Kembara Sungai Rengit – Bukit Waha

Selamat datang ke ruangan cerita ini dan salam sejahtera aku ucapkan pada seluruh para pembaca. Baiklah, tanpa melengahkan masa korang semua, aku nak kongsi dengan korang semua satu “combined story” sebab aku nak cuba bagi nafas baru dalam karya aku (Jilid Baharu) supaya aku dapat merasa sikit kelainan berbanding hasil kerja yg sebelum nya. Ini merupakah kisah bagi pengalaman pahit yang ‘kami’ harungi di jalan yang aku mention pada tajuk atas sepanjang aku hidup. Jom kita baca…

*Dalam cerita ni, ada 4 watak yang aku bawak kedalam penceritaan.

》AKU
Masa aku kecik dulu(7 thn kalo x salah), aku biasa ikut satu abang ni(Zul) pergi menghantar tempahan lauk-pauk & beberapa kuih tradisional iaitu Kuih Seri Muka dengan Kuih Talam Nangka dari satu tempat ke satu tempat. Abang Zul ni memang rapat yg amat dengan aku sebab dia duduk sekampung dengan aku. Kiranya aku dengan ‘abang ni’ saling kenal-mengenal sampai lah pada keluarga kami berdua.

Anyway, kampung aku ni di Sungai Rengit, Johor, dan nama kampungku ialah ******

Baik. Ceritera seram nya bermula sewaktu aku sedang menemani Abang Zul menghantar tempahan juadah yang dipesan oleh salah seorang pelanggan abang dari Kampung Felda Simpang Waha. Aku sebenarnya dah geleng-geleng kepala masa tu pasal aku confuse. Mana tidaknya, waktu malam-malam buta cenggini pun masih ada lagi orang buat tempahan nak kuih talam lah, seri muka lah, roti jala lah. Apekehe la ko Yop! Apapun,
kami mula bertolak ke sana pada jam 1 pagi. Pada mulanya memang tak ada kejadian aneh berlaku pada kami sehinggalah ketika kami nak berangkat pulang ke kampung semula. Waktu kami baru melepasi ‘Pintu Gerbang’ Kg Bukit Waha nak menuju ke persimpangan Bukit Waha, Abang Zul baru nak belok ke kanan dan waktu itulah van yang dipandu Abang Zul m**i secara mengejut. Angin takda ribut takda tau2 m**i tiba-tiba. Lalu, Abang Zul turun dari kereta kejap untuk check enjin manakala aku pula duduk didalam kereta. Sedang Abang Zul kusyuk menelaah enjin, aku ternampak “POCONG” muncul dari jauh nun membelakangi abang! Walaupun jaraknya tak sedekat jarak kami tapi aku betul-betuk boleh ‘nampak’ dengan jelas. Aku fikirkan “Pocong” tu cuma duduk setempat je.
Sekali…
POCONG TU MELOMPAT SETAPAK KEDEPAN!!! Cepat betul pergerakan DIA! Jaraknya semakin menghampiri kami!!! Aku pekik dari dalam kereta dan panggil nama abang. Abang yg tengah kusyuk ‘check’ enjin kete terus jadi terkejut dan cepat-cepat dia datang ke pintu sebelah aku. Dia bukak pintu kereta dan terus bertanya dalam keadaan geram. Ko dah kenapa tejerit-jerit ni dik?! Aku balas balik pertanyaan abang dgn menyatakan bahawa aku ternampak POCONG sambil menunjuk ‘kearah’ yg aku nampak tadi. Tapi bila kami jengah semula, ‘pocong’ tu ghaib. Ayo amma! Apalagi, kalang-kiputlah jadinya kami. Abang mula ‘crank’ kereta cepat-cepat dgn harapan kereta boleh hidup semula dan Alhamdulillah kereta dah hidup! Tiba-tiba aja boleh. Lalu, kami pun beredar dari situ. Aku dan abang mula kelihatan pucat. Masing-masing hanya berdiam diri dalam sepanjang berjalanan. 15 minit kemudiannya, kami selamat tiba di persimpangan ‘T’ dan kami meluncur ke simpang kiri untuk pulang semula ke Sungai Rengit. Berjaya jugak akhirnya kami tinggalkan kawasan (Bkt.Waha-Lok Heng-Bkt.Ester). Aku memecah kesunyian malam dgn perbualan pendek sewaktu dalam perjalanan. Kata orang, saje la nak sedapkan hati masing-masing. Abang pun mula berborak dengan aku. Dalam pada kami kusyuk berbual, aku terasa mcm ada ‘angin’ sejuk meliuk dibelakang tengkuk dan aku bagitau kat abang cepat-cepat pasal angin tu. Abang stop borak jap. Entahlah. Tiba-tiba saja kami berdua rasa tergerak hati nak jengok ‘cermin tengah’ dan…
Masa tu lah kami betul-betul nampak “Sekujur Badan yang tak diundang” menumpang bersama kami di bahagian tempat duduk belakang!!!

“Jantungku mula berdegup dengan pantas!”

Manakala abang Zul pula cepat-cepat melarikan semula pandangannya kedepan sambil ‘beristighfar nama Allah” sekuat-kuatnya! Aku dah tak tau nak buat apa lagi waktu tu melainkan hanya mampu menangis dan meminta pada abang supaya selamatkan aku daripada malapetaka malam ini. Sedangkan abang tak lekang beristighfar dimulutnya. Kepala aku menjadi kusut. Tak sanggup rasanya nak toleh kebelakang. Selain itu, kereta yg dipacu oleh abang juga mula terasa BERAT secara tiba-tiba! Aku dapat rasakan bahawa perjalanan kami untuk pulang ke rumah seolah-oleh terasa ‘lama’ dan ‘jauh’. Namun, Allah Maha Agung! Dalam sekelip mata saja ‘Pocong’ tersebut lesap dari seat belakang! Setibanya kami di halaman kampung, Abang Zul melarang aku untuk balik ke rumah kerana dia khuatir kalau ada benda yg tak baik ‘ikut’ aku balik sekali. Maka, aku pun bermalamlah di rumah abang jua. Aku pulang semula ke rumah bila azan subuh mula berkumandang dihalaman kampung.

》ADIB
“Kalau ko nak tau la ek, dulu, dari jalan Sungai Rengit sampai nak menyimpang ‘anu’ ke Felda Lok Heng semua tu memang seram gila wei!”

Itulah kata-kata yang pernah disampaikan oleh dia kepadaku. Atas sebab apa? Dulu, dia suka keluar ikut member-member sekampung yang lain pegi ‘merempit’ sepanjang jalan Sungai Rengit. Aku tak salahkan dorang buat keje mcm tu sebab kalau korang nak tau, camnilah aktiviti kebanyakkan anak-anak muda kampung Sungai Rengit pada sebelah malam. Dia jugak pernah menceritakan sekali pengalaman seramnya pada aku masa dia tengah ‘berlumba haram’ dengan kengkawan dia. Masa dia tengah ‘Fly’ dekat jalan lurus nak ke persimpangan ‘Bukit Waha’, dia tertinggal kebelakang. Kebetulan jugak waktu tu dia ‘LALU’ dijalan tempat ‘Arwah Amin Jawa’ iaitu salah seorang sahabat karib kami. Kata Adib, dia terasa lain macam bila motor yg ditunggangnya terasa macam ‘berat’. Ibarat macam ada bebanan duduk kat belakang. Adib beradu nasib dengan cuba melihat ‘side mirror’ motornya. Nak tau apa jadi¿¿¿

KELIBAT HANTU ARWAH “AMIN JAWA” TENGAH MENUMPANG SEKAKI DENGAN MOTOR ADIB DI BELAKANG!!!!!!
juga…
HANTU TU TENUNG TEPAT KE MUKA ADIB DENGAN MATA PUTIH DAN MUKA YANG KOYAK RABAK!!!!!!

Ekoran daripada terkejut yang terlampau, Adib telah hilang kawalan lalu dia jatuh terseret bersama-sama motosikalnya hingga ke bahu jalan! Adib cedera parah. Dia pengsan tak sedarkan diri. Menurutnya lagi, dia hanya sedar daripada kemalangannya sejurus dia ‘dikejarkankan’ ke wad Hospital Kota Tinggi di Pekan Kota Tinggi. Itu pun dikira dah bernasib baik atas pertolongan ‘member-member’ Adib sendiri dan sebilangan pengguna jalanraya disitu. Semenjak pada hari tu, Adib dah tak ‘berani’ lagi nak lalu jalan lurus Sungai Rengit waktu malam. Begitu juga dgn rakan-rakan yang lain.

》BAPAK
Kisah aku sudah. Kisah Adib pun sudah. Sekarang kita masuk kisah bapak pulak. Daripada cerita pihak bapak, dia juga tak terlepas daripada merasai pengalaman ‘pahit manis’ di jalan Sungai Rengit. Antara yang paling seram sekali pernah aku dengar daripada cerita bapak adalah sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur. Kisahnya berlaku pada awal tahun 90-an.

Kata bapak, masa tu bapak tengah dalam perjalanan nak menuju ke Sungai Rengit. Menurutnya lagi, dia baru melepasi jalan masuk Simpang (Bkt.Waha- Felda Lok Heng- Bkt. Ester) dan waktu jam menunjukkan pada pukul 2 pagi lebih. Kebetulan jugak pagi tu hujan renyai turun so lagi bertambah gelaplah jalanraya. Nak dijadikan cerita, bapak baru je tengah masuk jalan lurus menuju ke Sungai Rengit. Yang menjadi tanda tanya sekarang ni adalah bilamasa bapak tengah berselisih aje dengan mana-mana kereta yang lalu situ, mesti pemandunya bagi “High Beam” berkali-kali kepada bapak. Sekali tu mungkin boleh diterima lagi tapi masalahnya hampir 4 kali bapak kena!

“Ini dah lain macam aje.. ”

Bapak mula rasa tak sedap hati. Dia cuba menguatkan radio bagi menghilangkan rasa gemuruh. Tapi semua tu tak berkesan. Dia tetap jugak rasa tak sedap. Bapak pun cubalah jeling-jeling ke cermin kereta untuk mendapatkan kepastian. Astaghfirullah An-Azim!!! ADA ‘HANTU’ PAKCIK TUA MENUMPANG BELAKANG RUPANYA!!!! Patutlah ramai pemandu seberang jalan kasi high beam berkali-kali! Mulut bapak mula bergerak seperti ‘Lancang Kuning’ dengan membaca Ayat Kursi sejauh jarak perjalanan. Alhamdulillah, ‘hantu’ tersebut beredar akhirnya dengan izin Allah. Bapak memanjatkan syukurnya ke hadrat Ilahi berkat bantuanNya. Cuma lidah bapak kelu sehinggalah dia tiba di halaman rumah nenek.

》Wak Sidin (Penghulu kampung)
Yang ni aku tak pasti samada sama dengan apa yang beliau ceritakan ataupun lain sikit (Rasanya yg ni kot kalo x salah). Yang Wak Sidin punya versi pulak, beliau pernah ternampak “Hantu Penanggal” sewaktu beliau sedang memandu ‘Lori Momok’ menuju ke Bandar Penawar dari jalan Sungai Rengit.

Kadang-kala, dapatlah jugak Wak merasa menjadi ‘VIP’ besar atas jalan setiap tengah malam bila ada “KAK PONTI” duduk tepi bahu jalan sambil melayang-layangkan badan MEREKA macam nak mintak tumpang. Wak tolak awal-awal. Wak siap bagi ‘Jari Tengah’ lagi kat “KAK PONTI” tu!!! Kadang-kala, PONTIANAK tu ‘terbang melayang’ seiring dengan Wak Sidin. Adalah sekali dua jugak Wak Sidin sampai terkena demam panas gara-gara tak tahan dikacau dek jembalang-jembalang tu.

Apa yang menarik bagi aku tentang jalanraya Kampung Sungai Rengit sebenarnya adalah kerana nama serta kisahnya. Jalan dikampung kami pernah sampai mendapat liputan daripada pihak NGO luar. Malahan, pernah juga ia dibukukan didalam majalah Mastika kalau tak salah aku. Wallahualam. Apapun, itulah saja kisah yg aku nak paparkan pada korang semua buat masa ni. Lain hari nanti aku akan ceritakan korang pulak tentang ‘kisah misteri’ gangguan dikampung aku. Sekian, terima kasih.

-Don-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

19 thoughts on “Kembara Sungai Rengit – Bukit Waha”

  1. Untuk cerita BAPAK tu macamana org boleh bg lampu kt bapak kalau yg menumpang tu di bhgn seat penumpang? Heee just tnya..

    Reply
  2. okay just tertanya part yg mcm mana org boleh nmpak “kelibat” tu dlm kereta sedangkan ia di bahgian belakang seat..kalau di atas bumbung mungkin la logik nmpak.,anyway seram tu ada just ada certain part cerita tu cam betul or tidak,but sokay thnks for sharing 🙂

    Reply
  3. pukul 1 pagi mak bpk ko benarkan ko ikut abg zul tu? umur pun baru 7 tahun
    lepas enjin van tiba2 m**i, kenapa bila keluar jadi kereta..
    mula2 aku ingkatkan bapak ko bawak lori last2 ada penumpang kat seat belakang..

    Reply
      • Semua jenis Van enjin bwh seat hadapan.. Hahaha.. Penulis kena study lebih kalau nk Jilid Baharu tu laku keras… Keraih betoi hng in!!!

        Reply
  4. Tu kampung aku… Alhamdulillah da 32tahun tinggal kt sana xpernah lagi jumpa entiti yg menyeramkan.. mmg bnyk dgr cerita org… tp pengalaman sendiri xde laaa…

    Reply
  5. pngalaman sy di jalan masuk felda lok heng tahun 2008, jln felda lok heng masa tu mmg sunyi.. x mcm skrg sejak² kwujudan projek RAPID pengerang.. tnampak lembaga putih terbang melintas jalan dr pokok sawit ke pokok sawit… ms tu dlm pukul 1pg… ms nampak tu x rasa takut pun sbb dlm kepala pikir nak cpt sampai rumah.. dah sampai masok dlm rumah, terus sejuk badan dr kaki sampai kepala meremang. esok nya terus demam..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.