Kembara Enam Sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat Fiksyen Syasya. Terlebih dahulu, aku cuma nak katakan bahawa cerita ini sekadar fiksyen. So, nama yang aku gunakan ni pun hanyalah rekaan semata-mata dan nama pena ni pun aku gunakan sempena nama watak utama dalam cerita ni. So, aku haraplah yang korang takkan pertikaikan benda-benda yang tampak tak logik tu sebab aku buat cerita ni ikut kepala aku je. Hehe. Terlebih dahulu, aku nak minta maaf kalau cerita ni bosan ke apa. Ni first time aku buat cerita. Lagi-lagi yang berkaitan alam mistik ni. Jadi, segala kekurangan tu, harap dimaafkan and nak bagitau, cerita ni banyak iklan dan promosi. Jadi, harap jangan muaklah ye. Kalau diberi peluang, aku akan perbaiki dalam cerita yang seterusnya. Tapi kalau tak, aku fahamlah sebabnya. Kuangkuang. Selamat membaca. :*

Nama aku Kasyaf. Aku ni bukanlah seorang yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti paranormal. Perkara tu yang datang kepada aku sendiri.

Tak logiklah kan, budak sekolah macam aku berani-beraninya nak libatkan diri dalam bab-bab macam ni. Gila ke apa, dahlah aku ni takde pendinding diri. Acah je lebih, padahal aku takut gak sebenarnya. Kehkeh.

Tapi, ada satu kes masa aku Tingkatan 4 dulu. Yang ni aku memang mengaku yang aku gila tahap babun masa tu. Sampai ke detik ni aku tak paham, kenapa aku berani-beraninya nak buat benda tu. Aku pun tak tahu aku dapat kekuatan dari mana.

Ceritanya bermula masa Cikgu Shaiful hukum aku dan kawan-kawan aku.

“Balik-balik, muka kamu berenam yang tak siapkan kerja sekolah. Kamu semua buat apa dekat asrama? Jangan sebab SPM tahun depan, kamu masih nak bersenang-lenang,” wajah garang guru yang berkaca mata jernih itu membuatkan ramai pelajar meneguk liur. Siapa yang tidak takut dengan guru subjek Sejarah itu. Kecuali akulah. Haha.

Memang padanlah dia tu jadi guru Sejarah. Rambutnya botak di bahagian belakang. Macam orang cakap, guru Sains botak di bahagian depan sebab terlalu fikirkan masa hadapan. Guru Sejarah botak di bahagian belakang sebab terlalu fikirkan kisah silam. Tak sangka, teori itu boleh menjadi fakta jika guru-guru tersebut berada di sekolah ini.

Tanpa membuang masa, aku pun mengajak lima orang kawan sehukumku untuk keluar dari kelas. Yelah, dah orang tak sudi tengok muka kita, takkanlah nak paksa kan? Kihkih.

Baru sahaja kami menapak ke muka pintu, sempat Cikgu Shaiful berpesan. “Kamu boleh pergi ke mana saja kamu mahu. Tapi, jangan sesekali kamu pergi dekat padang sana. Lagi-lagi kalau takda cikgu kat sana”.

Kami terdiam. Tidak mengangguk, tidak pula menggeleng. Dan kemudiannya, kami pun melangkah keluar daripada bilik kelas tersebut.

Masa-masa kena hukum macam ni, memang tempat pertama yang kami pergi adalah perpustakaan. Kenapa tak boleh pergi dekat padang? Haa, lepas ni aku cerita.

Masa dekat perpustakaan ni, aku terjumpalah satu majalah sekolah yang aku agak dah makan belas tahun jugaklah usia majalah ni. Muka cemberut si Amanda, kami abaikan. Dari tadi dia duk membebel, cakap salah kitoranglah dia kena hukum sekali.

Bukan apa, aku memang dah siap kerja dah Sejarah tu sebenarnya, dan memang aku yang last pakai buku dia semalam. Tapi, aku pun manusia. Ujian lupa tu memang tak dapat aku nak elak. Pagi tadi, aku lewat bangun sebab semalam lewat tidur sebab main game. Okay, aku mengaku aku ni seludup telefon pergi asrama. Tapi, seludup pun apa salahnya kan? Bukannya boleh bukak internet pun. Line kat kawasan asrama aku ni ciput bhai. Jadi, tak boleh jadikan telefon bimbit sebagai faktor aku lupakan pelajaran padahal aku dah berapa tahun dah buat perangai ni, keputusan PMR aku pun boleh tahan sampai-sampai muka aku boleh terpampang dalam majalah sekolah dan papan notis. Straight A’s haa. Bukan nak riak, cuma nak bagitau, salahkan teknologi-teknologi ni semua adalah kesilapan terbesar manusia yang tak pernah nak salahkan diri sendiri. Gittew!

“Dahlah tu, Manda. Macam tak biasa kena hukum,” Rizman bersuara.

Orang selalu cakap aku ni ketua dalam kumpulan aku. Kumpulan aku yang mereka maksudkan ialah Rizman, Helmi, Fiqri, Ameen dan Amanda. Yelah, asyik-asyik muka kami berenam je yang asyik kena hukum.

Oh ya, Rizman dan Helmi ni member aku dari zaman tadika lagi dah. Sejak dari zaman tadika dulu lagi, akulah yang jadi bapak dorang berdua ni. Siapa-siapa yang kacau dorang, mesti akan dapat sesuatu daripada aku. Aku biasa je, tak kaki, tangan makan dia kalau ganggu member aku. Sebab tu, kat mana ada aku, kat situ ada dorang berdua. Sampai-sampai sanggup jadi bodyguard aku kononnya kalau ada yang buli aku. Ceh, padahal aku yang selalu jadi penolong dorang berdua. Hampehh.

Fiqri dan Ameen pulak, kitorang kenal masa awal-awal form 1 dulu. Masa ni, selain aku, Helmi dan Rizman, dua budak lurus ni pun antara yang terlambat daftar asrama. So, nak dijadikan cerita, sebab lambat, kitorang pun ditempatkan dalam bilik yang sama.

Apabila pelajar-pelajar senior dah keluar dari sekolah, giliran pelajar-pelajar junior pulak ambil alih. Semua bilik dipenuhkan kecuali bilik kitorang. Alasannya sebab, takdak siapa yang berani tinggal sebilik dengan aku. Yelah, mulalah mulut-mulut dorang cakap aku ni kaki bulilah, kaki kulilah, kaki itulah, kaki inilah. Hmm. Memang muka aku ni nampak macam kaki ke apa. Aku takdak masalah, lagi sikit roomate, lagi baguih naa.

Alamak, panjang pulak iklan. Kita kembali ke alam yang nyatalah ye.

Aku belek punya belek helaian majalah, dan mata aku tertancap ke satu mukasurat yang mengisahkan tentang sejarah sekolah. Tapi kan korang, bukan sejarah sekolah tu yang menarik perhatian aku. Tetapi, gambar background dia.

Aku tengok balik muka hadapan majalah ni. Tertulis dekat situ, “MAJALAH SEKOLAH TAHUN 1996”. Fuh, crazy aa. Dah lama jugak buku ni.

Kemudian, aku belek balik dekat mukasurat tadi. Sebelum aku bagitau korang, aku nak bagitau member-member aku sat. So, aku panggil dorang semua supaya duduk kat depan aku. Masa ni, aku duduk bersila dekat bawah. Pak cik library pun ada sekali kat depan sana. Memang dia dah lali nak marahkan kitorang sebab tak makan saman. Berkali-kali dah warning jangan masuk sesuka hati dalam perpustakaan, nanti ada buku hilang, kitorang yang kena tuduh.

Tetapi, memandangkan kitorang ni jenis tak makan saman, pak cik library pun redha dan pasrah. Lagipun, kitorang ni berjasa k dalam perpustakaan ni. Kalau ada sampah, kitorang yang kutip. Kalau sampah dah kami kutip, memang tak aa kitorang akan buang sampah dalam ni. Bagi kitorang, perpustakaan adalah tempat kami berteduh tatkala hukuman kami terima. Gittew.

Rizman, Fiqri, Helmi dan Ameen datang ke arahku dan melabuhkan p******g di tepi dan depanku membuatkan kami membentuk sebuah bulatan. Amanda tampak tidak kisah, malah masih khusyuk baca novel karya Ramlee Awang Mursyid tu. Dia ni salah seorang perempuan yang tak macam perempuan. Novel cinta tu memang bukan makanan dia. Kalau ada scene tumbuk-tumbuk, hah, yang tu dia suka. Sebab tulah dia mudah je masuk group kitorang sebab dekat asrama, katanya ramai sangat spesis perempuan takdak tulang. Rasa nak lempang pun ada. Itu kata dia. Bukan aku. Aku ni lelaki yang baik. Jangankan sepak terajang perempuan, nak sentuh kaum ni pun aku tak.

Aduh, banyak sangat iklan aku ni. Mesti korang bosan. So, lepas pujuk punya pujuk si Amanda, maka dia pun akhirnya dengan muka limau dia, pergi join kitorang.

“Nah, korang tengok ni”. Aku sorongkan sedikit majalah itu di hadapan mereka.

Semua mereka tampak teruja termasuk si Amanda ni. Yalah, mereka tak nampak apa yang aku nak diorang nampak.

“Cantiknya sekolah dulu-dulu. Rindu aa nak pergi sekolah zaman ni”. Eleh, tadi kemain kau jual mahal. Sekarang, kau yang aku nampak terlebih excited. Siapa lagi kalau bukan Amanda.

“Ish, aku bukan nak tunjuk yang tu. Korang tengok tak kat belakang cikgu-cikgu tu semua?” aku tunjuk ke arah rimbunan buluh tersebut.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Seolah-olah mengerti apa yang aku katakan.

“Dari zaman ni lagi dah buluh ni macam bentuk kapal. Korang ingat tak cerita Cikgu Kalid dulu. Sesiapa yang bertuah, diorang akan nampak buluh tu berubah jadi kapal, dan padang tu pulak akan jadi laut”.

Aku jedakan ayat. Aku pandang mereka seorang demi seorang dan mereka nampak mengangguk faham.

“So, aku ada plan. Hari ni minggu balik asrama kan?” mereka angguk lagi.

Namun, mereka memandangku dengan riak curiga. Alaa, nama pun member. Mestilah diorang faham apa yang aku cuba sampaikan.

“Kau jangan nak buat kerja gila, Kasyaf. Aku tak nak demam seminggu wei!” Rizman sudah mula menunjukkan tanda dia tak nak ikut aku.

Helmi pun geleng jugak. Pergh, tercabar bebenor ego aku tengok depa ni. Bila aku pandang Si Fiqri dan Ameen, apalagi dorang tu, memang bagi muka nak menangislah. Apalagi.

Aku pandang Amanda. Dia nampak tenang. Tak membantah, tak jugak setuju.

“Kali ni, aku setuju apa yang kau plan. Lagipun, aku dapat rasa yang sekolah kita ada sembunyikan something,” Amanda bersuara dalam nada bisik.

Wajahnya serius. “Aku nak, kau, kau, kau, kau, ikut aku dan Kasyaf malam ni sebagai hukuman korang tak pulang balik buku aku”.

Rizman dan Helmi cepat-cepat menggeleng. “Kau gila ke apa. Kalau kita stay up dekat asrama, kau rasa? Oi, semua orang balik hari ni. Tak adanya aku nak duduk sorang-sorang dalam sekolah berhantu ni. Tak nak aku”. Rizman masih dengan pendirian dia.

“Aku pun tak setuju. Bahaya tahu tak. Kalau kau nak makan kepsi ke, mekdi ke, aku rela beli asalkan jangan buat kerja gila ni. Bahaya!” Helmi ni sorang. Kalau bab macam ni, tahu pulak bahaya tak bahaya. Yang tak pi belajaq tu, tak tahu pulak yang dia tengah bahayakan masa depan dia.

“Mi, Man. Kalau korang tak ikut, jangan anggap aku member korang lagi pasni”.  Hah, aku mula gunakan kuasa veto. Selagi tak diugut dua malaun ni, selagi tulah dorang takkan dengar punya.

Aku nampak Rizman dan Helmi mula tayang muka bersalah. Aku seperti biasa, buat muka kayu ais batu aku.

Lama kitorang diam sehingga akhirnya budak berdua tu pun akhirnya bersetuju.

“Fiq, Am. Korang berdua pun mesti ikut. Kalau tak, nahas korang minggu depan”.

Yang ni kelakar. Memang bergetar-getar bibir budak tu aku ugut. Diorang ni mana pernah rasa penampar mahupun penyepak aku sebab selalunya aku bagi dekat sapa-sapa yang kacau diorang. Aku saja je acah nak belasah, padahal tak adanya aku nak belasah member sendiri. Selurus pembaris manapun dorang, aku sayang jugak tau. Haa.

Fiqri dan Ameen pun angguk laju. Tahu takut.

•••

Malam yang dinantikan pun dah tiba. Tengok jam, dekat pukul sepuluh malam. Warden pun dah berlalu pergi dah. Biasa mereka akan ronda dalam jam 9 hingga 9.30 je.

Ada jugak warden yang tanya, kenapa tak balik. Aku selaku wakil dorang berempat ni pun jawab, saja tak nak balik. Ada urusan asrama yang belum kami selesaikan. Nanti, esok lusa kami baliklah. Kununnya.

Setelah segala persiapan kami sediakan, kami pun keluar.

Lima minit je masa nak sampai ke padang sekolah ni. Yelah, dah letaknya dekat belakang asrama kitorang je.

Sementara tunggu Amanda, sempat kitorang cek balik apa-apa yang tinggal. Tak lama lepas tu, Amanda pun sampai.

“Okay, memandangkan semua kita dah ada kat sini, aku akan bagitau aktiviti kita”. Aku mulakan kata-kata.

Amanda juling mata dia ke atas. “Takyah nak formal sangatlah. Kita bukannya buat apa pun, duduk kat sini dan tunggu je encik buluh ni bertukar jadi kapal. That’s all”.

Ceh, hampeh punya Amanda. Baru tadi aku nak feeling jadi ketua dalam ghost hunters. Eh, dia boleh pulak nak buang mood aku jauh-jauh. Aku pun jeling je dia. Dah memang tu je sebenarnya motif kitorang kat sini.

Lama jugak kitorang tunggu. Fiqri dengan Ameen tu dah nampak  kuyu dah mata. Helmi dan Rizman pulak mula cabut-cabut rumput sebab bosab manakala Amanda masih setia duduk pandang buluh yang subur tu. Aku pandang je diorang ni semua yang dah memacam dah perangai.

Tiba-tiba, terasa ada angin lalu ket tengkuk membuatkan bulu roma aku menegak. Aku tak tahu kenapa, jadi, aku pun pandang ke belakang.

Takde apa-apa. Yang ada, hanya bangunan asrama yang gelap gelita. Yang stay pun, turut tutup lampu sebab sekarang dah masa masuk tidur.

Aku abaikan. Lama jugak kami menyepi sehingga Ameen tiba-tiba menjerit. Jarang aku dengar budak gay ni menjerit lantang macam tu. Hehe, takdelah gay. Tapi muka dia tu jambu, berkepit pulak dengan Si Fiqri yang juga jambu tu, mana tak aku gelarkan gay.

“Ko.. Ko.. Korang tengok kat sana tu!” dia dah macam nak lari, tapi macam terpaku. Mata terbeliak sambil tangan dia menunjuk ke arah satu tempat.

Bukan. Bukan buluh. Tapi bangunan lama yang jauh terasing daripada bangunan yang lain. Tu asrama perempuan. Tapi, disebabkan pembangunan globalisasi dunia tanpa sempadan, bangunan perempuan pun dibina semula, tetapi di kawasan lain sebabnya lelaki selalu duk ngendap awek mandi.

Tapi yang aku pelik, semua bangunan asrama dirobohkan, kecuali bangunan yang itu. Pengetua tak bagi katanya. Hmm. Entahlah.

Kitorang pun pandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Ameen. Pucat lesi wajah budak tu.

Pandang sahaja, reaksi kitorang pun sama macam Ameen. Terpaku dan pucat. Apa yang kitorang tengok tu adalah..

Seorang wanita yang kelihatannya seperti diheret kasar sehingga masuk ke salah sebuah bilik asrama.

Pupp! Bunyi pintu ditutup kuat. Jarak kami bukan dekat eh. Agak jauh sikit. Sedang jarak dengan buluh pun jauh, inikan pulak dengan asrama terpakai tu. Tapi, bunyinya sangat jelas di pancaindera kitorang.

Yang lain macam nak lari, tapi entah kenapa aku berdiri dan mula berjalan menuju ke asrama itu. Rasa tertanya-tanya aku lebih tinggi daripada rasa takut.

Aku tak kenal perempuan tu. Dari jauh, memang tak nampak pun muka. Siapa yang heret perempuan tu pun aku tak tahu. Yang jelas nampak, perempuan tu kena heret je. Tapi, diheret oleh siapa? Langsung tak nampak. Lagaknya macam kena heret makhluk halimunan.

“Kasyaf! Kau buat apa tu?!” jerit yang lain. Aku dengar, tapi aku tak endahkan. Aku terus melangkah dan melangkah.

Tak lama lepas tu, aku dengar macam suara pak guard sekolah tengah jerit ke arah kami.

“Hoi. Kamu semua buat apa kat sana tu! Kalau aku dapat, nahas korang aku kerjakan!” jerit pak guard.

Aku pandang sekilas. Dan aku nampak kawan-kawan aku berlari ke arah aku.

“LARI KASYAF! KAU BUAT APA NAK PERGI SANA TU?!” tengking Rizman cemas. Tangan aku ditarik namun ketika itu terasa badanku berganda-ganda kekuatannya.

“Ikut aku!” itu sahaja ayat terakhir yang aku ingat sehingga pandanganku gelap tiba-tiba.

•••

Aku bukakan mataku. Terasa ada sesuatu yang berbaring di perutku.

“Rizman!” panggilku cemas sambil membetulkan duduk. Gelap. Yang ada hanya cahaya bulan dari luar.

“Kat mana ni?” suara Helmi kedengaran lemah. Cepat-cepat aku keluarkan lampu suluh daripada beg yang aku bawa sekali.

Nasib baik berfungsi. Terkejut aku apabila melihat suasana di tempat ini. Ada katil kayu yang sangat uzur kondisinya.

Aku suluh lagi, tempat ni sangat berdebu dan sepertinya kami sudah berada di dalam bangunan asrama itu.

Aku suluh ke sekeliling. Nasib baik semua kawanku ada sekali. Cumanya ada yang masih pengsan. Yang sudah sedarkan diri hanya aku dan Helmi sahaja.

“Kita kat mana ni, Kasyaf?” bergetar nada Helmi menyoalku sambil memeluk lenganku. Peh, tadi aku cakap budak Fiqri dan Ameen yang gay. Tapi sekarang macam kitorang pulak yang jadi kunyit ni.

“Manalah aku tahu. Tapi, aku rasa macam kita dekat asrama perempuanlah,” aku separuh berbisik. Kot-kot ada hantu jembalang yang curi-curi dengar ke apa.

Semakin kuat pelukan Helmi pada lenganku. Aku menepis, masih juga dia memeluk. Terasa sejuk dan berpeluh sudah tangan dia.

“Jangan tinggalkan aku, Kasyaf. Aku takut”. Tahi betul budak ni. Aku nak tinggalkan macam mana, pintu keluar pun tak jumpa ni. Yang ada hanya tingkap. Pintu, takda.

Seorang demi seorang diorang bangun. Semua tanya benda yang sama. Naik jenuh jugak aku nak jawab.

“Dah, daripada korang asyik tanya benda yang sama, lebih baik kita cari jalan keluar”. Geram pulak aku dibuatnya.

“Ni semua salah kau. Kenapa kau heret kitorang pergi sini?” Rizman bertanya geram padaku.

Aku nengerutkan kening. “Bila masa? Aku bangun-bangun, dah sampai sini”.

“Kau yang heret kitorang sekaligus pergi sini. Kau pakai ilmu apa sial? Kalau kau bela saka, kenapa tak gitau kitorang selama ni!” bentak Helmi pula. Ameen dan Fiqri sudah menangis sambil berpelukan. Ni memang jambu gay ni adoi.

Aku semakin hairan. Bila masa pulak aku pergi heret diorang? Aku ingatkan aku pengsan tadi.

“Chop, chop. Bila masa aku heret korang? Yang aku tahu, aku lepas dengar suara pak guard tadi, aku terus pengsan. Ke korang je yang saja buat cerita?” yelah, dahlah aku tak tahu apa-apa, kena tuduh pulak.

“Aku rasa benda tu memang nak kita pergi sini”. Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Amanda bersuara.

Semua mata kitorang terarah kepadanya yang sedang bersandar pada dinding yang sudah terkupas catnya. Bau dekat sini yang aku dapat hidu bau busuk, hangit dan hanyir. Entah apalah yang ada dalam bilik ni, aku pun tak tahu.

Tiba-tiba, salah satu katil bergerak sendiri. Orang kalau baca kisah aku ni, memang bagi dorang tak seram. Tapi, aku yang melalui benda ni, memang nak terangkat jugak rambut ni ha. Bayangkanlah, katil kayu yang berat gila gajah tu, boleh bergerak sendiri? Haih, memang menduga perasaan betul.

Cepat-cepat kitorang berkumpul satu tempat. Masa tu baru masing-masing nak ingat Tuhan. Terkumat-kamit mulut baca surah-surah yang terlintas. Sampai-sampai doa makan sekali aku terbaca. Takut punya pasal. Aku ingatkan ayat kursi.

Ada yang siap baca doa iftitah pulak. Masa tu tak terfikir dah nak gelak-gelak sebab takut punya pasal. Masa aku menaip ni lah, baru aku terfikir nak tergelak.

Tak lama lepas tu, ada bunyi orang berbisik dekat salah sebuah katil. Tak tahu aku apa yang dia bisikkan. Lepas tu, gelak-gelak. Mak aih, kau bayangkan, kau sekarang sebilik dengan siapa entah. Dahlah tak nampak batang hidung (tapi aku memang tak mengharap nak nampaklah), lepas tu boleh pulak keluarkan suara dan gelak sorang-sorang. Tambah lagi keadaan kitorang sekarang yang tak jumpa pintu keluar, memang menangis dalam hati jelah mampu.

Peluh jantan aku dah keluar. Siap dengan bau lagi. Tapi, aku abaikan. Rasa takut dan seriau lebih menguasai daripada bau ketiak aku sekarang. Aku dah tak kisah dengan bau-bau pelik, yang aku tahu nak keluar je. Itupun memang nampak mustahil ngat-ngat.

“Aku takutlah”. Adu diorang semua. Mangkuk korang. Ingat aku tak takut ke? Tapi, dalam keadaan darurat macam tu, perhambaan diri kepada Allah sangat tinggi. Aku dah cakap, masa macam tu baru nak ingat Tuhan. Ehh, sat. Kitorang walaupun nakal, tapi tetap solat tau. Haa. Jangan tak tahu.

“Seronok duduk dekat sini?” kalau tadi bisik dengan gelak, sekarang dia berbual pulak dah. Halamak. Gatal pulak binatang ni nak bercakap.

“Apa motif kau ajak kitorang pergi sini?” dengan keberanian di hujung pundi kencing, aku trylah nak menyoal walaupun suara dah macam baru keluar daripada ais seminggu.

Benda itu mengilai pulak. Ni yang tak suka ni. Tahulah kitorang tak dapat gelak sakan macam dia! Benci ah!

“Korang yang nak sangat pergi sini tadi kan? Siap tunjuk-tunjuk lagi budak baju belang-belang tu”.

Kitorang pandang Ameen, Ameen pandang baju sendiri. Mulalah dia sambung menangis dan peluk lengan Si Fiqri. Ee, geli aku tengok korang berdua.

“Dia tunjuk sebab kau yang muncul, lembap!” panas pulak hati aku. Dalam takut, ada beraninya. Suka hati dia je nak tuduh member aku. Ingat dia tu siapa?

Benda itu mengilai lagi. Tapi kali ini dia mula mencampakkan barang. Macam-macam dia campakkan sehingga naik biru muka kitorang sebab dia campak tepat dekat muka.

Ada kasut budak, ada baju bau hancing, ada majalah Remaja (eceh, layan jugak kau rupanya KakTu), ada bantal, ada selimut yang basah-basah dan surat khabar. Semuanya dibaling satu persatu ke muka kami. Dia ingat muka kami ni tapak pelupusan sampah ke apa. Ni yang buatkan aku makin mengamuk ni.

“Kau dah gila ke apa? Dahlah heret kitorang pergi sini, lepas tu layan kitorang macam ni. Takde adab ke?” yang lain tolong tenangkan aku.

“Jangan layan sangat benda tu. Dia memang saja nak bagi kau marah”. Ujar Helmi.

Aku diamkan diri. Benda tu pun macam dah tak bersuara. Tenang buat seketika.

Tapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kali ini, keadaan dia lebih gempak apabila Amanda tiba-tiba pengsan. Pengsan tu bukanlah gempak sangat. Yang gempaknya apabila dia tersedar.

Dia merangkak beb! Merangkak dalam keadaan terbalik. Mata dia merah, pandang kitorang sorang demi sorang. Senyum dia ya Allah, hanya Allah je yang tahu rasa seram dalam hati kitorang masa tu.

Amanda ni bertudung, jadi, tudung dia jadi senget semacamlah. Kelakar jugak, tapi lebih kepada scary muka budak tu.

“Tadi bukan main berani kau menjawab eh? Kenapa diam? Takut?” Amanda gelak mengilai, serupa dengan KakTu yang tadi. Tak lain tak bukan, memang kena rasuklah budak ni.

Dia kembali merangkak secara normal. Lidahnya memanjang sambil berjalan menggunakan hujung jari.

Kawan-kawan aku semua dah sembunyi dekat belakang. Masa ni baru otak aku berfungsi.

“Fiqri, bapak kau kan ada ajar kau mengubat? Tolonglah Manda ni!” ujarku cemas.

Amanda masih lagi seperti tadi. Habis dinding ini dia panjat. Panjat sampai atas siling yang berkawasan gelap, lepas tu hilang. Lepastu pulak, tiba-tiba ada bertenggek di atas katil. Aku tak tahu nak explain macam mana. Masa tu memang seramlah. Manda ni kalau normal dah seram, inikan pulak gabungan dua jiwa. Memang bertambah seramlah mak oi.

Fiqri menggeleng laju. “Aku takut “.

Aku pergi ke arahnya lalu menepuk dahi budak jambu ni. Biar dia sedar sikit dengan keadaan sekarang. “Aku kalau aku pandai mengubat, tak adanya aku mintak tolong kau. Kau nak tolong ke tak nak ni? Kalau tak nak, jangan pernah kau anggap aku kawan dan minggu depan, aku tak nak tengok muka kau dekat bilik lagi”. Mulalah aku dengan perangai ugut aku tu. Tapi, selagi tak diugut, selagi tulah tak berjalan otak mereka ni.

Fiqri tampak resah. Mengambil dua tiga minit jugak dia untuk katakan ya.

Sebaik sahaja dia mengiakan, laju sahaja aku mintak Helmi, Rizman dan Ameen untuk tangkap Amanda. Itupun setelah aku jeling sorang-sorang.

Si Amanda ni pulak, dengan hantu dalam badan, pandai pulak dia nak lompat dari katil ke katil. Naik jenuh jugak nak pi tangkap dia ni.

“Hei beruk. Kau tak letih ke lompat sana, lompat sini”. Akhirnya aku mengalah. Apabila dia menjeling aku, aku mula telan balik liur. Seriau beb dengan muka pucat lesi dia tu. Dengan tudung senget dia tu lagi. Dah macam hantu Karipap dah aku tengok.

Aku biarkan buat beberapa minit. Sampailah dia macam tak sedar (masa ni, dia tengah layan perasaan kot, nyanyi-nyanyi di bucu katil tingkat kedua) , kitorang pun tarik kaki dia dan cepat-cepat tahan tangan dan kaki. Meronta-ronta jugak Amanda mintak lepas dengan suara garau dia tu.

Biasanya kalau tengok dalam TV, diorang perlukan beberapa tenaga lelaki dewasa untuk tahan. Tapi kali ini tidak. Hanya tenaga budak-budak kami sahja yang diperlukan. Bukannya riak, tetapi, inilah kekuatan yang Allah pinjamkan untuk kitorang untuk lawan benda ni. Sebab, masing-masing makhluk Allah. Jadinya, kami semua ni pinjam kekuatan daripada DIA.

Fiqri mengeluarkan air mineral dari beg. Mulalah dia baca-baca surah yang aku tak tahu surah apa sebab dia baca untuk dia sendiri dengar sahaja. Tetapi yang peliknya, Amanda menjerit-jerit cakap panas.

“Apa yang kau baca tu, bodoh?! Panaslah! Baik kau hentikan bacaan tu sebelum kau siap aku kerjakan! Hentikan! Sakit telinga aku!” jerit Amanda.

Aku geram dengar mulut laser dia daripada tadi, terus aku tolak dahi dia. “Diam jelah. Orang nak mengubat tu. Siapa suruh kau gatal-gatal masuk dalam badan kawan aku”.

Yang lain hanya tersenyum simpul, kecuali Si Amanda ni. Mencerlung tajam mata dia tengok aku. Aku yang tadinya takde niat nak berani, terus kecut perut.

“Kau jin kafir kan?” fuh, masa ni Fiqri nampak macam ustaz betul-betul. Tapi, terserlah sikit wajah risau dan takut dia tu.

Amanda gelak sakan. Langsung tak menjawab soalan Fiqri. Apalah yang kelakar dengan soalan si Fiqri tu, aku pun tak tahu.

“Aku nak kau keluar daripada tubuh kawan aku! Keluar!”

“Kalau aku taknak keluar? Kau nak buat apa? Nak b***h aku? Hihihihi~ Ada hati nak b***h, padahal dia pun takut. Hihihihihi~” entah kenapa aku tergelak dengar hantu tu cakap macam tu. Bodoh, yang Fiqri ni pun satu, jerit-jerit tadi kemain lagi, tapi memang jelas bergetar suara.

Fiqri tarik nafas dan hela perlahan. Mulut dia terkumat-kamit baca surah. Kitorang hanya mampu menahan Amanda yang masih mengganas minta dilepaskan sambil turut membaca surah-surah dengan niat moga Allah melindungi diri.

“Aku tak nak paksa kau, tapi, kalau kau cabar aku, aku akan gunakan kekerasan. Kau pilih, kau nak keluar atau kau nak aku sembelih kau? Pilih?” ibu jari kaki Amanda ditekan sehingga membuatkan budak tu menjerit lantang. Nasib baik tak pecah gegendang telinga kitorang.

“Aku keluar! Jangan b***h aku! Aku ada sebab kenapa aku ada dalam dunia ni!”

Dengan bacaan ayat Allah lagi, Fiqri pun menekan lagi ibu jari kaki Amanda sehingga gadis itu menjerit untuk ke sekian kalinya. Jeritan itu hilang dan badan Amanda pun terkulai layu.

Sedang kitorang membangunkan budak Amanda, tiba-tiba terasa ada cahaya terang menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap. Dah siang ke?

Aku meminta Ameen untuk melihat sambil-sambil aku merenjiskan air bacaan ke wajah Amanda.

“Korang tengok bawah tu!!” sekali lagi Ameen tengok benda yang pelik sebelum kami.

Kitorang yang tertanya-tanya, terus menuju ke arah tingkap sambil meminta Ameen untuk menjaga Amanda. Kot-kot budak tu mengamuk lagi.

Apa yang berlaku di depan mata, membuatkan kami terkejut gila nak mampus. Semua berpandangan sesama sendiri. Apa lagi ni?

“Ramainya orang kat bawah”. Itulah salah satu komen daripada kitorang. Aku pandang semula ke dalam bilik ini. Nampak gayanya, bilik ini sepertinya sebuah bilik untuk menempatkan barang-barang yang tak dapat dipakai. Katil-katil semua dah rosak. Toksah tanya macam mana Amanda boleh lompat satu satu katil sebab aku pun takde jawapan. Aku cuma mampu jawab, biasalah tu. Jin.

Bilik ni sangat berselerak dengan macam-macam barang terpakai. Dan, mata aku tertancap ke senaskhah surat khabar yang KakTu tolong keluarkan daripada almari semalam. Semalam? Ah, lantaklah. Aku pun dah tak tahu tentang peredaran masa sekarang ni.

“Seorang warden ditemui m**i b***h diri di bilik stor dalam keadaan menggantungkan diri”. Tarikh surat khabar dilihat. 3 Mei 2000. Kalau ikutkan tarikh aku lalui benda-benda ni, umur aku sepuluh tahun masa tu. Aku ada ingat yang mak pernapernah cerita tentang warden b***h diri dekat sekolah ni. Tapi tak sangka pulak, KakTu rupa-rupanya orang tu.

Aku mula buat teori sendiri. Mungkin, hidup KakTu tak tenang m**i macam tu. Sebabtulah qarin dia ganggu kitorang.

Aku simpan surat khabar ini ke dalam beg. Amanda pun dah sedar.

“Apa yang dah jadi kat aku? Kenapa aku rasa aku mimpi aku lompat-lompat atas katil semalam?”

“Kau bukannya mimpi, kau kena rasuk”.  Jawab Helmi terus terang.

Amanda senyap buat seketika. “Patutlah badan aku lenguh-lenguh. Eh, kita dah dapat keluar ke? Dah siang dah ni? Kita keluarlah cepat”.

Amanda bangun.

“Kita kat alam lain sekarang”.  Jawabku lemah. Yang lain hanya mengiakan. Amanda membuntangkan biji matanya.

“Maksud kau?” aku pun suruh dia pergi tengok sendiri dekat luar. Dan, reaksinya sama macam kitorang.

“Aku rasa, kita dekat alam yang tahunnya adalah tahun 2000. Kalau tak silap, tahun 2000 dulu, asrama ni masih lagi wujud,” aku menceritakan secara ringkas.

Apa yang kami tengok? Kami tengok banyak benda. Yang paling ketara, ada ramai pelajar perempuan lalu depan bilik ni. Bila kitorang menjerit, sorang pun tak sedar kehadiran kitorang. Kau rasa?

Amanda menekupkan wajahnya dekat paha sambil tangan memeluk lutut. Aku dengar dia menangis.

Ameen aku tengok dah okay. Mungkin sebab tengok jiwa jantan milik Fiqri memberi motivasi dekat dia nak jadi berani jugak. Helmi dan Rizman seperti biasa. Nak marah, tapi tak tahu nak marahkan apa.

“Aku rasa ada sebab kenapa kita ada kat sini”. Rizman bersuara. Aku tertanya jugak, tapi aku sangat penat. Penat nak lalui benda ni.

Tengah kitorang layan perasaan, tiba-tiba suara yang riuh di luar jadi senyap. Kitorang pun bangun balik, tengok semula apa yang jadi.

Semua ‘pelajar’ keluar dari asrama dan menuju ke tapak perhimpunan. Tapak perhimpunan itu adalah padang bola sepak kalau berada di zaman kami. Buluh seperti biasa, tumbuh segar dan subur.

Aku tilik jam. Pukul 12. Aku yakin masa jam aku adalah di alam sebenar sebab aku dapat rasa kalau dekat alam ni, jamnya masih dalam pukul tujuh lebih macam tu. Ah, lantaklah. Aku tunggu je apa yang jadi lepas ni.

Macam-macam kitorang dengar. Bunyi pelajar yang hiruk-pikuklah. Suara pengetua memberi ucapanlah. Dah macam dalam alam sendiri. Hmm. Entah apalah yang jadi sebenarnya, aku sendiri tak tahu.

“Korang dengar tak tu?” Helmi menayang muka suspen dia. Kitorang yang duduk berbeza tempat ni hanya pandang dia dengan muka layu.

“Kenapa?” soal Rizman lemah. Aku tahu diorang lapar, jadi, aku pun bukak beg aku dan bagi roti dekat diorang.

Gelojoh diorang bukak dan makan sampai-sampai Helmi hampir terlupa nak bagitau benda tadi.

“Makan, makan jugak. Bagitaulah apa yang kau dengar”. Ujarku malas. Mata aku mengantuk sangat.

“Korang dengar betul-betul “.

Jadi, dengan muka tak cukup tidur tu, kitorang pun pasang telinga. Lepas dah dapat tangkap apa yang Helmi nak bagitau, kitorang pun pandang muka sesama sendiri.

Kemudian, suara itu hilang serta-merta. Kami periksa semula dekat dataran perhimpunan itu, semua pelajar yang ramai-rami tadi dah tiada. Masuk kelaslah kot.

Sedang asyik kitorang tertanya-tanya dan cuba mengaitkan semua perkara yang berlaku ini, tiba-tiba kitorang terdengar suara perempuan menjerit minta tolong dan derapan kaki yang sangat laju menuju ke arah kami.

Aku bagi isyarat dekat diorang supaya sembunyi di sebalik katil sebab aku dapat rasa ‘orang’ tu tengah menuju ke arah kami.

Seperti yang aku fikirkan, memang sah bunyi itu menuju ke arah bilik ini.  Pintu yang tak kami jumpa daripada semalam, kali ini boleh pulak terbuka dari luar. Nampak segala benda dari bawah.

Tiba-tiba, orang yang sangat kami kenali datang masuk ke dalam bilik ini dengan seorang wanita. Keadaannya persis seperti apa yang kami tengok masa mula-mula ke sini tadi.

Wanita itu diheret dengan kasar dan masuk ke dalam bilik ini dan pintu ditutup dan dikunci. Kalau tadi, kami tengok hanya bayangan perempuan tu. Daripada bajunya, kami syak memang bayangan tadi.

Tapi kali ini, siapa yang mengheret perempuan itu, kami tengok dengan jelas sekali.

Masing-masing membuntangkan mata. Tak percaya dengan apa yang dilihat.

“Lepas, lepaskan saya!” jerit perempuan itu. Kami cuba menolong, tapi, apabila Rizman baling batu kecil ke arah lelaki itu, batu itu langsung tidak mengena, sebaliknya menembusi tubuh gempal itu.

Lelaki itu ketawa sinis. “Aku dah lamar kau, kau taknak. Aku ada duit, tapi kau tolak. Jadi, terimalah bahananya apabila aku dah tak dapat kawal nafsu aku tengok kau”. Lelaki iti melonggarkan tali pinggangnya. Kami dah dapat agak apa yang jadi, so, kami pun tutup mata. Nak halang buat apa, memang tak boleh. Apa yang jadi sekarang adalah dalam bentuk bayangan sahaja.

Setelah bunyi-bunyi yang tidak enak didengar berhenti, kami pun mengintai lagi. Kali ini, kami terkejut dengan apa yang lelaki itu lakukan.

Dia menjerut perempuan itu menggunakan tali sehingga membiru wajah perempuan itu dibuatnya. Dan, perlahan-lahan perempuan itu meninggal. Meninggal depan mata kitorang beb!

Lelaki itu tidak terus pergi dari situ. Dia nampak seperti penjenayah yang profesional. Dia pakai sarung tangan dan untuk kes yang tadi, dia pakai benda-benda yang boleh mengelakkan identitinya daripada dikenal pasti oleh orang lain.

Tingkap memang dah tertutup daripada tadi. Dia ambil paku besar daripada poket dan mengetuk-ngetuk paku itu dan dilengkungkan. Kemudian, tali yang digunakan untuk menjerut tadi digantungkan di situ.

Setelah segalanya siap, tubuh wanita yang langsing itu diangkat dan lehernya diikat menggunakan tali tersebut. Lagaknya sekarang, memang persis seperti wanita itu yang m******h diri sendiri.

Kami semua melopong melihat apa yang berlaku di depan mata. Amanda menangis semahunya. Tidak sangka dia, dalam jutaan manusia di dunia, mereka yang terpilih untuk melihat perkara ini.

Lelaki itu tidak terus berlalu. D***h-d***h yang menitis, dilap dan dijilat. Jijik, memang jijik. Tapi, nampaknya lelaki itu seperti psiko.

“Aku p****g sikit rambut kau ni ye perempuan. Aku nak buat pemujaan dalam bilik ni. Aku nak rasakan kehadiran kau sentiasa. Aku kesian tengok kau m**i, tapi, kau yang paksa aku buat macam ni. Jadi, jangan salahkan aku”.

Kemudian, dia pun pergi. Kami berpandangan sesama sendiri. Jadah apa yang kitorang baru tengok tadi?!

“Apa semua ni?”

“Aku dapat rasa, qarin perempuan tu nak bagitau benda ni”. Jawab Fiqri yang agak pakar dalam bab-bab macam ni. Aku dah cakap, dia tu ada ilmu yang tinggi, cuma dia selalu sangat berkepit dengan Ameen, mana tak penakut juga akhirnya.

Tiba-tiba, suasana gelap gelita. Yang ada hanya lampu kuning dari luar.

Kami dengar derapan kaki menuju ke sini semula. Mayat yang tergantung hilang entah ke mana.

Pintu dikuak perlahan-lahan daripada luar. Dan, lelaki ‘siang’ tadi muncul kembali. Kali ini, dia membawa bersama sebuah patung perempuan dan beg plastik hitam.

Aku tahu dia takkan sedar kehadiran kitorang, jadi, kitorang pun tengok sahaja apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

Lelaki itu keluarkan macam-macam daripada beg plastik. Dah macam poket Doraemon pulak aku tengok dia keluarkan barang-barang tu semua.

Ada lilin merah, kain kuning dan hitam yang telah d******g serta beberapa benda yang biasa digunakan oleh bomoh dalam TV tu untuk proses pemujaan.

Kitorang dengar macam-macam yang dia cakap. Cuma tak pasti bahasa apa. Macam Jawa pun ada.

Kemudian, dia keluarkan sesuatu daripada plastik kecil. Dengan bantuan cahaya lilin, kitorang nampak dia keluarkan rambut. Mungkin rambut perempuan yang dia p****g sikit tadi.

Patung yang sedikit besar itu d******g sedikit bahagian kepalanya dan diletakkan rambut tersebut di situ. Dan pig apakah yang dia buat, tiba-tiba ada asap putih masuk ke dalam patung itu.

Patung itu berubah wajah. Daripada patung model baju, menjadi wanita pagi tadi. Aku akui, perempuan tu memang cantik. Lagi-lagi apabila berbaju kurung merah itu.

Lelaki itu tersenyum puas. Dan, mulalah dia buat benda tak elok dengan patung bergerak itu. Aduh, dengan jin pun bernafsu orang tua ni. Kitorang tak tengok okay, kitorang tutup mata untuk scene yang itu. Dan apabila dah selesai, aku tengok patung tu kembali tidak bernyawa macam tadi.

Tiba-tiba, suasana berubah lagi. Baru tadi kitorang tengok lelaki tu ada kat dalam, eh, boleh pulak dia hilang.

Kali ini, dia masuk lagi ke dalam bilik ini. Tapi, mukanya cemas. Kalau tadi, dia bawak plastik, kali ini, dia bawal benda-benda yang boleh pecahkan simen.

Kitorang perhati je apa yang dia buat. Mula-mula, dia ketuk dinding sehingga pecah. Lepastu, dia ambil rambut yang diletakkan di kepala patung tadi dan diletakkan semula ke dalam plastik. Plastik itu kemudiannya diletakkan ke dalam poketnya. Patung itu pula dia letak ke dalam pecahan simen tadi.

Sisa pecahan simen, diletakkan ke dalam almari. Segala benda yang ada di dalam almari, dikeluarkan dan almari pun ditolak untuk menutupi kesan tadi.

“Bodoh, sial. Aku puja kau, ini balasan kau. Nasib baik bomoh tu suruh aku jangan buang rambut ni sampai bila-bila, kalau tak, rambut kau ni dah lama aku bakar!” sumpahnya seorang diri lalu keluar daripada bilik.

Kami dah mulai faham dengan apa yang terjadi. Apabila kami ingij menuju ke kawasan yang ditutup menggunakan almari tadi, tiba-tiba kami rasa mata macam mengantuk semacam dan pandangan pun gelap serta-merta.

•••

Bangun-bangun sahaja, kami dah ada dalam hospital. Aku rasalah dalam hospital sebab nak kata bilik, bilik aku bukan macam ni. Nak kata asrama, lagilah tak.

“Ya Allah, Kasyaf dah bangun nak?” aku dengar suara mak di sebelah. Aku pandang mak dengan pandangan yang agak kabur.

“Kasyaf kat hospital ke ni mak?”

“Iya nak. Kasyaf buat apa dalam asrama tu? Kasyaf tahu tak mak risau”.

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya kitorang dah seminggu hilang. Pak guard yang jerit malam tu cakap kitorang pergi ke bangunan tu. Tapi, bila diperiksa, kitorang tak ada.

Macam-macam benda yang diorang buat untuk jumpa kitorang. Dah azan, solat hajat apa semua, masih diorang tak jumpa. Sehinggalah hari ke-7 kehilangan, kami dijumpai terbaring di dalam salah sebuah bilik asrama. Bukan di dalam bilik stor.

Bila keadaan kesihatan kitorang kembali stabil, kitorang pun buat perjumpaan. Ini tak dapat dibiarkan. Ada dua kes yang terjadi dalam sekolah ni. Satu kes jenayah, satu lagi kes syirik.

Jadi, dengan perancangan yang kami yakini sangat rapi, kitorang pun memulakan aktiviti.

•••

Seperti yang dirancang, hari ini adalah hari yang sangat dinanti. Setelah semua pelajar balik, kitorang pun mula menyerbu bilik pengetua.

Ya. Dialah orangnya. Orang yang terlibat dalam kes yang sangat hina ini. Dialah syaitan yang bertopengkan manusia.

“Assalamualaikum cikgu”. Ucap Rizman. Tadi kemain dia takut masuk dalam, takut kena macam warden tu jugak katanya. Hahaha. Lembap.

Pengetua yang namanya Cikgu Alim yang tak berapa nak alim tu, memusingkan badan dan tersenyum. See? Dia tak jawab salam pun. Baru aku perasan selama ni dia tak pernah pun jawab salam bila aku bagi.

“Ya Rizman, ada apa?” dia mencapai satu fail dan duduk di atas kerusinya.

“Err. Boleh masuk?”

“Masuklah. Kenapa pulak tak boleh?” Masa inilah, kami masuk beramai-ramai.

“Cikgu tengah buat apa?” aku yang tiba-tiba datang ni, pun tiba-tiba tanya dia buat apa.

Dia tersenyum sahaja. Tidak menjawab sehingga menimbulkan rasa seram. Tengah kami cuba nak korek-korek rahsia, tiba-tiba laci pengetua terbuka sendiri. Terjeritlah jugak kami masa tu.

“Biarkan dia. Biasalah tu”. Tu je dia jawab? Dia biasa sebab dia membela!

“Apa yang kamu buat masa dekat asrama lama tu?” walaupun nadanya biasa-biasa, namun kami dapat rasa aura curious orang tua ni.

“Kami jelajah satu asrama tu. Ada satu bilik tu, kitorang rasa bilik storlah kot, dia ada tali tergantung kat situ. Dan, kat bilik yang sama, kami ada jumpa berita tentang ni”. Jawabku lalu meletakkan suratkhabar lama itu di atas meja pengetua.

Kemudian, aku bergerak ke belakang semula, di muka pintu bilik pengetua.

Aku nampak dia sedikit terkejut, namun, cepat-cepat sahaja dia nak bagi cool muka dia tu. Hmm. Dah kantoi dah pengetua, takyah nak berlakon lagi dah.

“Ni memang ada kes ni dulu. Sebab tu cikgu larang mereka robohkan bangunan tu. Takut ‘dia’ tu mengamuk ke apa”. Cerita Pengetua lagi. Kitorang angguk-angguk je. Layan sahaja cerita orang tua ni.

“Ingatkan tempat cikgu buat pemujaan,” dengan nada selamba, Amanda meluahkan dialog dia. Ya, kami dah hafal dialog masing-masing dan dialog ini adalah salah satu daripada rancangan kitorang.

Pengetua tidak menjawab, sebaliknya matanya yang memainkan peranan. Tajam bhai mata dia tengok kitorang. Dengan urat-urat merah mata dia lagi. Seram doh.

“Haah, aku pun ingat macam tu. Sebab aku dapat bau asap-asap je dalam bilik tu. Sama macam bau kat sini. Ada bau-bau asap je. Pengetua ada membela ke?” giliran Fiqri pula bersuara. Tapi, aku rasa ni takde dalam dialog. Aku yakin, memang Fiqri ada bau yang pelik-pelik dalam bilik ni.

Kali ini, kitorang nampak pengetua memang marah gila. Dia hentakkan tangan di atas meja dan pandang tepat ke arah kitorang semua.

Dalam takut, kitorang watlekwatpis ja.

“Korang jangan campur tangan dalam urusan aku!” suara pengetua kedengaran garau. Ye, tahu. Dia tu lelaki. Tapi, garau dia ni lain macam. Garau yang memang milik suara beliau itu.

“Cikgu suka dekat warden. Tapi, warden tak suka dekat cikgu. Tulah sebab cikgu sampai b***h warden tu kan? Lepas tu, cikgu tak dapat terima hakikat yang warden tu dah m**i, jadi, cikgu ambik rambut warden tu untuk proses pemujaan.

Tapi, lama-lama warden yang cikgu puja tu dah mula tak ikut apa yang cikgu cakap. Cikgu jumpa bomoh untuk halang warden tu daripada terus mengganas.

Cikgu pun letak patung yang cikgu guna untuk perantaraan tu kat dalam bilik stor, tempat yang sama cikgu b***h warden. Cikgu letak patung dalam simen yang cikgu pecahkan masa semua pelajar balik kampung.

Cikgu rasa tak puas terlibat dalam dunia ghaib, jadi, cikgu gunakan khidmat jin buluh tu untuk kekalkan cikgu awet muda. Ingatkan orang perempuan je yang guna, rupanya lelaki pun guna jugak? Cikgu guna benda ni sebab cikgu nak sentiasa nampak muda dan orang terpikat dengan cikgu dan taknak cikgu letakkan jawatan daripada pengetua.

Saya tak sangka, tak habis satu, satu lagi kes yang cikgu buat. Cikgu tak penat ke hidup dalam penipuan?” lancar sahaja ayat tu meluncur daripada mulut aku. Namapun dialog hafal.

Wajah yang tadi marah, kini berubah menjadi senyuman sinis. Persis psiko! Dia berjalan-jalan di sekeliling mejanya dengan senyuman tersungging di bibirnya. Aku memang mengaku dia memang masih nampak muda dan tegap, tapi, itu semua hanyalah ilusi semata-mata.

“Jadi, nilah sebab korang nak jumpa aku sebenarnya kan? Hahaha. Betul, apa yang korang cakap tu memang betul. Tak sangka, m**i pun masih lagi nak cari pasal dengan aku minah tu. Hahahaha”.

Kitorang dah kecut perut. Apabila tirai tertutup sedikit yang menyebabkan bilik ini sedikit gelap, memang jelas makhluk hitam bermata merah di belakangnya sedang menyeringai ke arah kitorang.

Bilik dia ni memang gelap memanjang. Tapi, kitorang tak pernah terfikir dia akan terlibat dalam hal-hal mistik dan pembunuhan macam ni.

“Kenapa cikgu? Kenapa cikgu buat semua ni?” Helmi menyoal. Nadanya memang benar-benar tak percaya. Macam mana nak percaya kalau pengetua inilah yang banyak membantu dia untuk belajar?

Kali ini, pengetua semakin kuat ketawa. Nak pecah cermin sebab ketawa dia yang terlampau kuat itu.

“Kenapa? Aku tak fikir itu bukan soalan yang bagus. Tapi aku akan jawablah. Korang apa tau, korang budak lagi. Korang tak pernah hidup dalam penolakan. Sepanjang aku hidup, apa yang aku nak, semua aku dapat.

Tapi, perempuan tu. Perempuan tu yang mencabar ego aku. Aku dah bagi dia kereta, dia tak nak. Aku dah lamar dah dia. Masih jugak dia tak nak. Jadi, kau rasa? Lebih baik aku b***h dia daripada aku bagi lelaki lain merasa dia lebih banyak daripada aku.

Yang kelakarnya, orang semua ingat dia b***h diri. Tak sia-sia aku cakap dekat polis yang dia ni m**i b***h diri sebab tertekan dan takut mengandung luar nikah. Padahal, aku yang rogol”. Dia ketawa lagi. Bercerita, langsung takde rasa bersalah. Aku pulak yang geram.

Aku genggam penumbuk, bimbang kalau bila-bila masa sahaja penumbuk ini melayang kat muka plastik dia tu.

Nasib baik member semua tolong redakan aku. Kalau tidak, dengan belaan dia sekali aku bagi biru muka.

“Sampai hati cikgu buat adik mak saya macam tu”. Amanda tiba-tiba bersuara.

Dan rasanya, ini bukan dialog Amanda. Jadi, sedikit sebanyak buatkan kitorang terkejut.

“Dia je satu-satunya adik yang mak saya ada. Tapi, cikgu. Cikgu dah b***h dia. Dengan bangga pulak tu! Saya benci cikgu!” memandangkan Amanda mahu berlari ke arah pengetua, cepat-cepat kitorang tahan dia sebab sekali pintu bilik ni tertutup, entah apa yang akan pengetua buat nanti.

“So? Baguslah kalau korang tahu kisah ni. Tak payahlah aku nak berlagak baik kalau jumpa korang. Agaknya, apa yang korang akan buat lepas ni? Mengadu dekat pihak polis dan mintak kes ni dibukak semula? Buatlah, orang takkan percaya cakap budak macam kau.

Tapi kan, sebelum aku biarkan korang keluar, rasanya lebih elok kalau aku bagi belaan-belaan aku ni makan. D***h anak muda macam korang ni aku yakin mesti rasa manis. Kan?” dia memandang ke sebelah yang tiada apa-apa itu.

Kami melangkah ke belakang apabila orang tua itu dengan muka rakusnya menuju ke arah kami. Dah macam joker pun ya muka dia senyum tu. Meremang bulu roma tahu tak?

Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila Ustaz Syamiel datang. “Allahuakhbar!”

Okay. Ni bukan macam cerita-cerita dalam TV yang datang tetiba je tu eh. Ini memang dalam rancangan. Gila ke kitorang nak datang sorang-sorang nak tentang orang tua ni. Ilmu dia dalam hal mistik ni tinggi tau. Silap hari bulan, memang kitorang akan jadi santapan jin belaan dia agaknya.

Tajam mata pengetua pandang ustaz. Di belakang ustaz, ada ramai anggota polis. Bertambah gentarlah pengetua dibuatnya. Dia cuba melarikan diri, namun, tiada jalan keluar. Nak mintak pertolongan jin dia pun tak boleh sebab Ustaz Syamiel datang sekali.

Meronta-ronta mintak lepas. Kitorang pandang sahaja dia dibawa pihak polis keluar dari kawasan ini.

Ustaz Syamiel datang ke arah kami.

“Tahniah Kasyaf and the gang. Tak sangka, korang bukan setakat pandai dalam akademik, aktif dalam sukan, tapi hebat jugak jadi detektif Conan”.

Kitorang yang mendengar pujian tu jadi kembang semangkuk. “Takdelah ustaz. Biasa-biasa je”. Jawabku. Aku tak nak riak, nanti jadi sama dengan pengetua tu kang.

“Fiqri, ustaz dengar kamu dah pandai berubat dah? Jadi lepas ni, banyakkan buat ibadah untuk pendinding diri sebab ramai jin tengah aim kamu sekarang ni,” nasihat Ustaz Syamiel. Aku pandang wajah Fiqri. Rasa menyesal lah pulak paksa dia mengubat hari tu. Jadi ini sebab dia taknak terlibat dalam aktiviti paranormal rupanya.

“Takpelah ustaz. Lagipun, Allah dah pilih saya untuk buat benda-benda macam ni. Lagipun, apa guna ilmu yang saya ada kalau tak manfaatkan dan amalkan untuk orang lain. Terima kasih untuk Kasyaf sebab dia yang keluarkan rasa berani yang saya simpan selama ni”. Fiqri pandang dan tepuk bahu aku. Budak jambu ni nak berjiwanglah pulak.

Aku senyum saja. Tak habis-habis nak puji aku. Jenuh lubang hidung ni kembang daripada tadi hah.

•••

Sejak peristiwa tu, satu sekolah kecoh cerita itu ini. Kitorang biarkan je bila ada yang bertanya sebab malas nak cerita banyak. Nanti, adalah mulut yang mereka cerita dan timbullah segala jenis mak nenek bawang yang tolong tokok tambah cerita.

Sekarang, semua dah selesai. Alhamdulillah. Pengetua dah terima balasan. Adalah jugak dengar-dengar dia cuba ilmu dia untuk lepaskan diri. Tapi tak berjaya sebab polis pun ada yang berilmu ustaz. Lagipun, Allah tak bagi izin dia keluar sebelum terima balasan.

Bangunan pun dah dirobohkan. Tercemar teruk bangunan tu. Tak sangka pengetua selalu pergi situ malam-malam untuk buat pemujaan sejak dari dulu lagi dah. Hmm, hati manusia ni memang macam-macam.

Buluh? Hmm, biarlah buluh tu jadi lagenda sekolah kitorang. Orang kata, yang bertuah je dapat tengok buluh tu jadi kapal. Mungkin, antara kami berenam, takde siapa yang bertuah sebab Allah taknak kami terlampau takut dengan benda tu. Kelak hilang pula rasa kebergantungan kepada DIA.

Peristiwa hari tu pun dah memang buat kitorang takut, inikan pulak kalau tengok kapal depan mata.

Mesti korang ingat Cikgu Shaiful tadi kan? Wakaka. Cikgu tu takde kaitan pun dalam hal ni. Dia tu cuma cikgu biasa yang aku ingat sampai sekarang sebab botak dan garang. Tapi sebab dia jugaklah aku dapat berjaya macam sekarang.

Kawan-kawan aku jalani hidup macam biasa. Cuma Amanda sedikit pendiam sejak kes tu, masih tak dapat terima hakikat yang mak saudara dia d*****h kejam sampai macam tu sekali. Depan mata dia pulak tu.

Patutlah antara kitorang, Amanda yang dirasuk. Rupanya dia dapat hidu bau nasab keturunan dia dalam badan Amanda.

Kalau korang tanya, tu roh mak sedara dia ke tak, aku jawab tak. Untuk pengetahuan, setiap roh orang yang telah m**i, takkan dapat kembali ke dunia nyata.

Yang kita jumpa tu, itulah jin. Kerja dia memang nak sesatkan manusia. Aku ada terbaca dalam sebuah novel, aku lupa tajuk dia apa. Novel tu cakap, kalau ada yang menyerupai orang yang telah m**i, dan menghantui sesebuah tempat, itu bukanlah orang itu sendiri. Melainkan hanya qarinnya yang mungkin menuntut bela ke atas tuan dia.

Okaylah. Sampai itu sahaja cerita aku. Terima kasih buat yang sudi membaca kisah aku yang merapu ni. Apa-apa pun, janganlah kita terlampau taksub dengan dunia ghaib ni takut nanti rasa takut kita untuk sesama makhluk lebih tinggi daripada rasa takut kita kepada Allah.

Dan, kalau korang suka pun dekat seseorang tu, tapi dia tolak, janganlah nak menyantau ke, nak b***h ke. Lebih baik jauhkan diri sahaja. Allah dah tetapkan jodoh, tidak di dunia, syurga pasti ada. Ingat aku dengan satu lirik lagu nasyid ni.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMu

Okay gang. That’s all untuk kali ni. Kalau ada sambutan, aku akan buatlah cerita lain, tapi masih berkisarkan tentang enam sahabat ini. Ada banyak dalam draf, cuma tunggu untuk publish je. Itupun kalau ada sambutanlah. Kalau takde, sampai di sini sahaja jodoh kita. Hiks. Bye. Assalamualaikum dan adios.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kasyaf Mahmud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 5]

142 thoughts on “Kembara Enam Sahabat”

      • Aku cerita kau tolong taipkan boleh? Tangan aku dah lenguh weh hahahaha. InsyaAllah nanti aku akan submit jugak. And kau jugak jgn tak sambung bercerita lagi lepas ni??

        Reply
        • Boleh ja aku tolong taip. Pstu, untuk crita aku pulak, kau yg taip. Kita buat sistem barter. Hahahha. Apa2pun, cerita kau best. Tiap minggu aku duk scroll fs. ?

          Reply
          • Hahaha macam betul betul minta tolong pulak kan. Thanks Kasyaf! Cerita tak best mana selagi kau tak duduk dekat tempat aku weh ?

  1. seram sih baca cerita ni.. tp still baca smpai habis.. hihi tak sangka pulak smpai mcm tu pengetua tu.. apapun to writer keep it up!! cerita memang BEST!!

    Reply
  2. “Siapa yang tidak takut dengan guru subjek Sejarah itu. Kecuali akulah. Haha.” ~Aku pun sama wei! aku asyik gaduh je dgn Cikgu sejarah aku. Nasib baik sejarah aku dulu lulus nyawa2 ikan ?

    Kasyaf? Teringat dengan cerita Lagenda Budak Setan. Kasyaf jugak nama nya hahaahahaha ?

    Next time share lagi yee. Hehe. Seronok baca! ?

    Reply
  3. ”Guru Sejarah botak di bahagian belakang sebab terlalu fikirkan kisah silam”. hahahhaha lawak pulak statement ni.

    Saya try anggap ni citer betul sbelum baca. Baru best nak baca. Tapi penulisan mmg best, santai dan mmg macam pengalaman penulis sendiri.

    Reply
  4. Cerita kau best weh!

    ~Bagi kitorang, perpustakaan adalah tempat kami berteduh tatkala hukuman kami terima. Gittew.~

    Aku suka kau, sebab dalam cerita ni kau pergi library. Hahahahahaha.

    Cerita kau ni buat aku teringatkan movie thailand tu (Make me shudder).

    Reply
  5. Best best…
    Ko dh buat akk dok langut fokus tggu pokok buluh jd kapal, sdgkan hakikatnye ade kisah misteri lain yg dirungkai…

    Kalau akk jd Amanda, mau giloorr akk dibuatnye terpaksa menanggung bayangan ngeri di depan mata utk seumur hidop…
    Sadis woo…

    Sukeeeee sgt bile mane ending benornye korg dh plan baekkkk punye kautim ngan ustaz polis semua…
    Fuuhhh legaaaa…
    Akk dh cuak sgt kot membygkan pintu blk pengetua tu terkunci dan xde sape tau korg ade dlm tu…

    Reply
    • Hahaha. Makseh Kak Yulie yg sudi baca dan bagi komen buat pndtang baru tanpa izin ni. Hehe. Alhamdulillah Allah anugerahkan Kasyaf idea utk buat crita ni.

      Reply
    • Uiisshhh ape plaakk…
      Ko mmg pendatang baru, tapi DENGAN IZIN…
      Yg tanpa izin tu ktorg…
      Tu sbb sllu kena halau sbb komen out of topic…
      Heheheheheh…

      Reply
  6. best la story kau kasyaf.. rasa macam masuk dalam cerita tu.. fiksyen tapi macam real story.. kusyuk aku baca..
    Share lagi story lain ye.. Kipidap writer.. ??

    Reply
  7. best ! santai.. even ko banyak merapu tapi aku xrasa pun mende tu annoying.. and rasa cerita ni live even fiction semata.. good job..

    Reply
  8. Ya dah masuk list writer favourite Lily kat sini.. Tahniah2 Btw sangat-sangat best dpt kawan macam2 perangai.. dan paling best perkembangan SI Fikri tu .. haha boleh bayang oooo…kipidap!!

    Reply
  9. Nice story.Rasa macam real tapi bukan dia. Aku tabik penggunaan kata kau.Senang difahami. Cha bagi 10/10. 💕🌚

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.