cuti macam ni kita tengok benda-benda mistik. Sekurang-kurangnya, adalah jugak kisah yang kita boleh cerita dekat kawan sekelas,” balas aku tak puas hati.
“Tak payah tahu. Bahaya tempat tu. Dengar je cerita opah,” nasihat opah pula. Aku mengeluh manakala yang lainnya hela nafas lega.
“Ada cerita lain lagi tak opah?” tanya Manda pulak.
Aku dah mula bosan nak dengar cerita hantu ni. Sekarang fokusku dah tergendala, sebaliknya otakku dah mula melayang dekat kisah opah yang tadi. Siapa laki jubah hitam tu? Dia ada kaitan ke dengan kes mengamuk orang bunian dekat penduduk kampung? Kampung tu dekat mana? Dan, kenapa bunian tu mengamuk sangat sampai-sampai b***h manusia?
Tengok? Kalau aku dah penasaran, aku memang nak cari jawapan tu sampai jumpa. Tapi apakan daya, opah bagi amaran pangkah. Hmm.
***
Keesokan harinya, kitorang berenam mula melakukan aktiviti lazim, iaitu main bola. Tapi, hari ni, aku banyak miss untuk jaringkan gol sebab fikiran aku asyik menerawang ke tempat lain.
“Kau dah kenapa hari ni Kasy? Macam tak fokus je kau main?” tanya Fiqri sambil meneguk air. Aku hela nafas sambil lap peluh guna baju sukan.
“Aku nak tahu kampung tu kat mana,” jawabku selamba dan ambik minuman Fiqri dan minum.
“Jangan buat kerja gila. Kau kena ingat, ramai manusia m**i sebab kena b***h dengan bunian tu,” ujar Fiqri lagi.
Korang kena paham, ini Kasyaf. Benda yang tak boleh tu lah lagi semangat aku nak tahu.
“Tulah pasal. Kau jangan cari pasal. Kau ingat lagi kisah kita dekat bangunan lama dulu tu? Nasib baik hantu tu tak makan kita. Lepas tu, kes kau kena rasuk tu jangan lupa. Dua minggu kitorang tidur dengan hantu. Dan, kes Nana tu. Bukan dia yang cari, tapi benda tu sendiri yang datang. Last-last, tengok apa yang jadi dekat dia. Inikan pulak kau, Kasy. Kau yang cari bala. Dahlah bala yang kau cari ni, pernah b***h nyawa manusia. Kau jangan, Kasy. Jangan sebab kedegilan kau, kitorang sekali yang kena sekali,” panjang bebelan Rizman. Nampaklah yang dia tu geram sangat dekat aku.
“Heish, yelah-yelah. Pembetulan, bukan aku nak cari benda tu, aku cuma nak tahu kisah di sebalik semua tu berlaku”. Jelasku.
“Apa bezanya. Kau nak tahu kisah tu, kau kena cari dulu, kan? Takde beza, Kasy. Jangan buat kerja yang korbankan diri sendiri,” giliran Helmi pula memarahi aku. Kali ini aku senyap. Aku tahu aku salah. Tapi entahlah, kenapa aku kuat sangat nak tahu pasal benda tu.
“Ya, ya. Aku tak cari. Lagipun kisah tu dah lama, kan? Lek aa,” k, aku sedang menentang keinginanku sendiri. Tapi, kalau aku ikutkan jugak kehendak diri, silap hari bulan, memang aku akan jadi arwah.
“Kau bukannya boleh percaya sangat,” sikit je suara Amanda mencelah. Wutda.
Sedang kitorang merehatkan diri selepas main bola, tiba-tiba suara Pak Mael kedengaran kuat menjerit. “Hoi! Binatang ni makin hari makin kurang ajar!” suara Pak Mael menarik perhatian beberapa orang yang berada di kawasan berdekatan, termasuk kitorang berenam.
Semua orang macam tak kisah dengan apa yang terjadi. Tapi, kitorang pulak macam tak percaya yang penduduk kampung boleh bertindak macam tak tau je dengan perangai Pak Mael. Jadi, tanpa buang masa, kitorang pun mula bangun dan cuba hentikan tindakan Pak Mael.
Setelah berjaya memintas diorang berdua, terus kitorang halang Pak Mael daripada terus memukul mangsa. “Eh, apeni Pak Mael? Janganlah main pukul-pukul,” halang Helmi sambil menahan tangan Pak Mael yang sedang memegang penyapu lidi itu.
“Macam mana aku tak marah, ikan yang aku baru dapat, nak jual, dia pergi curi!” marah Pak Mael.
Aku pandang ke belakang. Seorang budak lelaki yang aku anggarkan usianya 10 tahun sedang menggigit ikan haruan. Nampak pelik pakaiannya. Berbaju Melayu dengan kain pelikat diletakkan pada bahu.
“Berapa harga ikan ni, Pak Mael?”
Aku dah lupa berapa harga yang Pak Mael cakap. Tapi yang pasti, aku hulurkan jugak duit untuk bayar ikan yang dicuri oleh budak tu walaupun terpaksa. Mana taknya, entah kenapa aku rasa kesian pulak tengok dia yang macam ketakutan. Kelaparan sangat mungkin.
Lepas saja aku bayar, terus aku tengok muka Pak Mael yang kekeliruan. Terkebil-kebil matanya pandang kitorang sebelum dia melangkah pergi. Sempat aku dengar dia cakap, “Entah kenapa pulak budak-budak ni?”
Kitorang endahkan sebaliknya memfokuskan perhatian kepada budak tersebut. Aku akui mata budak ni agak cantik, berwarna hijau gelap. Tapi, sebab kulit wajahnya yang comot membuatkan dia kelihatan agak daif.
“Adik ni dari mana?” soal Manda lembut.
Dia diam, sebaliknya masih terkebil-kebil memandang kitorang. Jangan-jangan budak ni sesat.
“Sesat?”
Dia geleng.
Pelik kitorang dibuatnya. “Habis?” soalku pulak.
“Saya takut untuk pulang,” ujarnya sambil berdiri dan mengibas pakaiannya. Manakala sebelah lagi memegang ikan haruan tersebut.
“Takut? Kalau macam tu, kitorang hantar baliklah”. Aku pelawa diri untuk hantar. Kebetulan hari dah nak senja, jadi, takkan aku nak biarkan budak ni balik sorang.
Fiqri tarik tangan aku ke belakang. “Kau serius nak hantar budak ni?” muka dia tampak ketakutan. Aku yang tengok muka dia macam tu, mula rasa pelik.
Aku toleh semula ke arah budak tu yang dikelilingi Rizman, Helmi, Manda dan Ameen. “Yelah. Kenapa?”
“Aku rasa ada something peliklah dekat budak tu. Entah-entah dia tu jin! Kau tengoklah baju dia tu, mana ada budak-budak kampung kita pakai baju macam ni.”
Aku toleh sekali lagi. Bagi aku, takde yang pelik sangat sebenarnya. Mana tahu budak ni tak mandi, sebab tulah dia takut nak balik. Takut mak bapak dia marah. “Kut ye pun kau nak sangka buruk, agak-agaklah. Kalau betul dia tu jin, macam mana Pak Mael boleh nampak dia tadi? Tu, orang kampung, semua nampak tadi kan? Dahlah, jangan merepek. Baik kita hantar dia sebelum hari makin gelap”.
Aku melangkah ke depan, tinggalkan Fiqri yang masih terkulat-kulat kat belakang.
Dipendekkan cerita, akhirnya Fiqri bersetuju untuk ikut serta. Budak tu berada kat depan manakala kitorang ikut dia kat belakang.
Berjalan punya berjalan, kitorang pun sampai dekat suatu kawasan perkampungan. Agak pelik sebab suasana kampung tu agak sedikit sunyi. Entah kenapa aku rasa lain macam masa tu. Tapi, nak hantar budak tu punya pasal, nak tak nak, kena jugak buang syak wasangka jauh-jauh.
“Kasy, aku rasa lain macam lah,” bisik Helmi dekat sebelah. Aku jegilkan mata ke arah dia, bagi amaran supaya jangan cakap benda yang bukan-bukan. Lagipun, masa nilah aku rasa macam menyesal tak dengar cakap Fiqri tadi.
Kitorang dah mula jalan himpit-menghimpit antara satu sama lain. Budak tu masih berjalan kat depan, diam tanpa kata. Hah, masa nilah segala cerita hantu dalam TV mula menyerang dalam minda.
Aku baca apa yang patut. Lagi-lagi bila orang kampung mula pandang kitorang tajam semacam. Ya Allah, rasa nak lari je balik rumah. Tapi, sumpah aku cakap, kalau nak balik ni, memang aku tak tahu jalan.
Tak lama lepas tu, entah macam mana angin sepoi-sepoi bahasa boleh datang menerpa. Kalau sepoi-sepoi je aku tak kisah, ini, disertakan dengan remangan bulu roma. Kejap-kejap aku sentuh belakang tengkuk. Yang lain pun dah mula sedar apa yang berlaku.
Dalam pada kitorang takut dengan tamparan lembut angin tersebut, aku sekali lagi tak tahu kenapa aku boleh rasa mengantuk sangat-sangat. “Lama lagi ke?” tanya aku dekat budak tu walaupun aku dah dapat rasa yang budak tu bukan manusia. Mana tahu kot-kot kalau aku hantar dia balik rumah, dia berbaik hati nak tunjukkan jalan balik dekat aku. Fikir aku masa tu.
Sekali budak tu menoleh, aku tiba-tiba rasa macam hilang ingatan sebaik aku bertentangan mata dengan mata hijau budak tu. Pandangan aku gelap dan aku dapat rasa badanku menghempas tanah. Sakit, tapi, segalanya hilang selepas aku mulai tak sedar tentang apa yang dah berlaku.
***
Aku rasa lenaku terganggu. Sebaik akalku mulai waras, terus aku bangun dan dapati aku sekarang berada dalam sebuah bilik. Aku mengigau ke? Ke, apa yang jadi ni adalah benda yang realiti?
Aku pandang sekeliling. Kesemua kawan aku ada sekali, masing-masing masih tidur. Tidur ke? Ke, pengsan?
Aku kejutkan sorang-sorang dan nampak yang diorang masih mamai. “Kat mana ni? Ni bukan bilik aku ni,” ujar Rizman sambil gosok mata.
Yang lain masih lagi merenggangkan badan dan menguap. Dan, aku yakin lepas tu diorang dah mula sedar dengan apa yang jadi, terus diorang melompat ke arah aku. “Kita kat mana ni?!” kali ini, bukan Rizman sorang yang tanya, kesemua sekali tanya benda yang sama.
Aku tak jawab, sebaliknya aku pergi ke arah pintu. Terkunci. Cis, tak guna. Kitorang kena kurung ke apa ni?
“Aku dah cakap kan, Kasy. Aku dapat rasa budak tu bukan manusia. Budak tu jin. Kau tak percaya!” marah Fiqri.
“Aku manalah tahu yang dia tu bukan manusia. Habis, Pak Mael dan yang lain dapat je tengok dia!” aku membalas. Sakit hati aku apabila salah diletakkan seratus peratus di bahu aku. Salah aku ke nak tolong orang?
“Tak, masalahnya sekarang, kenapa kau tak bagitau kitorang? Yang kau bagitau Kasyaf sorang kenapa? Kau pun tahu dia tu memang jenis tak nak dengar cakap orang. Kalau kau bagitau, sekurang-kurangnya dia sorang je yang terlibat. Kita selamat,” ujar Helmi pula. Berdesing telinga aku dengar dia cakap macam tu masa tu.
“Oh, maksudnya korang memang nak salahkan aku soranglah ni? Aku manalah tahu budak tu hantu. Korang, bab nak salahkan orang, korang memang hebat. Tapi, kalau mintak tolong kang, macam apa entah. Kalau macam nilah perangai korang…” belum habis ayat yang aku luahkan dengan rasa marah diucapkan, tiba-tiba pintu dibuka dari luar.
Kemudian, enam orang remaja yang mungkin sebaya kitorang masuk dengan raut wajah yang serius. Aku yang tadinya berdiri kat depan pintu, terus masuk semula. Diorang cuba mintak perlindungan daripada aku, tapi aku tepis dan jeling. Tadi kemain marah dekat aku.
“Korang siapa, hah?! Budak tadi mana? Aku tahu, korang yang suruh budak tadi tu culik kitorang kan?” dalam takut, aku beranikan diri.
Aku masih ingat lagi, lepas je aku tanya macam tu, terus diorang senyum sinis dan kemudiannya, mamat yang paling depan tiba-tiba berubah jadi asap. Apabila asap dah tak kelihatan, lelaki tadi berubah jadi budak kecik. Ya, budak kecik yang tadi.
Kemudian, dia berubah sekali lagi menjadi lelaki sebaya kitorang. “Kami mahu kamu semua bantu kami”. Ujar lelaki yang paling depan.
Kitorang berpandangan sesama sendiri.
“Ko-korang ni, sa-sape hah?” dalam takut, Helmi menyoal. Kitorang dah mula duduk dalam satu kelompok.
“Kami adalah bunian yang nenek kalian ceritakan”.
Sekali lagi kitorang dah macam kena renjatan elektrik dengar kenyataan bro ni. Kalau dia cakap dia bunian saja, mungkin aku masih boleh fikir secara waras yang dia adalah manusia yang acah-acah bunian. Tapi, masalahnya adalah apabila dia siap cakap lagi macam yang opah Rizman cerita. Hanat betul benda ni. Nasib baik dia tonjolkan diri dalam wujud manusia. Kalau wujud setan, aku tak tahulah apa nasib kitorang masa tu.
“Apa yang korang nak? Kitorang ni takde harta nak bagi. Sekolah pun belum habis lagi, inikan pulak nak hulurkan derma dekat korang”. Sebaik aku habis cakap, terus aku kena jeling enam pasang mata tu. Apalagi, semakin ke belakanglah badan aku.
“Kami tidak perlukan harta kalian. Yang kami mahukan hanya bantuan kalian! Kami yakin, hanya kalian yang bisa selamatkan desa kami daripada cengkaman Indera!” ujar si ketua tu lagi.
“Tak, masalahnya, korang ni jin tahu tak. Mana boleh percaya sangat cakap korang ni. Lagipun, dalam Al-Quran dah cakap, jin dan manusia takkan boleh berkawan sampai bila-bila. Jadi, korang nak jelmakan diri dalam bentuk manusia sekalipun, kitorang dan korang, tetap berasal dari unsur yang berbeza,” balas aku lagi. Nasib baik budak Fiqri tu selalu ulang ayat ni masa kitorang lepak. Jadi, secara tak langsung, aku ingat.
Habis je ayat aku, terus bro mata hijau tu datang ke arah aku lalu cengkam leherku. Sumpah aku cakap, badan aku memang terapung masa tu dan aku hampir hilang nafas sebab dicengkam kuat macam tu.
Tak lama lepastu, dia lepaskan semula. “Cepat, setuju saja mahu bersama kami! Kalau kalian ingin pulang ke kampung dengan selamat, kalian mesti setuju membantu kami!” tegas betul ketua diorang ni. Badan dia biasa-biasa saja, tapi, kekuatan dia tu dah macam badang. Aku sampai terbatuk-batuk sebab tekak macam kena jerat dengan besi. Sakit bhai.
Ayat dia membuatkan kitorang berpandangan sesama sendiri. Tangan aku tak payah tanya dah masa tu, memang pucat habis lepas kena angkat dek bunian kuajak tu. Dahlah bilik ni berdebu, dia pergi campak pulak badan aku atas lantai, makin berdebulah pakaian aku dibuatnya..
“Cepat! Katakan saja kamu setuju!” ujar mamat yang kat belakang tu pulak. Kali ini, dia keluarkan anak panah dan mula ajukan panah tu ke arah aku. Yang lain pun mula ikut jejak. Masing-masing memegang panah kat tangan. Aku serius cakap, memang berkilat hujung anak panah tu bhai. Ni kalau kena, memang tembus depan dan belakang badan aku. Entah-entah, badan aku boleh melekat dekat dinding agaknya.
Kitorang cepat-cepat angkat tangan. Dah macam kena kepung polis pun ada. Ganas betul!
“Okay, okay. Kitorang setuju tolong. Tapi, jangan salahkan kitorang kalau kitorang tak berjaya nanti”. Akhirnya aku bersetuju. Siapa tak setuju kalau dah kena acu dek anak panah tu woi. Lagipun, kitorang tak pasti apa hukum kitorang tolong makhluk tu masa tu.
“Duduk”. Arah si ketua. Kitorang jadi macam orang bodoh, ikut je apa yang disuruh.
Kitorang mula ambil tempat. Duduk dalam bulatan. Lupa nak cakap, masa ni adalah masa siang. Jadi, sebab tulah kitorang boleh nampak muka-muka diorang berenam. Kalau waktu malam, memang sah tak nampak sebab dalam bilik ni bukannya ada lampu pun. Yang ada hanya obor dekat dinding.
“Pertama sekali, kami ingin memperkenalkan diri”. Pfft, tadi kemain ganaih, sekarang boleh pulak buat sesi orientasi. Pelik, tapi benar. Masa ni baru aku percaya dengan tiga perkataan tu.
“Aku Kencana. Di sebelah kiriku adalah Satria dan di sebelah Satria adalah Aduka. Manakala sebelah kananku pula Puspa dan di sebelah Puspa adalah Damak. Wanita itu pula adalah Anum. Kami antara penduduk di kampung ini sejak sekian lama lalu.
Dulu, seperti yang nenekmu katakan, bunian menyerang orang kampung ini. Tapi, itu hanya terbatas ilmu nenekmu sebagai manusia. Kejadian sebenar adalah, ketua kampung itu sendiri yang mengorbankan nyawa-nyawa penduduk kampungnya demi mendapatkan harta kekayaan.
Sebenarnya, tidak semua kami yang terlibat di dalam pembunuhan itu. Hanya pada mereka yang ingkar akan arahan tok saja yang buat kekacauan itu. Mereka itu adalah orang-orang yang telah mengkhianat perjanjian, iaitu Indera bersama orang-orangnya”. Cerita ketua diorang yang bernama Kencana ni.
Cerita itu menarik perhatian aku. Tapi tulah, golongan jin ni mana boleh percaya sangat. Temberang lebih untuk sesatkan kaum Adam.
“Aku berkata benar! Tidak sesekali aku berdusta!” terhinjut sedikit bahu aku dengar Kencana yang tiba-tiba menjerit. Hmm, dia boleh baca fikiran akulah pulak.
“Habis tu? Korang nak kitorang tolong apa benda? Nak tangkap dia? Heh, sampai ke sudah takkan dapat kena tangkap sebab dia tu jin. Tak masuk akal kalau kitorang kena tangkap”. Aku rasa, aku sorang je yang banyak membantah. Member aku semua diam tertelan anak tekak sendiri.
“Karena dia bukan bangsa kamilah, kami meminta bantuan daripada kalian”. Ujar Si Puspa pulak. Hmm, klasik semua nama diorang ni.
Eh, kejap. Apa maksud dia bukan bangsa diorang?
“Apa maksud kau?” tanya Si Ameen tiba-tiba.
“Dia itu adalah Indera, lelaki yang tersasar ke sini sejak berpuluh tahun dahulu. Pada awalnya, dia itu hanya manusia biasa. Tapi, setelah dia berjaya membantu puterinya tok ketua daripada tercabul oleh mereka yang berhati busuk, makanya tok ketua menikahkan dia dengan puterinya.
Kemudian, tok ketua mula percayakan dia dan menganuerahkan pangkat ketua desa kepada Indera. Namun siapa sangka bahwa Indera itu sebenarnya makhluk yang gilakan kuasa dan kedudukan, jadi dia mulai menindas orang-orang kampung bunian yang lain bahkan dia juga berjaya menghasut beberapa orang penduduk kampung ini untuk mengikuti perintah penghulu kampungnya bangsa manusia.
Karena masing-masing gilakan kuasa, maka itulah ramai yang m**i kerana d*****h anak buahnya Indera. Karena itulah jua manusia-manusia berpindah dari kampung itu dan sekarang, kampung itu menjadi kepunyaan kami yang sah. Tok ketua yang sebenar berasa menyesal membantu Indera tapi apakan daya, tok ketua sudah tiada kuasa lagi”. Cerita Damak pula.
Cerita dia macam logik, saling ada kaitannya sesama sendiri. Tapi, boleh percaya ke ni? Sungguh aku masih ragu.
“Indera adalah manusia, dan kau cakap tadi yang dia hidup berpuluh-puluh tahun dulu. Jadi, macam mana kitorang nak tangkap dia? Dia dah m**i kan?” giliran Helmi pula meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Fuh, lebih kurang samalah persoalan aku dengan dia masa tu.
“Asalnya manusia. Namun, sebelum dia menikah sama puteri tok ketua, dia sudah membuat upacara untuk menjadi separuh bunian dan separuh manusia. Karena itulah, dia bisa hidup sampai ke hari ini karena d***h bunian ada mengalir dalam jiwanya Si Indera”. jawab Kencana lagi.
Kitorang angguk faham. Susah sebenarnya masalah ni. Mana mungkin manusia biasa usia kitorang ni boleh menangkap Indera yang kini menjadi manusia dua alam. Alam manusia dan bunian. Tadi pun, bunian Si Kencana ni cekik dan gantung aku atas udara pun aku dah tak dapat nak buat apa. Inikan pulak nak kalahkan Indera. Mengarut betul.
“Kasy, apa kita nak buat ni?” bisik Helmi kat sebelah. Aku tak pandang dia, tapi, otak aku pun tengah mencerna sekarang ni. Aku pun tak tahu nak buat apa.
“Sebelum itu, lupa kami mahu bertanya. Siapa nama setiap daripada kamu semua?” tanya Aduka tiba-tiba.
Aku sedikit tersentak sebab suara Aduka ni kedengaran dalam dan garau. Berbeza dengan suara Kencana, dia punya suara sedikit halus dan tegas. Puspa pulak lembut, lembut maksud aku bukan lembut suara kepit, lembut didengar tapi ada unsur ketegasan. Damak, dia hanya garau lelaki biasa macam kitorang. Kalau Satria suara dia macam suara bergumpal dalam mulut, tapi sebutan dia jelas. Satria ni bro yang mula acukan panah dekat aku tadi.
“Nama aku Kasyaf. Kat sebelah aku ni Helmi. Lepas tu Ameen, Fiqri, Rizman dan Manda”. Terangku secara ringkas. Budak berlima tu nampak takut-takut angguk.
“Baiklah. Kalau begitu, kami akan membawa kamu semua berjumpa Pak Juna, pakar silat di kampung ini. Nanti dia akan bilang kepada kalian apa yang akan kalian perlu lakukan demi mengalahkan Indera”. ujar Kencana.
“Kejap, sebelum tu kitorang nak makan. Lapar tahu tak?” tiba-tiba Ameen bersuara. Dia ni memang tak tahan lapar. Apatah lagi, kalau tengok kepada keadaan sekarang yang dah siang, maksudnya semalaman kitorang duduk kat sini tanpa makan malam.
“Kalau begitu, akanku bawa kalian ke satu sungai. Di sana banyak ikan. Jangan khuatir, ikan itu bukan daripada bangsa kami. Ikan itu adalah sebenar ikan”. Jawab Kencana lagi.
Kitorang apatah lagi, semangat nak bangkit sebab perut pun dah mula join perut Si Ameen.
“Sebelum itu, kalian ganti baju ini dahulu”. Kencana letakkan kain yang diikat kat depan kitorang.
Hmm, mesti kena pakai pakaian macam diorang ni. Haish, rasa macam kembali ke zaman-zaman dulu pulak. Nak balik punya pasal, ikut jelah.
***
Lambat-lambat kitorang melangkah di beranda rumah kayu ini. Mana taknya, letak rumah ni adalah atas pokok. Nasib baik ada lekuk-lekuk pada pokok ni yang menjadikan ia sebagai tangga. Kalau tak, tak pasal-pasal kitorang kena panjat pokok.
“Assalamualaikum, Pak Juna”. Ucap Kencana. Oh, Islam rupanya.
“Waalaikumussalam. Kamu Kencana. Masuk, masuk”. Pelawa orang tua itu yang sekadar berkain pelikat tanpa baju itu. Nampak sangat tua, dengan rambut dan janggut yang sudah memutih dan belakang badan yang sudah mulai membongkok. Betul ke dia ni dapat ajar silat?
“Ada hajat apa kau ke mari?” fuh, tanpa mukaddimah, terus orang tua ni menyoal hajat kitorang ke sini. Mata aku melilau sahaja memandang suasana rumah yang sedikit gelap, tetapi nyaman. Ruangannya kosong dan sangat kemas
“Kami sudah menemui orang yang bisa mengalahkan Indera”. jawab Si Kencana pula. Dia punya tahap konfiden, kalah Gunung Everest.
“Mereka ini yang kau maksudkan?” Pak Juna tunjuk kitorang berenam. Kencana mengangguk.
“Bagaimana bisa kau menjamin bahawa mereka dapat mengalahkan Si Indera?”
“Malam itu, ketika aku berjalan mencari Damak yang hilang semasa menyamar menjadi ikan haruan, aku terdengar ada yang sedang berbicara perihal sejarah perkampungan kita ini. Lantas, aku pergi ke rumah itu dan mendengar dengan teliti. Ternyata, orang tua itu telah tersilap sangka tentang kita dan ketika itulah aku terdengar salah satu daripada mereka ini ingin mengetahui tentang sejarah kampung kita.
Bukankah Pak Juna pernah berbicara bahawa hanya mereka yang benar-benar ingin tahu tentang perkampungan kita saja yang bisa mengalahkan Indera. Jadi, aku berfikir bahawa aku ingin menjadikan dia perwira desa ini”. cerita Kencana sedikit panjang. Ada yang aku ketuk kepala budak Kencana ni kang. Suka hati dia je cop aku sebagai perwira. Ni, kalau aku kalah, dapat aku bayangkan nasib aku selepas ni yang bakal diisytiharkan sebagai pembelot.
Pak Juna kelihatan diam sambil mengurut dagunya yang berjanggut putih itu. Kejap-kejap matanya memandang kitorang dan mula memfokuskan pandang ke arah aku. “Kamu ketua, jadi, aku akan melatih kamu bersilat mulai malam ini. Yang lain bisa beristirahat dulu malam ini”.
Dengar je cakap orang tua tu, terus aku rasa macam nak mencarut. Apa benda ni? Suka hati je letak aku jadi ketua!
“Kejap, berapa lama tempoh belajar silat? Sebab, kitorang ni cuti dua minggu je”. Hari ni hari kedua cuti. Maksudnya, kitorang hanya ada masa dua belas hari je untuk settlekan benda ni. Kalau tak, habislah waktu persekolahan aku.
Kejap! Kalau dulu, masa kitorang terperangkap dalam bangunan sekolah, sehari je kitorang lalui. Tapi, kitorang hilang selama seminggu. Jangan-jangan…!
“Bergantung kepada tahap kesungguhan kamu belajar. Ingat, silat ini hanya bisa diguna di dunia kami sahaja. Dunia kamu, silat ini tiada gunanya”. Lagi sekali laki tua ni buatkan aku rasa nak meletup. Dahlah aku takde asas apa pun dalam silat. Buatnya aku tak reti-reti macam mana? Cesh!
Dalam pada aku membantah dalam hati, mulut aku masih lagi berkunci. Nak marah lebih-lebih kang, diorang tak bagi balik. Nak tak nak aku masa tu memang mampu diam jelah.
***
Seperti yang disuruh, aku dah ada kat depan halaman rumah Pak Juna. Bulan mengambang membuatkan aku rasa seram. Gila kau tak seram, yang sedang berurusan dengan aku sekarang ni adalah Pak Juna, makhluk dunia jin. Bukannya manusia.
“Kau sudah makan?” Pak Juna berdiri dengan tegak kat depan aku sekarang. Hilang sudah bongkoknya siang tadi. Dahlah hanya ada obor dan lampu tanah serta cahaya bulan, susuk orang tua tu nampak sangat seram. Kalau korang ada kat tempat aku masa tu, aku dapat bayangkan korang bergetar seluruh tubuh sebab berlatih silat dengan jin.
Aku lambat-lambat angguk. Boleh tahan kenyang kitorang makan ikan bakar hasil tangkapan Kencana dan yang lain. Kitorang pulak bakar ikan tu. Nampak macam tak logik apabila kitorang dapat makan bersama-sama dengan jin aka orang bunian. Tapi, itulah hakikatnya.
“Sepatutnya kau tidak boleh makan sehingga kenyang karena mungkin kau bisa mengantuk dan hilang tumpuan. Tapi tidak mengapa, untuk latihan pertama, kau dimaafkan. Tapi setelah ini, kalau kau makan sampai kenyang lagi, jangan salahkan aku kalau badanmu aku sebat dengan buluh nipis”. Tertelan liur aku dengar amaran orang tua tu. Aku kena sebat dengan hanger pun meraung macam kena buang dalam gaung, inikan pulak kena sebat dengan buluh nipis. Mahunya kulit aku akan terpisah dengan isi. Aku angguk lagi. Sorang-sorang malam tu memang buatkan aku rasa sedikit gentar.
Latihan malam tu bermula dengan bacaan doa. Pak Juna cakap, dia tahu yang aku akan was-was kalau baca doa lain sebab aku ni bukan khatam betul-betul pun al-Quran, sekadar baca sampai habis lepastu sekadar mengulang kalau jumpa setan. Ceh, kena aku sedas masa tu.
Jadi, dia ambil langkah untuk menyuruhku membaca Al-Fatihah dan memberi sepenuh perhatian semasa latihan dijalankan. Sebelum tu jugak, aku ada diberikan pinang yang disalut dengan daun sirih. Aku tak tahu apa fungsinya dan aku kunyah benda tu walaupun rasanya perit dekat lidah.
Latihan dimulakan. Aku cuba untuk fokus, tapi, terlalu banyak gangguan seperti digigit nyamuk. Bahkan, ada suara orang mengilai daripada pokok berdekatan. Ikutkan hati aku masa tu, memang aku nak cabut. Tapi, lepas tengok pandangan tajam Pak Juna, rasanya rasa takutku dah berpindah kepada mata orang tua tu.
Dua jam jugak tempoh latihan aku untuk malam ni membuatkan aku rasa nak tercabut segala organ. Pak Juna yang ajar lek je, malah dia masih dapat berdiri dengan tegak sambil tangan kat belakang. Aku pulak dah macam apa entah terduduk atas tanah. Kalau korang yang ganti tempat aku, aku rasa lebih kurang je perasaan kita. Kau kuat mana pun stamina, kalau taktik kau salah, tetap akan jejaskan tenaga kau. Itu apa yang Pak Juna cakap.
Dia hulurkan gelas dekat aku. Entah bila masa entah dia ambik, aku tak pasti. Yang pasti, daripada tadi dah aku asyik tercungap-cungap keletihan. Lebih letih daripada main bola bhai.
“Sekian dahulu latihan untuk kau malam ini. Mulai besok, tumpukan banyak lagi perhatianmu jikalau kau tidak mahu keletihan seperti malam ini. Sudah, kau bisa pulang”. Gitu je dia halau aku selepas beberapa aktiviti penutupan diajar untukku sebentar tadi.
Perasaan aku masa tu berbelah bahagi. Walaupun jarak rumah orang tua ni tak jauh daripada rumah Kencana dan member-member dia, tapi, kalau dah sorang-sorang, rasa nak terkucil itu pasti ada.
“Sudahlah. Kau carilah mana-mana tempat sekalipun di desa ini, takkan kau jumpa sebenar-benar manusia. Kesemua kami di sini adalah bangsa jin. Kalau kau takut kami lebih daripada kau takut Tuhan, nescaya kau akan tersasar”. Pesan Pak Juna sebelum naik ke rumah dia.
Aku telan liur. Betul jugak, aku nak tidur kat sini pun, sama jugak keadaan dia. Pak Juna tu pun jin jugak.
Aku pandang sekeliling. Nak tak nak, aku kena balik jugak sebab suasananya gelap siot. Dahlah setiap rumah kat tepi jalan tanah ni, mesti ada warna kemerahan tengah fokus dekat aku. Aku tahu, tu semua mata-mata ‘diorang’.
Sabar Kasy, sabar. Tenang walaupun kaki aku dah menggeletar dan lembik dah masa tu. Tapi, berbekalkan nasihat Pak Juna, aku pun cuba kuatkan semangat walaupun hanya 51% sahaja keberanian yang tinggal.
***
Hari ni adalah hari ketiga kitorang kat sini. Seperti yang diorang cakap, selagi tak tolong diorang punya kampung ni, selagi tulah kitorang tak boleh balik. Kitorang nak mengamuk lebih-lebih susah. Risau kalau-kalau jadi santapan diorang.
Seusai solat zuhur, Kencana dan member-member dia ajak kitorang berenam jalan-jalan sekitar kampung diorang ni. Sebenarnya aku rasa sangat keberatan. Seram semalam masih lagi tersisa, dia nak tambah lagi. Tapi tulah, dah namapun menumpang dan jadi tetamu yang sangat ‘dijemput’, kena jugak ikut diorang.
Macam biasalah, kitorang mesti akan jalan himpit-himpit. Kau bayangkan, walaupun siang-siang pun kitorang dapat rasa aura seram tu. Mana taknya, budak-budak biasanya kalau main, muka diorang bahagia dan siap gelak-gelak. Yang ni pulak, main ketingting tu pun diorang boleh buat muka serius takdak perasaan. Bayangkan!
Lepas tu, mak cik-mak cik boleh pulak jeling-jeling kitorang. Kalau jeling manusia, aku boleh kategorikan jelingan diorang tu adalah jelingan membawang. Kalau yang ni, macam jelingan hantu-hantu. Seram siot.
“Jangan khuatir, mereka sekadar pelik melihat wajah kalian yang tiada pernah dilihat sebelum ini. Tapi, mereka belum tahu bahawasanya kalian adalah manusia. Hanya yang punya kuasa saja yang tahu siapa kalian sebenarnya”. dengan suara lemah dan jelas, Kencana menjawab persoalan aku, bahkan mungkin soalan member aku jugak.
“Punya kuasa? Maksud kau?” tanya Fiqri.
Dia diam. Tidak seorang pun kawan-kawan dia menjawab. Aku malas betul kalau orang tanya tak nak jawab ni. Tapi tulah, mungkin rahsia diorang agaknya.
“Sebenarnya, desa kami ini tidak seperti ini sebelumnya. Kami hidup bahagia sahaja. Tapi, setelah Si Keparat itu mula memerintah kami, semuanya kacau bilau. Sesiapa yang didapati menyebarkan berita buruk mengenai dia, akan dihukum b***h. Kalau ada sesiapa yang berbicara tentang keburukan mereka, akan disalib sebelum dipanah”.
Cerita Anum pula. Ini kali pertama aku dengar suara perempuan tu bercakap. Kedengaran sangat lembut, sesuai dengan penampilannya yang berbaju kurung dengan bunga diselitkan dekat telinga dia.
“Tapi, kenapa korang boleh je bercerita tentang diorang?” giliran Amanda pulak bertanya. Ketika ini, kitorang tengah berehat dekat bawah pokok rendang kat tepi sungai setelah penat berjalan.
“Saat-saat begini, Indera sedang mandi bunga untuk menambah kekebalan dan mengukuhkan kedudukan dia sebagai ketua desa ini,” jawab Damak pulak.
Jawapan Damak menjadi penutup segala perbualan kitorang buat seketika. Aku pun dah hilang idea nak cakap apa. Yang pasti, badan aku masih lenguh-lenguh lagi penangan latihan semalam. Tak sabar aku nak suruh member-member aku pulak yang merasa latihan semalam.
Banyak sebenarnya persoalan dalam otak aku sekarang. Tapi tulah, sebab penat sangat, aku tak tahu nak luahkan macam mana dan tanpa aku sedar, aku tertidur atas tanah.
BERSAMBUNG…
Jangan risau, aku saja bagi bersambung sebab panjang sangat. Bahagian II dah siap.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Terima kasih sbb sudi menulis ttg kisah perkampungan bunian, saya mmg dah lama ingin mengetahui ttg mereka.
cepatlaaa part 2
Wow ! Bestnya ada pengalaman mcm ni ! Syukurla diorang tu muslim baik kan