Kembara Enam Sahabat – Kenapa Dengan Nana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali lagi, sekalung ucapan terima kasih aku ucapkan kepada FS yang sudi siarkan cerita aku. Terima kasih jugak aku ucapkan kepada pembaca yang sudi membazirkan masa korang sebab untuk membaca cerita mengarut yang aku tuliskan. Ramai yang protes sebab aku bagi iklan banyak sangat dan intro tak habis-habis. Hahaha. Aku minta maaf naa. Aku cuba kurangkan untuk kali ni. Segala komen positif dan negatif, aku terima dengan hati yang terbuka. Gituh.

Okay. Kepada pembaca yang baru kenal aku, aku Kasyaf. Detsol. Hahaha.

In the previous story, aku dah bagitau yang cerita aku tak habis sepenuhnya. Jadi, kalau nak tahu apa yang jadi sebelum ni, boleh cek cerita aku tajuknya, “Kembara Enam Sahabat – Patung Nanabelle”.

Okay. Kita mulakan cerita.

Sejak daripada kes Nana kena tuduh dan terus balik kampung tu, nak dekat habis sekolah pun dia belum masuk sekolah lagi. Cuti sekolah dah tinggal beberapa hari, namun dia masih belum hadir.

Kitorang tertanya-tanya jugak apa sebabnya, tetapi, tidak seorang pun budak kelas yang tahu kenapa dia tak hadir dalam tempoh masa yang agak lama. Masing-masing dah hidup dalam serba salah dan berharap semoga Nana cepat-cepat datang ke sekolah untuk memohon kemaafan. Haa, tulah. Lain kali, nak bergosip pun, biarlah sahih. Ini tidak, dahlah mengumpat, memfitnah pulak tu. Tak ke malu tujuh keturunan.

Lepastu, masuk hari terakhir persekolahan, Nana tetap tak datang sekolah. Yang peliknya, cikgu-cikgu semua macam tak tanya pun ke mana Nana, padahal lama kot dia menghilang tanpa berita. Atau mungkin, Nana ada bagitau sebab dia tak datang kot?

“Jangan-jangan dia nak pindah kot?”

“Sebab kitalah Nana tak datang sekolah”.

Begitulah serba sedikit andaian dan penyesalan budak kelas tentang Nana.

“Kasyaf, kau nak ikut tak aku pergi jumpa Nana? Aku tak senanglah kalau hidup dalam serba salah macam ni,” habis je kelas, Amanda datang ke arah aku dan meluahkan rasanya yang ingin berjumpa dengan Nana.

Aku kemaskan barang, dan pandang muka dia. “Tapi, kita tak tahu rumah dia kat mana”. Zaman aku bukannya zaman Whatsapp nak tanya Nana dia ada kat mana. Jangankan telefon pintar, telefon bimbit Nokia Pembunuh pun aku takde lagi masa tu. Nak berhubung dengan member, kalau tak lepak, berborak guna telefon rumah.

“Kita tanya Madam Hajijahlah. Dia kan ada simpan senarai maklumat pelajar kelas kita”. Cadang Amanda.

Lama aku fikir, lepas tu, aku pun angguk. Tak lama lepas tu, seperti biasa, datanglah member-member aku menyampuk.

“Nak ikut jugak, nak jugak!” ujar diorang berempat serentak dengan nada yang sangat menggelikan telinga yang mendengar. Aku jeling je diorang, dan diorang pun hanya balas dengan sengih buruk diorang tuh.

Tanpa buang masa, kitorang pun bergerak ke bilik guru.

Dari jauh sudah kelihatan Madam Hajijah yang masih duduk di tempatnya. Madam memang macamni, dia antara yang paling lambat balik sebab dia tahu ramai students yang akan jumpa dia atas sebab yang berbeda.

“Assalamualaikum, madam,” tegurku. Madam Hajijah pandang muka kitorang berenam dan kemudian melemparkan senyuman. Walaupun dah dekat-dekat 40 tahun, dia masih mempunyai rupa paras yang cantik.

“Waalaikumsalam. Ya, Kasyaf and the gang. Ada apa yang madam boleh tolong?”

Aku garu kepala. Cuba merangka ayat.

“Err, madam. Nak tanya, Nana tinggal kat mana?” dek mendengar soalan aku, muka Madam Hajijah berubah serta-merta.

“Kenapa tanya?” eh, lain macam pulak soalan Madam ni. Ada apa-apa yang kitorang tak tahu ke apa ni? Bau-bau ikan.

“Bukan apa, madam. Madam pun tahu kan yang Nana dah lama tak datang sekolah. Jadi, kami fikir nak pergi jumpa dia,” terangku ringkas.

Madam Hajijah angguk. Lepastu, dia pandang kitorang semula.

“Kamu tak tahu ke apa yang dah jadi dekat Nana?” dengar je soalan Madam Hajijah, kitorang pasang riak pelik. Tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

Kitorang geleng.

“Kenapa, madam?” soal Helmi tak sabar nak tahu.

Madam Hajijah hela nafas. Berat kedengarannya.

“Saya tak nak komen banyak. Kamu tengok sendirilah nanti. Nah, ni alamat rumah dia. Kamu pergilah. Kirim salam saya untuk keluarga dia,” madam hulurkan kertas kecil yang bertuliskan alamat rumah kepada aku. Aku capai dan tengok. Lepastu, aku simpan dalam poket.

“Kenapa dengan Nana, madam?” aku pulak tak sabar nak tahu. Riak wajah cikgu sukar untuk aku baca.

“Saya taknak cerita kat sini. Nana dan mak dia tak bagi. Jadi, kalau nak tahu, kamu semua pergilah jumpa dia. Dah, tak payaj tanya saya banyak-banyak soalan. Pergi sendiri, tengok sendiri. Kalau saya cakap nanti, kamu cakap saya tipu”. Amboi madam, diusirnya kami begitu je. Tapi takpelah. Penasaran punya pasal, nak tak nak, mesti jugak cepat-cepat pergi.

โ€ขโ€ขโ€ข

Dipendekkan cerita, balik je rumah, aku kemaskan segala keperluan. Kitorang plan nak tidur kat rumah Pak Su Ali, bapa saudara kepada Ameen. Kebetulan rumah Pak Su Ali berada tidak jauh daripada rumah Nana. Lagipun, Pak Su Ali dan Mak Su Esah takde anak. Jadinya, kedatangan kitorang kat rumah tu amatlah dialu-alukan.

Bising jugak mulut mak aku sebab tak tahu duduk diam katanya. Ingatkan, kalau balik kampung nak lunaskan rindu, eh, boleh pulak aku pergi bercuti kat tempat lain.

Paling dia bising masa aku tak bagitau pun dekat dia yang aku sakit dua minggu dekat sekolah hari tu. Hampir mak nak serang sekolah sebab tak bagitau dia, tapi, cepat-cepat babah halang. Kata babah, tu bukan salah pihak sekolah, tapi salah anak diorang yang tak reti nak bagitau. Ceh, ingatkan nak bela. Hahaha.

Tapi, aku cakap aku pergi seminggu je sebab nak jumpa kawan. Dalam keterpaksaan, mak pun relakan. Itupun sebab babah pujuk tahap kencing maneh, mak pun iyakan walaupun nampak muka dia risau.

Habis je kitorang makan dekat rumah aku, kitorang pun berangkat hanya menggunakan motor cabuk. Perjalanan kitorang ada sedikit cabaranlah. Bukan apa, kitorang takde lesen. Dah tu, ada yang siap berbonceng lagi. Fiqri dengan Helmi, Rizman dengan Ameen, manakala aku dan Amanda bawak motor masing-masing. Tak manis orang pandang.

Ni, kalau pak cik polis mai lambai, memang tak tau nak buat apa. Buat adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baca ni, please, Kasyaf merayu jangan ikut aksi ni. Sayang beb duit melayang. Baik korang belanja aku makan daripada bayar saman.

Tu iklan keselamatan eh. Haha. Dah, dah. Masuk balik dalam cerita.

Perjalanan dari kampung aku ke kampung Pak Su takdelah jauh sangat. Dengan kelajuan biasa, adalah jugak mengambil masa 45 minit.

Setibanya di kampung tersebut, entah kenapa bulu roma aku tegak serta-merta. Tapi, aku cuba bersangka baik. Mungkin sebab kitorang sampai sini dekat-dekat nak maghrib, tambahan lagi, jalan kampung ni dah lengang, takdak orang lalu.

Setibanya kitorang di rumah Pak Su Ali, terus Ameen bagi salam. “Assalamualaikum”.

Sekejap sahaja salamnya sudah berjawab. “Waalaikumussalam”.

Setelah dipelawa masuk, kitorang pun terus meletakkan beg ke dalam bilik. Satu bilik tu boleh tahan luasnya, jadinya, kitorang berlima seperti biasa, akan berkongsi satu bilik. Amanda takde pilihan lain, tidurlah dia di dalam bilik yang mengalahkan ruang tamu rumah aku tu sorang-sorang. Hahaha.

Baru terfikir nak mandi, Pak Su terus datang menjengah ke bilik. “Nak ikut Pak Su pergi masjid tak?”

Tanpa banyak tanya, terus kitorang angguk setuju. Mandi? Lepas isyaklah. Lagipun, badan tak berbau lagi ni.

Habis solat isyak, kitorang pun balik ke rumah. Jalan kaki je, tak sampai lima minit pun nak berjalan kaki pergi masjid tu. Cumanya, kalau malam-malam lalu sini, dengan kenderaan yang sikit je yang lalu, boleh membuatkan meremang jugaklah bulu roma. Suasana dia kalau korang nak tahu, suram semacam je. Ada kabus-kabus, aehh, meremang bhai.

“Kamu cakap nak jumpa kawan, siapa kawan kamu tu, Meen?” Pak Su membuka soalan, fuh, legalah sedikit ada suara Pak Su. Sekurang-kurangnya takdelah nak mendengar segala jenis bunyi yang tak enak didengari itu.

Kitorang jalan ni pun, semua berhimpit belakang Pak Su. Nak jalan depan Pak Su, macam kurang ajar pulak.

“Nana, Pak Su”. Jawab Ameen.

“Nana? Nana mana ni? Setahu Pak Su, takde yang nama Nana kat kampung ni. Ada pun, Nana gila tu je”. Jawab Pak Su. Aku masa tu dah mula nak mengaitkan tentang ketidakhadiran Nana dengan cerita Pak Su.

“Taklah, Pak Su. Nana tu yang keluarga dia baru pindah dari Perlis tu,” cerita Ameen ringkas.

Setelah mendengar kata-kata Ameen, terus Pak Su suruh kitorang jalan cepat. Dia diam, langsung tak menyambung perbualan antara dia dan Ameen. Takde pulak dia nak tanya itu ini. Yang pasti, derapan langkah dia lebih laju daripada tadi.

Kitorang pelik, cuma ikutkan jelah. Cuma tulah, aku sekali lagi terasa ada sesuatu yang pelik. Tapi, aku tak tahu apa benda tu.

Sampai je ke dalam rumah, Pak Su kunci pintu. Lepastu, Mak Su datang dari dapur sambil tayang muka pelik.

“Kenapa, bang?”

“Takde apalah. Dah siap dah makan malam?”

Mak Su angguk. “Dah, Amanda yang tolong masakkan. Sedap jugak masakan Amanda rupanya, bang”.

Jatuh semua rahang kitorang berlima mendengar omongan Mak Su. Biar betul Amanda masak? Gangster masak?

Kitorang pun pergi ke ruangan makan dan makan malam bersama-sama. Boleh tahan jugak minah gangster ni masak.

“Betul ke kamu semua nak jumpa budak tu?” Pak Su bersuara lagi.

Mak Su pandang wajah Pak Su. “Siapa, bang?”

“Budak hujung kampung tu”.

Wajah Mak Su kelihatan terkejut. “Kawan kamu semua ke budak tu?”

“Ya,” walaupun tak serentak, tapi kitorang jawab soalan Mak Su dengan jawapan yang sama.

“Kenapa, Mak Su?” Ameen seperti biasa, rasa penasaran dia ni memang meninggi.

Mak Su dan Pak Su berpandangan antara satu sama lain. Wajah mereka berdua sukar untuk ditafsir.

“Esok kita pergi rumah dia. Kamu tengok sendirilah macam mana”. Jawab Mak Su. Mak Su, tu bukan jawapan, tapi tu persoalan yang Mak Su bagi kat kitorang.

โ€ขโ€ขโ€ข

Keesokan paginya, dalam pukul 10.30 macam tulah, kitorang pun berangkat menuju ke rumah Nana. Seperti biasa, empat orang malaun tu berboncengan antara satu sama lain, aku dengan Pak Su, Amanda dengan Mak Su.

Perjalanan ambil masa dalam sepuluh minit jugak nak sampai rumah Nana sebab kedudukannya agak di hujung kampung.

Setibanya di sana, hati aku terasa tiba-tiba sahaja berdebar. Mungkin sebab sebelum ni badan aku pernah dipinjam Nenek Kebayan, jadi, deria keenam aku sedikit sensitif. Aku dapat rasa aura yang lain macam yang aku tak tahu nak explain macam mana.

Aku perhatikan keadaan sekeliling. Boleh tahan jugak rumah Nana ni. Rumah kayu, tapi tiang dan tangga pula batu. Sekeliling rumah ini dipenuhi bunga-bungaan yang beraneka jenis. Cantik.

Tapi tulah. Walaupun suasana yang cantik, entah kenapa aura seram lebih nenguasai. Walaupun begitu , aku biarkan sahaja. Mungkin perasaan aku je kot, andaian aku masa tu.

Kitorang pun naik ke atas. Baru sahaja sampai di beranda rumah, tiba-tiba ada tiga orang budak berlari meluru ke arah aku. Dua orang budak lelaki, seorang budak perempuan. Usia mereka, aku anggarkan dalam lingkungan 5 tahun, 7 tahun dan 10 tahun. Budak perempuan 10 tahun, yang dua orang lelaki tu pulak 5-7 tahun.

Aku melutut di hadapan diorang. “Kenapa ni dik?” tanya aku pelik. Tanpa menjawab soalan aku, diorang bertiga terus peluk aku sambil menangis.

Tak lama lepas tu, kedengaran ada orang menjerit dengan lantang dari dalam. “Aku tak kira! Aku nak hak aku!”

Meremang bhai segala jenis bulu dekat badan aku. Siap dengan bulu kening sekali terangkat sebab takut dengar suara garau tu.

Pak Su dan Mak Su terus masuk ke dalam rumah. Aku pun nak masuk, tetapi, cepat-cepat Rizman halang.

“Woi, kau nak pergi mana tu? Kita baliklah. Aku takut ni”. Melengkung kening dia sebab takut. Hujung baju aku ditarik untuk mengikut dia balik dari sini.

Aku pandang dia dengan perasaan geram. “Macam mana kalau orang tu Nana? Kau nak biarkan jugak?” memanas d***h aku sebab marahkan Rizman.

Rizman tampak resah. Helmi dan Ameen tak payah cakap, dah berada di tangga paling bawah dah diorang berdua. Bersiap nak lari je lagi.

“Korang berdua, naik atas. Kita masuk, tengok apa yang jadi. Jangan nak lepas tangan je. Alang-alang kita dah sampai sini, baik kita masuk terus”. Arahku.

Diorang pada awalnya menolak, tapi, lepas aku acah-acah nak belasah diorang, cepat-cepat diorang naik semula.

“Manda, kau jaga budak ni. Kitorang nak masuk dalam”.

Ameen menghalang. “Eh, Kasyaf! Takpelah, biar aku je yang jaga budak ni. Korang masuklah eh”. Dia tersengih. Ceh, macamlah aku tak tahu taktik dia ni.

“Tanya Manda”.

“Manda…. “.

“Kfine”. Nasib baik Manda jenis hati kering dan lebih berani daripada Ameen. Jadi, dialah yang menggantikan tempat Ameen. Ada jugaklah kedengaran rungutan daripada Rizman, Helmi dan Fiqri. Tapi, aku biarkan sahaja.

Masuk sahaja ke dalam rumah, rasa nak tercabut jantung aku tengok apa yang menyapa deria penglihatan aku. Yang lain dah duduk, Amanda pulak terkebelakang sikit badan dia sebab masing-masing terkejut tengok apa yang ada di depan mata.

Apa yang kitorang tengok adalah, Nana sedang tergantung di siling rumah tanpa tali. Ehh, bukan tergantung, tetapi terapung! Untuk pengetahuan korang, siling rumah ni tinggi. Jadi, kalau ikutkan keadaan kita di bumi yang ada daya graviti, memang tak logiklah kalau boleh terapung. Lainlah kalau kat bulan. Memang aku tak hairan kalau dia nak terapung terbang bagai.

Rambutnya yang panjang menutupi separuh mukanya. Yang paling seram bagi aku, dia punya sengihan tu. Lagi seram daripada Nenek Kebayan hari tu. Sebelah je muka dia nampak, yang sebelah lagi dah tertutup dek rambut. Mata dia tak payah cakaplah, memang putih semua. Takdak anak mata yang warna hitam tu.

Terketar lutut nak masuk dalam. Tapi, Nana punya pasal, nak tak nak, masuk jelah. Yang lain dah pegang baju aku dan kitorang berdiri sedikit jauh daripada Pak Su.

“Kenapa ni, Mak Su?” bisik aku dekat Mak Su. Sengaja aku pilih dekat dengan Mak Su, senang sikit nak sembunyi.

Mak Su pandang wajah kitorang dengan pandangan sayu. “Inilah yang jadi dekat kawan kamu ni. Mak Su pun tak tahu kenapa. Mak dia je yang ada jawapan. Hampir setiap hari dia jadi macam ni. Mak Su pun tak tahu nak buat apa”. Cerita Mak Su ringkas.

Aku angguk faham. Jadi inilah yang membuatkan ramai yang suruh untuk tengok sendiri keadaan Nana. Dan, adakah ini penyebabnya Nana tak datang untuk tempoh masa yang agak lama.

Baru terniat nak berbual dengan Mak Su, tiba-tiba Nana menjerit lagi. “Dia dah janji dengan aku! So, korang jangan nak kacau urusan aku”. Ceh, kurang ajar punya jin. Boleh pulak dia speaking sikit kat situ. Cakap jelah Jadi, ini tidak. Nak So bagai. Tak malu.

Aku lihat seorang wanita yang aku anggar usianya baru mencecah 40 tahun, berdiri tidak jauh daripada jasad Nana yang terapung tu. Merah padam muka dia, banyak sangat menangis mungkin.

“Tolonglah jangan buat keluarga aku macam ni. Kenapa nak kacau keluarga aku. Kami tak kacau kau pun”. Makin deras pulak air mata mak cik tu menangis. Aku nak datang dekat, takut dia bertenggek kat belakang aku.

Tak lama lepastu, Nana ketawa. Berdekah dia ketawa. Ceh, apa yang lawaknya pun aku tak tahu.

“Aku. Cuma. Nak. Hak. Aku.” katanya satu persatu. Lepastu, dia sambung gelak balik.

Pak Su aku tengok, dia sedang membacakan sesuatu. Lepastu, dia hembus perlahan ke arah Nana.

Menjerit sakan Nana dibuatnya. Habis Pak Su disumpah seranahnya. Boleh tahan jugak dia ni mencarut.

Lepastu, Nana pun terjatuh. Cepat-cepat Pak Su tangkap agar jasadnya tidak menghentam lantai. Mak Su datang dekat dengan mak cik yang aku agak, ibu kepada Nana.

Nana pulak, Pak Su letakkan balik di atas tilamnya. Di tilam tersebut ada naskhah kecil surah yaasin dan ada air kosong.

Kitorang pun datang mendekat dengan Nana. Takut tu memang takut, kot-kot dia bangun pulak nanti. Tapi, memandangkan ada Pak Su, kitorang pun cuba untuk memberanikan diri.

Terkejut beruk kitorang lihat kondisi Nana sekarang. Tadi tak nampak sangat sebab kitorang agak jauh dan dia pun pakai baju kelawar dia tu.

Bila dah tengok dari jarak dekat, kitorang macam tak percaya yang perempuan di hadapan kitorang sekarang adalah Nana. Macam mana nak cakap eh, keadaan dia tu sangat jauh berbeza daripada Nana yang kitorang jumpa di sekolah.

Pipi dia cengkung yang amat, bibir kering dan pucat, memang putih. Dah macam takde d***h pun ada. Dia memang putih, tapi putih dia ni dah macam Ju-On pun ada. Bawah mata dia bengkak dan berwarna gelap, macam orang tak cukup tidur.

Kulit tangan dia pun kering. Dekat siku macam bersisik, bukan sisik ikan tu. Tapi, sisik sebab kering sangat. Jasad dia tak payah nak cakap lagi dah, memang persis macam kulit balut tulang. Langsung takde isi. Apabila dibaringkan di hadapan kitorang sekarang ni, keadaan dia macam kitorang ziarah orang yang tengah nazak.

Tanpa aku sedar, air mata jantan aku jatuh. Aku tak kuat tengok Nana macam ni.

Mak cik tu kemudiannya melabuhkan p******g di sebelah tilam Nana, berhadapan dengan kitorang. Rambut yang menutupi wajah Nana, diraup ke tepi, menampakkan wajah yang sangat tenang walaupun dalam keadaan begitu.

“Kamu semua ni, kawan Nana?” tanya mak cik tu ramah.

Kitorang angguk. Lepastu, mak cik tu pun senyum.

“Jarang orang nak berkawan dengan anak mak cik ni. Mereka semua takut dengan Nana. Mereka cakap Nana psiko. Mak cik tak salahkan mereka sebab mereka tak tahu penyakit Nana”. Tanpa dipinta, mak cik tu buka cerita.

“Kenapa dengan Nana, mak cik?” Amanda menyoal bagi pihak kitorang.

Mak cik tu tak terus menjawab. Dia pandang wajah Mak Su dan Pak Su terlebih dahulu, lepas tu barulah dia pandang muka kitorang. Sesekali dia lap air mata yang jatuh ke pipi.

Aku yang kawan Nana ni pun dah rasa sedih tengok keadaan Nana macam ni, apatah lagi seorang ibu macam dia.

“Dia sakit disebabkan pendamping”. Baru sahaja sebut perkataan ‘pendamping’ tu, Nana tiba-tiba duduk dengan mengejut. Dah macam ada orang tarik dia pun ada masa tu.

Kitorang apalagi, terjeritlah sebab terkejut. Dia pandang kitorang dengan kepala yang dah macam nak tertanggal tu. Kali ni, ada pulak anak mata dia. Ish, ada anak mata pun seram jugak!

Kitorang bangun dan sembunyi belakang Pak Su. Aku pandang Fiqri, mana tahu kalau dia boleh tolong.

“Fiqri, tolonglah dia ni!”

“Bukan aku taknak tolong, tapi, aku belum belajar lagi cara nak buang saka ni semua. Kalau yang kena rasuk ringan-ringan tu bolehlah. Yang ni, maaf aku cakap, memang aku tak boleh”. Bersungguh Fiqri menjawab. Aku pun dah rasa berdebar.

Aku pandang ke depan balik, kali ni dia menari pulak dah. Bukan menari K-Pop tu bukan. Ni, tarian lama. Aku tak tahu ni tarian apa sebab aku tak belajar sangat seni warisan tarian ni.

Mula-mula lemah gemalai dia punya tarian tu, tak lama lepastu, dengan gaya yang masih sama, dia menari dengan kelajuan yang berbeza. Mak dia dah teresak-esak menangis di dalam pelukan Mak Su. Pak Su pulak dah berdiri, terkumat-kamit mulut dia baca sesuatu.

“Kamu semua, tolong panggil orang kampung!” arah Pak Su dengan tegas.

Tanpa membuang masa, kitorang pun lari keluar. Berdegup-degup jantung nak keluar rumah. Terbayang-bayang yang Nana tengah kejar dari belakang. Hahahaha.

Sampai di bawah, kitorang berpecah. Panas jalan tar memang dah tak terasa lagi dah walaupun kitorang lari guna kaki ayam. Mana sempat nak rembat mana-mana selipar.

Kitorang mintak tolong di setiap rumah yang berdekatan. Tapi, tak ada seorang pun yang sudi bantu. Semua macam marah-marah.

“Korang budak baru datang sini, tu sebab korang tak tahu cerita. Tak ada, tak ada. Tak adanya aku nak tolong keluarga tu. Berani buat, berani tanggung”.

“Buat apa nak tolong? Diorang yang buatkan kampung ni jadi huru-hara, lepas tu nak tolong? Memang taklah!”

Itulah serba-sedikit alasan diorang. Aku pelik kenapa diorang tak nak tolong, tetapi, perasaan aku masa tu lebih kepada marah. “Tolonglah pak cik, mak cik. Diorang dalam bahaya sekarang ni”.

Ada sorang pak cik tu, siap tengking-tengking aku lagi. “Pergi matilah diorang punya bahaya tu. Tak adanya aku nak tolong!” perghh, tajam sungguh bahasa tu.

Kalau aku tak ingat yang dia tu dah tua, memang dah lama aku hempuk kepala dia. Biar berfungsi sikit otak.

Dalam ramai-ramai yang kitorang cari daripada tadi, hanya beberapa orang sahaja yang sudi datang. Itupun, yang kitorang jumpa dekat masjid. Terpaksa jugak pecut motor cabuk tu nak pergi ke masjid.

“Orang kampung ni memang macam ni dik. Diorang bukan apa, diorang takut kena ganggu je. Jangan terasa hati eh?” jelas salah seorang lelaki yang aku agak usianya dalam awal 20-an. Muka pun macam ustaz sikit.

Diorang naik ke atas, kitorang ikut dari belakang. Dari bawah lagi dah kitorang dapat dengar jeritan dia tu. Bila kitorang jenguk sikit ke dalam, lagi sekali kitorang rasa macam nak pengsan.

Dia duduk mencangkung, tapi dia berpusing macam gasing di tempat yang sama. Apabila ahli masjid datang dekat, dia terus melompat dan melekat di dinding. Sumpah wei! Dia melekat! Macam spiderman, tapi, dalam versi seram. Dia melekat dekat dinding tu pun dalam keadaan mencangkung. Sengih-sengih je dia tengok orang yang ada dalam rumah ni. Perghh, Sajat betul!

Apabila dikejar, dia lompat dari dinding ke dinding. Lepastu gelak-gelak, kelakar mungkin? Yelah, orang semua tak dapat nak tangkap dia.

Kitorang masih lagi berada di beranda, Ameen pulak dekat tangga bersama tiga orang budak tu. Sesekali lehernya memanjang pandang kitorang.

Tak lama lepas tu, salah seorang ahli masjid datang jumpa kitorang. “Dik, kamu semua ada kenal tak dengan orang yang pandai mengubat? Maksud saya, bukan bomoh. Tapi, ustaz ke yang boleh ubat secara ruqyah? Kami bukannya tak nakntolong, tapi, ini di luar ilmu kami, dik. Risau kalau kami sendiri yang kena nanti. Sebab, apa yang Pak Imam cakap, jin dalam badan dia ni agak degil sikit. Silap hari bulan, dia mintak orang lain yang jadi pengganti”.

Berkerut terus dahi kitorang dengar. Ustaz? Yang biasa mengubat adalah Ustaz Syamiel. Itupun, ustaz dah balik Kelantan. Cutilah katakan.

Ambik masa jugak kitorang berfikir, dan akhirnya, Helmi pun bersuara. “Fiqri, apa kata kalau kita jemput ayah kau? Ayah kau free tak?”

Pergh, baru nak terfikir. Ayah Fiqri kan memang pandai mengubat.

Fiqri angguk. Cepat-cepat dia ajak Helmi untuk jemput bapak dia pergi sini.

Sementara tunggu Helmi dan Fiqri jemput Pak Cik Umar ke sini, kitorang pun masuk ke dalam untuk bantu apa yang patut.

Aura dia memang lain macamlah, aku tak tahu nak cakap macam mana. Korang yang pernah pergi tengok orang yang kena rasuk, rasanya korang tahu aura apa yang aku maksudkan.

Macam-macam bacaan ayat suci Al-Quran menghiasi segenap penjuru rumah ini, namun makhluk tu masih degil untuk keluar daripada tubuh Nana. Kemain jerit sakit, tapi, tak nak jugak lepaskan tubuh Nana.

Aku dan kawan-kawan pun membaca Al-Quran seperti yang diminta oleh Pak Imam. “Bacalah untuk mohon perlindungan dan bantuan daripada Allah”. Pesan Pak Imam.

Agak lama jugaklah Nana menjerit, sehingga untuk ke sekian kalinya, dia kembali pengsan.

Setelah pengsan, Nana diletakkan kembali ke atas tilam. Kitorang perhatikan dia dari jauh, sambil meneruskan bacaan.

Ahli masjid semuanya duduk di sekeliling Nana, takut kalau terjadi apa-apa.

Sementara tunggu Pak Cik Umar datang, kitorang pun menghentikan bacaan dan keluar menuju ke beranda. Ahli masjid pula sedang berada di ruang tamu, bersembang dengan Pak Su.

Sugul semua muka kitorang. Ameen yang berada di tangga, naik ke atas bersama tiga orang budak tu.

“Kenapa dengan Nana?” tanya Ameen sambil melabuhkan p******g di atas lantai kayu rumah ni. Dia duduk berhadapan dengan aku.

“Tak tahulah, Meen. Aku tengok dia macam dah lama sangat sakit tu”. Jawab Rizman.

Kitorang diam. Budak-budak tu bukak pulak bukak mulut. “Hantu. Tiap hari ada hantu. Tiap hari kakak jadi hantu. Kami tak tahu kakak sebenar kat mana”. Ujar budak 5 tahun tu.

Aku pandang wajah polos tu. “Kenapa dengan kakak?”

Diorang bertiga jongket bahu. Muka diorang pun nampak pucat tak bermaya.

“Adik ngantuk sangat. Lama dah tak tidur sebab kakak selalu mengamuk”. Budak lima tahun tu masih lagi petah bercakap. Aku pun tepuk paha aku, mintak dia baring di situ. Tapi dia geleng.

“Takpe, bang. Nanti kaki abang kebas. Adik bawak bantal kejap”. Dia bangun dan berlari ke dalam.

Nasib baik tak jadi apa-apa, dia pun selamat sampai bersama tiga biji bantal di tangannya.

“Ini untuk kakak, ini untuk abang dan adik. Ini untuk abang dan kakak kalau nak baring nanti”. Tersenyum aku dengar budak kecik tu bercakap. Petah je.

“Takpe, adik pakai je. Kitorang tak tidur lagi”. Ujarku lalu menghulurkan bantal kepadanya. Mereka pun baring dan terus tertidur beberapa saat lepas tu. Nampak macam diorang dah lama tak tidur.

Kemudian, kelihatan mak kepada Nana mencari kitorang. Terpandang sahaja kitorang, dia pun terus menuju ke arah kitorang.

“Kamu semua kawan Nana ye?” tanya mak cik tu lagi sekali. Mungkin tadi dia tak fokus. Kitorang angguk dan senyum.

“Nana selalu cerita pasal kamu masa dia sihat dulu. Nama yang selalu dia sebut, Kasyaf, Manda, Helmi, Fiqri, Ameen dan Rizman. Kamulah tu?”

“Ya, mak cik”. Aku jawab.

Mak cik tu angguk tanda faham.

“Err, kalau boleh saya tahu, kenapa dengan Nana tu, mak cik?” tanya Amanda pulak.

Wajah mak cik tu kelihatan serba-salah. “Jin ni semua, tak boleh dibawa berjanji. Janji mereka tu, pasti ada sesuatu yang diminta di sebalik janji”.

Akukah yang terlalu dungu, atau mak Nana ni yang bagi ayat mendalam sampai-sampai aku tak faham pun maksud dia.

“Nanti mak cik bagitau kamu semua. Sekarang, mak cik nak masuk kejap. Siapkan makanan untuk kamu semua”.

Mak cik tinggalkan kitorang dengan persoalan yang masih belum mampu kitorang jawab.

โ€ขโ€ขโ€ข

Sejam lebih kemudian, sebuah kereta pun selamat berada di perkarangan rumah. Kitorang tengok ke bawah, dan terjegul lah wajah Fiqri dan Helmi beserta Pak Cik Umar.

“Assalamualaikum,” Pak Cik Umar bagi salam di muka pintu. Ahli masjid pun berdiri menjawab salam dan bersalaman dengan Pak Cik Umar.

Kitorang masuk sekali, selamat sikit kalau ada Pak Cik Umar. Hahaha.

Baru beberapa langkah Pak Cik Umar ke dalam, Nana sekali lagi menjerit dan terduduk. “Kau buat apa kat sini? Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku!” marahnya. Dia masih duduk berlunjur kaki di atas tilam. Dia tak pandang ke kanan dan ke kiri, tetapi, dia seolah-olah dapat tahu ada kehadiran Pak Cik Umar di dalam rumah ini.

“Kau yang kacau anak cucu Adam. Jadi, kau yang kena keluar dari badan dia”. Tenang je Pak Cik Umar berbual dengan makhluk tu. Aku yang mendengar ni pun dah nak longgar skru lutut.

“Kasyaf, kita balik rumah. Ayah aku cakap, kita kena tidur kat sini malam ni,” bisik Fiqri.

Aku jumpa Pak Su, aku bagitau dia nak pinjam kunci, nak ambil barang. Pak Su pun bagi dan cakap baca apa yang patut. Takut ada yang mengikut katanya. Aeh Pak Su ni, bergurau kasar pulak dia. Dahlah rumah dia bapak besar, nak naik tu rasa takut pulak.

Lepas je aku dapat kunci, aku pun ajak kawan-kawan aku yang lain untuk pergi terus ke rumah Pak Su untuk ambil barang. Ameen dan Helmi tinggal sebab tak cukup motor. Yelah, dah Helmi dengan Fiqri naik kereta dengan Pak Cik Umar tadi.

Masuk je ke dalam rumah, kitorang terus pergi ke dalam bilik. Perghh, masa ni nak ambil barang pun kitorang kena kacau. Siang-siang macam ni pun ada yang nak mengacau? Apeni?

Korang tahu tak tingkap yang kalau kita tolak ke atas, dia tertutup. Kalau tarik ke bawah, dia terbukak? Tahu kan?

Haa, tingkap tu, tak ada orang kacau pun, tiba-tiba terbukak tertutup sendiri. Kalau dia tingkap ala-ala pintu tu aku boleh terima lagi. Sekurang-kurangnya, kalau terbuka tertutup sendiri, aku boleh fikir secara logik yang mungkin angin yang tiup. Ini? Memang baby gilalah.

“Kitorang tak kacau kau, jangan kacau kitorang”. Eceh, berani pulak aku masa tu.

Dia berhenti main tingkap. Ingatkan dah habis, eh, rupa-rupanya tak. Dia pergi mengganas pulak dekat dapur. Pintu bilik tandas tertutup dengan kuat, macam kena hempas. Nak kata ada orang hempas, kesemua kitorang berempat dah ada di ruang tamu ni.

Masa tu, taknak fikir banyak dah. Kitorang pun cepat-cepat blah dari rumah tu. Lantak kaulah nak buat apa, janji kitorang dah keluar. Omel aku masa tu.

Pintu dikunci, dan terus kitorang pecut motor balik ke rumah Nana.

Apabila berada di rumah Nana, aku dengar dia menjerit sakan. Mak cik pulak dah menangis-nangis.

Masuk sahaja, Nana terlepas dari pegangan ahli-ahli masjid tu dan merangkak ke arah kitorang. Laju gila baby weii! Aku nak berlari, rasa macam kena gam gajah pulak kaki ni. Nak tak nak, aku pun hanya mampu tercegat sambil membaca ayatul Kursi, berharap semoga Allah lindungi aku.

Dengan kuasa Allah, Nana macam terpantul ke belakang apabila dia hampir dekat dengan aku. Beberapa sentimeter je yang tinggal, dia terus terjatuh ke belakang macam ada orang yang tolak.

Dia masih lagi mencangkung dengan hujung jari tangan dan kakinya. Rambut kusut masai, mata kembali putih dan dia mencakar-cakar lantai.

Dia terhenti tu tadi, terus aku terduduk atas lantai. Kawan aku yang lain dah berada di tangga dah, aku sorang je masih dekat situ.

Lepas tu, badan dia melengkung ke depan sebaik Pak Cik Umar membaling sedikit lada hitam ke arahnya. Memang jelas nampak asap yang keluar dari setiap rongga kulitnya. Dia macam, kalau korang iron pakaian yang basah, asap akan keluar. Hah, macam tulah keadaan asap di badan Nana ni.

“Panas! Bodoh! Aku tak kacau korang! Aku cuma nak tuntut hak aku! Dia dah janji akan korbankan satu nyawa, jadi, aku cuma nak dia kotakan janji dia!” dengan suara yang garau, dia masih lagi berkata-kata. Dia duduk mencangkung, persis seperti seekor katak. Kepala dia berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan dengan jari yang masih mencakar lantai.

Lantai terhakis wei. Terhakis, padahal kuku dia taklah panjang sangat!

Dengan rasa percaya sepenuhnya kepada Allah, aku tangkap dia dan tahan. “Tolong aku wei!” jerit aku kepada kawan-kawan. Aku nampak Manda tolak diorang membuatkan diorang pun datang tolong aku.

Ahli masjid pun datang sekali untuk tahan. Serius, memang panas badan Nana ni. Rasa macam kulit tangan aku pulak yang rasa nak terbakar.

Aku pendekkanlah cerita tentang perubatan ni. Dia macam perubatan-perubatan lain, cuma pesakit ni sangat agresif. Banyak jugak bilangan kitorang tahan, tapi masih jugak sangat susah nak tahan.

Ada lah dalam masa setengah jam macam tu Nana mengamuk, lepas tu pengsan balik. Kali ni, pengsan dia lama sikit.

Berpeluh jugak buat benda ni. Nasib baik Fiqri tolong bapak dia ubatkan Nana, sebab tu Nana pun dah kembali tenang.

Masa nak angkat dia pergi tilam tu, memang berat dia, masya-Allah. Rasa macam angkat manusia yang beratnya 100 kg. Padahal, Nana ni sangatlah kurus. Sampai aku terkentut sikit sebab berat sangat badan dia.

“Dah, kita solat Zohor dulu dekat masjid. Nanti, kalau dah sedar, bagi dia air kosong tu”. Ujar Pak Cik Umar.

“Macam mana kalau dia mengamuk lagi?” tanya mak kepada Nana.

“Kalau dia mengamuk, baca je 3 Qul beserta ayatul kursi. Niatkan dalam hati untuk mintak bantuan daripada Allah”.

Kalau korang dengar je ni, macam takde jaminan kan? Tapi, sebenarnya, sangat-sangat berkesan. Cuma, silap manusia sekarang adalah, mereka jadikan ayat suci Al-Quran ni sebagai tangkal. Maksud aku, diorang baca memang baca ayat Allah ni, tapi, diorang fikir, ayat tu yang berkuasa. Bukan Allah. Sebab tu, Pak Cik Umar selalu berpesan kepada kitorang, kalau kena kacay ke apa, baca je surah dan ayat yang dia sebutkan tadi, dan niatkan dalam hati untuk minta pertolongan daripada Allah.

Pengsannya Nana, sampailah ke petang. Langsung dia tak sedarkan diri. Nak kata lega, tak jugak. Nak kata tak lega, pun tak.

Kitorang semua terpaksa solat di rumah ini sebab biasanya menurut kata mak Si Nana ni, dia akan teruk mengamuk waktu maghrib ke subuh esok. Ahli masjid semua dah gerak ke masjid. Diorang janji nak datang lepas isyak nanti.

Seusai beri salam, kitorang dengar ada orang menggumam di belakang. Kitorang solat di ruang tamu.

“Jangan layan”.ย  Itu je pesan Pak Cik Umar. Lepas tu, kitorang pun baca surah yaasin.

Mengamuk teruk Nana kat belakang, tapi, kitorang biarkan. Rasa takut tu memang tak yah cakap lagi dah, lagi-lagi bila terdengar dia tepuk lantai dengan kuat sekali. Nak tengok belakang, takut. Jadi, dalam separuh fokus, kitorang baca jelah surah Yassin ni.

“Aku laparlah bodoh!” jerit dia kat belakang. Tapi, bapak Si Fiqri cakap jangan layan. Biar je dia. Dia masih lemah tu.

Habis bacaan yassin, azan isyak pun berkumandang. Tiada lagi suara-suara kat belakang. Pengsan mungkin?

Tamat je solat isyak, ahli masjid pun sampai. Kitorang pun duduk mengelilingi Si Nana ni sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat suci Al Quran yang disarankan oleh Pak Cik Umar.

Dan masa tulah, dia terbangun dan terus berdiri. Mata dia terbeliak dan badan dia melengkung ke belakang. Fuh, ni mesti dulu-dulu pernah masuk Sukan Sea dalam acara gimnastik. Lembut sungguh!

Dan, dia pun mula terapung balik dalam keadaan dia melengkung tu. Gelak-gelak, menangis-menangis. Memang itu jelah kerja dia sepanjang malam tu.

Dah banyak kali Pak Cik Umar suruh dia keluar, masih jugak dia tak nak. Tak habis-habis cakap nak tuntut hak dia tu.

Apa yang berlaku sepanjang malam tu, dia pengsan dan mengamuk. Pengsan, mengamuk. Itu jelah rutin dia. Masa dia pengsan, macam-macam bunyi yang kitorang dengar.

Ada bunyi orang menangislah dekat salah sebuah bilik, lepastu, barang-barang dekat dapur habis pecahlah. Sampah tak payah cakap, memang dah takde kat dalam tempat lagi. Bunyi cakar-cakar tu dah biasa dah kitorang dengar malam tu. Ameen jangan cakap, memang asyik peluk lengan Fiqri manakala Helmi dan Rizman sembunyi belakang aku dengan mata melilau sahaja pandang sekeliling rumah ni.

Lali tak lali, memang kitorang dah rasa lali. Tapi, tak berani nak tidur sebab takut Nana lari ke apa. (Padahal sebenarnya takut kena gigit masa tidur). Hahahahah.

Sampai ke subuh, keadaan dia macam tu. Apa yang aku perasan, Nana tak pernah sekalipun tersedar. Kalau sedar pun, hanya makhluk tu yang mendominasi jasad Nana. Aku mula terfikir, berapa lama dah ni? Adakah selama ni keadaan dia macam tu? Kalau macam tu, memang kesianlah mak dia. Aku ni yang baru semalam jaga dia dah rasa nak tercabut urat badan.

Mengantuk tu tak payah cakap. Kalau sekali baring ni, memang macam-macam tempat dah aku jelajah dalam mimpi.

Solat subuh, bersihkan diri dan sarapan apa semua, kitorang pun duduk di ruang tamu. Keadaan Nana masih seperti biasa, masih terbaring tak sedarkan diri. Kesian aku tengok dia.

Amanda aku pandang dia, wajah dia sugul semacam. Bengkak mata dia, aku tak pasti sebab menangis ataupun tak cukup tidur. Ke, dua-dua sekali? Entahlah.

“Berapa lama dah dia macam ni?” Pak Cik Umar buka cerita. Mak Si Nana masa ni tengah hidangkan air teh panas kepada kitorang di atas meja kopi.

Mak Nana duduk di atas salah sebuah sofa yang dah terkoyak isinya. Apa yang adik Si Nana ni cerita, ini salah satu angkara Nana. Dia mengamuk sebab mak dia tak bagi makan, sekali dia makan sofa ni. Ye, makan sofa. Tu yang ada kesan gigitan tu. Yang terkeluar isi tu pulak disebabkan oleh cakaran dia. Nasib baik dia makan sofa, kalau dia makan daging manusia?

“Lama dah, ustaz. Cuma, sebelum ni dia takdelah teruk macam ni. Dekat Perlis dulu, dia sakit-sakit sikit je. Bercakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang. Tapi, takdelah sampai mengamuk.

Saya bawak dia pergi hospital sakit jiwa, masa tu dia pandai berlakon. Dia pura-pura baik masa tu. Sampai rumah, dia mula balik perangai pelik dia.

Saya ingat, mungkin faktor tempat tinggal. Jadi, kebetulan saya kena pindah ke sini, jadi, saya pun bawak dia sekali.

Mula-mula dia sekolah tu, saya nampaklah dia macam dah sihat. Dia banyak bercerita dekat saya apa yang dia belajar dekat sekolah. Masa tu, rindu saya dekat Nana yang lama terubat.

Tapi, selang beberapa minggu lepas tu pulak, dia mintak cuti dekat warden. Dia kata, dia sakit perut sangat-sangat. Macam ada orang yang tarik usus dia. Jadi, saya bawak dia pergi hospital.

Hospital cakap, dia takde sakit apa-apa. Semua baik-baik je. Saya mulalah cari perubatan Islam pulak nak ubatkan dia.

Masa dia kena ubat tulah baru nampak perubahan ketara dia. Ustaz-ustaz sebelum ni ramai cakap yang benda kat dalam badan dia tu memang tak nak keluar lagi dah. Dia dah lama bersarang kat situ, jadi, apabila saya dah sedar punca sebenar, benda tu mengamuk.

Saya pun dah tak tahu nak ikhtiar macam mana lagi, ustaz. Saya kesian tengok dia. Dia pun nak lalui hidup macam orang lain jugak”. Habis je mak Nana cerita, terus dia menangis sepenuh hati dia.

Mujurlah Amanda ada di sebelah, jadinya, dia pun peluk mak Nana sambil dia pun ikut menangis. Pak Su dan Mak Su pulang sekejap tadi sebab nak bersihkan diri dan kemas rumah. Ahli masjid pun dah balik kejap untuk bersihkan diri.

Pak Cik Umar mengangguk faham. Kitorang hanya mendengar. Walaupun masih banyak benda yang kitorang ingin tanyakan, namun, kitorang ambil langkah untuk mendengar sahaja.

“Kita usaha je apa yang termampu. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah”. Pesan Pak Cik Umar.

Mak Nana tak menjawab, sebaliknya hanya tersedu-sedan menangis.

Keadaan sunyi seketika. Kitorang hirup teh panas itu dengan penuh hati-hati takut nanti melecur lidah. Tadi dah sarapan sebenarnya, tapi, sekarang cuma mengeteh bak kata orang tua. Haha.

“Ada yang dengki dengan keluarga puan ke?” tanya Pak Cik Umar lagi. Haa, yang ni yang aku nak dengar.

Namun, soalan Pak Cik Umar tergantung sebaik sahaja ada seseorang berlari dengan pantas ke dalam rumah.

Masuk sahaja dia ke dalam rumah, terus dia meluru ke arah Pak Cik Umar dan layangkan satu tumbukan kuat.

Kitorang yang terkejut dengan situasi tersebut, terus tarik badan lelaki itu dan menolak dia supaya menjauh. Pak Cik Umar nampak tenang walaupun tepi bibir dia berdarah. Aku yang tengok, aku pulak yang menyirap.

“Eh, kau sape hah datang-datang terus tumbuk Pak Cik Umar?” tengking aku. Aeh, geram pulak hati aku masa ni.

“Apa masalah kau eh, orang tua? Aku tak pernah kacau kau! Kenapa kau kacau urusan aku?!” marah dia tanpa menjawab soalan aku.

Terkejut jugak aku dengar. Dia ke dalang semua ni? Kalau dia dalang, siapa ni? Dah kenapa dia buat semua ni? Aiseh, macam-macam pulak persoalan aku sekarang.

Pak Cik Umar senyum dan bangun. “Sepatutnya, saya yang patut tanya saudara. Kenapa saudara buat macam ni?”

Lelaki tu tergelak. Ni lagi satu spesies jin. Suka gelak tanpa sebab.

“Pabila kau nakkan kekayaan, kau akan buat apa sahaja. Bila kau diancam bahaya, kau akan korbankan apa saja”. Dia sambung gelak.

Kemudian, mak cik meluru ke arah lelaki tu sambil peluk kaki dia.

“Abang, tolonglah bang. Tolong jangan buat macam ni lagi dekat Nana. Abang tak kesian ke tengok anak kita terus menderita macam tu. Kenapa abang tak korbankan je saya? Saya tak sanggup tengok Nana macam tu!” menangis sungguh mak kepada Nana merayu. Tetapi, disepaknya sahaja wanita itu.

Aku cuba ke depan, tapi, cepat-cepat dihalang oleh member semua. Tahu betul diorang yang aku memang gemar bab-bab nak tumbuk ni.

Amanda datang mendekat dan terus bawa mak Nana ke arah kitorang. Aih, ikutkan kemarahan aku, lunyai hari ni jugak laki tu aku kerjakan!

“Dah dia mintak d***h muda, takkan aku nak bagi daging tua dekat dia. Kalau aku tak korbankan salah seorang anak kita, macam mana aku nak kaya? Macam mana aku nak hidup? Dia cakap, kalau aku tak nak korbankan anak kita, nak tak nak, aku yang jadi korban. Kau gila nak korbankan diri sendiri? Memang taklah.

Lagipun Lijah, apalah sangat satu nyawa tu kalau nak dibandingkan dengan harta yang kita dapat. Kita jadi kaya-raya tahu tak! Kaya! HAHAHAAHA”. Sakan dia gelak, seolah-olah perbuatan dia tu adalah benda yang terpuji.

Naik turun dada aku sebab terlampau marahkan lelaki tu. Dah macam aku pulak yang kena rasuk, terus aku meluru ke arah lelaki tu dan tumbuk muka dia. Dengan kemarahan aku yang melangit, aku sepak terajang dia. Sakit hati aku dengar setiap butir biacara yang keluar dari mulut Si Celaka ni!

“Aku tak tahu kau ni bapak jenis apa! Kau percaya je cakap jin tu? Bodoh, pergi mampus kau punya kaya sebab mintak tolong iblis. Aku nak tengok, sejauh mana kekayaan kau tu boleh bagi kau hidup dalam dunia ni! Aku nak tengok, sejauh mana kau bahagia dengan kekayaan di atas pengorbanan satu nyawa. Aku nak tengok!” bergema rumah ni dengan suara aku. Terasa urat leher aku dah menegang. Muka aku rasa merah dan panas. Kalau aku dah hilang waras, memang m**i laki ni aku kerjakan.

Dia bangun sambil menahan rasa sakit. Dia tersenyum sinis. Seolah-olah kata-kata aku ni macam angin lalu, tak bagi kesan pun dekat dia.

“Aku bahagia, bahagia sangat-sangat dan aku tak menyesal dengan pilihan aku ni. Lagi cepat dia m**i, lagi cepat aku kaya. HAHAHA”. D***h mengalir dengan laju sahaja menyusuri salur d***h. Aku nak tumbuk, tapi, cepat-cepat yang lain tahan aku.

Lepastu, lelaki yang memang sah-sah ayah kepada Nana tu pun berlalu keluar dari situ. Tapi, sempat lagi dia bagi kata-kata yang sangat merisaukan setiap perasaan yang mendengar. “Dia takkan selamat. Dia takkan dapat hidup. Dia akan m**i. Percayalah, dia akan m**i!” dia gelak dan kemudian berlalu dari rumah ni. Haih, berdesup d***h aku dengar jahanam tu cakap macam tu.

Tak lama kemudian, kedengaran Nana merintih kesakitan. Kitorang cepat-cepat dekati dia.

“Kita bawak je dia pergi hospital. Mana tahu ada jalan penyelesaian,” cadang Pak Cik Umar.

Tahu, mesti korang rasa mengarut hantar orang penyakit macam ni pergi hospital. Tapi, kalau korang dah dalam keadaan macam ni, korang mesti akan fikir apapun cara, asalkan dia sihat dan kembali macam dulu.

Korang, selagi ada usaha, selagi tu cuba sedaya upaya.

โ€ขโ€ขโ€ข

Setiba di hospital, kitorang diminta untuk menunggu di tempat menunggu. Nasib baik dia tak mengamuk masa dalam kereta. Dia hanya merintih kesakitan dengan air mata tak henti-henti mengalir di tubir mata.

Lama jugak Nana berada di wad kecemasan sehingga akhirnya doktor mintak kitorang masuk ke dalam.

Kitorang pun masuk dan kelihatan Nana bersandar di kepala katil. Nampaknya, dia dah pun tersedar cuma mukanya nampak sangat berkerut.

Mak Nana yang tengok Nana macam tu, terus berlari dan peluk Nana. Aduh, ni yang tak tahan ni. Teringat dekat mak pulak.

“Mak, tolong Nana, mak. Nana dah tak tahan sakit macam ni”. Adunya sambil peluk mak dia.

“Sabar, nak. Mak faham, tapi, Nana kena kuat. Ini semua ujian Allah, nak”. Pujuk maknya lagi.

Nana kemudian dibaringkan atas permintaannya sendiri, sakit katanya. Tenaga dia pun nampak dah macam hilang serta-merta.

Lepastu, mungkin dia sedar akan kehadiran kitorang, Nana pun pandang kitorang. “Eh, awak semua ada kat sini?” bibir pucat itu cuba mengukir senyuman, walaupun aku tahu, sel mukanya terasa sakit.

Amanda di sebelah dah menangis sakan. Rizman pulak acah-acah menguap, padahal aku tahu dia tu sedang menangis. Helmi, Fiqri dan Ameen dah terikut menangis dengan Amanda. Aku sendiri, cuba untuk tidak menangis di hadapan Nana. Ini anak jantan kot.

“Nana, aku mintak maaf sebab banyak salah kat kau. Aku.. Aku.. Aku berdosa.. Berdosa sebab tuduh kau. Aku.. Tak.. Tak patut buat kau macam tu”. Teresak-esak Amanda menangis di sebelah. Tangan Nana dicapai, tapi, belum lama mereka berpegangan, Amanda tarik balik tangan dia dengan mengejut.

“Badan Nana memang panas, Manda. Lupa nak bagitau Manda.

Tak apa, Manda. Bukan salah Manda pun. Manda buat semua tu sebab Manda sayangkan Kasyaf. Nana pun sayangkan Kasyaf. Nana sayang Manda, Nana sayang Helmi, Rizman, Ameen, dan Fiqri. Nana sayang awak semua sebab awak semua sudi kawan dengan Nana.

Tak pernah lagi Nana rasa perasaan berkawan macam awak semua. Rupa-rupanya lebih indah daripada perasaan dapat boyfriend”. Di akhir bicara, Nana tergelak kecil.

Aku ni jantan, tapi, bila dah orang cakap macam ni, hati yang keras pun boleh jadi tisu. Kau bayangkan, pokok yang keras tu boleh jadi tisu yang lembut. Inikan pulak hati aku ni haa.

Nak tak nak, aku menangis dekat situ. Aku tekup muka dan aku pandang ke tempat lain. Rizman tak payah cakap lagi dah, memang bersungguh dia menangis kat tepi aku, sama esaknya dia dengan budak berlima tu tadi.

“Kasyaf, Nana nak minta maaf, sebab patung Nanalah buatkan Kasyaf sakit. Nana tak sempat nak minta maaf sebab Nana sakit masa Kasyaf dah sihat.

Nana mintak maaf jugak, sebab rasa suka Nana dekat Kasyaf, Kasyaf tak selesa dengan Nana. Nana minta maaf,” lemah sahaja suaranya, namun suaranya jelas di telinga kitorang.

Aku senyum sahaja. Hingus yang nak melepasi paras hidung, aku sedut kuat-kuat. “Takpe Nana. Awak tak perlu minta maaf. Semua orang ada perasaan, takkan saya nak halang?” aku gelak, cuba nak hidupkan suasana yang suram.

Dia senyum je. Lepastu, dia angguk.

“Ameen, jangan takut sangat. Tengok Nana ni, dah macam benda yang Nana tengok, dah macam benda yang masuk dalam badan Nana, Nana masih tak takut dekat diorang sebab Nana tahu, Allah jaga Nana. Rizman dan Helmi, terima kasih sebab perangai awak berdua buat Nana gembira. Dan Fiqri, awak boleh jadi pakar perubatan Islam, tapi, kurangkan rasa takut Fiqri tu. Nanti, bila Fiqri dah hebat, Fiqri boleh tolong orang macam Nana”.

Yang lainnya angguk-angguk sambil menangis. Rizman siap pinjam lengan baju Helmi sebab lengan baju dia dah lencun habis.

“Kepada yang lain, jaga Amanda baik-baik. Dia baik sangat dekat awak semua, awak semua kenalah baik dekat dia. Jangan asyik buli dia.

Adik-adik akak, jaga mak baik-baik. Bila akak dah takde, akak dapat rasa tenang sebab adik semua jaga mak elok. Jangan bagi mak menangis. Okay?” tiga orang adiknya peluk Nana kuat-kuat.

“Akak nak pergi mana?” tanya adik perempuannya.

Nana tak jawab. Dia diam je sambil tersenyum. Aduh, makin menjadi tangisan kitorang masa tu.

“Mak.. ” baru sahaja nama ibunya dipanggil, tiba-tiba dia termuntah di sisi katil. Habis baju ibunya terkena muntahnya. Segala isi perutnya dikeluarkan.

Memang betul isi perut dia yang dia keluarkan. Aku tak tahu nak terangkan macam mana, yang pasti, d***h yang paling banyak dia keluarkan. Macam semua d***h dalam badan dia, dia keluarkan kesemuanya.

“Mak, tolong baringkan Nana. Nana dah tak larat,” pintanya. Tanpa buang masa, mak dia pun baringkan dia.

Kali ni, pertama kali dalam sejarah hidup, aku tengok orang nazak depan mata. Bunyi dia tu, memang kuat. Memang ketara bahawa nyawa dia ditarik dari bawah ke atas.

Sebelum dia menutup mata buat selamanya, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah atas bimbingan ibunya.

Tertutup sahaja mata dia, terus Amanda pengsan. Nasib baik aku sempat tangkap dia. Kalau tak, kes lain pulak yang jadi.

โ€ขโ€ขโ€ข

Jenazah selamat dikebumikan lepas asar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. And geswat guys, setelah beberapa kali ulang-alik hospital, baru hari ini doktor sahkan dia ada kanser usus tahap kronik. Usus dia dah hancur kesemuanya. Organ-organ badan yang lain pun doktor cakap hampir kesemuanya tak dapat berfungsi dengan baik. Naik sempit jugak aku dengar kata-kata doktor tu pagi tadi.

Segala tohmahan orang kampung, terjawab apabila Pak Su adakan sedikit perjumpaan di masjid.

Panas jugak perjumpaan petang tu disebabkan nasihat Pak Su yang kedengaran tenang, tapi ayatnya tajam.

Apa yang disimpulkan, rupa-rupanya orang kampung mula jauhkan diri daripada keluarga arwah Nana sebab mereka ada membela katanya.

Semua terjadi apabila kampung tu kena kacau beberapa hari selepas diorang pindah ke situ. Sebab tu, asal lepas maghrib je, pintu akan ditutup sebab benda tu mengganggu. Macam-macam diorang jumpa.

Kalau rumah tak ditutup sebelum maghrib, adalah benda tu bertenggek atas almarilah, dekat dapurlah, dalam bilik airlah. Lepastu, benda tu mengilai dan kemudiannya senyap. Dia senyap bukannya senyap terus, tetapi, ada benda lain yang dia buat. Lampu akan bukak tutup bukak tutup dan macam-macam lagi gangguan sehinggalah ke subuh. Lepas subuh, hilang.

Kalau yang ada bayi, bayi tu akan menangis tanpa henti. Ada bayi yang akan gelak macam ada yang tegur dia bahkan yang budak pula, akan bercakap sorang-sorang.

Sebab tu, orang kampung marah sangat dekat keluarga arwah Nana. Diorang ingat, emak Si Nana ni membela. Sebab tu, setiap kali Nana kerasukan, memang takde yang tolong. Yang tolong pun hanya ahli masjid dan jiran yang prihatin. Kadang-kadang, Pak Su dan Mak Su yang jaga dekat rumah diorang sebab risau sangat takde yang nak tolong jaga.

Macam yang Pak Su dan Mak Su bagitau, apa yang kitorang lalui tak memadai seperti sebelum ni. Kalau sebelum ni, benda tu siap menyamar jadi mak kepada Nana. Dia masakkan makanan, tapi, sebenarnya mak Nana masih dalam bilik. Nasib baik Pak Su jenis berjaga-jaga bab makan, jadinya, dia tahu yang benda tu hidangkan dia dan Mak Su serta adik beradik Nana tanah lumpur, cacing, bangkai tikus. Sehari rumah tu berbau bangkai.

Jangan risau, apa yang kitorang makan tu adalah masakan mak Nana yang sebenar. Hahaha.

Lepas seorang ustaz, seorang lagi dipanggil. Tapi, tak seorang pun yang dapat hilangkan ‘sumpahan’ ke atas keluarga ni. Sampai satu tahap tu, mak Nana nak mintak tolong bomoh. Tapi, Pak Su tak bagi. Sebab bomoh tu bukannya Tuhan nak bagi kesembuhan serta-merta.

Ada masa tu jugak, Nana main pisau. Dia tak cederakan orang lain, dia hanya cederakan diri sendiri. Inipun, nasib baik Pak Su ada jugak. Cuma terlambat sedikit sebab dia dah toreh diri sendiri guna pisau tu. Habis berdarah betis Nana ditorehnya.

Setakat menjerit menangis tu, tu perkara biasa. Merangkak tu pun perkara biasa. Tulah adik-adik dia kadang-kadang tidur di rumah Pak Su dan Mak Su sebab memang tak boleh nak tidur.

Mak Nana sendiri cakap, tulang kat belakang Nana memang timbul, menunjukkan betapa kurusnya dia. Diberi makan, dia nak makan ayam rebus je. Ayam rebus guys, bukan ayam goreng Kepsi, Mekdi ke apa. Nak tengok anak sihat punya pasal, diberikan sahaja walaupun dia tahu, makanan tu langsung tak diberikan kepada Nana, sebaliknya benda tu yang makan.

Macam-macamlah benda yang Pak Su ceritakan petang tu tentang Nana sampai-sampai semua penduduk kampung menunduk. Yang paling buat diorang menyesal apabila Pak Su cakap, “Orang kita ni suka buat benda ikut perasaan. Tak tanya, terus nak hukum. Kamu ingat, mak dia bela saka, padahal, bapak dia yang bela pendamping. Mudah sangat orang kita nak jatuhkan hukuman. Semua nak jadi Tuhan”.

Bebel Pak Su. Sedih dia dengan orang kampung dia macam ni agaknya.

Selesai perjumpaan, semua mereka meminta maaf dekat mak kepada Nana. Dah nama pun orang baik, senang sahaja mak dia maafkan. Persis macam Nana. Nasib baik Nana ikut perangai mak dia.

Semua orang dah balik. Mak Nana jumpa kitorang. “Terima kasih kepada kawan-kawan Nana yang sudi tolong apa yang patut. Mak cik tak tahu nak rasa sedih ke tenang. Tapi, mak cik rasa, mak cik lebih tenang kalau tengok Nana dah berehat panjang setelah dia lalui banyak benda dekat dunia ni. Mungkin, Allah dah sediakan tempat yang jauh lebih indah berbanding di sisi mak cik.

Mak cik gembira bagi pihak Nana sebab ada kawan yang baik macam kamu semua. Terima kasih sebab sudi jadi kawan Nana”. Mak cik tersenyum. Kitorang pun membalas senyuman itu.

Aku tahu, cerita aku ni tak seram. Tapi, kalau korang berada di tempat aku, panjangnya cerpen ni, tak setanding dengan dua hari yang aku lalui. Dua hari tu rasa macam setahun lamanya.

โ€ขโ€ขโ€ข

Sejak peristiwa tu, banyak benda aku belajar. Banyak benda yang aku lalui jugak.

Kitorang semua macam masih tak percaya yang Nana dah pergi untuk selamanya. Rasa macam baru semalam berkenalan, bergurau dengan dia. Tup-tup dia dah takde. Tapi, aku tak nak sedih-sedih sangat. Bahkan, aku bangga dengan dia. Walau susah manapun dugaan Allah, dia tetap dapat laluinya. Orang kata itu ini dekat dia dan keluarga, dia tetap tenang. Sedangkan aku? Baru kena jentik sikit, melentingnya macam apa entah.

Pengajaran yang aku dapat banyak. Tapi, aku mampu senaraikan sikit je sebab nanti makin panjang pulak cerita.

Pertamanya, kalau nak kaya, jangan mintak bantuan daripada iblis laknatullah ni. Diorang memang sengaja nak sesatkan kaum Adam.

Nak rezeki banyak, buat solat Dhuha banyak-banyak. Mintak tolong Allah untuk limpahkan rezeki, sebab DIAlah pemilik rezeki.

Keduanya, seperti biasa, jangan mudah hukum orang lain. Siasat dulu, jangan main sembur je. Sia-sia Tuhan bagi mulut, tak nak tanya. Ada otak, tak nak pakai. Akal? Akal yang Allah bagi, letak kat mmmm… Ntah. Letak kat muka. Bukannya kat tangan ke, kat lutut ke. Fikir sikit. (Dik, abang dah berjaya tiru adik. Jangan melawan, abang ni dah besar. Adik tu darjah lima. Hormat sikit orang dah besar).

Ketiga, keluarga tu adalah anugerah Allah. Dia amanah, tapi amanah yang paling indah. Berat memang berat pikul amanah, tapi, nikmatnya tak terbanding. Yelah, dah salah satu perkara yang akan menyelamatkan kita di alam kubur nanti ialah, doa anak yang soleh, atas sebab apalagi anak bukan amanah terindah?

Okay gang, setakat ini sahaja cerita aku kali ni. Kalau korang tanya apa yang jadi dekat bapak Si Nana, aku memang tak tahu. Lepas je peristiwa tu, aku malas dah nak ambil tahu. Yang pasti, kehidupan keluarga Nana dah kembali pulih walau ketiadaan Nana di sisi.

Nak benci lebih-lebih dekat bapak Si Nana ni pun, aku tak larat. Banyak sangat titik hitam kat hati aku ni kang. Apa yang kena buat sekarang, doakan semoga dia peroleh hidayah.

Oh ya, hari tu aku ada tengok Damping Malam kalau tak silap aku tajuk dia. Dalam cerita tu, dia ada ceritakan tentang perbezaan Saka dan Pendamping.

Saka ni adalah jin yang diturunkan dari keturunan ke keturunan. Makanan dia biasanya telur ayam, daging mentah, dan sebagainya.

Manakala pendamping ni pulak, dia adalah pendamping seseorang atas tujuan masing-masing. Beza dia dengan saka ni, pendamping perlu korbankan satu nyawa dalam ahli keluarga. Biasanya, memang anaklah yang akan jadi mangsa.

So, apa yang bapak Nana ni bela adalah pendamping. Tujuannya tak lain tak bukan, memang nakkan kekayaan. Jadi korang semua, elakkanlah diri nak kaya cepat. Allah dah aturkan rezeki kita, kita cuma perlu cari je. Caranya ialah, bekerjalah dengan pekerjaan yang halal. Berjudi apa semua tu, memang tak berkat rezeki tu.

Dah, itu sahaja daripada aku. Seperti biasa, cerita ni sekadar fiksyen. Segala benda yang tak logik akal tu, itu adalah kelemahan imaginasi aku. Aku minta maaf di atas segala iklan selama aku menulis cerita. Aku tak mampu nak elakkan benda tu. Aku nak minta maaf jugak kalau korang tak faham jalan cerita ni. Dia bersimpang-siur ke apa. Aku minta maaf. Macam yang aku cakap, aku ni bukan penulis, tapi, terhegeh nak jadi penulis. Seorang yang beridolakan Ramlee Awang Mursyid, tapi, bakat aku hanyalah sekadar sebagai peminat setia beliau sahaja. Hahaha.

Semoga korang terhibur. Baca, baca jugak. Solat jangan tinggal. Haha. Kalau ada sokongan dan masa nanti, aku akan tulis cerita lain. Bukan apa, takkan aku terhegeh nak tulis cerita, padahal orang tak suka cerita aku. Buat penat doh taip 7000-10000 words, tapi, cerita mengarut dan melalut. Hahaha.

Maaflah semua, cerita aku ni mungkin hanya akan berkisarkan tentang enam sahabat ni je. Walaupun fiksyen, aku cuba nak hidupkan watak diorang berenam.

Dah, banyak pulak aku cakap. Dari tadi cakap nak tamatkan cerita, tak jugak tertamatnya. Hahaha. Jangan kecam naa. Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca. Babai Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kasyaf Mahmud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 5]

226 thoughts on “Kembara Enam Sahabat – Kenapa Dengan Nana?”

  1. ini cerita betul ke? Takziah atas pemergian arwah Nana. Apa jadi dengan ayah dya?

    Haaa tu laa, dari tadi kata nak tamat cerita, ada lagi empat perenggan tambahan. haha

    Reply
  2. Aku baca citer ni gelak..sedih..pastu gelak balik..nasib baik bos xde..anyway best.. boleh jadi Ramlee Awang Mursyid 2 if usaha lebih..

    Reply
    • Hahahaha. Jangan nangis buat krja. Hahaha. Hnya mmpu mmndang RAM dr jauh sahaja. Hehe. Btw, thanks ats kesudian mmbaca. ?

      Reply
  3. Sini ada situ ada
    Geng situ sana sini
    Bukak cerita tu
    Bukak cerita ni
    Tengok nama sama ja
    Page lain cerita merapu lain
    Kat page cerita lain merapu cerita lain
    tak muak ke?merapu sana sini?nak aku sumbat ikan kerabu kat engko suma ke?
    Nasihat sikit terus berasap,tegur sikit terus mengamuk dak PPM ni,
    Marah sikit middle finger trus
    Kur kur kur kur
    Tabur dedakkkk
    Kok kok kok
    Kahkahkahkah

    Reply
  4. Best weh cite ko kasyaf kpop… Huhuu
    Byk pengajaran dlm cite ni…. Jgn slalu buruk sangka ngan org…. Jgn dok tuding jari kat orang, sedangkan dia x tau yg Allah da pegang aib tbesar dia…

    5 ????? untuk setori kasyaf kpop
    Hahahaha

    Reply
  5. Hii. Saya Farah.
    I rarely do this tapi your stories are so perfect that I just had to try ?

    Ada fb tak? Kalau ada add me pls

    Fb saya – Farah Bt Khuzaimah

    Reply
  6. Baru habis baca ??. Walaupun fiksyen je tapi terase mcm real. Kesian nana. Btw good job writer . kalo ade story lagi. Share la lagi. Hehe

    Reply
  7. Sama mcm kes kawan aku. Ayah sendiri sanggup nak parang saudara mara dgn anak bini sendiri kalau ada sesiapa yang berani nak hantar kawan aku pergi berubat. Nak kaya raya punya pasal.. Semoga cepat sembuh kawan.

    Reply
  8. Weyh srs lh fiksyenn ?? Aduh mati2 aku igt kisah real punya weyh. Sumpahh sedih aku dptt rasa setiap cerita ku. Huhuhu keep cool utk type stry lg. Aku x sabar dh ????

    Reply
  9. BEST!

    Teruskan berkarya!?

    P.S: Cuma nak kata,Kita tidak akan merasa kebahagiaan dan kejayaan yang kekal di dunia ini.Tapi,Allah SWT janji.Kalau kita jaga amal ibadah kita di dunia,Kita akan bahagia di akhirat kelak.Dan janji Allah itu adalah pasti!

    Reply
  10. Menangis bhaii baca cerita nii….srs sedihhh?sampai hati ayah dia buat mcm tu….kesian nana ngan mak dia…hmm…papepon…Kasyaf teruskan menulis sbb semua cerita yg kasyaf tulis semua best ii…Kipidap?

    Reply
  11. ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉูุงู„ู„ู‡ููˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡…
    โญโญโญโญโญโญโญ

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.