Kembara Enam Sahabat – Patung Nanabelle

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kasyaf di sini. Thanks kepada FS yang sudi siarkan cerita aku dan terima kasih jugak kepada semua yang sudi membaca cerita Kembara Enam Sahabat episod yang lepas. Aku tak sangka, ramai yang bagi komen positif untuk cerita tu. Jadi, atas permintaan hangpa yang sudi baca cerita ni, aku pun publish satu lagi cerita. Tajuk dia Patung Nanabelle.

Sengaja aku bagi tajuk ni nama dia Nanabelle. Nampak Melayu sikit. Kita kan kat Malaysia. Kalau aku tulih cerita ni dalam Bahasa Omputeh, barulah aku akan tukar tajuk ni jadi Doll Annabelle (Wakaka. Sekarang korang dalam kelas Google Translate).

Okay, kita masuk ke dalam cerita. Sebelum tu, bagi yang dah ikuti cerita aku yang lepas, korang pun tahu kan, aku ni memang tak suka libatkan diri dalam hal-hal mistik. Cuma yang lepas tu aku anggap aku dan member semua jadi manusia terpilih kununnya.

Cerita kali ni pulak buatkan aku terjebak sekali lagi dalam dunia mistik ni. Dan, kali ni bagi aku agak sedikit dahsyatlah berbanding yang lepas. Kenapa aku cakap macam tu? Meh aku cerita kat korang.

Untuk pengetahuan, lepas kes yang lepas, memang jarang dah aku kena kacau benda-benda ni. Ada pun, gangguan-gangguan ringan macam dengar bunyi cakaran dekat dinding, dengar orang main guli malam-malam, orang buka tutup pintu masa aku pergi tandas malam-malam dan macam-macam lagilah gangguan ringan. Dah nama pun jin, dia mana suka tengok orang senang. Lagi-lagi kalau orang tu adalah yang kacak macam aku. Kk, aku gurau.

Tapi, korang pun kenal aku macam mana kan (ayat batak). Aku ni nak kata berani, memang tak. Cumanya aku malas nak layan. Selagi dia tak kacau aku teruk macam yang dulu tu, aku pun masih boleh bawak berunding lagi.

Tapi tulah, air yang tenang jangan disangka takdak emas ketul. Beberapa bulan lepas tu, aku kena sekali lagi.

Cerita dia macam ni (Jom pandang atas reramai) .

Kalau kes yang lepas iaitu tentang kematian warden tu berlaku dalam pertengahan tahun, kes yang ni pulak, berlaku beberapa bulan selepas tu. Kalau tak silap aku, dekat-dekat nak cuti sekolah akhir tahun. Lebih kurang sebelum exam p*****l akhirlah kiranya. Ini kalau tak silap akulah. Aku dah lupa jugak sebab dah lama dah kes ni, cuma masih tersemat dalam minda aku tentang setiap peristiwanya.

Alkisahnya, adalah seorang pelajar perempuan ni, nama dia Nana. Bukan Siti Nordiana eh. Kalau dia Siti Nordiana, hari tu jugak aku lamar dia. Eh-eh?

Dia pindah sekolah dari salah sebuah sekolah dekat Perlis pergi ke sekolah aku. Mana tempat sekolah aku, biarlah aku rahsiakan. Kang korang pi serang pulak bekas sekolah aku tu sebab nak tengok betul-betul wujud ke buluh bentuk kapal tu.

Nana ni orangnya cantik, badan kecik je, kulit kuning langsat, dan pendiam. Masa tu aku syaklah yang dia tu pendiam sebab masih belum selesa dan kenal classmates ni semua.

Amanda dulu pun mula kenal macam ayu je, pijak semut, semut angkat balik kaki yang cuba pijak dia. Umpamanya begitulah dengan keadaan Amanda ni dulu. Tapi bila dah kenal, kalah The Rock kalau dia mai bergusti sama dengan Amanda. Siyes wei. Dia tu memang ganaih.

Aku ni bukanlah ketua kelas. Tapi, aku tak sukalah kalau ada pelajar baru masuk, tapi tak selesa dengan keadaan kelas kitorang yang hiruk pikuk macam tak pernah jumpa kawan. So, masa rehat tu, aku datang dekat dengan dia dan bawak berbual. Aku tak nak dia rasa kekok untuk hari pertama persekolahan dia kat sekolah ni. Tengok, betapa gentlemannya aku.

“Nana, kenapa diam je? Tak selesa ke duduk dalam kelas ni?” aku menegur Nana yang duduk sahaja tak buat apa-apa. Kiri kanan sahaja kepala dia duk perati kawan sekelas yang tengah practice jual ikan dekat pasar.

Nana sedikit terkejut apabila aku datang menyapa. Dia pun pandang aku dan tersenyum. Sumpah wei, masa ni, memang manis dia punya senyum. Kalau aku nak buat dalam kaedah analogi, muka dia ni ala-ala Mira Filzah gitu. Manisnya muka dia, senyum dia lagi. Memang sempurnalah. Tapi, kalau nak ingat balik, dia lagi cantik kot daripada budak Mira tu. (Tapi kalau Mira Filzah terima aku sebagai pendamping hidup dia, memang aku cakap Mira ni cantik mengalahkan bidadarilah. Wakaka)

“Mula-mula memang macamni, tapi, kalau dah lama-lama, mesti terbiasa”. Aku masih jugak bawak berbual dengan budak Nana ni walaupun aku nampak dia macam tak selesa. Bagus awek ni, tak macam awek lain.

Kalau awek lain, sekali aku berbual dengan diorang, mulalah diorang nak tambah itu ini dalam topik supaya tempoh conversationnya bak kata Omputeh, makin lama. Bukan nak kata apa, tapi, ramai yang kata aku ni hensem. Bukan aku yang kata eh, budak-budak sekolah yang kata. Sebab tulah kot aku antara yang tersenarai sebagai pelajar lelaki hot dekat sekolah zaman dulu-dulu. Yang dengki pi main jauh-jauh.

Aku dah cakap, aku ni suka iklan. Jadi, aku nak minta maaflah. Jomlah kita kembali ke dalam cerita ni.

“Insya-Allah”. Banyak-banyak aku cakap daripada tadi, itu je dia jawab? Tapi aku tak kisah, dah memang dia jenis macam tu kot.

Tak lama lepastu, datanglah dua orang malaun dari belakang.

“Ehem, nak try awek ke tu?” Rizman mula buat tuduhan tanpa asas. Kalau nak tembak, dia ni diumpamakan tembak tanpa peluru. Suka hati je.

Helmi pulak tepuk bahu aku sambil dia pandang muka aku dan Nana silih berganti. Naik menyampah jugak aku tengok dia tersengih-sengih macam tu.

“Nana tahu tak, kalau Nana dapat bercinta dengan Kasyaf, Nana memang hebatlah. Sebab, Kasyaf ni dia jenis tak minat perempuan. Dia minat laki. Muka dia je nampak macam macho ni, tapi citarasa dia
lain macam!” habis je Helmi cakap macam tu, supp, terus dia hilang dari tepi aku sambil ketawa terkekek-kekek keluar kelas. Hampeh punya member.

Aku apalagi, tak puas hati apabila isu kejantanan aku disentuh, aku pun pi kejar dia. Habis jugaklah satu sekolah tu kitorang pusing. Bila aku dapat dia, aku pun ketuk kepala dia sebab jahanamkan reputasi aku sebagai seorang lelaki sejati di hadapan awek cantik.

“Ee, kau ni. Sakit tahu tak?” marah Helmi dekat aku. Aku jeling dia sekali.

“Tu balasan sebab kau burukkan aku depan Nana”. Aku jawab tenang dan lepas tu aku blah dari situ. Terkejar-kejar je Helmi kat belakang sebab nak pujuk. Takut pergi tandas sorang-sorang waktu malamlah tu. Heh.

Lepas tu, aku berhenti mendadak membuatkan Helmi yang kat belakang terus terlanggar belakang badan aku. Aku biarkan je dia duk terusap-usap hidung dia sebab menghentam kepala aku yang boleh tahan kerasnya. Kalau hantuk kat dinding, memang pecah dinding tu. Kk, aku gurau. Lek aa. Jangan serius sangat.

Aku pandang muka Helmi dan kemudian aku tanya dia. “Mi, aku rasa macam ada orang perati aku jelah”.

Helmi yang masih gosok hidung dia sampai merah tu mula tayang muka menyampah. “Perasan, macamlah ramai sangat awek nak kat kau”. Balas dia. Ceh, lain yang aku cuba sampaikan, lain pulak yang dia fikir.

Aku tepuk kepala dia. “Aku bukan nak fikir macam tu. Tapi, aku rasa tak sedap hatilah. Tak pernah lagi aku rasa macam ni. Dah rasa macam orang ngendap aku masa buang hajat je rasanya”.

“Lek ah Kasyaf. Perasaan kau je tu. Siapa yang ngendap kau buang hajat? Perasan. Kau tu yang selalu zina mata ngendap Ameen mandi”. Helmi membalas. Ceh, dia punya suara, memang sengaja nak bagi satu sekolah ni dengar. Jadi, dengan amat ringannya aku pergi ketuk kepala dia dan blah sekali lagi. Kali ni aku memang tinggalkan dia jauh bebenor ke belakang. Suara dia panggil aku, aku biarkan. Siapa suruh try kantoikan perangai aku, kan? Eh, apa aku merepek ni. Ah, lantak aa. Korang bukan kenal aku pun. Kakaka.

Korang, aku ngendap Si Ameen bukan sebab aku gay. Tapi, aku nak usik dia masa mandi. Aku nak dia rasa macam diperhati oleh makhluk itu. Tu je niat aku. Tak caya, takpelah. Aku tak paksa. ;(

•••

Nak dipendekkan cerita, lepas aku tegur budak Nana ni masa dia mula-mula masuk kelas tu, dia pun nampaknya mula selesa dengan aku. Bukan aku sorang, bahkan dengan Helmi, Fiqri, Rizman dan Ameen sekali. Dengan Amanda macam tak sangat. Biasalah perempuan, tempoh nak kenal hati budi masing-masing tu memang ambik masa lama jugak. Tapi, tu tak bermakna diorang berdua langsung tak bertegur. Bila kitorang buat study group sama-sama, diorang berdua pun nampak okay je.

Tapi, ada satu malam tu, masa ni balik daripada prep sebab peperiksaan akhir tahun dah makin dekat.

Aku nampaklah Nana ni jalan sorang-sorang pergi balik asrama. Jadi, dengan adanya Amanda, aku pun tanya dia kenapa tak temankan Nana tu sebab setahu aku, awal-awal hari tu elok je budak Amanda ni temankan Nana. Tapi, aku perasan dalam dua tiga malam ni macam Amanda elakkan diri daripada dia. Itu yang aku pelik.

“Kau tak tahu cerita ke?” Amanda terjenguk-jenguk ke depan dengan muka cuaknya sambil dia gunakan nada yang berbisik. Kitorang berlima tengok dia macam tu mula rasa pelik.

“Kenapa?” tanya Ameen dengan mata yang membulat. Mungkin dengar nada Amanda ni macam nak bercerita hantu je, tu yang buatkan dia mula takut. Hmm, dah mula baliklah tu penyakit takut dia tu.

Amanda diam sekejap bila Nana macam pandang kitorang dari jauh. Entah kenapa aku rasa seram masa tu tengok dia pandang macam tu.

“Esok aku cerita”. Amanda pun bergegas pergi bila dah ramai pelajar perempuan datang dari belakang. Dia pun segera menyelit dalam kumpulan pelajar perempuan tu dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Aku pandang Helmi, Helmi pulak pandang Rizman, Rizman pulak pandang Fiqri, Fiqri pulak pandang Ameen. Dan Ameen pulak hanya angkat bahu. Nampaknya sorang pun tak tahu apa yang Amanda cuba sampaikan.

Keesokan harinya, kitorang pun buat study group seperti biasa dekat library. Exam p*****l akhir pun dah tak lama lagi. Jadi, nak study sorang-sorang memang takleh dah. Mesti study ramai-ramai jugak sebab masa study ramai-ramai nilah akan membuatkan kitorang mudah ingat. Yelah, kalau dah sorang salah cakap yang lain pi hentam kenyataan yang salah tu tadi, memang aku tak boleh nak pahamlah kenapa ada antara kitorang yang tak boleh nak hafal lagi dah.

Tapi, hari ni, Nana tak join sebab ada gotong-royong bersihkan bilik bagi asrama perempuan. Amanda ni pulak, hmm. Malas aku nak cakap. Kau kenal Manda macam mana kan? Ikut kepala dia je. Kadang-kadang aku pun tertanya-tanya, Amanda ni aku dalam versi perempuan ke? Hmm. Musykil aku.

Sedang kitorang khusyuk belajar, tiba-tiba Helmi pun bukak topik semalam yang masih tergantung tak bertali.

“Amanda, semalam kau cakap kau nak cerita something. Apa dia?” dengar saja Helmi soal macam tu, secara automatik kitorang yang lainnya angkat kepala dan pandang muka Amanda.

Amanda macam terkejut bila dengar Helmi soal macam tu. Cepat-cepat dia toleh sekeliling macam tercari-cari sesuatu. Kitorang pun pandang jugaklah, kot-kot terjumpa apa yang Amanda cari.

Tapi, tulah. Kosong. Perpustakaan ni hanya ada kitorang je. Pak cik library keluar kejap tadi sebab ada urusan. Dia amanahkan kitorang untuk jaga perpustakaan ni. Hekhek. Pak cik library dah memang percayakan kitorang dah. Aku yakin sangat yang muka amanah kitorang ni terserlah bak bulan purnama, terutama sekali aku.

Amanda tarik nafas. Aku pulak yang nervous duk tunggu cerita dia daripada tadi. Baru aku tahu betapa siksanya perasaan korang baca iklan dalam cerita aku ni kan?

“Aku rasa, Nana tu ada something wronglah”. Amanda buka cerita. Dengar-dengar sahaja ayat permulaan tu buatkan kitorang masing-masing tayang muka pelik. Aku siap jongket kening lagi sebab curious sangat.

“Something yang macam mana?” Rizman pulak bersuara bila tengok Amanda ni macam tunggu respon daripada kitorang.

“Aku cerita jelah eh. Hari tu, aku ada dengar Si Bella tu cerita-cerita dengan roommate aku, Si Alia tu. Pucat wei muka dia tu. Aku masa tu tengah buat homework, tapi bila Bella dengan Alia asyik cerita-cerita tentang Nana, jadi aku pun tak boleh nak fokus dan terus tanya dekat dorang apa jadi.

Korang tahu tak wei, Nana tu psiko. Bella hari tu terdengar cakap-cakap warden yang Nana tu pindah sini sebab pelajar sekolah lama dia tak tahan dengan perangai dia yang suka cakap sorang-sorang. Lepastu, gelak sorang-sorang. Semua ni jadi lepas bapak dia hilang macam tu je. Eii, meremang pulak bulu roma aku cerita dekat korang.

Tapi, ada jugak benda lain yang Bella bagitau hari tu. Cumanya, aku tak faham sangat apa yang diorang cakap sebab Bella macam tengok-tengok kat luar, takut kot-kot ada Nana tu tetiba berdiri depan pintu ke apa. Kang kena sembelih hidup-hidup, tak ke haru dibuatnya,” sungguh-sungguh Amanda cerita yang semestinya mampu buatkan bulu roma kitorang tegak berdiri.

Tapi, dalam kitorang rasa seram, aku pun cakap sesuatu yang boleh sedapkan hati sendiri.

“Eii, silap tu kot. Kau ni pun, percaya je cakap orang bulat-bulat. Mana tahu diorang tu silap dengar ke apa. Warden tu cerita pasal orang lain ke apa. Kau mana tahu. Kau bukannya ada masa warden tu cerita. Lagipun, aku tengok Nana tu okay je”. Okay, ayat last tu macam hipokrit sikit. Entah kenapa hati aku macam nafikan apa yang aku cakap. Mungkin sebab aku nampak Nana ni perangai dia pelik kot. Tapi, aku tetap nak bersangka baik jugak sebab setakat ni Nana masih okay dengan aku.

“Wei, bukan Bella dengan Alia je yang tahu hal ni. Budak kelas kita pun dah tahu. Tu aku heran, macam mana korang tak tahu padahal dalam kelas dah kecoh cerita pasal dia? Ke, sebab korang selalu sangat berkepit dengan dia?”

Dengar je apa yang Amanda cakap, aku pun sikit terkejut. Macam mana boleh semua orang dalam kelas tahu, hanya kitorang berlima je yang tak tahu? Ni makin pelik.

“Biar papaya?” Rizman tak dapat kawal perasaan terkejut dia. Sampai separuh menjerit dia pergi tanya dekat Amanda. Aku yang terkejut dengar dia jerit tiba-tiba tu, terus aku tolak kepala dia. Maaflah kalau perangai aku macam tak sopan sebab tolak kepala Rizman, tapi, aku terkejut. Bukan sengaja pun.

“Kot ye pun terkejut, tak payahlah nak jerit-jerit,” marah aku sambil tengok dia guna hujung mata. Rizman pulak hanya tersengih-sengih macam kerang busuk bila aku marahkan dia macam tu.

“Betul. Mula dia masuk hari tu, aku dah dapat rasa ada something pelik. Dan masa kita study sama-sama, korang perasan tak yang aku dengan dia macam tak boleh nak ngam? Bukan aku yang tak ngam, tapi, dia tu yang macam tak suka bila aku berbual dengan dia.

Hari tu, masa Kasyaf pergi tandas, elok je dia tahu semua benda bila aku tanya. Eh, tup-tup bila Kasyaf sampai, dia tanya soalan yang dia baru je tadi dia ngajar aku. Memang masa tu, aku memang rasa dia tu psiko habis ah”. Tergeleng-geleng kepala Amanda cerita. Muka dia takyah tanya lagi dah. Memang muka-muka YB yang berusaha yakinkan rakyat supaya percaya janji dia.

Aku dah makin rasa tak sedap hati. Dahlah baru hari tu aku bagitau Helmi macam ada orang perati aku. Tup-tup kali ni Amanda bukak lagi satu cerita yang semestinya boleh buat otak aku berbelit jugak. Takkanlah Nana psiko sebab sukakan aku?

“Aku bukan tak nak percaya. Tapi, kita mana boleh tuduh-tuduh orang macam tu aje. Kita mana ada bukti. Silap hari bulan, boleh jadi fitnah tau”. Aku masih lagi cuba untuk membela Nana. Bukannya apa, aku macam tak boleh nak terima hakikat budak cantik macam tu adalah psiko.

Amanda pandang aku dengan riak geram dia. Dia kemaskan segala buku apa semua, dan blah dari perpustakaan. Tapi, sebelum dia blah tu, sempat lagi dia membebel. “Tak percaya sudah. Nanti, kalau dah kena, jangan nak terhegeh-hegeh cakap, ‘Manda, menyesal aku tak percaya cakap kau dulu’. Kbye”. Ke kiri ke kanan je bibir dia terherot-herot sebab geram.

Kitorang pandang je dia keluar dari perpustakaan. Tak nak halang. Amanda ni kalau dia marah, jangan pujuk. Kalau pujuk jugak, jangan heran kalau kau dapat semburan liur dia yang penuh dengan carutan tu.

“Kau percaya ke apa yang Bella dengan Alia tu cerita dekat Manda?” Rizman tanya aku. Yang lain pun duk pandang aku, menanti jawapan.

Aku diam sekejap. Kalau ikut logik akal, macam susah nak percaya. Yelah, Nana ni manis dan macam budak baik, takkanlah psiko?

Tapi, bila dalami balik cerita Amanda tadi, dia ada cakap yang bapak Si Nana ni hilang. Jadi, kemungkinan untuk dia psiko tu ada. Eee, takkanlah?

“Entahlah. Kita takde bukti nak hukum dia. Kalau aku, selagi dia tak buat benda yang bukan-bukan dekat kita, aku masih boleh terima dia jadi kawan”. Itu je yang aku mampu komen buat masa ni. Akal aku macam dah jumpa jalan buntu manakala lidah aku pulak dah macam kelu nak bagi komen lagi untuk isu ni.

Diorang angguk faham. Semua gang aku kecuali Amanda seolah-olah tak boleh nak percaya kalau betul Nana tu psiko. Kalau dia psiko jenis biasa je takpelah jugak. Kalau jenis yang sanggup b***h tu macam mana?

•••

Lepas je Amanda cerita pasal Nana tempoh hari, kitorang selalu perati tingkah Nana. Adakah sebab kitorang lelaki, kitorang tak nampak apa yang pelik langsung dekat budak Nana ni. Mulalah kitorang buat andaian yang Amanda ni terlampau overthinking.

Tetapi, keadaan sedikit demi sedikit berubah apabila aku terima patung pemberian Nana.

Masa ni, aku main futsal petang-petang. Biasalah, kalau sehari tak main futsal, rasa kaki ni macam takde fungsi. So, pukul 5 petang, aku, member-member (termasuk Amanda okay) dan beberapa pelajar asrama pun pi main futsal.

Sepanjang aku main hari tu, aku rasa macam pelik. Aku rasa macam ada orang perhati aku je. Beberapa kali aku asyik kena dengan bola sebab lalai buat seketika. Habis lebam jugak badan aku kena sepakan-sepakan diorang ni sampai-sampai akhirnya aku dah tak mampu, aku pun rehat. Serius tak boleh fokus dah aku masa tu.

Baru je aku duduk di luar kawasan futsal sambil teguk air mineral, Nana pun datang menyapa.

“Hai Kasyaf,” dia pun duduk kat sebelah aku. Aku pandang dia dan senyum.

“Nana buat apa?”

“Takde buat apa. Bosan duduk dekat asrama, so, Nana pun pergi sini. Niat nak tengok Kasyaf dan yang lain main”. Aku dah cakap, dia ni memang takde apa-apa yang pelik. Apa masalah yang lain sebenarnya?

Aku lap peluh yang dah lencun dekat muka. “Oh”. Jawabku ringkas dan kembali fokus tengok diorang main futsal.

“Kasyaf”. Dia panggil aku. Aku toleh sebelah untuk tengok dia.

Dia pun hulurkan sebuah patung kecil kepada aku. Takde yang pelik pun dekat patung tu. Hanya patung teddy bear ala-ala kepunyaan Mr Bean yang bersaiz kecil itu. Sesuailah tu untuk aku tidur dalam kelas. Ceh, macamlah Nana nak bagi kat aku. XD

“Untuk apa ni?” sengaja aku tanya macam tu. Mana tahu kot-kot dia nak tanya patung tu comel ke apa.

“Untuk Kasyaflah. Sebab, Kasyaf orang pertama yang tegur Nana. Jadi, tak salah rasanya kalau Nana nak bagi Kasyaf hadiah. Nah, terimalah”. Dia hulurkan patung tu kepada aku.

Aku ni bukanlah penggemar patung. Dah namapun lelaki. Eh, kejap. Ameen, Ameen tu lelaki yang tak boleh hidup tanpa patung. Paling aku geli dengan Teddy Bear saiz sederhana dia tu. Dahlah berdaki je badan patung tu, nyenyak jugak dia tidur sambil peluk. Eee.

Aku terima huluran Nana. “Laa, ye ke? Susah-susah pulak Nana beli patung lepas tu bagi kat saya,” geli pulak aku dengan saya-awak ni. Biasa aku guna kau-aku je. Tapi, Nana punya pasal, aku pun rendahkan sedikit ego yang tinggi melangit. Aeh, dah macam cerita cinta pulak aku bawak korang ni. Dah, dah. Kembali ke pengkalan cerita.

“Mana ada susah. Patung ni, Nana dah beli lama dah. Dulu, Nana memang niat nak bagi kat sape-sape yang selesa ngan Nana. Kasyaf pun tahu kan yang orang lain tak selesa dengan Nana”. Aku pandang dia lagi. Dia tahu ke tentang pelajar sekelas duk ngumpat pasal dia?

“Terima kasih,” responku. Aku pun tak tahu nak respon macam mana sebab takut bila aku bukak mulut kang, aku terbocor pulak rahsia diorang. Aku nak bagi situation sekarang win-win. Aku diamkan umpatan classmates supaya Nana tak terasa dengan diorang.

“Nana balik dulu eh. Assalamualaikum”. Setelah aku jawab salam, Nana pun berlalu pergi.

Tak lama lepastu, kawan-kawan semua dah habis main futsal. Diorang pun keluar dari tempat bermain dan menuju ke arah aku.

“Wuu, ada orang bagi hadiahlah,” Rizman dah mula menyakat.

Helmi dah tergelak. Fiqri dengan Ameen pulak minum air dengan rakus manakala Amanda hanya diamkan diri. Tak seperti biasa. Biasanya, lepas main futsal, adalah benda dia tak puas hati kalau group dia kalah. Kalau menang pulak, mesti dia akan bagi ayat riak dia tu. Kesimpulannya, dia menang ke kalah, memang tak reti nak diam.

Hari ni dia pelik. Mungkin sebab dia tengok Nana bagi something dekat aku kot. Kitorang pun jarang nak bercakap sejak Manda ngamuk dalam library hari tu. Aku ada jugak cuba tegur, cuma dia tu yang tak nak layan aku.

“Hati-hati dengan Nana. Jangan cakap aku tak warning”. Seperti biasa, walaupun kitorang tak bertegur sangat, tapi Amanda memang tak pernah lupa untuk ingatkan aku pasal tu.

Entah kenapa, petang tu mood aku jadi lain macam. “Kau apa masalah dengan Nana sebenarnya? Kalau tak puas hati dengan Nana, kenapa tak bagitau je dia direct? Ni cakap belakang, apa kejadahnya? Bukannya dia tahu pun korang tengah ngumpat dia!”

Aku dah cakap, mood aku tiba-tiba rasa macam terbalik petang tu. Aku rasa macam nak marah je. Tulah pasal, aku tak tahu pun aku tertengking Amanda.

Amanda pandang aku dengan muka tak percaya. Yelah, selama ni, aku mana pernah tengking dia macam ni. Biasanya, aku tengking dia kalau aku bergurau je. Tapi petang tu, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba nak marahkan dia.

Amanda terus blah. Aku seperti biasa, mana aku nak pujuk dia. Lagi-lagi mood tengah melencong ke tiang gol ni, lagilah aku tak hengen nak pujuk dia. Biaq pilah dia nak marah kat aku ke apa.

Member aku semua pandang aku dengan riak terkejut. Pelajar asrama yang lain dah blah. Yang tinggal masa tu hanya kitorang berlima. Semua blah lepas aku duk tengking Si Amanda.

“Kau dah kenapa jerit-jerit macam orang gila ni, Kasyaf? Kau tahu kan, Amanda tu cuma risaukan kau je. Yang kau tengking dia kenapa? ” Helmi tanya aku.

Aku jeling Helmi sampai-sampai aku nampak halkum dia bergerak atas bawah sebab tengah telan liur.

“Risau, risau. Daripada hari tu lagi dah asyik cerita pasal Nana. Rimas aku! Kalau aku tak kenangkan yang dia tu perempuan, dah lama aku lempang dia”. Aku tak tahu jin setan mana yang menggatal masuk dalam hati aku masa tu. Yang pasti aku rasa sangat marah dan lepas tu, aku pun terus tinggalkan diorang.

Keadaan aku makin pelik bila aku balik asrama. Aku sedar perubahan emosi aku, tapi aku endahkan sebab masa tu aku fikir mungkin sebab penat dan badan lebam dek sepakan padu bola tadi.

Aku perasan diorang berempat macam tertolak-tolak untuk tegur aku. Aku masa tu terasa macam hilang dah segala jenis perasaan dalam hati, aku pun hanya jeling diorang. Last-last, mungkin tak tahan dengan perubahan mendadak aku tu, akhirnya Rizman ditolak kasar oleh yang lainnya untuk mendekati aku. Rizman lagi yang kena jadi sasaran tolakan. Hahaha.

“Kasyaf, kau kenapa ni? Kau.. Kau.. Kau tak p-pergi surau ke? Dah nak maghrib ni,” tergagap-gagap dia menyoal aku. Apabila aku ingat balik, rasa macam kelakar pun ada.

“Aku malas. Aku nak tidur”. Memang sumpah wei, masa tu aku memang rasa malas nak bangun dari tempat aku duduk. Aku duk main je dengan patung pemberian Nana petang tadi. Bagi aku masa tu, patung tu lebih menarik perhatian aku daripada buang masa pergi surau. Bodoh giler aku masa tu. Kalau aku tahu perangai aku bodoh macam tu, nak aje aku pinjam mesin masa Doraemon tu dan pergi lempang ‘aku’ sendiri sebab malas gi solat.

Dengar je ayat balas daripada aku, makin peliklah diorang. Yelah, sebelum ni aku yang selalu ugut diorang kalau malas solat dekat surau. Eh, tup-tup hari ni, aku menyatakan secara terbuka yang aku malas nak solat. Bukan malas nak pi surau okay guys. Tapi, MALAS NAK SOLAT!

Teringat balik kejadian ni, buatkan aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Tapi nak buat macam mana. Aku rasa masa tu aku dalam kawalan something yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Diorang apalagi, mulalah berkumpul satu tempat sambil peluk-peluk lengan sesama diorang. Aku tak pandang, tapi, daripada sisi mata aku boleh nampaklah diorang tu semua dah mulai cuak dengan aku.

“Fiqri, aku rasa Kasyaf kena sampuk tu”. Aku tak tahulah Helmi tu berbisik ke apa. Kuat bebenor suara.

“Manalah aku tahu”. Yang ni sorang. Feeling macam berbisik, padahal suara diorang tu jelas terjah gegendang telinga aku.

Tak lama lepastu, azan maghrib pun berkumandang. Masa ni, aku tak tahu kenapa aku bangkit dari tempat tidur dan terus pergi tandas. Aku tak pasti budak berempat tu ikut aku ke tak, yang pastinya aku bawak sekali patung yang Nana bagi petang tadi.

Macam dihantar ke dunia nyata, aku baru tersedar aku sekarang dah dalam tandas. Bukak tutup bukak tutup je lampu dia. Aku heran, apa aku buat dekat sini. Dengan patung Nana sekali? Eh, apa dah jadi ni?

Sebab aku tak tahu tujuan aku masuk sini, aku pun nak keluar dari sini dan nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim yakni bersolat maghrib. Aku sedar yang sekarang dah maghrib, bahkan aku pun sedar aku pergi sini. Tapi, aku tak tahu kenapa aku pergi sini tadi. Dah macam kena pukau dengan tandas pulak rasanya.

Baru beberapa langkah aku atur untuk menuju ke pintu, tiba-tiba kedengaran macam ada sesuatu terjatuh daripada tandas paling depan. Aku malas nak fikir banyak, jadi aku anggap itu gayung kena tiup angin je. Memang tak logik, tapi kalau korang dalam situasi aku masa tu, korang akam fikir apa-apa sahaja asalkan tidak melibatkan makhluk ghaib bermuka hodoh ni.

Tak lama lepastu, aku dengar macam ada orang menyanyi pulak dah. Kalau tak silap aku, dia macam nyanyi Enjit enjit Semut tu. Masa ni, meremang dah bulu tengkuk aku. Lagu tu taklah seseram mana, yang menjadi seram apabila kau tak tahu pun siapa yang nyanyi tu. Mendayu-dayu je sora dia.

Aku sangat yakin yang aku sorang je pergi sini sebabnya pelajar yang lainnya pergi surau termasuk pelajar non-muslim. Biasanya, pelajar non-muslim akan berada di barisan belakang sebelah kanan surau manakala pelajar muslim perempuan yang uzur ditempatkan di barisan belakang belah kiri surau. Jadi, memang tak adanya pelajar nak mandi ke apa ke jam-jam macam ni.

Aku tak nak ambil tahu. Yang aku nak sekarang hanya nak keluar dari tandas ni. Taknak aku nak jumpa-jumpa jilake ni semua.

Tapi, langkah aku terhenti apabila natang tu duk tegur aku pulak. Masa ni, mulalah aku baca surah-surah pendek termasuk ayat kursi. Dah lupa dah aku kat mana sekarang. Kemain mulut aku terkumat-kamit baca surah. Dalam tandas uoll. Haa, kalau dah takut tu, memang tak hengat apa-apa dah.

“Nak ke mana tu? Marilah mandi sekali dengan adik”. Lepas tu, ‘dia’ pun ngilai sakan dalam tandas paling depan tu. Hanatlah babun. Apa benda ni?

Aku buat-buat tak dengar. Jadi, aku pun teruskan melangkah menuju ke pintu utama. Masa ni Ya Allah, macam jauh berkilo kilo meter pulak rasanya pintu utama tandas ni. Memang babun sungguh sumpah aku masa tu.

Baru sahaja aku melintasi tandas yang paling depan, terkejut aku apabila kepala aku dibaling guna gayung. Time tu memang perasaan marah dan bengang aku lebih tinggi daripada perasaan takut. Jadi, aku mulalah nak menengking benda tu.

“Hanat baby betullah kau. Hoi. Aku tak kacau kau pun kan? Yang kau tetiba je nak kacau aku ni apehal?!” bergema suara aku dalam tandas tu yang disertakan dengan carutan kelas pertama. Bukan niat nak mencarut, tapi, bila kau dah kena macam tu, nak tak nak, segala carutan tu keluaq sendiri. Aku takut sebenarnya, tapi, tulah, dah muka aku yang helok ni dia pi baling guna gayung, siapa yang tak panas?

Aku dengar dia mengilai lagi. Boleh tahan jugak kuatnya. Ini kali pertama aku dengar benda tu mengilai sangat kuat. Kalah kes dekat asrama lama hari tu.

“Adik bagi gayung je sebab abang tak nak mandi sekali. Tengok anak abang tu, macam nak mandi sekali je. Hihihihihihihihihihi~” perghh, pandai pulak dia nak menjawab kata aku. Tadi aku cuba nak berani, sekarang kembali melembik pulak lutut.

Anak? Apa bendalah natang tu nak bagitau? Tapi, tiba-tiba aku teringat yang aku ada bawak sekali Patung yang Nana bagi.

“Ini patung, lembap. Tulah, orang suruh pi sekolah, kau pi merayau kacau orang. Dahlah, aku nak blah. Lagi lama aku layan kau, tak pasal-pasal dengan aku sekali gila macam kau”. Aku terus melangkah dengan tujuan untuk keluar cepat-cepat daripada tandas.

Baik punya aku dah sampai dekat pintu utama tandas, tiba-tiba pintu tu tertutup dengan kuat. Masa nilah aku rasa macam ada orang gamit bahu aku. Aku tak endahkan, sebaliknya aku hanya mampu membaca surah-surah yang terlintas. Itupun bercampur-baur ayat dan surah.

“Baca surah apetu? Al-Baqarah campur An-Nas, campur bacaan tahiyat akhir? Apetu bang? Hihihihihii~”. Suara dia masa ni sangat dekat di cuping telinga aku. Memang natang ni ada kat belakang aku sekarang.

Aku telan liur. Badan aku dah menggigil. Aku cuba pusing tombol pintu, tapi tak boleh. Tiba-tiba je rosak. Masa ni makin cuaklah aku.

Aku kemudiannya cuba tarik pintu, masih jugak tak boleh. Macam-macam aku buat supaya pintu boleh terbukak, tetapi tulah. Semuanya gagal.

Tak berani aku toleh belakang. Kang dia tengah buat apa tah kat belakang. Kan tak pasal-pasal aku demam seminggu.

Tapi, hasrat aku nak hadap pintu sampai pintu terbukak tak berjaya. Dia pi pancing pulak emosi aku.

Dia pi ketuk kepala aku guna gayung. Halamak, aku ni dahlah cepat marah, jadi, tanpa menggunakan akal yang waras, aku pun pi toleh belakang sebab nak melampiaskan amarah.

Sebaik aku toleh je ke belakang, terus badan aku tertolak ke pintu dengan mata yang aku dapat rasakan sangat membulat. Air liur yang aku telan rasa macam batu pulak sebab terlampau terkejut.

Ada seorang ke seekor, aku tak tahu nak bagi penjodoh bilangan apa untuk natang tu. Yang pasti, natang tu sangat hodoh gila baby!

Dia duduk sambil goyang-goyang kaki dekat sinki yang berada di tengah-tengah tandas. Aku tak pasti dia ni hantu spesies apa. Yang aku cuma dapat cakap, rambut dia putih dan panjang cecah lantai tandas, mata dia takdak, pipi cengkung, dan dia bagi senyuman dari telinga ke telinga. Serius do, memang dari telinga ke telinga. Ini bukan perumpamaan, tapi memang kenyataan. Tapi, dalam cerita ni aku namakan dia Nenek Kebayan jelah.

Aku minta maaflah sebab aku tak pandai nak bagi korang rasa seram. Yang pasti, kalau korang ada kat tempat aku masa tu, memang boleh buat terkucil jugak tau!

“Eh, tanjat ke boboi?” itu je ayat yang aku sempat dengar sebelum segalanya gelap serta-merta.

Bangun-bangun je aku, aku dah berada di dalam bilik asrama. Pening-pening kepala aku. Bukak je mata, sayup-sayup kedengaran surah yaasin dibacakan. Aeh, siapa yang meninggal ni?

Bila aku tersedar, aku pun duduk sambil memerhati sekeliling. Ada Rizman, Helmi, Fiqri, Ameen, beberapa pelajar asrama lelaki serta Ustaz Syamiel dan Ustaz Akif yang sedang menunduk membaca naskhah kecil yaasin itu.

Dua orang ustaz tu memang baca yaasin, yang lain tu pulak tunduk lepas kitorang berbalas pandangan. Entah membaca entahkan tidak diorang tu. Sambil-sambil tu, diorang mula mengesot untuk mendekati antara satu sama lain. Bacaan yaasin yang diorang baca tu pun macam tersekat-sekat macam CD rosak sebab kejap-kejap pandang aku.

Aku pun pelik. Ada yang tak kena ke dengan aku? Ke, ada air liur basi melekat dekat pipi? Aku sentuh pipi, adalah sikit yang melekit. Tapi, takkanlah sebab air liur basi aku yang limited edition ni boleh membuatkan diorang pandang aku macam aku terpandang Nenek Kebayan kejap tadi?

Teringat je tentang Nenek Kebayan dalam tandas, terus aku melompat dari katil menuju ke arah ustaz-ustaz sambil terjerit.

“Ustaz, hantu ustaz. Hantu!” meluru sahaja aku ke arah ustaz, member-member semua pulak pi lari keluar bilik. Berebut-rebut diorang keluar dari pintu bilik yang muat-muat untuk dua orang sekali masuk itu.

Aku abaikan diorang. Yang aku tahu, aku sangat takut sekarang. First time okay, aku tengok depan mata aku. Jelas lagi nyata betapa hodoh tahap semestanya muka benda tu. Mungkin masa korang baca macam mana aku gambarkan tu, tak rasa seram langsung. Tapi, bila korang ada dekat tempat aku, sumpah wei, boleh bagi demam seminggu!

Bibir aku dah rasa terketar-ketar. Aku yakin muka aku sama pucat dengan diorang tadi. Tangan aku sejuk dan berpeluh. Memang aku trauma sangat bila teringatkan hal tadi. Aku harap tu mimpi, tapi, mimpi tak mimpi, aku tetap rasa seram yang amat sebab benda tu jelas menyapa deria penglihatanku.

Ustaz Syamiel tepuk belakang dengan niat untuk menenangkanku. Ustaz Akif pula terkumat-kamit mulutnya membaca sesuatu yang aku yakini bacaan ayat suci Allah. Bacaan yaasin tadi terhenti begitu sahaja apabila aku meluru ke arah kedua-dua orang ustaz ni.

“Kenapa ni, Kasyaf?” soal Ustaz Syamiel kepadaku. Aku pandang muka Ustaz Syamiel, lepas tu aku pandang pulak muka Ustaz Akif yang masih khusyuk membacakan surah-surah dan aku pun pandang ke arah sekumpulan kawan-kawanku. Bila aku pandang diorang, diorang pun mula memeluk lengan antara satu sama lain. Kunyitnya!

Tanpa sempat aku menjawab, terus aku keluar dari bilik sebab tekak aku terasa sangat gatal untuk meluahkan sesuatu. Aku keluar, budak-budak tu cepat-cepat berlari masuk. Ada jugak aku dengar ustaz duk bebel dekat diorang. “Kamu ni, jangan takut sangat. Nanti, macam mana kalau dia pergi lompat ke bawah?” lebih kurang cenggitulah ayatnya.

Nasib baik wei bilik kitorang berada di tingkat satu. Tak adalah orang-orang kat bawah merasa bahan buangan yang paling mahal yang aku luahkan dengan ikhlas dari tekakku.

Bila aku muntah, aku dah bayangkan ada d***h, paku, rambut apa semua. Hahaha. Pengaruh cerita kuat sangat, mana taknya. Tambahan lagi, apabila aku muntah, terasa dengan perut-perut aku sekali nak terkeluar dari mulut. Sakit gila baby wei.

Tapi, yang keluar hanyalah muntah kahak putih sahaja. Itupun dalam bilangan yang sedikit, selebihnya, aku muntah angin. Aku sengaja cakap kahak tanpa sensor, biar korang rasa loya-loya sikit. Jangan risau, episod kali ni takdak yang meloyakan sangat.

Ustaz Syamiel datang urut belakang aku. Aku dah tak muntah lagi dah masa tu, yang tinggal hanya batuk-batuk berat sahaja. Setelah batukku sedikit reda, ustaz bagi aku sebotol air mineral.

Aku teguk sikit je air tu sebab tekak aku rasa sangat perit. Macam air ni berduri pun ada sampai-sampai tekak aku tak boleh nak terima. Lepas tu, aku pun bagilah balik botol mineral tu dekat ustaz sebab memang aku dah tak boleh nak minum lagi dah.

“Kenapa kamu boleh jadi macam ni? Ustaz dengar kamu pergi tandas sebab tak nak solat. Betul ke?” Ustaz Syamiel masih lagi urut-urut belakang aku.

Ambil masa jugak aku nak jawab soalan ustaz sebab rasa-rasa nak muntah tu masih lagi menggeletek tekakku. “Saya sendiri pun tak tahu apa yang jadi dekat saya ni, ustaz. Saya rasa lain macam sangat hari ni”.

Memang lain macam sangat. Macam yang aku cakap tadi, aku sedar, tapi macam ada sesuatu yang kawal aku masa tu. Ehhh, bukannya kawal aku, tapi kawal perasaan aku.

Ustaz angguk dengar kata aku. “Ustaz tak berani nak simpulkan apa-apa masa ni sebab ustaz belum tahu apa sebenarnya yang dah jadi dekat kamu. Apa-apapun, jangan pernah tinggal solat dan jangan lekang baca Quran. Benda-benda ni suka kalau kita makin jauh daripada Allah”. Itu je pesan ustaz sebelum ustaz dan Ustaz Akif berlalu dari bilik kami.

Apabila ustaz-ustaz hilang dari pandangan, aku pun masuk ke dalam bilik dengan niat untuk berehat. Namun, baru beberapa langkah aku masuk ke dalam bilik, aku melihat yang lainnya terkebil-kebil memandangku. Pelajar asrama dari bilik lain juga berada dalam bilik ini kerana ditahan oleh member aku.

“Dah kenapa korang ni?” dengan nada yang lemah, aku menyoal diorang sambil aku menuju ke arah katil.

Diorang hanya menggelengkan kepala. Aku faham yang diorang mungkin takut sebab aku tiba-tiba berubah tadi.

“Korang boleh balik,” arahku kepada pelajar asrama yang lainnya. Seramai tiga orang mereka bersama dengan empat orang kawan aku.

Tiga orang tu sebenarnya pelajar junior, memang tak heranlah aku kenapa diorang takut sangat. Yang aku herannya apabila budak berempat tu pun takut sekali.

Budak junior tu nak bangun, diorang pergi tarik supaya suruh duduk balik. Dahlah diorang bersempit di atas satu katil. Korang tahu kan katil asrama tu besar mana. Aku pun tak tahu macam mana diorang boleh bersempit tujuh orang atas katil kecik tu.

“Korang bertiga, pergi masuk bilik sekarang sebelum aku cekik korang”. Ugutku. Rimas aku tengok diorang duduk berpelukan atas katil tu sambil mata terkebil-kebil pandang aku. Macamlah aku ni membahayakan sangat.

Dek mendengar ugutanku yang hanya menggunakan suara nada rendah tu, terus diorang bertiga lepaskan cengkaman pada hujung baju dan terus berlari keluar tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Aku rasa nak tergelak, tapi, aku risau kalau lakonanku tak menjadi.

Lepastu, aku pandang pulak member aku yang sudah berdiri dan bersiap sedia untuk lari. Tapi, aku cepat-cepat jeling membuatkan diorang terketar-ketar melabuhkan balik p******g diorang.

Baru sekejap aku berbaring, kedengaran Fiqri memanggil nama aku. “K-Kasyaf”.

Aku toleh pandang dia. “Hmm”.

“K-kau, k-kau tak solat ke?” soalnya gagap.

Aku tepuk dahi sendiri. Kenapa aku boleh lupa nak solat. Jadi, aku pun kembali bangun untuk wudhuk. Sebelum aku keluar tu, aku mintak diorang tolong temankan. Mana tahu kot-kot benda tadi terjadi semula.

Pada awalnya, diorang menolak. Tapi, seperti biasa, aku dengan kuasa ugutku, nak tak nak, diorang pun terpaksa ikut.

Agak jauhlah jarak antara diorang temankan aku. Tetapi, aku tetap rasa lega sekurang-kurangnya diorang ada sekali.

Alhamdulillah, sepanjang malam tu, tiada lagi gangguan dan aku pun dapat solat isyak dan qada’ solat maghrib tadi serta tidur dengan tenang.

•••

Ingatkan, dah tiga hari aku hidup aman tanpa gangguan, aku dah bebas daripada segala jenis mak nenek jin ni. Rupa-rupanya, pertemuan manis antara aku dengan Nenek Kebayan tempoh hari adalah satu permulaan. Hari keempat selepas kes jumpa Nenek Kebayan, lebih teruk aku dikerjakan.

Seperti biasa, kalau prep malam, mesti rasa nak kencing tu sangat menggunung. Tambah-tambah lagi malam tu hujan, so, rasa nak terkucil tu bertambah membaralah.

Tapi, bukan aku yang rasa nak terkencing. Tapi, budak Helmi ni. Aku dah cakap, dia ni kalau nak pergi tandas, memang dia nak aku temankan.

“Wei Kasyaf, temankan aku pergi tandas sat. Aku takutlah”. Dia ajak aku masa aku tengah buat latihan. Aku tak suka buat kerja rumah sebab rasa macam terikat latihan dia. Aku lebih suka buat latihan aku sendiri. Baru bebas sikit. Biarlah aku kena hukum sekalipum, asalkan tak siapkan homework.

Aku pandang ke arah meja cikgu. Cikgu belum masuk lagi walaupun dah lima belas minit masa berlalu. Cikgu Kalid memang macam ni, memang lambat masuk sebab dia kata, dia nak bagi peluang untuk pelajar pergi tandas. Kalau dah masuk masa dia nanti, dia taknak dah pelajar keluar. Mengganggu katanya.

Aku kemaskan buku dan kitorang pun keluar pergi tandas.

Tandas blok kalau malam-malam memang seram. Mana tidaknya, letaknya di hujung sekali. Sebelah tandas pulak stor yang dah gelap. Jadi, perasaan masa tu hanya mampu berserah jelah kepada Allah.

Aku tunggu kat luar sebab tak tahan bau hancing dalam tandas. Helmi pun cepat-cepat masuk. Nampak sangat dah tak tahan.

Baru beberapa minit Helmi masuk, terus aku terdengar dia menjerit kuat dalam tandas. Aku pun tanpa buang masa terus masuk ke dalam tandas.

“Helmi, kau kat mana?” tiada sahutan. Keadaan menjadi sunyi sepi tiba-tiba. Yang kedengaran hanya air yang menitis jatuh ke lantai.

Aku dah tak sedap hati. Ikutkan hati, nak je aku balik kelas sekarang jugak. Tapi, terkenangkan Helmi yang kemungkinan pengsan dalam tandas, nak tak nak aku kena cari jugak. Kalau korang tanya kenapa aku tak pergi panggil kawan-kawan kat kelas, aku hanya mampu jawab, kalau kau dah buntu, kau dah tak boleh fikir apa-apa lagi dah. Yang kau tahu masa tu, apa yang terlintas dekat otak, itu yang kau buat. Siyes wei.

Aku pun pergi bukak satu persatu pintu tandas. Takut dan cuak tu takyah cakaplah, memang 99% perasaan tu menguasai hati aku sekarang. Tetapi syukur jugak, 1% tu masih lagi berfungsi dengan baik demi Helmi.

Hampir kesemua pintu aku bukak, namun masih tiada kelibat Helmi. Dan, kini masuklah giliran tandas yang paling hujung dan yang terakhir. Dup dap dup dap aku nak bukak. Terbayang macam-macam dah dalam kepala otak. Tapi, nak tak nak, kuatkan jugaklah perasaan aku masa tu.

Papp! Pintu tandas aku bukak dengan kuat. Kali ni, beserta dengan jeritan amarah.

“Hey! You nak ngendap I ke apa, hanat?” ini bukan Helmi! Apa yang berada depan mata aku ni bukan Helmi!

Aku jatuh terduduk dan mula mengesot ke belakang. Aku tak kisah dah seluar aku basah sebab mengelap kencing kat atas lantai ke apa, yang aku nak masa tu hanyalah keluar dari tandas. Nak berlari, lutut aku dah longgar sangat.

Apa yang aku nampak ialah, Nenek Kebayan tu lagi! Kali ni, dia buat sesuatu yang lebih dahsyat. Dia sedang hisap d***h dekat tuala wanita (maaf kalau aku macam direct). Berselera sungguh dia hisap d***h tu. Kalau macam dah kering, dia pergi perah tuala wanita tu sambil jilat-jilat lantai kalau ada yang terjatuh ke lantai.

Aku tekup mulut sebab rasa nak termuntah. Entah kelajuan apakah yang aku guna sampai-sampai aku macam tak berganjak langsung dari tempat tadi sehingga aku boleh nampak dari awal sampai habis sesi dia melahap makan malam dia tu.

“Hai Kasyaf? Nak join? Hihihihihi!” dia menyuakan tuala wanita itu ke arahku. Masa ni dia belum berganjak lagi daripada tempat dia. Masih duduk mencangkung atas mangkuk tandas sambil menikmati makanan dia.

Aku telan liur dan menggeleng sekuat hati. Dengan sisa tenaga yang tinggal, aku cuba bangun untuk berlari meninggalkan tempat ini. Aku tahu Helmi yang aku temankan tadi adalah bukan Helmi yang sebenar. Masa ni baru otak aku macam nak berfungsi. Helmi kan tak sedap badan dan tengah tidur dekat bilik. Hanat betul!

Baru beberapa langkah aku berlari, aku rasa lain macam dan aku tak tahu nak explain macam mana. Tak lama lepas tu, aku yakin aku pengsan sebab pandangan aku serta-merta hitam.

Sejak kes tu, aku tak tahu berapa lama aku tak sedarkan diri. Tapi, apa yang member-member aku cerita, aku masih lagi bangun seperti orang biasa. Cumanya perangai aku sedikit berubah. Bukan sedikit, tetapi, berubah 180°.  Kiranya macamni, aku pengsan, tapi, jasad aku bergerak. Korang faham tak? Eee, kira aku ni dikawal sesuatulah. Harap fahamlah ye.

Kata member aku, macam-macam yang aku buat sampai-sampai diorang terpaksa tidur dekat bilik lain sebab sangat takut dekat aku. Jadi, apa yang aku akan ceritakan lepas ni adalah berdasarkan cerita yang kawan aku bagitau. Kalau aku cerita kang, nampak sangat menipu. Yelah, aku bukannya sedar pun apa yang jadi dekat aku.

Aku mintak Rizmanlah yang tolong ceritakan sebab antara diorang, Rizman boleh tahan jelas sikit cerita dia kalau nak banding yang lain. Kelam-kabut sangat bercerita.

Ini apa yang Rizman ceritakan dekat aku

Lepas je kau pergi tandas sorang-sorang tu, kitorang pun peliklah sebab nampak kau macam bersembang dengan seseorang. Tapi, kitorang abaikan kot-kot kau saja je nak sakat kitorang.

Lepastu, hampir tiga puluh minit kau tak muncul-muncul dari tandas. Cikgu Kalid pun dah tanya mana kau. Jadi, kitorang pun mulalah terfikir nak cari kau sebab risau kau kena sampuk balik macam hari tu ke apa.

Belum sempat kitorang bangun nak cari kau, kau pun datang dengan muka kosong kau tu. Bibir kau aku perasan agak pucat, tapi aku tak fikir lain sebab mungkin kau rasa sejuk. Hari hujan kan?

“Kasyaf, dari mana?” tanya Cikgu Kalid.

“Tandas”.  Tu je kau jawab. Cikgu Kalid ada jugak bebel sebab kau tak ikut peraturan, tapi kau buat derk je macam takde perasaan.

Habis je Cikgu Kalid bebel, aku tolehlah kau sebab risau kot-kot kau sakit. Punya elok aku toleh, kau sengih pulak dekat aku. Terus aku pandang depan sebab tak nak toleh-toleh kau lagi. Seram. Kalau ingatkan balik, sengih kau tu lebih kurang macam Pennywise tu. Seram siot.

Aku ingatkan, kau demam. Tu aku biarkan. Tapi, perangai kau makin hari makin pelik. Dekat nak dua minggu jugak perangai kau pelik kau tahu tak?

Kau asyik main dengan patung beruang tu. Malam kau lama kat tandas tu pun, bila kita balik asrama, kau cepat-cepat je nak balik asrama. Bila kitorang tanya, kau tak jawab pun.

Kitorang dah rasa lain macam, tapi cuba biarkan sebab kau pun takdak mengganas ke apa. Tapi, ingatkan dah okay, rupa-rupanya tak.

Dalam kelas, kau bukannya nak dengar apa yang cikgu cakap. Kau asyik sibuk je dengan patung kau tu. Bila cikgu tegur, kau pergi adu dekat patung tu. Dah macam Mr. Bean pun ya kau masa tu.

Ada satu malam tu, aku terbangun dari tidur sebab dengar macam ada orang menangis. Punyalah aku pusing kiri kanan nak bagi tidur sebab takut. Tapi mata aku makin segar. Jadinya, aku hanya mampu baca ayat-ayat suci Quran je masatu.

Yang bab*nya, baru aku nak terlelap balik, boleh pulak kau pergi tegur aku. Seram bodoh. Kau pergi tanya aku, “Kau tak tidur lagi ke Man? Kalau tak, bolehlah temankan aku main patung ni”. Lepastu kau gelak sakan macam apa yang kau cakap tadi adalah benda lawak tahap antarabangsa.

Aku biarkan je walaupun pundi kencing aku dah rasa nak terkucil dah masa tu. Aku tutup mata balik, eh, tup-tup kau bagi patung kau tu dekat aku. Kau cakap, “Nah Man. Aku tahu kau tak boleh tidur. So, jagalah elok-elok patung kesayangan aku ni kay? Aku nak keluar ambik angin kejap”.

Memang macam-macam aku sumpah kau masa tu. Tapi, takut-takut aku, aku risau jugak sebab kau keluar bilik malam-malam buta. Baru terniat nak kejar kau, aku terpandang patung yang kau bagi aku jaga tadi.

Terpelanting wei patung tu aku kerjakan. Mana taknya, elok je mata dia warna hitam, boleh pulak menggatal jadi merah pulak. Bercahaya pulak tu. Sumpah, aku memang mencarut sakan malam tu disebabkan patung lahabau kau!

Aku pun cepat-cepat bangunkan kawan-kawan semua. Aku ceritakan dekat diorang tentang kau dah keluar bilik.

Kitorang pun tak tahu kenapa kitorang jadi berani sangat malam tu. Habis satu sekolah kitorang cari kau, tapi tak jumpa-jumpa. Nasib baik jugak Abang Justin dan Akak Selena tak pergi kacau malam tu.

Kitorang putus asa, so, kitorang pun balik asrama. Niat nak bagitau ustaz kalau sejam lagi kau masih hilang. Balik je bilik, boleh pulak kitorang tengok kau duduk hujung katil sambil sebelah tangan peluk lutut sebelah lagi usap patung. Muka kau masa tu marah sangat buatkan kitorang tak berani nak masuk dalam.

“Aku dah suruh kau tadi kan Man, jaga patung ni. Kenapa kau campak dia?” fuh, berderau d***h aku dengar kau cakap macam tu. Mana kau tahu padahal kau keluar tadi kan?

Aku suruh yang lain supaya berkumpul, senang kalau nak lari nanti. Tapi, niat nak lari terbatal apabila kau cakap something yang sangat-sangat nonsense bagi aku.

“Jaga laluan korang tu. Kawan aku nak masuk”. Dengar je kau cakap macam tu, terus kitorang berlari masuk dalam tanpa tutup pintu.

Semalaman kitorang tak tidur sebab takut kena cekik. Hahaha. Kitorang asyik perhati je kau yang dah lena tidur dengan patung kau tu.

Malam tu jugak, kitorang dah bincang something sebab kitorang tak tahan dengan perangai kau.

Keesokan pagi tu, lepas subuh, kitorang pun pergi jumpa ustaz. Cerita segala apa yang patut. Apa dah jadi selama dua minggu ni termasuk apa yang dah jadi semalam tu.

Kitorang bagitaulah yang selama dua minggu ni, perangai kau lain macam. Kau selalu cakap sorang-sorang, kau selalu main dengan patung, kau memang tak solat langsung, dalam kelas, kau tak belajar sebab sibuk main dengan patung kau tu, kawan-kawan semua perasan perubahan kau dan tiap-tiap malam kau akan pergi tandas. Bila kitorang tanya, kau jawab, “Patung aku nak main kat sana”.

Gila baby kau nak main dalam tandas malam-malam? Dengan patung pulak tu?

Dengar je apa yang kitorang cerita, ustaz pun cakap yang mungkin kau ada terambik benda yang tak sepatutnya.

Lepastu, Helmi pun cerita dekat ustaz yang kau ada terima patung daripada Nana dua minggu lepas. Masa tu baru aku teringat yang Nana ada bagi kau patung dan patung tu jugak yang kau bawak ke hulu ke hilir selama kau sakit gila ni.

“Kalau macam tu, suruh Kasyaf dan Nana pergi sini”. Arah ustaz.

Naik jemu jugak aku nak pujuk kau mai surau. Siap kau mengamuk lagi sebab taknak pergi surau. Last-last, ustaz sendiri yang datang masuk bilik kita dengan Nana sekali.

Hari tu adalah hari pertama dalam sejarah aku tengok kau kena rasuk tau, Kasyaf! Bila masuk je ustaz dalam bilik kita, terus kitorang ternampak kau tengah mencangkung dengan patung dalam mulut. Urat mata kau merah beb! Serius aku seram sangat.

Ramai pelajar asrama lelaki kitorang panggil sekali untuk tahan kau. Kitorang pulak tunggu kat luar sambil tengok. Hahahaha. Seram doh tengok kau macam tu.

Pelajar semua tak masuk. Tak masuk maksud aku adalah, semua tak dapat tahan kau. Alamatnya, ustaz suruh kitorang panggil cikgu-cikgu lelaki sambil-sambil ustaz tengah nak mengubat kau yang dalam fasa untuk  mengganas.

Sebaik sahaja kitorang sampai bilik, kau dah ada kat atas locker. Duduk sambil menjulur kaki dengan tangan menggendong patung. Tertolak ke belakang badan kitorang tengok kau macam tu.

Nasib baik cikgu semua tangkas. Diorang pergi tarik kaki kau dan baringkan kau kat atas lantai. Teringat pulak aku masa kita kat asrama dulu. Hahaha.

Masa ni, ustaz dah buat apa yang patut sampai kau menjerit macam nak terputus urat tekak. Muka kau merah gelap sangat. Kau cuba nak lari, tapi cikgu tahan kau. Kitorang tak berani datang dekat sebab kau kuat yang amat masa tu.

Aku skiplah masa kau kena ubat tu sebab aku dah lupa jugak macam mana sebab aku syok sangat dengar dialog korang berdua ustaz. Nana ada sekali dengan kitorang masa tu. So, kitorang tanyalah dia kenapa dia buat semua ni dekat Kasyaf.

Belum sempat Nana jawab, Amanda datang dari belakang. “Aku dah agak, kau punca semua ni. Apa salah Kasyaf dekat kau sampai-sampai kau nak buat dia macam ni?”

Dengar sahaja Amanda marahkan dia, terus Nana menangis sambil gelengkan kepala dia. Sedih pulak kitorang tengok dia masa tu.

Tapi, apa yang kau bagitau tak lama lepastu lebih menarik perhatian kitorang.

“Okay, aku bagitau! Ya, aku dihantar. Tapi, bukan Nana yang hantar aku!” semua kitorang terkejut dengar apa yang kau cakap dengan suara garau kau tu.

“Kenapa kau buat macam ni?” tanya Ustaz Syamiel lagi.

Mula-mula tu kau diam. Tapi, lepas ustaz ‘dera’ kau, baru kau bukak mulut.

“Tuan aku cemburu tengok dia mesra dengan Nana. Dia tak suka tengok Nana rapat dengan Kasyaf. Selama ini, tuan aku cuba nak rapat dengan Kasyaf, tapi Kasyaf tak layan. Tapi, bila sampai je Nana, boleh pulak dia bagi layanan istimewa dekat Nana”. Itulah serba sedikit kata-kata kau yang sempat kitorang dengar.

Lama jugaklah proses nak hantar balik makhluk tu balik ke tempat asal dia. Dan, alhamdulillah, lepastu kau pun dah sedar.


Okay, itu serba sedikit cerita Rizman dekat aku. Lepasni, kembali kepada aku sendirilah sebab aku dah sedar dah lepastu.

Sedar-sedar je dari lena yang aku rasa agak lama, badan aku rasa sakit-sakit. Kepala aku pening dan peluh sangat banyak membasahi tubuh. Aku bukak mata perlahan-lahan, tengok semua orang dah ramai dalam bilik kitorang.

“Apa dah jadi?” soalku pelik. Suaraku rasa macam serak sebab tidur lama sangat. Otak aku rasa kosong sangat masa tu.

“Takpe Kasyaf. Kamu rehat dulu. Yang lain, jaga dia baik-baik”. Itu je pesan ustaz sebelum dia keluar bersama cikgu-cikgu dan pelajar asrama yang lainnya.

Nak dipendekkan cerita, kawan-kawan aku pun ceritakan apa sebenarnya yang dah jadi selang beberapa hari lepas tu, lepas aku dah pulih sepenuhnya. Ustaz pun cakap, aku dah okay, cuma jangan terlampau yakin sangat sebab sekali kita dah kena buatan orang ni, makin mudahlah jin-jin lain nak dekati aku.

Tak sangka aku yang aku tak sedarkan diri selama dua minggu. Wuuuu, jadi, yang bergerak selama ni adalah benda lain. Bukan aku.

“Maksudnya, korang tidur dengan hantulah selama dua minggu ni,” usikku sambil menjeling diorang.

Terus diorang tampar lengan aku. Aku gelak je.

Seperti yang dirancang, kitorang pun pergi berjumpa dalang tu. Bukan ustaz yang bagitau, tapi makhluk tu sendiri yang bagitau. Saja aku cut cerita Rizman tadi supaya korang rasa tertanya-tanya. Hahahhaaha.

Sebaik kitorang berselisih, terus kitorang kejar dia dan dengan adanya Amanda, dia pun terus tangkap budak tu. Ya, hubungan aku dan Amanda dah baik dah. Hubungan persahabatan okay, bukan percintaan. Jangan doakan aku bercinta dengan dia.

Kitorang bawak dia pergi pondok bacaan. Dia nampak takut-takut. Cis, berkawan dengan jin tak takut pulak. Geram aku.

“Apa masalah kau sebenarnya ni, Bella?” haa, budak tulah yang buat tu. Budak yang bawak mulut duk fitnah Nana tempoh hari.

Dia diam, lepastu menangis. “Aku.. Aku.. Aku buat semua ni sebab aku suka kat kau!”

“Choii. Kau suka kat aku, pastu kau bomohkan aku? Memang kalau suka, mesti bomohkan orang eh?” menggelegak d***h aku dengar alasan dia yang tak munasarawak ni.

“Tak, aku bukan bomohkan kau. Aku cuma buatkan benda tu kacau kau supaya kau fikir Nana yang buat kau macam tu.

Aku ada dengar yang dia nak bagi kau hadiah, dia tanya kat aku, hadiah apa yang bagus untuk bagi kat kau. Lepas tu, aku jawablah, bagi hadiah patung yang dia selalu simpan tu. Dan, dia pun setuju.

Beberapa malam sebelum dia bagi patung tu kat kau, aku ambik sembunyi-sembunyi dan bila hari Jumaat, aku balik kampung dan jumpa bomoh untuk bagi letak sesuatu dekat patung tu. Aku.. Aku.. Aku hantar Nenek Kebayan untuk kau sebab…. “.

Kitorang pandang dia macam polis tengah soal siasat suspek. Okay, hari ni kitorang escape kelas semata-mata untuk benda ini. Yelah, disebabkan dialah aku tak dapat exam dan markah aku kesemuanya kosong. Ada jugak cikgu tanya aku nak sit ke tak exam akhir tahun, aku kata tak payah. Takde mood. Cehh. Belagak XD

“Sebaab?” Ameen tak sabar nak tahu.

“Sebab Nenek Kebayan paling murah nak bayar. Aku mana ada duit nak bayar banyak-banyak. Jadi, aku pun bayar untuk langgan Nenek Kebayan jelah. Tapi, aku tak sangka kesan dia dahsyat jugak,” cerita dia dengan nada perlahan sambil menunduk.

Kurang asam punya Bella. “Kau tahu tak yang kau hampir b***h aku? Kau tau tak yang kau dah tuduh Nana buat benda tak elok sampai-sampai Manda marah kat dia? Kau tahu tak semua tu?” naik turun nafas aku dek marah melampau. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana gadis ayu macam dia boleh terjebak dalam urusan jin dan manusia ni.

Bella menangis semahunya. Kata maaf tu dah macam zikir dekat bibir dia. Aku pun sebenarnya memang boleh maafkan dia, tapi, perangai dia yang melampau tu aku tak boleh nak terima.

“Aku minta maaf, Kasyaf. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf”.

Aku tarik nafas dan hela perlahan. Member pun cakap suruh aku maafkan dia.

“Maafkan jelah dia tu. Semua orang kan buat salah”. Tegur Fiqri. Aku pandang sekilas, dan aku diamkan diri buat seketika.

“Hmm. Aku maafkan. Tapi, jangan kau nak menggatal ulang perangai kau lagi. Berdosa tau kau syirik dekat Allah. Tak cium bau syurga.

Dan, jangan minta maaf dekat aku sorang. Minta maaf dekat ustaz dan pelajar asrama lain sebab kau susahkan diorang.

Yang paling penting, minta maaf dekat Nana sebab kau dah fitnah dia”.

Lepastu, aku bangkit dari situ. Aku nak dia muhasabah diri dia sendiri. Dia dah bertaubat ke tidak, itu urusan dia dengan Allah. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia.

Kawan-kawan aku pun ekori aku. Kitorang diam sahaja menuju ke perpustakaan, tempat lazim apabila buat hal terlarang ni.

“Aku rasa bersalahlah dekat Nana”. Ujar Amanda tiba-tiba. Kitorang pandang je dia, taknak komen lanjut.

“Minta maaflah dekat dia”. Itu je nasihat aku.

Amanda tiba-tiba menangis. Jarang aku tengok dia menangis ni. Awek jiwa kental menangis, tak ke pelik?

“Kau dah kenapa?” tanya Rizman pelik.

“Aku rasa berdosa sangat dekat Nana sebab tuduh dia bukan-bukan”. Tersedu-sedan dia menangis sambil bercakap. Kitorang lelaki dah tak tahu nak buat apa. Kalau dia Helmi, Rizman, Ameen atau Fiqri, aku dah pinjamkan bahu dah. Ini, Amanda. Haraaaaamm.

“Dahlah tu. Esok, kalau dia datang sekolah, pergilah minta maaf dekat dia”. Fiqri memujuk.

Nana sejak kes dia kena heret sekali masa aku kena ubat dek ustaz, keesokan hari tu terus dia mintak cuti dekat warden. Mula tu warden tak bagi, tapi dia mendesak. Last-last, warden pun lepaskan dia. Ini apa yang classmates aku ceritakanlah.

Amanda diam. Hanya kedengaran sedu sedan dia je. Kitorang pun biarkan dan harap perkara ni jadi pengajaran dekat dia.

Seperti biasa, kalau dah melibatkan tentang hantu jin setan ni semua, memamg glamourlah kes tu. Tapi, tak seorang pun yang tahu siapa yang buat aku jadi macam tu sebab aku pun ada mintak dekat semua yang tengok hari tu untuk tutup mulut. Taknak aku Bella tertekan disebabkam kes ni. Yelah, Nana tu takdak kaitan pun dah boleh tertekan, inikan pula Bella. So, sekali lagi kitorang diamkan perkara ini.

Alhamdulillah, kes sekali lagi dah selesai. Aku pun dah sihat sedia kala, cuma perlu banyakkan ibadah sebab kata ustaz, badan aku dah berongga yang boleh mengizinkan mana-mana jin untuk masuk ke dalam badan aku.

Korang jangan ingat kes ni selesai kat sini sahaja. Kes aku memanglah selesai, tapi, Nana belum lagi. Tapi, aku takkan taip kat sini takut nanti jalan cerita dia bercelaru. Yang ini pun aku rasa sangat bercelaru. Hahaha.

Untuk kes Nana, aku akan sambung di next entry kalau korang teringin nak jumpa aku baliklah. Bukan niat aku nak bagi bahagian dalam cerita, aku cuma tak nak korang rasa terbeban dengan jalan cerita yang bersimpang siur. Jadi, cukuplah di sini jodoh kita untuk kali ini.

Sebelum aku menutup cerita kali ini, aku nak bagi nasihat sikitlah. Kita jangan mudah hukum seseorang tanpa usul periksa. Tanya dulu, sahihkan perkara tu. Jangan main blind pig je nak tuduh. Tengoklah Manda tu macam mana, kemain dia marahkan Nana, dengan aku sekali dia marahkan. Last-last, bukan Nana yang buat. Kahkahkah! Buat malu je. Bookan dia. Hahahaha.

Dan, kot ye pun korang sukakan crush korang tu, mintak tolong dekat Allah untuk dekatkan hati korang. Jadikan dia jodoh korang. Sebab Allah yang Maha Kuasa.

Ini? Apa kejadah nak mintak tolong jin. Nasib baik Si Bella tu sampai tak bela Nenek Kebayan tu, kalau tak, sia-sia anak cucu dia dapat bela makhluk hodoh gatal tu! Sampai ke detik ni aku takkan lupa muka buruk yang duk tackle aku tu! Eee, geli nyah!

Okaylah gang. Terima kasih kepada korang yang sanggup baca cerita ni sampai habis. Seperti biasa, cerita ini hanya fiksyen sahaja. Janganlah kita terlalu taksub dengan jin syaitan ni semua. Sebenarnya, depa pun takut dengan kita, tapi, nak sesatkan kita punya pasal, depa cuba untuk berani. Itu apa yang zaman-zaman opah aku cakap.

Aku ada terbaca cerita Si El ni, tentang pontianak tahu pasal fiksyen syasya tu. Berdekah aku gelak, tapi, dalam aku gelak tu, aku dapat satu ilmu baru iaitu, Encik Cong, Kak Ponti, Nenek Kebayan apa semua ni tak wujud pun. Diorang tu semua adalah jin dan bentuk asal diorang adalah dalam bentuk asap.

Apa yang El ceritakan dalam entry dia tu, diorang (yakni jin) ni nak jelmakan diri dalam bentuk yang menakutkan ni sampai manusia nampak, sakit yang teramat sakit. Kira kalau terjumpa, bertuahlah sebab jin ni sanggup bersakit semata-mata nak bagi kita nampak. Vodo. Hahahhaha. Siapa yang teringin nak nampak diorang?

Aku pun ada terbaca jugak yang hantu yang kita nampak tu, bukan bentuk sebenar diorang. Bentuk diorang yang sebenar, lebih seram dan jijik daripada yang kita tengok. Dan, semua manusia tak boleh tengok rupa sebenar diorang. Aku tak tahu sejauh mana kesahihan perkara ini sebab aku mengaku ilmu aku dalam bab-bab ni agak lemah sikit. Jadinya, betulkan apa yang aku bagitau ni yer dekat ruangan komen ka apa. Nanti, next entry aku akan betulkan balik.

Terima kasih lagi kepada korang yang enjoy membaca cerita daripada PBTI(PENDATANG BARU TANPA IZIN) ni dan terima kasih kepada korang yang sudi bagi peluang untuk aku menulis cerita kedua ni.

Sekian, aku nak ingatkan balik, cerita ni sekadar fiksyen. Jadi, segala benda yang tampak tak logik tu adalah lahir dari jari yang menaip dan minda yang berfikir. Maaf segala kelemahan aku menulis sebab aku bukannya seorang penulis, tapi teringin nak jadi penulis. Hahaha. Semoga korang faham apa yang aku cuba sampaikan dan sampai ketemu lagi insya-Allah. Bye. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.9]
Kasyaf Mahmud

256 thoughts on “Kembara Enam Sahabat – Patung Nanabelle”

  1. Intro panjang meleret. Tapi apa pun masih lagi satu kisah yang menarik. Tahniah atas usaha anda Kasyaf. Teruskan menulis. Anggaplah kecaman, komen negatif dan teguran sebagai satu cara untuk kita memperbaiki diri dan gaya penulisan. Nah belon ?

    Reply
    • Kacap mintak maaf dkat B hahaha? inipun nasib baik Kacap x kasi cerita ttg Nana pulak. Hahaha. Btw, trimas sudi baca cerita ni?

      Reply
  2. Akak tunggu punya tunggu bdebar toksah cakapla…tambah ngn iklan lg.nasib xd iklan rantaian fofular trivago.Nak cari hotel???….TRIVAGO.
    Haha.dah..merapu ikut kau dah ni.cerita best.

    Meh nk rate sikit
    5?????!!

    Reply
    • Hahahaha. Jangan jd cam Kasyaf kak. Asyik nk mrapu meraban je. Ceritanya x ke mana hahaha. ? apa2pun, terima kasih di atas kesudian membaca cerita ni smpai habes?

      Reply
  3. lenguh mata aku tgk atas lelame..

    Setori best juga la # 7/10 #
    Background music
    bila cinta ini tak lg bermakna yang kurasa kini hanyalah nestapa

    Reply
  4. HOIII DEKAT SINI EA KORANG RUPANYA!

    tak serik-serik ke? nak tunggu alien-alien mulut puaka serang ke baru ingat nak balik rumah?

    hahahahahaha

    Reply
  5. Assalam

    Tak cukup bersimpang siur lagi..boleh masuk lagi tapi paham sebab ada dialog kan…its ok ku tunggu chapter mu akan datang!

    Reply
  6. “ayu je, pijak semut, semut angkat balik kaki yang cuba pijak dia”

    hahaha, geli hati aku. kelakar. hahaha

    nah! 5 bintang untuk ko.

    Reply
  7. hensem sangat agaknya ko ni kasyaf sampai sanggup org bomohkan ko sbb nakkan ko (ko jgn nak kembang sgt huhuhu)…

    but next time story ko jgn meleret2 sangat.. aku banyak sangat skip tadi.. huhuhuu

    Reply
  8. Bestttt ohooohoiii hahahha. Nenek kebayan paling murah sbb dia dh tua kot. Tp jgn mcm ii dgn prg tua sbb dierg mkan garam duku dr kita.. cewahhh

    Reply
  9. yess… best lagi.. suka betoi gaya penceritaan ko.. macam ko dok depan aku and cerita live depan aku.. naiss..

    aku rasa ko ni ekceli perempuan kan? ke perasaan aku je…. kakaka

    Reply
  10. First dia kata nama dia Kasyaf aku dah nak tergelak. hahha.. sorry bukan nak gelakkan nama tu. sedap je nama tu, tapi tiba-tiba teringat masa zaman sekolah dulu…

    Kasyaf tu sebutan untuk orang yang boleh nampak ‘benda2’ ni. Terbuka hijab. Kalau kat asrama tu.. Word Kasyaf ni memang femes. hahaha. Yela, tak asrama la kalau tak nampak hantu. hahha

    Btw, nice story. haha. Aku suka je Iklan merapu kau tu.Perencah rasa orang kata. Cuma jangan banyak sangat, tu yang jadi panjang tu.

    Nice bro. Ada pengajaran dalam cerita ni. #AkuSuka

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.